Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, November 1, 2010

Bicara Hati bab 56

SUDAH tiga bulan berlalu.Zahlia masih tinggal di rumah Adli.Tengku Syahran entah di mana hilangnya.Adli pula berhari-hari mencari maklumat berkenaan Tengku
Syahran.Tetap gagal.Kini fikirannya buntu.
    “Alia mana?” tanya Adli kepada Anissa yang baru duduk di sebelahnya.
   “Ada kat atas dengan Fiqa.Fiqa tu, kalau dengan Anis…bukannya nak sangat.Dengan auntie dia jugak nak memerintah.Kasihan Alia! Dahlah macam tu,
kena layan Fiqa lagi.” Anissa merungut dengan senyuman.
Adli hanya ketawa mendengar rungutan isterinya.
   “Baby dia tak meragam?” soal Adli lagi.
Anissa menggeleng.
   “Tak ada pulak Alia mengadu.Elok aje Anis tengok,” jawab Anissa. Adli terus diam.Tidak mahu bertanya lagi.
   “Syah tak adacall abang?” Anissa bertanya.
Adli mengeluh.Buntu fikirannya memikirkan masalah itu.Hampir setiap hari dia
menanti panggilan telefon Tengku Syahran.Tetap hampa.Tengku Syahran terus menyepi.
   “Entah mana Syah tinggal sekarang ni.Langsung tak kirim khabar.Abang
kasihankan Alia tu..she was pregnant about five months already tapi Syah tak pernah tau langsung.” Adli mengeluh. Anissa terdiam.Setuju dengan pendapat suaminya.   
“ “Entah-entah dia ada call abang.Abang aje sembunyikan dari Anis dan Alia.” Anissa cuba menyerkap jarang.Adli membeliakkan mata.
   “Pandainya dia nak tuduh orang.Abang langsung tak tau mana Syah tinggal.Duit
bulan-bulan pun dia kirim dengan wang pos.Mana abang tau alamat dia.” Adli berterus-terang.
Anissa berasa bersalah kerana menuduh suaminya tadi.Terdiam.Suasana sunyi itu
menjadi sedikit bising apabila telefon berdering.Adli segera menjawab.
    “Helo….” senyap seketika di hujung talian.
   “Helo….” Adli memanggil lagi.
   “Li?” suara itu menegur. Adli tersentak.Dia segera menoleh ke arah Anissa.   
“  “Syah!” suara Adli hampir menjerit.Anissa mendekati suaminya.
   “Kau sihat?” bunyi nada di hujung talian hambar sekali.
Lidah Adli pula bagaikan kelu untuk berbicara.Tiga bulan Tengku Syahran
tidak menghubunginya.Tiba-tiba Adli seperti kehilangan idea untuk melafazkan kata-kata.
   “Alhamdulillah…aku sihat.Anak isteri aku pun sihat.” Lambat-lambat Adli
membuka mulut.Sengaja tidak mahu bercerita tentang
Zahlia lagi.
   “Kau sihat, Syah?” tanya Adli pula.
   “Aku sihat….” pendek ucapan Tengku Syahran.
Keadaan sepi semula.Hanya terdengar nafas yang terhembus mengenai corong telefon.
   “Kau di mana sekarang ni, Syah? Tiga bulan kau tak hubungi aku.Aku risau kat
sini.Baliklah Syah,” pujuk Adli penuh riak merayu.
Tengku Syahran tidak bersuara.
   “Aku ada kat satu tempat.” Hanya itu yang terucap di bibir Tengku Syahran.
   “Di mana?”
   “Tak payahlah kau tau.”
   “Syah, Alia is pregnant.Almost five months.She needs you here.”
Tengku Syahran tidak terkejut.Dia sudah mengetahui hal itu dalam diam.Sebab itu
dia tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang untuk perbelanjaan isterinya setiap bulan.Duit yang diperoleh hasil dari makan gajinya di sebuah syarikat komputer.Mujurlah dia mempunyai sedikit ilmu dalam bidang itu.
    “Aku dah poskan kunci rumah aku.Mungkin sampai esok.Nanti kau suruh Alia tinggal di rumah tu.Aku dah siapkan semuanya.Aku tak nak susahkan kau lagi.” Tengku Syahran cuba mencari peluang untuk meluahkan hasratnya.
Adli tersentak dengan kata-kata Tengku Syahran.Dia mula menyusun perkataan
untuk membalas ucapan temannya.Anissa yang tidak lepas-lepas mendengar perbualan itu terdiam tanpa kata.
   “Alia dah nak sarat,Syah.Takkan aku nak tinggalkan dia sorang-sorang kat
rumah tu.Kalau apa-apa terjadi macam mana? Lainlah kalau kau ada tengok-tengokkan dia,” bantah Adli.
Tengku Syahran terdiam lagi.Mengakui kebenaran ucapan Adli.Dia mengeluh
tiba-tiba.
  “Biar Alia rasa susah senang hidup sendiri.Aku nak dia kandungkan anak aku kat
rumah tu.Tak payah mengganggu hidup kau lagi.Kau dengan Anissa pun mesti dah lama mahukanprivacykan?” dalam serius Tengku Syahran bergurau.
Tercetus ketawa di bibir Adli setelah mendengar ayat itu.Bergabung bersama
ketawa Tengku Syahran.
   “Kau masih macam dulu Syah!” Adli bersuara dalam ketawanya.
   “Anis,pampers Fiqa kat mana? She’s piss off!” jeritan Zahlia yang terdengar dari anak tangga mematikan ketawa Tengku Syahran serta- merta.
Rindunya dia pada suara lunak itu terlalu menggegar perasaan.Suara yang masih manja dan lembut menyapa telinga, amat-amat dirindui hampir tiga bulan lamanya.Anissa berpandangan dengan Adli sebelum masing-masing mengalihkan
pandangan pada Zahlia yang sedang berdiri di anak tangga.
Zahlia yang tadi dapat mendengar gelak ketawa Adli yang kuat seolah-olah terasa
pelik apabila suasana menjadi sunyi tiba-tiba.Tambahan pula dua pasang anak mata yang sedang merenung dirinya di situ membuatkan jejak kakinya terasa kekok.
   “Li, aku nak cakap dengan Alia sekejap,” pinta Tengku Syahran menyedarkan
Adli yang masih diam.
Adli menoleh ke arah Anissa sebelum memandang Zahlia.Gagang telefon ditunjukkan ke arah wanita itu.
   “Syah,” ujar Adli.
Zahlia tersentak.Berdiri lama sebelum melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga dengan perut yang kian membesar.Selepas dia mencapai gagang, Adli dan Anissa berlalu ke tingkat atas.Bagaikan faham dengan situasi itu.Zahlia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Kemudian melekapkan lubang telefon ke telinga.
” “Assalamualaikum.”
Zahlia cuba mengawal nada suaranya.Dalam rindu yang sarat dengan rasa gembira.
Tengku Syahran dapat mendengar suara lembut itu.Rindunya terubat.Fikirannya
berkocak membayangkan keadaan isteri tersayang yang sudah tiga bulan ditinggalkan.
   “Waalaikumussalam.”
Pendek ucapannya.Namun mampu membuatkan air mata Zahlia bertakung sedikit.
   “Alia sihat?” tanya Tengku Syahran perlahan.
Zahlia hanya mampu mengeluh.Pada zahirnya, memang dia sihat.Tetapi….
batinnya selalu merindukan Tengku Syahran.Sihatkah dia?Zahlia sendiri pun kurang pasti.
   “Alhamdulillah.Abang?”
   “Abang sihat.Cuma…terlalu rindukan sayang!” sempat Tengku Syahran mengusik.
Zahlia hanya diam.Menahan air mata yang kian bertambah di tubir matanya.
    “Alia tak rindukan abang?” tanya Tengku Syahran pula.
Rindukah aku padanya? Soalan itu bermain-main di fikiran Zahlia.Dia tidak tahu hendak jawab apa.Tetapi dia dapat rasakan air jernih yang bertakung kian menuruni juring matanya.Zahlia menyedari dadanya mula berombak-ombak menahan tangis.Dia terdengar bunyi hembusan nafas yang meluncur ke corong telefon.
   “Baby sihat tak?” Tengku Syahran menyoal lagi.Persoalan yang lain pula.
Kali ini Zahlia gagal membendung air matanya.Ia menitis jua.Mengalir laju di
pipinya yang sentiasa kelihatan basah.Zahlia gagal mengeluarkan suara.Dia menggigit bibirnya.Takut lelaki itu dapat mengesani situasi tersebut.Namun pendengaran
Tengku Syahran amat cekap.Tangisan kecil Zahlia yang halus mengalir ke salur pendengaran amat mengusik hati.
   “Alia menangis ke?” tanya Tengku Syahran selamba.Lembut dan perlahan.
Zahlia tidak menjawab.Membiarkan air mata itu mengalir laju.Dia sudah malas mahu menyekat perasaannya lagi.Biarlah ia diketahui,asalkan beban perasaan itu tidak menyeksakan lagi nalurinya.
   “Janganlah macam tu.Abang sihat kat sini.Abang sedang cuba sesuaikan diri
abang dengan keadaan.Alia pun jagalah diri elok-elok.Jangan banyak bergerak.Baby pun…jangan lupa bagi makan.Beri makanan yang berkhasiat.Alia kena banyak makan sayur dan buah-buahan.Sementara waktu ni, lupakan dulu jeruk-jeruk dan asam-asam tu.Jaga kesihatan Alia danbaby kita.Kalau boleh, lahirkanlah abang anak lelaki kembar.”
Panjang ceramah Tengku Syahran.
Zahlia memejamkan matanya.Sungguh! Dia rindukan lelaki itu.Terlalu….merindui.Zahlia mula tersedu.Suasana menjadi sepi semula.Suara Tengku Syahran sudah senyap di hujung talian.Zahlia membuka matanya.Dia harus berterus-terang.Hari itu…segala-galanya harus diselesaikan.Zahlia menarik nafas.Mengumpul kekuatan untuk meluahkan rahsia hatinya setelah sekian lama ditinggalkan.
   “Abang baliklah! Alia perlukan abang.Baby kita pun perlukan abang.Alia dah
bersedia hidup dengan abang dan anak kita.Alia rindukan abang.Sungguh! Jangan hukum perasaan sendiri lagi! Kalau begini gayanya, biarlah Alia aje yang mengalah,” ucap Zahlia penuh perasaan.
Talian Tengku Syahran tetap senyap.Tiada lagi deruan nafas yang berbunyi di
situ.Zahlia telan air liur.Kebisuan itu menyesakkan nafasnya.
    “Abang!” panggil Zahlia. Talian tetap menyepi.Air mata Zahlia semakin deras menitis.
    “Abang!” panggilnya lagi.Nadanya mula kalut.
   “Abang!” Zahlia ingin menjerit.Tangisannya sudah kedengaran.
Zahlia kaget.Tetapi…tiada langsung sahutan.Yang kedengaran hanyalah ton talian
yang sudah terputus.Menunjukkan Tengku Syahran sudah tiada di situ.Zahlia terkedu menggigit bibir.Menahan tangis yang sudah berbunyi.Lelaki itu telah meninggalkannya sekali lagi dan membiarkan dirinya merindu semula.Zahlia
tertunduk dan terus menangis.
Kenapa abang tinggalkan Alia lagi? Hati Zahlia merintih pilu.



LINDA ternampak kelibat Faizal keluar dari bilik air dengan memakai tuala.Cepat-cepat Linda menutup matanya.Tidak mahu diganggu lagi.Tetapi sangkaannya meleset.Tiba-tiba dia terasa tubuhnya ditindih.Segera dia membuka mata.Tapak tangannya menghalang wajah Faizal yang ingin menghampiri.Faizal menghentikan niatnya.
    “Kenapa?” tanya Faizal hampa.Dia bangun dan duduk di birai katil. Linda tersenyum.Bangun dan menghampiri Faizal.
   “I nak you tolong I satu perkara aje lagi,” ujar Linda dengan suara menggoda.
   “Lagi? Kali ni apa pulak?Yo u nak suruh I ganggu perempuan tu?” Faizal sedikit
marah.
Linda tersengih.
   “Tolonglah.You aje yang boleh bantu I sekarang ni.” Linda merengek kecil. Faizal mengeluh.Rengekan itu selalu mencairkan hatinya.
   “Linda…kenapa nak ganggu hidup dia lagi? Dia dengan Syah kan dah berpisah! Jangan kacau hidup mereka lagi.You dah ada I.I boleh jaga  you dan anak ni.Kita kahwin.” Faizal menyatakan hasratnya.
   “Kita bertaubat.Kahwin ikut cara Islam dan lakukan segala-galanya ikut cara Islam.Kita dah jauh menyimpang, Linda.Sementara masih ada peluang hidup ni, baik kita berubah dan bertaubat.I takut kita mati nanti tak sempat nak bertaubat.”
Faizal berkata lagi.
Linda mencebirkan bibirnya dalam diam.Sejak bila pulak mamat ni dah jadi
alim? Ceh! Linda menyumpah dalam hati.
   “Okey…okey… macam nilah.You lakukan kerja nilast untuk I.Lepas segalanya beres, I akan ikut cakap you.Kalau betul you nak kahwin dengan I, I akan setuju.Okey?” ujar Linda bersungguh-sungguh.
Faizal terdiam sejenak.Berfikir sebelum mengangguk.
   “Okey.But you mesti janji dengan I.”
   “I janji.” Linda mengangkat tangan seolah-olah bersumpah.
   “Hmm…apa yang perlu I buat?” tanya Faizal.
   “I nak you musnahkan hidup perempuan tu! Biar dia malu nak hidup lagi.” Faizal mengerutkan dahi.Tidak mengerti caranya.
   “Bagaimana?”
   “You perkosa dia! I nak bila zuriat tu lahir, Syah pun geli nak pegang apatah lagi
mengaku anak sendiri,” beritahu Linda penuh dengan bisikan syaitan.
Faizal mengetap bibir.Dia menoleh ke arah Linda.
    “Selama ni you rasa I perkosa you ke?” soalnya.
Linda ketawa.
   “Tak adalah.I yang rela sendiri,” jawab Linda masih dengan ketawanya. Faizal turut ketawa.
   “Okey.I akan lakukan kerja ni secepat mungkin.”
Faizal mencapai seluar dan baju yang bergelimpangan di lantai.Disarungkan ke
tubuh.Linda hanya memerhatikan tingkah laku Faizal bersama sorakan kemenangan di dalam hati.
   “I akan tunggu you,” ujar Linda dalam nada manja. Faizal menghampiri Linda.Dikucup dahi wanita itu bertalu-talu.
   “You mesti jadi milik I ,” bisik Faizal perlahan.
Faizal melangkah keluar.Beberapa saat kemudian, Linda turut menyarungkan
baju tidur ke tubuhnya.Dia mencapai sebatang rokok lalu dinyalakan.Dia berjalan keluar.Berdiri di tiang tangga teratas sambil memerhatikan jasad Faizal menghilang di muka pintu besar rumah itu.
Linda rakus menyedut rokoknya.Sejurus selepas Faizal hilang, Linda ketawa
besar.Bergema-gema di seluruh rumah itu.
    “Bodoh kau, Faizal! Beginikah caranya nak bertaubat?” jerit Linda sekuat hati.
Linda mula melangkah ke anak tangga.Dengan ketawa yang seumpama syaitan,
kakinya melangkah untuk turun ke bawah.Namun, sudah suratan agaknya, kaki Linda terpijak sehelai kain yang bersepah di anak tangga.Dia tersungkur jatuh.Berguling-
guling di setiap anak tangga.
Linda terbaring di lantai bawah.Perutnya terasa sakit sekali.Dia dapat merasakan
darah yang panas mengalir keluar dari celah kakinya.Pandangannya juga semakin kelam.Seluruh tubuhnya terasa amat sakit.
Linda mengerang keseorangan.Suara tangisannya yang kuat memenuhi ruang
rumah yang gelap lama-lama menjadi perlahan.Akhirnya suara tangisan itu semakin kecil dan terus hilang.Tubuh Linda sudah kaku terbaring di situ.Pandangannya gelap.

No comments:

Post a Comment