KETIKA Zahlia membuka pintu bilik, Tengku Syahran sedang membaca akhbar Bacaria di sofa panjang.Lelaki itu tidak menegurnya walaupun dia nampak Zahlia terjengul di muka pintu.
Berkerut dahi Zahlia.Apa sudah berlaku dengan lelaki itu? Hatinya
tertanya- tanya.Sungguhpun begitu, Zahlia terus melangkah ke bilik air selepas mencapai sepasang baju kurung yang tergantung di dalam almari.
Sewaktu Zahlia keluar dari bilik air, kedudukan Tengku Syahran masih seperti tadi.Tumpuannya masih melekat di dada akhbar tanpa sesaat pun berganjak ke tempat lain.Zahlia terus menukar tudung berwarna putih yang dipakainya dengan tudung hijau muda pula.Wajahnya hanya dicalit dengan sedikit bedak asas tanpa apa-apa alat solek.
Selepas mengambil beg tangan, kakinya melangkah ke arah pintu.Belum pun sempat kakinya sampai di situ, langkahnya terhenti.Zahlia berpaling semula.Menggerakkan kaki ke arah Tengku Syahran.Zahlia melabuhkan punggung di lantai berhadapan Tengku Syahran.
“Syah, saya nak pergi melawat kawan saya.Awak izinkan tak?” pertanyaan Zahlia membuatkan tumpuan Tengku Syahran beralih kepada Zahlia.
Terus matanya difokuskan ke arah wajah yang tenang dan lembut di hadapannya.Mata yang bening dan redup menawan itu ditatap sepuas hati.Kemarahannya mulai reda apabila senyuman kecil muncul di bibir merekah itu.
Arrrhhh… wanita ini mempunyai kuasa mistik yang mampu mencairkan hati lelakiku.Mana perginya kekuatanku sebagai seorang lelaki? Jerit Tengku Syahran sekuat hati.
“Pergilah.Tapi jangan balik lambat sangat.”
Bagaikan satu kuasa, Tengku Syahran meluahkan kata-kata itu.Tiada nada keras dan marah di situ.
“Terima kasih,” ujar Zahlia lantas mencapai tangan Tengku Syahran. Tengku Syahran tersentak.Tangannya dicium dengan penuh syahdu.Penuh tatatertib seorang muslimah yang sejati.Hati lelakinya bagaikan tersentuh.Tindakan itu seakan mencambahkan lagi kasih sayangnya pada wanita itu.
Bagaikan ingin mengalir air matanya.Haruskah dibiarkan dirinya terus membohongi dengan bersikap tenang apabila bersama wanita itu? Tengku Syahran memejam mata.Apabila kelopak matanya terbuka, Zahlia sudah pun menarik tangan dan bangun.Berhasrat untuk melangkah pergi.
Tengku Syahran segera menyambar pergelangan tangan Zahlia.Tidak sangka sampai begitu sekali tindakan refleksnya terhadap wanita itu.
Zahlia tergamam.Tubuhnya tercampak ke hadapan.Tanpa disedari, Zahlia terduduk di atas paha suaminya membuatkan Tengku Syahran juga seakan terkedu.Untuk sesaat dua, pasangan itu bagaikan dikejutkan dengan satu kejutan elektrik yang amat asing bagi kedua-duanya.Tidak tahu apakah petandanya!
Cis, kenapa boleh jadi macam ni? Kelam kabut Zahlia bangun.Wajahnya yang putih bersih nampak kemerah-merahan walaupun pagi masih sejuk dan dingin.Jelas menunjukkan dirinya malu dengan adegan singkat sebentar tadi.
Apabila Zahlia sudah stabil untuk berdiri tegak, dia memandang Tengku Syahran.Tengku Syahran kelihatan relaks dengan wajah yang kelihatan
selamba.Zahlia bengang.Pantas, kakinya melangkah meninggalkan suaminya ituTengku Syahran tersenyum puas apabila kelibat Zahlia hilang di sebalik pintu.
Aku akan tawan hatinya.Sebagaimana Nazirah tertawan
dengan diriku.Tunggu Alia! Aku akan lakukan sesuatu yang akan menunjukkan betapa sayangnya aku pada kau!
ZAHLIA menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Debaran di dada masih segar terasa sejak kakinya melangkah keluar dari biliknya.Tambahan pula perasaan malu yang menguasai diri seolah-olah membuatkan dirinya bagaikan di awang- awangan.
Za hlia menarik nafas dalam-dalam.Cuba menenangkan dirinya yang terasa kekok ketika berjalan.Sayup-sayup telinganya menangkap suara riuh orang berbual di ruang tamu.
Sewaktu kakinya menjejaki ke ruang tamu, beberapa pasang anak mata sedang
memandangnya.Zahlia terdengar namanya dipanggil.
“Alia, kamu nak ke mana tu?” soal Tengku Badariah lembut. Zahlia melempar senyuman manis.
“Mak, Alia nak pergi melawat kawan Alia yang kat hospital tu.Mungkin Alia balik petang sebab Alia nak menjenguk Sinar Iram sekejap,” ujar Zahlia masih tersenyum.
Beberapa pasang mata yang asing masih tepat merenungnya sejak tadi.
“Sebelum tu, mari berkenalan dulu dengan kawan-kawan persatuan mak,“pinta Tengku Badariah kepada menantunya.
Zahlia terpaksa mengangguk.
“Ni menantu saya.” Tengku Badariah memperkenalkan Zahlia kepada rakan- rakannya.
Zahlia tersenyum.
“Ini Puan Rahimah, setiausaha persatuan.” Zahlia menghulur tangan kepada wanita yang sedang duduk di hadapannya.Wanita itu menyambut dengan wajah yang ceria.
“Yang ni pulak, Datin Rohana.Alia dah kenalkan? Mama Linda”Zahlia mengangguk dan menghulur tangan ke arah wanita yang memandangnya jengkel.Zahlia pura-pura tidak mengerti dengan pandangan itu.
“Yang ni, orang penting dalam persatuan, Raja Khalida”Tengku Badariah menunjukkan ibu jari ke arah wanita yang berada bertentangan dengannya.
“Auntie Khalida ni adik sepupu mak.Alia kena panggil Mak Su.Masa majlis kahwin Alia dengan Syah, Mak Su kamu ni tak dapat datang”ujar Tengku Badariah lagi.
Zahlia menghulur tangan dan mula mengalihkan tumpuan ke arah wanita seterusnya.Senyuman yang terukir di bibirnya sedikit kaku.Perlahan-lahan senyuman manisnya hilang bersama leraian salam yang baru disambut.Pantas tangannya ditarik laju.
“Alia pergi dulu, mak.”
Zahlia terus melangkah keluar sepantas mungkin.Tanpa menghiraukan sepasang mata yang masih memandangnya keluar tanpa jemu.Diakah wanita itu? Zahlia tertanya di dalam hati.
ZAHLIA duduk di sisi Razif yang mula beransur pulih.Razif sahaja yang banyak bersuara berbanding Zahlia.Zahlia lebih senang mendengar setiap perkataan yang dibicarakan oleh Razif.Fikirannya melayang mengingati wajah wanita yang ditemui di Villa Sakura tadi.
“Weh…kenapa ni Alia? Dari tadi aku tengok kau asyik termenung aje.“sergah Razif.
“Tak ada apa- apalah.Tiba-tiba aku rasa tak sihat,“jawab Zahlia cuba berlagak tenang.Razif mengerutkan dahi.Wajah keruh itu ditatap lama.
“Kau jangan nak tipu aku, Alia.Aku kenal kau sejak kecil.Walaupun kita pernah berpisah, tapi hanya sekejap.Kita ditakdirkan berjumpa semula.Aku tau keadaan kau kalau kau ada masalah,“serkap jarang Razif mengena.
“Tak apa Razif.Aku masih mampu menanggung masalah aku.Janganlah kau risau.It’s just a small matter.I can handle it on my own.“Zahlia mula mengukir senyuman.
“Are you sure? Your face looks like you’re hiding something horrible,“balas Razif dengan dahi yang berkerut. Zahlia ketawa.
“Tak adalah.Merepek aje kau ni.Dahlah, aku nak ke Sinar Iram.Kau nak kirim apa- apa?”
“Kirimkan salam aku pada semua,“ujar Razif sambil tersenyum.
“Itu aje?”
”Emm….haa…beritahu Fatimah, aku rindukan dia.Dia tak mahu melawat aku lagi ke?”
Zahlia bingkas berdiri.Membalas senyuman lelaki itu seikhlas mungkin.Selepas mengucapkan salam, Zahlia keluar dari bilik itu.Meninggalkan Razif keseorangan.
ZAHLIA tiba di Sinar Iram sejam kemudian.Membatu seketika sebelum menolak pintu kereta dan melangkah keluar.Wajah wanita yang ditemui ketika keluar dari Villa Sakura tadi datang menyapa fikirannya.
Zahlia mengeluh.Mengapa wanita itu wujud lagi? Soalan itu terbit di benaknya.Zahlia ingin melupakan wajah itu tetapi sepanjang pemanduannya tidak kira ketika mahu ke hospital mahupun ke Sinar Iram, wajah itu jugalah yang datang menyapa.
Dia sepupu Tengku Badariah? Jadi, namanya Raja Khalida?
Zahlia bengang.Semakin ingin menjauhi semakin dekat wanita itu berada dengannya.Zahlia benci mahu melihat wajah itu lagi.
Zahlia ingin melangkah ke pejabat guru.Dia pening memikirkan masalah tadi.Ketika itu matanya ternampak kelibat Fatimah.
“Imah,” jerit Zahlia. Fatimah berpusing apabila terdengar namanya dipanggil.Fatimah ternampak Zahlia.Pantas kaki Fatimah berlari-lari anak ke arah Zahlia dengan senyuman lebar.
“Wah, dah tiga minggu aku tak jumpa kau! Apa khabar?” sapa Fatimah seraya memeluk tubuh Zahlia.
“Emm… aku sihat.Baru sampai semalam,“Suara Zahlia lemah.
“Ohh..macam mana dengan percutian kau? Ada apa-apa berlaku antara kau dan Syah?” pertanyaan Fatimah menimbulkan keluhan di bibir Zahlia.
“Aku ada masalah,“Zahlia bersuara lambat-lambat.
“Masalah? Dengan Syah?”
”Semua.Syah..wanita tu…entah apa-apa lagi.Aku bingung.Apa aku nak buat ni?”
“Alia..ceritakan pada aku.Mungkin aku boleh tolong kau,” ujar Fatimah lembut memujuk.
Zahlia melangkah menuju ke taman yang disediakan untuk anak-anak yatim bermain di waktu petang.Zahlia duduk di sebuah kerusi yang terdapat di situ.Fatimah menurut dari belakang.
“Kenapa Alia? Apa masalah kau?”
“Dia..” Zahlia tunduk.Patutkah dia memberitahu segala masalahnya pada Fatimah? Tentang perasaan Tengku Syahran dan kewujudan Raja Khalida yang tiba-tiba? Tapi, Zahlia tertekan.Masalah yang menggunung secara mendadak bagaikan mengusutkan segala urat fikirannya.Masalah tentang perasaan Tengku Syahran dan Raja Khalida.Arrhhh….parahnya terasa menanggung masalah ini.
“Alia, aku tak faham apa yang berlaku! Kau tak jelaskan lagi apa yang mengganggu fikiran kau berkenaan dengan Syah…wanita itu…siapa?”
Zahlia mengeluh.
“Entahlah… aku pun tak pasti sama ada ini merupakan satu masalah atau satu pembaharuan.Tapi, sejak Syah beritahu aku, kepala aku pening.Tiba-tiba wanita tu muncul, aku tak tau nak buat apa lagi Imah,”
Fatimah mengerutkan dahi.Kata-kata Zahlia tidak langsung dapat ditangkap.Fatimah semakin tidak mengerti apatah lagi mahu memahami.Fatimah mencapai tangan Zahlia lalu digenggam kemas.
“Kenapa dengan kau ni? Ceritakan pada aku satu-persatu.Kata-kata kau tak jelas, aku tak faham,”
“Aku nak tumpang rumah kau sekejap.Aku nak tenangkan fikiran.Aku tak mahu balik ke rumah hari ni.Aku…”
“Okey… okey… aku bawa kau,” ujar Fatimah.
“Aku cuma nak rehat.Aku nak bersendirian seketika… hari ni aje,”
Zahlia melangkah longlai.Dia meninggalkan Fatimah di kerusi itu dengan penuh tanda tanya.Zahlia sudah tahu di mana rumah Fatimah kerana rumah itu juga merupakan rumah kakitangan Sinar Iram. Zahlia perlukan rehat.Dia ingin melupakan segala masalahnya seketika.
No comments:
Post a Comment