ZAHLIA terjaga apabila jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari.Dia masih dalam keadaan lemah.Perlahan- lahan Zahlia terus bangun dan melangkah ke bilik air.Setelah membersihkan diri, Zahlia turun ke tingkat bawah.
Terasa sunyi Villa Sakura ini tanpa kehadiran penghuni-penghuninya.Biasanya suara Salmah dan Siti akan kedengaran berbual-bual sambil memasak.Semenjak Tengku Badariah dan Tengku Ismail pergi makan angin,Salmah dan Siti turut diberikan cuti.
Tiba-tiba Zahlia terasa sebak.Peristiwa malam tadi terbayang kembali di ruang matanya.Mungkin semua ini adalah rancangan Tengku Syahran untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kalaulah Tengku Badariah ada, tentu Tengku Syahran tidak bertindak begitu.Dan yang paling istimewa, Tengku Syahran selalu membuatkannya terasa seolah-olah seperti seorang puteri bila berada di hadapan keluarganya.
Zahlia mengeluh.Dia takut menanti waktu malam.Apakah Tengku Syahran akan bertindak ganas seperti semalam? Hati Zahlia tertanya- tanya.
memasak.Semenjak Tengku Badariah dan Tengku Ismail pergi makan angin,Salmah dan Siti turut diberikan cuti.
Tiba-tiba Zahlia terasa sebak.Peristiwa malam tadi terbayang kembali di ruang matanya.Mungkin semua ini adalah rancangan Tengku Syahran untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kalaulah Tengku
Badariah ada, tentu Tengku Syahran tidak bertindak begitu.Dan yang paling istimewa, Tengku Syahran selalu membuatkannya terasa seolah-olah seperti seorang puteri bila berada di hadapan keluarganya.
Zahlia mengeluh.Dia takut menanti waktu malam.Apakah Tengku Syahran akan bertindak ganas seperti semalam? Hati Zahlia tertanya- tanya.
TEPAT pukul 11.00 malam, Tengku Syahran pulang.Ketika itu, Zahlia sedang menonton televisyen.Hatinya berdebar-debar apabila melihat kelibat Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak menegurnya malah terus berlalu ke tingkat atas.Zahlia berdoa agar suaminya itu tidak turun ke bawah lagi dan terus tidur.Dapatlah dia menonton rancangan televisyen dengan aman.
N amun, tekaan Zahlia meleset.Tiba-tiba sahaja Tengku Syahran melabuhkan punggung di sebelahnya.Zahlia tersentak.Dia berkira-kira untuk melarikan diri.Tapi, hendak lari ke mana? Zahlia berdebar-debar.Dia tidak menoleh sedikitpun ke arah Tengku Syahran.Zahlia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya gementar menahan takut.
Tiba-tiba suis televisyen dimatikan.Zahlia terkejut.Terus menoleh ke arah Tengku Syahran.Wajah itu serius dan cukup menakutkan.
“Jom…tidur!” ucap Tengku Syahran sambil menarik tangan Zahlia.Adakah itu satu paksaan? Zahlia menarik semula tangannya.
“Alia tak mahu tidur dengan abang malam ni!” ujar Zahlia dengan nada berani.
Tengku Syahran mula berasa bengang.Keinginannya ditolak.Wajah lelaki yang berani mengusap pipi Zahlia mula terbayang di ruang mata.Tengku Syahran masih belum melupakannya.Perasaan marah mula menguasai dirinya.
“Habis, kau nak tidur dengan siapa malam ni? Lelaki tu?” tengking Tengku Syahran.
Zahlia terkejut mendengarnya.Tengku Syahran terus mencengkam tangan Zahlia.Zahlia cuba menepis tetapi tangannya ditarik kasar.Tubuhnya diseret.Tangisan Zahlia mula kedengaran.
“Diam! Kalau kau terus menangis, aku pukul kau!” tempelak Tengku Syahran.
Zahlia tidak kisah dipukul.Tetapi janganlah memperlakukan dirinya seperti semalam.Dia tidak mahu perkara itu terjadi lagi.Esakannya menjadi-jadi.Zahlia gerun untuk terus berada di situ kalau begini layanan Tengku Syahran terhadapnya.
“Kenapa abang buat Alia begini? Lepaskanlah Alia bang…Alia tak sihat ni!” ujar Zahlia cuba berterus-terang.
“Aku peduli apa! Kau tak usah jadikan itu sebagai alasan.Tak sihat konon! Melayan lelaki tu, boleh.Melayan aku, pelbagai alasan kau bagi.”
Tengku Syahran masih menarik tubuh Zahlia menuju ke anak tangga.Belum sempat sampai ke anak tangga kedua, Zahlia memautkan tangan di tiang kayu yang tersusun di setiap tangga.Kuat pegangannya sehingga Tengku Syahran tidak mampu untuk terus mengheretnya.
“Kau jangan degil, Alia? Jangan sampai aku lakukan perkara yang lebih teruk!” gertak Tengku Syahran.
Zahlia menggeleng.Matanya dipejam rapat-rapat.Dia memeluk tiang kayu itu semakin kuat.
Tengku Syahran berasa geram.Dengan kekuatan tenaga lelaki yang ada, dia menarik
Zahlia ke bawah tangga.Zahlia meronta- ronta.Pegangannya terlepas.
“Kau tak mahu naik bilik, ya? Baik!” Tengku Syahran kuat menarik Zahlia ke satu sudut.
“Kau jangan menyesal sebab tak ikut cakap aku!” ugut Tengku Syahran lagi.
Zahlia sudah gagal menahan raungannya.Tengku Syahran sudah melampau, bisiknya.Zahlia ingin menghalang perbuatan Tengku Syahran tetapi apalah dayanya.Dia terkesima apabila tubuh lelaki itu berat menghempapnya.Ya, ALLAH ! Itulah yang terucap di bibir halusnya ketika itu.
Zahlia meronta kecil.Lemah badannya sedikit menyekat setiap gerak geri.Tetapi, dia tetap menguatkan semangatnya.Dia mahu dilepaskan.Dan apa yang diperolehi dari rontaan itu adalah tamparan hebat yang berkali-kali mengenai wajahnya.Menambahkan lagi penderitaan dan tangisan yang membuak-buak.
“Abang… Alia tak sihat bang! Tolonglah faham,” ucapannya semakin lemah.Tangisannya juga semakin kurang.
Tengku Syahran tidak menghiraukan rayuan itu.
“Aku tak peduli! Kau memang patut diajar.Perempuan curang!” Tengku Syahran mendekatkan wajahnya.
“Jangan bang! Ingatlah Alia ni isteri abang.Tolonglah jaga maruah Alia!”
“Sebab kau isteri akulah.Aku nak kau layan aku.Bukan jantan tu!” bentak Tengku Syahran.
“Bukan begini caranya nak menghukum Alia.Alia tengah tak sihat sekarang ni.”
“ Kau sihat atau tidak, malam ni kau kena layan aku!”
Zahlia menggeleng lemah.Tangannya yang masih bebas menumbuk-numbuk ke dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran bagaikan dirasuk.Dia semakin berani menghentak kepala Zahlia ke lantai dan menampar pipi halus itu berkali- kali.Betul-betul membuatkan Zahlia
menjadi lemah.Pandangan Zahlia kian berpinar-pinar.Zahlia tidak mampu untuk melawan lagi.Matanya mula tertutup dan tiba- tiba tubuhnya terbaring kaku di sudut itu.Tengku Syahran bagaikan singa lapar yang hendak menerkam mangsanya dengan rakus sekali.
ZAHLIA membuka matanya perlahan-lahan.Dia sedang terbaring di atas katil dalam biliknya.Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ.Tengku Syahran juga sudah tiada di sisinya.Zahlia melirik ke arah jam.Tepat pukul 6.30 pagi.Zahlia sedar dia belum menunaikan solat Subuh.Dia
mahu bangun tetapi kepalanya
terasa berat.Malah lebih berat dari semalam.Zahlia ingin memejam matanya semula tetapi dia ternampak kelibat Tengku Syahran memasuki bilik.Lelaki itu sedang tersenyum dan menghampirinya.
“Subuh, sayang.Waktu tinggal sikit lagi.” lembut suara Tengku Syahran.Tiada nada tengkingan. Zahlia diam.Hanya linangan air mata menemaninya saat itu.
“Alia demam ke?” tanya Tengku Syahran lembut. Zahlia tidak menjawab.Terus membiarkan tangan Tengku Syahran meraba-raba dahinya.
“Panas lagi ni.Alia solatlah dulu.Hari ni tak payah pergi kerja.Abang dah telefon
Imah tadi.Abang pun cuti.Nanti abang bawa Alia ke klinik, ya? Tapi, Alia kena solat dulu,” pujuk Tengku Syahran. Zahlia tidak membalas kata-kata suaminya.Dia bangun dan melangkah ke bilik air.Tidak langsung memandang Tengku Syahran.
Setelah selesai menunaikan solat Subuh, Zahlia melipat telekung.Tengku Syahran duduk di sofa sambil memandang Zahlia.Zahlia pura-pura tidak mengerti dengan pandangan suaminya.
“Alia, duduk sini kejap.” Akhirnya Tengku Syahran bersuara.
Zahlia masih berpura-pura tidak mendengar.Dia menuju ke katil semula.Kepalanya
terasa berpinar-pinar.Zahlia terus merebahkan dirinya di atas katil itu.Menyelimuti dirinya yang menggigil disapa angin pagi.
Tengku Syahran menarik nafas.Dia rasa bersalah.Pagi tadi apabila dia menelefon Fatimah untuk memberitahu tentang keadaan Zahlia, Tengku Syahran sempat bersembang panjang dengan Fatimah.Dia dilabel suami romantik dan penyayang kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita kesayangannya.
Pada awalnya, Tengku Syahran tidak mengerti.Tetapi,apabila bab bunga ros yang diterima Zahlia dipersoalkan, Tengku Syahran dapat meneka bahawa ada seseorang yang sedang mencemburui kebahagiaannya dengan Zahlia.
Tengku Syahran tidak pernah mengirimkan bunga itu apatah lagi mengajak Zahlia keluar makan bersama.Tidak pernah langsung seingatnya.Kalau makan berdua pun ketika di Tokyo dahulu adalah.Di Malaysia? Hanya peristiwa yang menyentuh hatinya akan diingati ketika dia merajuk dahulu.Tiada yang lain.
Tengku Syahran bangun.Dia melangkah ke arah Zahlia lalu menghulurkan ubat dan air suam kepada Zahlia.Isterinya itu hanya diam tetapi menurut.
Zahlia mula melarikan pandangan ke sudut lain.Benci rasanya mahu melihat wajah Tengku Syahran.
“Abang mintak maaf, Alia.Abang bertindak kasar,” pujuk Tengku Syahran lembut.
Zahlia memalingkan tubuhnya.Tidak mahu memandang lelaki itu.Matanya dipejam.Namun, dia dapat merasai hangatnya pelukan Tengku Syahran yang rapat di tubuhnya.Zahlia dapat mendengar nafas Tengku Syahran dekat dengan telinga.Zahlia tahu Tengku Syahran sedang berbaring di belakangnya.
“Abang berjanji takkan bertindak macam tu lagi,” bisik Tengku Syahran. Zahlia terasa matanya basah.Lantas teringatkan peristiwa dua malam yang menakutkan.Dia masih terdengar tengkingan yang kuat dan nyaring.Zahlia terasa sakit dengan setiap perbuatan kasar suaminya.Dia tidak mungkin lupa yang dia pernah dicumbui dengan sebegitu kasar tanpa kerelaan hatinya.
“Please forgive me, Alia! Abang tak bermaksud nak lakukan sebegitu kasar.”
Tengku Syahran membelai lembut rambut Zahlia.Dikucup pipi isterinya dengan penuh syahdu.Zahlia naik rimas.Dia bergerak sedikit ke hadapan.Menjauhi lelaki itu.
“Hukumlah abang,” ujar Tengku Syahran lagi.
“Tak puas lagikah abang menyeksa diri Alia? Abang paksa Alia ikut kehendak abang.Alia isteri abang, tapi abang meniduri Alia tanpa kerelaan Alia.Abang tak ikhlas menyayangi Alia.” Zahlia mula berkata-kata.
“Abang minta maaf! Abang berdosa kerana bertindak begitu.Abang tak sedar.Abang sakit hati bila nampak lelaki tu pegang pipi Alia.Abang nak tunjukkan yang abang boleh buat lebih dari itu dan abang hanya ingat benda tu aje dalam fikiran abang.”
“Abang memang kejam! Sanggup mempergunakan tubuh Alia untuk memuaskan nafsu abang.”
“Jangan cakap macam tu.Abang bukan mempergunakan tubuh Alia untuk tujuan itu, abang suami Alia.Abang cemburu bila nampak dia bersama Alia.Abang sakit hati.”
“Habis tu, abang percayalah? Abang tak yakin dengan kejujuran Alia?Abang tau tak, apa yang abang lakukan semalam dan malam kelmarin tak pernah terlintas dari hati Alia? Abang buat tubuh Alia macam binatang! Abang ingat Alia tak ada perasaan ke? Alia manusia biasa bang.Ada rasa sakit dan malu.Alia malu dengan apa yang abang buat pada Alia dalam terang.Alia malu tau tak?”
“Abang tau….kesilapan abang kerana melakukan begitu.Tapi percayalah….abang silap hanya dua malam.Yang dulu, bukan salah abang.Itu perasaan kita sama-sama.”
“Cukup! Alia tak mahu dengar apa-apa lagi.Tinggalkan Alia sendirian,” ujar Zahlia.
Zahlia akan kalah kalau Tengku Syahran terus memujuknya.Tengku Syahran bangun.Dia memandang sekejap ke arah isterinya sebelum berlalu dengan perasaan bersalah.
“ALIA, bangun sayang! Abang suapkan Alia makan.” Suara Tengku Syahran menyedarkan Zahlia dari lenanya. Zahlia membuka mata.Dia ternampak wajah Tengku Syahran.Sedang tersenyum sambil membelai rambutnya.Zahlia terasa tenang.Perlahan-lahan dia memejam matanya semula dan lenanya bersambung kembali.
Zahlia hanya betul- betul terjaga setelah satu jam berlalu.Situasi bilik yang hening menemaninya ketika dia membuka mata.Terkebil- kebil dia terbaring di situ.Dia tercari-cari kelibat Tengku Syahran yang entah di mana.Kepalanya dipicit-picit kepalanya.
“Abang…” panggilnya perlahan.
“Abang ada kat sini sayang.” Zahlia menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Alia lapar.” Pendek ucapan Zahlia. Tengku Syahran tersenyum.
“Abang suapkan Alia makan, ya?” Zahlia mengangguk.
Tengku Syahran hilang di sebalik pintu dan datang semula membawa dulang yang mengandungi semangkuk bubur nasi dan segelas air suam.
Tengku Syahran meletakkan dulang itu di atas almari berdekatan katil.Mangkuk bubur dicapai.Baru tiga kali suapan itu masuk ke mulut, Zahlia sudah menepis suapan yang terus seterusnya.
“Makanlah banyak sikit.Perut tu kosong,” pujuk Tengku Syahran.Zahlia tetap menggeleng.
“Alia tak ada selera.Rasa nak muntah,” beritahu Zahlia.
Tengku Syahran meletakkan mangkuk bubur itu di atas dulang.Dia mencapai gelas air suam dan disuapkan ke mulut Zahlia.Wanita itu hanya meneguk sekali dua.
“Makan ubat ni.” Zahlia menurut.Kemudian dia terbaring semula.Dia terasa tangan Tengku Syahran melekap di dahi.
“Panas lagi ni.” Ada riak risau.
Tengku Syahran bangun.Dia masuk ke bilik air dan kemudian keluar membawa sehelai tuala yang sudah dibasahkan.Tuala itu dilap-lapkan ke leher Zahlia dan bahagian tubuh itu terdedah.Tengku Syahran menuju ke bilik air lagi.Kali ini tuala itu diletakkan di atas dahi Zahlia.
Zahlia hanya membiarkan gelagat Tengku Syahran.Dalam diam dia senang dengan keadaan itu.
“Kalau tak kebah lagi, abang akan bawa Alia ke klinik,” beritahu Tengku Syahran lembut.
“Alia nak ke rumah mak esok.” Zahlia tiba-tiba bersuara.
“Tunggulah Alia dah sihat dulu,” ujar Tengku Syahran. Zahlia terdiam.
“Alia nak tidur rumah mak dua tiga hari.
“Abang bawa Alia ya? Kita pergi sama-sama.”
“Tak apa.Alia boleh pergi sendiri.” Tengku Syahran terdiam.Zahlia masih marah! Desisnya.Tengku Syahran mengeluh berat.Tidak lama kemudian, Zahlia terlena semula.
No comments:
Post a Comment