Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, October 25, 2010

Bicara Hati bab 47

RAJA KHALIDA risau melihat Zahlia.Sejak akhir-akhir ini, Zahlia nampak muram dan suka termenung.Raja Khalida tahu anaknya itu sedang memendam sesuatu.Naluri keibuannya dapat menangkap perubahan itu.Raja Khalida dan Zahlia sedang duduk di belakang rumah Syarifah Muzainah.Masing- masing hanya menyepi dengan khayalan sendiri.
Terdetik di hati Raja Khalida, adakah perselisihan kecil sedang berlaku antara Zahlia dengan Tengku Syahran? Raja Khalida ingin bertanya tetapi dia takut soalan yang akan ditanya nanti akan membuat anaknya rasa tersinggung.
Raja Khalida tersenyum kecil.Teringat memori lamanya dengan Megat Safiuddin sewaktu dia sedang mengandungkan Zahlia.Dia pernah mengidamkan ikan terubuk panggang.Berhari-hari dia meminta suaminya membelikan lauk keinginannya itu.Tetapi, setiap hari jugalah Raja Khalida memendam rasa akibat sikap endah tak endah suaminya yang selalu sibuk dengan tugas.
Raja Khalida ingat yang dia pernah mengalirkan air mata kerana perkara sekecil itu.Tetapi, hati sensitifnya tidak boleh diubati kerana Megat Safiuddin
bersikap tidak mempedulikan keinginannya.Tersedu-sedan dia menangis di hadapan suaminya merayu-rayu demi memenuhi keinginannya.Pernah juga dia mengugut mahu meninggalkan suaminya itu seandainya apa yang diidamkan tidak dipenuhi.
Silap suaminya juga kerana terlupa.Terus Raja Khalida menyambar beberapa helai pakaiannya dan disumbat ke dalam beg kecil.Dia melangkah keluar dari rumah itu dengan air mata.Tetapi di pertengahan jalan, Megat Safiuddin datang menghalang sambil menghulurkan bungkusan ikan terubuk panggang ke arahnya dengan senyuman mengusik.
     “Maafkan abang.” Masih terdengar bisikan halus itu bergema di gegendang telinga Raja Khalida.
Raja Khalida tidak menghiraukan ucapan maaf itu.Keinginannya yang berhari- hari harus dipenuhi segera.Tanpa sabar dia menyambar bungkusan itu.Juga tidak perlu menunggu lama untuk meratah isi ikan terubuk panggang yang penuh dengan tulang di tepi jalan.
    “Abang tak ada pengalaman nak handle perempuan mengandung.” Megat Safiuddin risau melihat reaksi Raja Khalida.Namun, dia terpaksa akur.
Raja Khalida tetap mengunyah isi ikan itu penuh rakus tanpa mempelawa suaminya
makan.Kemudian setelah kenyang,
dia menyerahkan saki-baki ikan itu kepada suaminya.Megat Safiuddin menyambutnya bagaikan orang bodoh.
    “Jom, kita balik,” ujar Raja Khalida sambil memusingkan tubuhnya berpatah balik ke rumah.Beg pakaian sengaja ditinggalkan untuk diangkat oleh suaminya.
Raja Khalida tahu Megat Safiuddin terkejut dengan perubahan moodnya.Tiada lagi rajuk di hati Raja Khalida.Untuk apa bermasam muka? Ikan yang diidamkan sudah dapat.
Raja Khalida mengeluh.Kenangan lama menggamit dirinya sebentar tadi, akhirnya pergi jua.Raja Khalida memandang Zahlia yang sedang menyepi.Dia perlu bertanya.
   “Puteri….” tegurnya lembut.
Zahlia tidak mendengar teguran itu.
   “Puteri?” Kali ini suara Raja Khalida lebih kuat.Berjaya meretakkan kaca-kaca lamunan yang semakin sesat dalam benak Zahlia.
Zahlia menoleh pada Raja Khalida.Sedikit terpinga-pinga.
    “Ya? Mama panggil Alia?” tanya Zahlia meminta kepastian. Raja Khalida berasa pelik.
     “Kenapa mama?” tanya Zahlia lagi.
Keadaan yang sunyi bagaikan memberi peluang kedua-dua beranak itu untuk menggunakan bahasa panggilan yang selama ini sering disembunyikan di mata umum.
Zahlia teringat peristiwa seminggu yang lalu.Semasa dia dan Tengku Syahran duduk berdua-duaan di tempat tersorok di rumah besar dua tingkat itu.Di situlah hampir sahaja dia melepaskan semua persoalan kisah hidupnya yang telah terjawab sekian lama.Rahsia yang sedang disorokkan dari suaminya.
Dengarlah Tengku Syahran… aku bukanlah seburuk yang kau sangkakan! Aku dilahirkan dari ikatan yang sah dan suci.Dan ini, di hadapanku wajah mamaku yang kau anggap telah melahirkan aku sebagai anak haram.Jeritan batin Zahlia bergema nyaring dalam jiwanya.
   “Puteri ada masalah ke?” soalan Raja Khalida menyedarkan Zahlia.
Zahlia terkejut dengan pertanyaan mamanya.Dia tidak mahu masalahnya dengan Tengku Syahran kali ini diketahui sesiapa.Biar dia yang tanggung segalanya.Biar masalah rumah tangga itu dirahsiakan dan hanya dia dan Tengku Syahran yang tahu punca berlakunya kekeruhan itu.
Zahlia tidak mahu memburuk-burukkan nama Tengku Syahran biarpun dia sendiri pernah merungut sikap lelaki itu di dalam hati.Zahlia sanggup menyembunyikan perbuatan kasar lelaki itu terhadapnya dari diketahui oleh sesiapa.
    “Ah, biarkan Alia! Untuk apalagi dihebohkan hal itu kepada khalayak ramai seandainya nama kau turut sama busuk apabila suami kau dikeji.Bukankah maruah seorang suami terletak pada rahsia yang disimpan oleh isterinya sendiri? Itu pesan Nabi Muhammad S.A.W. dan kau sendiri tak pernah lupa.” Zahlia terdengar bisikan halus itu bergema.
   “Tetapi….bagaimana dengan maruah aku? Aku masih isterinya yang sah sehingga ke hari ini.Cuma dua malam itu aku tak lagi merasakan yang diriku adalah isterinya.Sebaliknya tak ubah seperti seorang pelacur yang terpaksa menyerah maruah diri apabila dipaksa.” Zahlia cuba menjawab.
Ya, ALLAH! Benarkah begitu sekali anggapanku terhadap diri ini? Jika itu yang terdetik, bantulah aku! Aku tidak mahu menambahkan lagi dosa dengan suamiku.
Bu angkanlah perasaan buruk sangka dari tercetus di hatiku ini.Aku menyayangi dia semenjak dia berkecil hati denganku dulu.Dan aku berjaya! Janganlah kerana kesilapannya dua malam itu, aku buang dirinya jauh-jauh.
A ku dapat lihat kesungguhan kasih sayang dan cintanya yang dicurahkan padaku dari setiap perbuatannya.Sinar matanya…mungkin sudah lama terbias dengan perasaan itu.Cuma aku yang tidak berani untuk menatapnya.Aku akan belajar.
    “Puteri…hei, kenapa menangis ni?”
Zahlia pantas menyeka air matanya yang tanpa sedar meleleh jatuh.Dia memaksa diri menguntum senyuman sambil menggeleng pada mamanya yang semakin risau.
    “Tak ada apa-apalah mama.Tiba-tiba Alia teringatkan arwah nenek.Dah seminggu…arwah pergi.Walaupun Alia tak berapa kenal, Alia tetap terasa kehilangannya,” bohong Zahlia.
   “Kita doakan rohnya selamat.Itu yang penting.” Zahlia mengangguk.Raja Khalida terus bangun.
    “Jomlah kita masuk,” ajak Raja Khalida sambil menarik tangan Zahlia.
   “Mama masuk dululah.Alia nak duduk lama sikit.”
    “Kalau begitu, mama masuk dulu, ya?” ujar Raja Khalida. Zahlia mengangguk.




TENGKU SYAHRAN yang sejak tadi dapat mendengar perbualan Raja Khalida dan Zahlia terkaku di sebalik dinding.Mama? Puteri? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Benarkah tekaanku seminggu yang lalu? Alia adalah anak Mak Su yang hilang?
Tengku Syahran telah dengar dengan jelas semua perbualan itu.Dia sedar dia tidak bermimpi.Dia masih waras dan semakin bersemangat untuk mengetahui apa yang sebenarnya.
Raja Khalida yang ingin masuk ke pintu rumah tersentak apabila ternampak kelibat Tengku Syahran sedang berdiri di balik dinding.Dia dengarkah?
     “Eh, Mak Su! Dari mana?” soal Tengku Syahran selamba.
Raja Khalida cuba bersikap tenang.Dia gementar dalam diam apabila mendapati Tengku Syahran sedang berdiri tegak di balik dinding.
    “Mak Su dari sana.Berbual dengan Alia.Dia ada kat sana tu,” jawab Raja Khalida tenang.
    “Ohh… Syah tau.Tadi Alia ada beritahu Syah.” Tengku Syahran cuba berbohong
Tadi selepas selesai menunaikan solat Subuh, isterinya itu sudah tiada.Entah di mana Zahlia mandi dan bersolat, Tengku Syahran langsung tidak tahu.Sehinggalah dia sampai di tempat tersorok itu mencari Zahlia dan mendengar setiap perbualan mereka.
Raja Khalida mengangguk.
    “Mak Su masuk dulu, ya?” Raja Khalida melangkah pergi. Tengku Syahran terdiam sejenak.Kemudian mengalihkan pandangan  pada Zahlia.Diakah Puteri Safira Khairina? Anak Mak Su yang hilang bertahun-tahun lalu? Tengku Syahran tertanya-tanya di dalam hati.
Jika benarlah dia orangnya? MasyaALLAH! Apa yang telah aku lakukan? Kenapa aku tak boleh terima alasan yang dia tak mengenali lelaki yang tinggi lampai tu? Sebaliknya aku lebih rela mengambil kesempatan ke atasnya sehingga dia menangis tersedu- sedan.
Zahlia adalah calon yang pernah dicadangkan untuk menjadi isteriku sejak kecil lagi.Kenapa aku tak boleh perasan persamaan matanya dengan Mak Su? Mengapa lambat sangat aku mengetahuinya?
Tanpa sedar, Tengku Syahran menangis di situ.Dia terkulai menghadap kiblat dengan tangisan yang berbunyi kecil.Ya, ALLAH! Dua kali aku melakukan perbuatan itu! Dua kali!
Air mata Tengku Syahran mula mengalir.Semakin deras mengalir membasahi pipinya.Tengku Syahran memandang Zahlia lagi.Dia yakin dengan perasaannya.Lantas Tengku Syahran melangkah ke tempat itu.Bercucuran air matanya gugur ke bumi.Dia malu dengan perbuatannya tetapi sampai bila egonya harus berdiri tegak? Sekurang-kurangnya Tengku Syahran perlu merendahkan sedikit perasaan ego itu sekiranya melalui cara tersebut Zahlia sudi memaafkan dirinya.
Tengku Syahran melutut di hadapan Zahlia.Tersedu-sedan tangisannya menghadap Zahlia.Zahlia terkejut dengan kehadirannya tiba-tiba.
     “Abang minta maaf Alia….abang merayu! Abang melutut! Maafkan kesalahan abang kerana dua malam tu.Abang berdosa Alia… abang berdosa!” tersekat-sekat suara Tengku Syahran bersama sedu- sedannnya.
Zahlia terlopong dengan tindakan dan kata-kata Tengku Syahran.Dia sebenarnya masih ralit melayani perasaan bahagia akibat dipeluk Tengku Syahran semalam.Zahlia kaku melihat air mata suaminya mengalir di hadapannya.
Baru sebentar tadi Zahlia sudah berkira-kira untuk memaafkan lelaki itu dan kemunculan Tengku Syahran yang tiba-tiba bagaikan faham dengan kata putus yang semakin jelas di dalam dirinya.
Zahlia tidak mahu Tengku Syahran melutut lagi.Lantas Zahlia bangun dan berdiri bertentangan dengan Tengku Syahran.Menarik lelaki itu agar berdiri tegak di hadapannya.Dengan sendiri matanya turut ditakungi air.Hangat membasahi wajahnya.    “   “Alia dah maafkan abang.” Pendek Zahlia berkata.
Tengku Syahran seperti tidak percaya.Diamati anak mata coklat yang sudah merembeskan air mata itu dalam-dalam.Tidak dapat tidak, hanya seketika dia dapat merenung biasan cahaya keikhlasan di situ kerana Zahlia begitu pantas menundukkan kepala ke bawah.Kebiasaan yang dilakukan apabila Tengku Syahran memandangnya lama-lama.
Tengku Syahran sudah pasti dengan kebenaran ucapan itu.Terus ditarik Zahlia ke pelukannya.
    “Abang akan bertanggungjawab Alia…jangan risau! Walau apa pun yang berlaku, Alia tetap akan jadi isteri abang.Walaupun rahsia perkahwinan kita terbongkar sekalipun… kita pasti bersama.Faham?”
Zahlia mengangguk.Dia mula melentokkan kepalanya di dada bidang itu.
    “Ingat, abang sayangkan Alia.Jika abang tak dapat memiliki Alia, abang boleh jadi gila.Alia nak abang jadi gila?” tanya Tengku Syahran laju.
Zahlia menggeleng.Air matanya masih mengalir.Tetapi, tiada tangisan yang kedengaran.Hanya sendu yang berbunyi.Kata-kata Tengku Syahran
bersatu dengan harapannya.Zahlia bersyukur.Pelukannya dieratkan lagi.
    “Abang jangan lakukan macam tu pada Alia lagi, ya?” pesan Zahlia tenang dan sopan.Berharap lelaki itu mengerti dengan perasaan takutnya.
   “Abang bersumpah! Perkara tu takkan berlaku lagi.Abang berani bersumpah!”
   “Abang buat Alia jadi takut.Alia betul-betul tak kenal lelaki tu.Alia takut dia lakukan perkara yang tak senonoh pada Alia.Alia ingatkan abang datang sebab nak tolong Alia.Rupa-rupanya malam tu….”
esak Zahlia berbunyi semula.Dia gementar mengingati malam itu.Suaranya mula berselang-seli dengan tangisan di dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran terus mengetatkan lagi pelukannya.Berharap Zahlia berasa selamat bersamanya.Sempat dikucup bahu isterinya itu melepaskan rindu yang menggunung.
    “Jangan ingatkan lagi.Abang pun nak lupakan peristiwa malam tu.Abang tau Alia mesti payah nak melupakannya, abang akan bantu.”
Za hlia mengangguk.Setuju dengan cadangan Tengku Syahran.Mereka menyepi dalam pelukan.Lama sekali.Seolah-olah melepaskan beban kerinduan akibat lama terpisah.
Suasana terus menjadi hening.Bagaikan mengerti wujudnya situasi baru dalam perhubungan mereka.Juga bagaikan merestui kasih sayang yang semakin parah antara kedua-duanya.
    “Alia….” Tengku Syahran bersuara sayup-sayup.
   “Hmmm….” perlahan Zahlia menyahut.Dia leka dalam pelukan itu.
   “Boleh abang tanya satu soalan?” Zahlia pelik dengan pertanyaan itu.Tengku Syahran menguraikan pelukan.Membuatkan Zahlia mengambil peluang itu untuk memandang wajah Tengku Syahran sebelum mengalihkan mata ke sudut lain.
   “Mengenai apa?” tanya Zahlia sambil kakinya menguis-nguis tanah.
   “Hubungan Alia dengan Mak Su.” Terus Zahlia terasa dadanya berombak.Kakinya berhenti menguis tanah.
    “Ceritakanlah Alia.Abang dah tau Alia dengan Mak Su ada pertalian, kan?” soal Tengku Syahran. Pantas Zahlia menafikan kata-kata itu dengan gelengan.Dia bergerak jauh sedikit dari Tengku Syahran sambil memeluk tubuh.Berusaha untuk bertenang.
     “Tak adalah.Mak Su kan ibu saudara abang.Mestilah ibu saudara Alia jugak.”
Alasan Alia tak dapat diterima oleh akal Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak percaya.Dia sudah mendengar segala-galanya tadi.Kini dia cuma mahukan kepastian.Kenapa Zahlia masih cuba berbohong?
    “Abang dah dengar Alia.Puteri dengan mama….apa bendanya tu?Please berterus-terang.” Tengku Syahran memujuk.Menghampiri Zahlia semula.
Zahlia terus menjarakkan diri.Takut dengan pengakuan itu.Dia sudah tahu? Jadi, perlukan aku berterus-terang?
Zahlia pernah terfikirkan hal ini dahulu.Tetapi, dia belum bersedia waktu itu.Tambah- tambah lagi sekarang ni, dia baru sahaja menerima Raja Khalida sebagai mamanya.
    “Alia…janganlah tipu abang lagi.Tolonglah….”
Zahlia terdiam.Sudah bersediakah aku membongkarkan rahsia ini? Zahlia menggigit bibir.Mencari kekuatan untuk bersuara.
Zahlia terasa tangannya diusap lembut.Lelaki itu terlalu hampir dengannya.Sedang menguntum senyuman.Kacak sungguh!
     “Abang tak bermaksud nak menakutkan atau memaksa Alia.Tapi sebagai suami, abang tak mahu lagi mencurigai isteri sendiri.Abang dah serik! Tolonglah Alia…. jelaskan pada abang hal yang sebenar.” Tengku Syahran memujuk lagi.Erat tangannya meramas jari-jemari Zahlia.
Zahlia tertunduk.Malu dengan penipuannya sebentar tadi.Pujukan Tengku Syahran menusuk ke sanubari.Zahlia mengetap bibir.Mencari kekuatan untuk memberitahu Tengku Syahran perkara yang sebenarnya.
    “Kalau Alia betul-betul anak Mak Su, apa abang nak buat?” lambat-lambat Zahlia membuka mulut dengan wajah ditundukkan.
    “Kalau Alia betul-betul anak Mak Su, abang nak peluk Alia kuat-kuat! Kenapa tak beritahu abang berita gembira ni awal-awal? Sepatutnya kita kongsi berita gembira ni sama-sama sayang!” Tengku Syahran berbisik di telinga Zahlia sambil memeluknya.
Zahlia menolak tubuh Tengku Syahran.Dia lemas di perlakukan begitu.
    “Alia tak cakap pun yang Alia memang anak Mak Su.Alia cuma tanya aje.Kenapa dengan abang ni?” Zahlia masih cuba menafikan tekaan suaminya.Manalah tahu ada ruang untuknya menyimpan rahsia itu lagi.
Tengku Syahran meraup rambutnya ke belakang.Mulai bosan dengan tindakan Zahlia yang seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan sesuatu daripadanya.
    “Berterus-terang ajelah Alia.Janganlah tipu abang lagi.” Tengku Syahran semakin hilang sabar.
Zahlia membetulkan tudungnya.
   “Alia cakap apa yang betul! Abang yang tiba-tiba timbulkan hal ni.Alia tak ada kaitan dengan Mak Su pun.” Zahlia berkata lagi.
Tengku Syahran geram.Sepantas kilat ditarik tubuh Zahlia ke arahnya.Tubuh isterinya itu dipeluk seerat yang mungkin.Kalau boleh, tidak mahu dilepaskan lagi wanita itu pergi darinya.
   “Abang, lepaskanlah Alia bang.Alia rimas.” Zahlia cuba menepis tubuh Tengku Syahran.
Tengku Syahran buat tidak tahu.Malah tangannya makin kemas memeluk tubuh itu sehingga terasa lekuk tubuh Zahlia melekap ke tubuhnya.
    “Abang…” Zahlia mula merayu.
    “Tak nak! Kecuali Alia beritahu abang cerita yang sebenarnya,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia mendengus.Pelukan suaminya terasa ketat sehingga tiada ruang untuknya bergerak langsung.
     “Alia merayu pada abang…tolonglah lepaskan Alia,” pinta Zahlia.
Tengku Syahran mengeluh kecil.Perlahan-lahan dilepaskan pelukan itu.Dia berdiri menghadap Zahlia.
    “Kenapa susah sangat Alia nak berterus-terang?” tanya Tengku Syahran hambar. Zahlia tertunduk.Dia malu untuk memandang wajah lelaki itu.
   “Suka hati Alialah kalau tak nak beritahu abang.Malas abang nak ambil tahu lagi!” Tengku Syahran ingin berlalu.Tetapi, lengannya sempat disambar.
Zahlia menarik tangan Tengku Syahran.Dengan sendiri memeluk tubuh Tengku Syahran.Tanpa disuruh atau dipaksa.
   “Maafkan Alia sebab merahsiakan hal ni.Alia takut abang tak nak terima sebab berkahwin dengan dua pupu sendiri.” Zahlia menyembamkan pipinya di dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersentak mendengar pengakuan Zahlia.Lama dirinya terpaku di dalam pelukan isterinya sebelum dia membalas pelukan itu.
Tidak lama kemudian, Zahlia merungkaikan pelukan.Zahlia mengesat air mata yang mengalir tiba-tiba.Melihatkan keadaan itu, Tengku Syahran menghela nafas.
   “Abang sayangkan Alia.Bukan sebab yang lain, tapi diri Alia sendiri.Ingat sayang! Abang tak kisah asal Alia dari mana.Abang takkan persoalkan lagi status Alia.Perkara yang berlaku dulu, abang akui kesilapan abang.Dan abang berjanji perkara tu takkan berlaku lagi.Berikan abang peluang kedua,” ujar Tengku Syahran dengan penuh perasaan.
Tengku Syahran sudah lupa dengan masalah yang menimpa.Ingatannya tiba-tiba mati dari memikirkan hal-hal berkaitan dengan ugutan Linda dahulu.Tengku Syahran hanya mampu membayangkan saat- saat indah yang bakal dilaluinya bersama Zahlia.Tiada Linda yang mengganggu hidup.Dengan sendirinya bibir Tengku Syahran mengukir senyuman.Zahlia berasa pelik.
    “Kenapa abang senyum?” teguran Zahlia menyentakkan lamunan.
Tengku Syahran tersipu.Rambut yang terjatuh di dahi segera ditolak ke belakang.
   “Alia sudi berikan abang peluang kedua?” tanya Tengku Syahran lagi.
Zahlia menunduk sebelum mengangguk.Tengku Syahran tersenyum gembira.Tenang hatinya melihat penerimaan Zahlia.
   “Terima kasih sayang.” Dikucup lembut dahi isterinya.
   “Tapi, abang kena janji dengan Alia.Abang mesti rahsiakan hal ni dulu.Alia tak mahu sesiapa pun tau yang Alia ni anak Mak Su,” pinta Zahlia bersungguh-sungguh.
Tengku Syahran merenung anak mata isterinya.Kepalanya diangguk.Kemudian matanya tertancap pada jam di tangan.
   “Abang rindukan suara Alia.Masa abang merajuk dulu, abang selalu dengar.Lepas abang dah okey, Alia pulak yang buat hal.” Tengku Syahran meraba-raba jam tangan pemberian Zahlia.
   “Eh, tolong sikit ya! Siapa yang buat hal sebenarnya? Abang ke Alia? Ini yang Alia nak marah lagi ni!”
   “Okey…okey…okey…abang yang salah! Jadi, Alia sudi maafkan abang tentang segala-galanya?” tanya Tengku Syahran lembut merenung isterinya. Zahlia cuba melawan pandangan mata Tengku Syahran.Namun dia kalah jua!
Tengku Syahran ketawa kecil.Lama-kelamaan ketawanya itu semakin galak dan mula memecah kesunyian yang terulit di kawasan belakang banglo dua tingkat itu.
Zahlia terkejut melihat kelakuan Tengku Syahran.
     “Syhhh…kenapa dengan abang ni? Nanti orang dengar, kita yang susah! Keluarga ramai-ramai kat dalam, kita senang-senang duduk kat luar,” marah Zahlia separuh berbisik.
Tengku Syahran mematikan gelak.Hanya membiarkan riak-riak senyuman terlahir di permukaan bibirnya.
    “Abang suka tengok Alia tersipu macam tadi.”
   “Maksud abang?”
   “Yalah…bila Alia cuba nak pandang mata abang mesti tak lama.Abang rasa abang tau sebab apa! Alia berdebar-debar, kan?”
Zahlia tertunduk mendengar dakwaan suaminya.Dalam hati mengiakan.Tetapi, dia tidak mahu mengaku.
   “Tak adalah.Siapa cakap? Abang ingat Alia ni pemalu sangat ke?” ucapan berani itu diucap dengan wajah yang tetap tertunduk.
Tengku Syahran terus ketawa.Zahlia sudah pandai membalas ucapannya dengan berani.Namun, Tengku Syahran tetap tidak yakin dengan kata-kata itu.Tengoklah tadi, cakap beria-ia pun, mata masih pandang ke bawah.
   “Cakap besar! Cubalah kalau Alia dapat pandang mata abang ni lima saat pun, abang akan bagi hadiah.”
Zahlia terkedu.Dia malu tetapi cabaran itu harus disambut.Pantas diangkat wajahnya
mendongak ke arah lelaki itu.Melawan pandangan mata yang hitam bersinar.
Tengku Syahran turut memandang Zahlia.Sengaja melepaskan satu perasaan menggoda di situ.Dia tahu Zahlia sedang menggelabah.Dia tahu
hati Zahlia sedang berperang sesama sendiri.Sebenarnya dia juga sedang berdebar-debar.Entah mengapa kali ini hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk meneliti ke segenap wajah itu.
Direnung segala anggota wajah itu dengan perasaan berkocak.Tengku Syahran cuba menghampirkan wajahnya ke arah itu.Sedikit-sedikit! Semakin hampir! Tetapi apabila bibirnya hampir mengenai wajah itu, Tengku Syahran terasa tubuhnya ditolak.
   “Oh, abang main tipu! Mana boleh macam ni? Nak ambil kesempatan pulak,” rungut Zahlia dengan wajah yang masam.
Tengku Syahran tersedar.Kecewa juga kerana keinginannya tadi tidak menjadi.Tetapi dia tetap mengakui kesalahannya dalam hati.Pantas ditoleh ke arah jam.Sudah lebih sepuluh saat mereka memandang sesama sendiri.Wow! Zahlia sudah semakin berani.
    “Sebenarnya tadi abang nak bagi Alia hadiah sebab berjaya pandang mata abang lebih kurang sepuluh saat,” ujar Tengku Syahran.
   “Mana hadiahnya?”
   “Yang tadilah….” Zahlia tidak faham.Berkerut dahinya.
   “Yang mana?” tanya Zahlia pelik.
Cupp! Satu ciuman kecil hinggap di bibir Zahlia. Zahlia terpana.Tengku Syahran sedang ketawa besar. Terus Zahlia mengancingkan gigi sambil bercekak pinggang.
    “Ambil kesempatan!” Zahlia menjerit kecil.
Ketawa Tengku Syahran semakin kuat.Lucu melihat reaksi dan kemarahan isterinya yang dianggap satu gurauan.Dia melihat wajah Zahlia sudah merah padam.
    “Bila masa pulak abang ambil kesempatan ni?” pertanyaan itu bercampur dengan gelak ketawa.
Zahlia mengetap bibir.Geram dan malu kerana dipermainkan.
    “Abang ambil kesempatan nak….” ayat itu tidak jadi diteruskan.
    “Nak apa?” Zahlia terasa wajahnya makin panas.Nada lelaki itu seperti ingin mengusiknya lagi.
    “Nak…tulah.” jawab Zahlia.
   “Apa?” Tengku Syahran mengangkat kening. “Malaslah nak cakap lagi.Alia nak masuk.
Zahlia merengus geram.Ketika dia ingin berlalu, tangannya disambar.
    “Abang masih tak puas hati dengan tenungan tadi.Abang akan tunggu saat Alia dah boleh tenung mata abang ni lama-lama.Okey? I will wait, honey!” ucapan itu terluah bersama satu kucupan di dahi Zahlia. Zahlia menghela nafas geram.Tetapi, akhirnya dia menguntum senyuman lega.Perlahan-lahan pasangan itu menapak ke dalam rumah bersama perasaan berbunga yang tersemat di kelopak hati masing-masing.









No comments:

Post a Comment