TENGKU SYAHRAN melemparkan fail-fail yang dipegang ke atas meja.Kertas -kertas kerja yang bertaburan di sekitar lantai dibiarkan menghiasi biliknya yang sememangnya berserabut.Kerutan di dahi menunjukkan otaknya yang sedang bingung ketika itu.Satu kerja yang dilakukan tidak langsung menarik perhatian.Asyik-asyik wajah Zahlia yang muncul dalam fikiran.Ditoleh ke kanan, Zahlia sedang tersenyum.Ditoleh ke kiri, Zahlia sedang ketawa.Ah, segala- galanya rumit mengganggu ingatan!
Tengku Syahran menyandarkan tubuh ke kerusi.Termenung lagi! Itulah rutin
hariannya sejak dia cuba melupakan Zahlia.Namun, dia tidak berjaya.Kekerapan wajah Zahlia muncul dalam ingatannya semakin menjadi-jadi mengganggu hidupnya.
Tengku Syahran mengeluh.Sudah tiga bulan hubungannya dengan Zahlia hambar dan dingin.Tiada lagi gurauan yang selalu lahir dari bibirnya untuk mengusik wanita itu.Semuanya hanya kesepian yang melayari setiap ruang antara dia dan Zahlia.
Tengku Syahran akui Zahlia masih belum berputus asa memujuknya di mana-mana.Tidak kiralah dia sedang bekerja atau di rumah.Sekiranya dia di pejabat pasti ada sahaja bungkusan yang dihantar.Jika dia di rumah, Zahlia akan merayunya
selepas solat berjemaah.Namun, Tengku Syahran sengaja mencipta ego antara mereka.
Dia gembira apabila Zahlia menantinya pulang setiap hari.Kadangkala sampai tertidur di kerusi panjang.Kalau boleh Tengku Syahran mahu perkara itu menjadi kebiasaan bagi wanita itu.Dia hanya mahu wajah wanita itu yang datang kepadanya ketika dia
sedang keletihan seharian di pejabat.Sesungguhnya Tengku Syahran masih menyayangi wanita itu!Tiba-tiba pintu biliknya terkuak.Tengku Syahran mendongak.Kelihatan Adli terpacul di situ.Tengku Syahran menjatuhkan kepalanya
semula.Membiarkan lelaki itu masuk ke biliknya seperti biasa.
Adli duduk di hadapan Tengku Syahran.Memerhati gelagat teman yang seperti menanggung beban masalah.Adli sudah tahu puncanya.Anissa sendiri yang memberitahunya semalam.
“Syah, apa kena dengan kau ni sebenarnya? Kau dah gila agaknya?” Adli
bersuara tenang dengan matanya tepat memandang Tengku Syahran.
“Gila? Aku gila?? Entah.Aku pun tak sedar,” jawab Tengku Syahran masih memandang siling pejabatnya.
Adli mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.
“Apa yang kau nak sebenarnya, Syah? Dulu, kau yang beria-ia nakkan si Alia tu!
Sekarang, bila dia dah datang, kau buat begini pulak! Kau ingat dia tu apa? Bila dah bagi harapan, dia pun dah percayakan kau, kau tinggalkan dia! Hisy…tak masuk akal,” ujar Adli dengan sisa kemarahan.Dia hairan dengan tindakan Tengku Syahran yang berubah-ubah.
“Bagaimana kau tau hal ni?” soal Tengku Syahran hambar.
“Dia datang cari Anis.Rupa-rupanya kau dah tak tegur dia selama tiga bulan,
Syah.Kalau ikut Islam dah berdosa.Kau langsung tak beritahu aku masalah kau.Kenapa?”
“Hal rumah tangga aku, buat apa nak heboh-heboh!” Adli ketawa.
“Hei, sejak bila kau pandai nak berahsia ni? Dulu, pantang ada masalah sikit,
kau cari aku.Sekarang, masalah yang rumit macam ni pun kau boleh buat main-main.Pelik!” Adli masih ketawa.
“Ini hal antara aku dengan Alia, Li! Biar aku selesaikan sendiri.” Suara Tengku
Syahran tegas.
“Tapi,apa yang kau nak buat? Dia menangis tersedu-sedan mengadu kat
Anis.Kau tak kesian ke? Dulu, kau yang hampir setengah mati dibuat dia.Bila dah jadi macam ni, kau main-mainkan perasaan dia.Manusia jenis apalah kau ni,Syah?”
Tengku Syahran terdiam memikirkan kata-kata Adli.Pedih hatinya dituduh begitu.
“Li, aku masih sayangkan dia.Aku tak pernah buang dia dari hati aku.Tapi,
ego dia tinggi sangat.Aku bengang!” Tengku Syahran berkata geram.
“Sekarang kan dah okey.Dia beritahu Anis yang dia dah sayangkan kau.Kenapa
kau pulak nak melayan ego?”
“Aku sakit hati tau tak? Dia buat aku macam aku ni tak ada perasaan.Kalau
macam nilah hidup yang perlu aku lalui sepanjang hayat, lebih baik kami buat hal sendiri.”
“Astaghfirullah-al-azim…mengucap Syah! Kau ni, makin lama aku kenal,
makin tak faham aku dengan perangai kau!” Adli menggerutu.
Tengku Syahran ingin membalas namun suara yang bergema di interkom mematikan niatnya.
“Encik Syahran, ada bungkusan untuk encik.” Suara Yani bergema di situ. Tengku Syahran memandang Adli.
“Nak pujuk akulah tu,”
ujar Tengku Syahran kepada Adli.Temannya itu hanya ketawa.
“Kalau bungkusan seperti selalu tolong batalkan.Tak pun awak buang ajelah,”
luah Tengku Syahran di interkom.
“Bukan.Yang ini lain sikit,” ujar Yani lagi.
Tengku Syahran terdiam sebentar.
“Tak apalah.Bawa masuk.”
Tidak lama kemudian,jari-jemari Tengku Syahran sedang menari-nari di permukaan
kotak yang berbungkus cantik.Kalau selalu, bungkusannya hanya menggunakan kertas yang berwarna coklat.Tetapi, hari ini kotak yang dibungkus kemas itu kelihatan amat
menarik.
“Bukalah Syah! Aku pun nak tengok jugak apa yang Alia bagi,” beritahu Adli tidak
sabar.
Tengku Syahran meletakkan bungkusan itu di atas meja.
“Mesti benda yang merepek-repek macam selalu.Dia ingat aku ni perempuan
agaknya.Bagi coklat, bunga,candy! Bosan,” rungut Tengku Syahran.
“Habis, kau tak naklah ni? Biar aku ambil.” Adli mencapai bungkusan itu. Tengku Syahran membeliakkan mata.
“Eh, mana boleh? Ini Alia bagi aku!” Tengku Syahran merampas semula.
“Hipokrit! Perangai macam budak-budak.Mengaku ajelah yang kau dah termakan pujuk rayu Alia?”
Tengku Syahran menunduk.
“Aku kalah,Li! Alia betul-betul mampu buatkan aku jadi gila,” ucap Tengku
Syahran.
“So, tunggu apa lagi? Bukalah…aku pun nak tengok jugak!”
“Eeee… tak malu.Pergilah balik bilik kau.Sibuk aje.”
“Eleh, berlagak.Nanti, bila aku dapat hadiah dari Anis, tak ingin aku nak tunjukkan pada kau.”
“Kalau nak… merajuklah macam aku!” Adli melangkah keluar dengan ketawanya.
Tengku Syahran tersenyum melihat kelibat Adli berlalu pergi.Dia berasa lega
tiba-tiba.Bungkusan itu terus dikoyak sehingga matanya terpahat pada sebentuk kotak yang berukir cantik.Terus pandangannya melekat pada sebentuk jam berjenama Guy Laroche berwarna perak yang menyilaukan mata.Bibir Tengku Syahran tersenyum.
Secebis kad kecil tersepit di tepi kotak itu ditarik keluar.Tengku Syahran memahatkan pandangan pada bait-bait tulisan yang tertera di kad kecil itu.
Untuk abang tersayang,
Alia masih tetap
mahu berusaha untuk memujuk hati abang.Alia dah
sedar kesilapan Alia..Maafkan Alia…
Alia.
Tengku Syahran tersenyum lagi.Jam yang tersepit di dalam kotak itu ditarik.Jam lama yang masih tersangkut di pergelangan tangan, dibuka lalu Tengku Syahran menyarungkan jam berwarna perak itu di pergelangan tangannya.Jam Guy Laroche Itu terus dibiarkan melekat sehingga dia leka meneruskan kerjanya.
ZAHLIA tersenyum apabila melihat wajah Tengku Syahran muncul di muka pintu.Walaupun wajah itu tidak menghadiahkan senyuman namun, keadaan itu tidak
langsung menggugat perasaan Zahlia yang tidak pernah berputus asa untuk memujuk hati suaminya.
Zahlia segera mendapatkan Tengku Syahran.Tangan lelaki itu dicapai untuk disalam dan dikucup seperti selalu.Beg yang dipegang oleh Tengku Syahran diambilnya dan diletakkan di atas kabinet.Tengku Syahran hanya memerhatikan gelagat Zahlia dengan ekor matanya.Hatinya tercuit.Marahnya telah lama reda.Cuma dia masih mahu menguji kesungguhan wanita itu.Dia ingin lihat sejauh mana Zahlia mampu melayani
karenahnya.
“Abang dah terima hadiah Alia?” soal Zahlia.
“Kenapa membazir? Ingat abang ni dah tak ada duit nak beli?” Tengku Syahran sengaja menempik.
Zahlia mencebik.
“Kalau ada duit kenapa tak beli dari dulu?” jawab Zahlia berwajah selamba.
“ “Abang tak nak membazir.Jam lama abang tu masih elok.”
“Eleh, Alia tengok jam lama abang tu tinggal nak tertanggal skru aje.Agaknya kalau ada orang tarik skru sampai tercabut pun abang masih nak pakai.” Zahlia menjawab lagi.
“Kalau dah tau kenapa beli?” tanya Tengku Syahran.
“Kenapa, abang tak mahu? Bagi Alia balik! Harta kalau bertimbun pun tak guna
kalau tak tau nak menghargai masa.” Zahlia terus-terusan mengata.
“Kalau kita aje tau menghargai masa, orang lain pulak tak tau nak hargai buat
apa? Sia-siakan waktu dengan bersikap endah tak endah, pun tak guna jugak,kan?” kata-kata Tengku Syahran membuatkan Zahlia terdiam seketika.
“Abang sindir Alia ke?” perlahan Zahlia bertanya.Ada nada kesalan di situ.
“Kenapa? Alia terasa?Ada abang sebut nama Alia? Tak ada, kan? Kenapa pulak Alia nak terasa?” Tengku Syahran masih berlagak tenang.
Zahlia mengangkat kepalanya semula.Memberanikan diri merenung mata suaminya.
“Sampai bila abang nak hukum Alia begini? Dah tiga bulan abang buat Alia
terseksa.Sampai hati abang.Nanti, kalau Alia mati, Alia jadi hantu, jaga-jagalah abang!” kata-kata Zahlia membuatkan
Tengku Syahran ketawa besar.
Zahlia mendengus geram.
“Kenapa ketawa?”
“Abang pun teringin nak tengok rupa Alia bila jadi hantu! Mesti seram.” Tengku Syahran berkata dengan sisa ketawanya.
Zahlia mengancingkan giginya.
“Eeee….malaslah nak layan abang.”
Zahlia mengatur langkah untuk berlalu.Namun, tangan Tengku Syahran pantas memaut lengannya.Zahlia tersentak.
Bibir Tengku Syahran dilihatnya sedang mengukir senyuman.Senyuman yang
terlalu dirindui untuk ditatapi.
“Kenapa cepat sangat mengalah? Dalam kad ucapan bukan main lagi, tetap nak
berusaha memujuk hati abang konon! Alia ni berlagak aje lebih,” ujar Tengku Syahran tepat merenung wajah wanita kesayangannya.
“Alia dah berusaha lebih tiga bulan, abang yang tak nak maafkan Alia.Alia dah
penat nak pujuk abang lagi.Abang layanlah rajuk abang sorang-sorang,” jawab Zahlia membalas tenungan Tengku Syahran.
“Alia tak takut dosa, kalau betul-betul abang mati?”
“Alia dah cakap, Alia dah sedar kesilapan Alia.Abang aje yang tak nak
maafkan.Buat apa nak susah-susah merayu orang yang keras kepala macam abang.Buat habis air liur aje.”
Tengku Syahran ketawa.Bebelan Zahlia amat menyenangkan hati.
“Abang dah lama maafkan Alia.Cuma abang sengaja nak menguji kesungguhan Alia memujuk abang.Hemm…taklah sehebat mana! Abang ingatkan Alia sanggup bina rumah impian untuk abang!”
“Hisy… tak ingin! Daripada bagi abang, lebih baik Alia duduk sendiri.Lagi
senang hati.Tak payah nak memeningkan kepala melayani karenah abang tu! Dahlah, Alia malas nak layan abang.Alia nak pergi makan.”
Zahlia mula menjarakkan diri.Hatinya sudah tenang.Sedikit sebanyak kata-kata maaf Tengku Syahran berjaya meleraikan perasaan bersalah yang kian menjalar dalam dirinya.Setelah memakai tudung, Zahlia melangkah ke arah pintu.Ketika dia baru
hendak membuka pintu bilik, suara Tengku Syahran memecah gegendang telinganya.
“Abang pun lapar jugak.Tapi, abang nak makan lauk-pauk dari air tangan isteri
abang sendiri.Hari ni, Alia kena masak untuk abang.”
“Habis, lauk yang Kak Salmah masak tu? Membazir aje.” Protes Zahlia dengan
kerutan di dahinya.
“Rumah ni kan banyak kucing.Sedekahkan aje pada kucing, banyak pahala! Abang tak kisah, abang nak makan lauk-pauk yang Alia masak.Kalau tak, abang hukum Alia lagi,” jawab Tengku Syahran membeliakkan matanya.
“Perangai tak ubah-ubah.” Zahlia mengetap bibir dan terus berlalu keluar dengan bebelan.
Tengku Syahran hanya ketawa.Hatinya berbunga kembali.Tenang dan damai.Dia
terus melangkah ke bilik air dengan senyuman yang mekar di bibirnya.
No comments:
Post a Comment