ZAHLIA duduk termenung di ruang makan.Sudah dua minggu dia berada di rumah Adli dan selama dua minggu itu jugalah Tengku Syahran menghilang.Di manakah
suaminya itu menghilang? Rasa rindu mula membuak-buak datang.Tetapi Zahlia hanya pendamkan di dalam hati.Sesungguhnya itu adalah keputusannya.
Adli ada memberitahu Zahlia yang Tengku Syahran tidak lagi ke pejabat semenjak
berakhirnya malam itu.Tiba-tiba Anissa munculdi ruang makan sambil mengendong bayi perempuannya.Anissa melangkah mendekati Zahlia dan melabuhkan punggungnya di sisi Zahlia.Zahlia melemparkan senyuman hambar.
“Kenapa Alia? Ada masalah ke?” tanya Anissa lembut.
“Tak adalah.Saya okey,” jawab Zahlia sambil menyenduk nasi goreng yang
terhidang di atas meja ke dalam pinggan.
Anissa hanya memerhatikan gelagat Zahlia.
“Are you sure?”
“Yes.”
Keadaan sunyi kembali.Zahlia kelihatan berselera mengunyah nasi goreng.Dia sudah mempelawa Anissa makan tetapi wanita itu hendak menidurkan anaknya dahulu.
Selepas habis makan nasi goreng, Zahlia mencapai seketul karipap pula.Kemudian
mengambil lagi.Begitu berselera nampaknya.Ketika karipap itu tinggal lagi sedikit barulah Zahlia sedar tingkah-lakunya telah diperhatikan oleh Anissa.
“Kenapa Anis pandang saya macam tu?” tanya Zahlia.
“Saya tengok Alia kuat makan sekarang.Is there something wrong?” tanya Anissa
penuh senyuman mengusik.
“Mana ada! Anis ni…merepek ajelah!” jawab Zahlia selamba.Cawan berisi air
Nescafe dihirup perlahan-lahan.
“Entah-entah tekaan Syah tu betul tak? Kalau Alia betul-betul pregnant macam mana?” tanya Anissa beria-ia.
Zahlia tertunduk.Wajahnya terasa panas tiba-tiba.Dia menjungkitkan bahu membuatkan Anissa ketawa melihat respons Zahlia yang lucu.
“Nanti kita ke klinik.Buat check up.”
“Ehh, tak usah.Saya tak apa-apa Anis.Selera saya memang macam ni!”
“Saya tak percaya.”
“It’s up to you.”
“Okey…Alia ada datang bulan sejak kebelakangan ni?” tanya Anissa.
Zahlia terdiam.Memikirkan hal itu.Perlahan-lahan dia menggoyangkan kepala.
“Dah berapa lama?”
“Lebih kurang dua bulan,” jawab Zahlia takut-takut.
“Haa…it shows that you’re pregnant.I think better kita pergi check jugak.Apa-apa kemungkinan, boleh kita bersedia dari awal,” cadang Anissa. Zahlia mengerutkan dahi.Cepat-cepat dia menggeleng.
“Saya punya period memang tak pernah teratur.Anis tak payah risau.I’m not pregnant,” ujar Zahlia sambil membawa pinggan dan cawan kotor ke sinki.
“Okeylah…kita tutup soal tu.Tengah hari ni, kita nak masak apa?” tanya Anissa sambil mengikut Zahlia dari belakang.
“Saya ada cadangan.Sejak dari semalam saya terfikir nak buat benda ni.Tapi saya tak tau,” ujar Zahlia dengan senyuman manis.
“Apa dia?” tanya Anissa. Zahlia ingin menjawab tetapi dia tidak jadi.Wajah Anissa ditenung lagi.
“Saya ni menyusahkan Anis ke?”
“Hei, kenapa cakap macam tu?”
“Yalah…saya rasa macam saya ni menyusahkan hidup Anis dan Adli sahaja,”
ujar Zahlia sambil mencuci pinggan kotor.
“Syah kan kawan kami.Amanah dia perlu kami turuti,” beritahu Anissa tenang. Zahlia termenung di sinki dapur.Memandang pemandangan luar.
“Saya fikir nak cari rumahlah, Anis.Menyewa! Tak payah menyusahkan Anis dan
Adli lagi.” tiba-tiba Zahlia memberi pendapatnya.Anissa terkejut.
“Alia nak duduk di mana? Kan rumah ni dah ada! Lagipun Alia dah berhenti
kerja.Susah nak tinggal menyewa ni.” Anissa membantah.
Zahlia terus membuang pandang ke luar tingkap.
“Saya boleh cari pekerjaan lain.Kan banyak kat luar? Lagipun, saya tak
pernah gunakan ijazah saya tu.Saya boleh cari kerja yang elok,” ujar Zahlia bersungguh-sungguh.
\ “Jangan…kalau Syah tau, dia akan kecewa dengan kami,” celah Anissa.
“Saya ada hak buat keputusan saya sendiri.”
“Alia, Syah sayangkan Alia.Dia akan kecewa kalau tau Alia berada jauh darinya,”
pujuk Anissa penuh kelembutan.
“Itu lebih baik untuk dia dan saya saling melupakan.Hubungan kami tak direstui.”
Zahlia memandang tepat wajah Anissa.Dia berharap Anissa faham dengan permintaannya.
“Beginilah, saya akan bincang hal ni dengan Adli.Kalau Adli setuju, saya akan beritahu Alia.Tapi, kalau Adli tak setuju…you must stay here sampai keadaan betul-betul dah stabil.” Ucapan Anissa membuatkan Zahlia tersenyum.
“Terima kasih Anis!”
“Saya berdoa Adli tak setuju,” beritahu Anissa berterus-terang.
Zahlia hanya tersenyum manja.Tiba-tiba wajahnya berubah kelat.Zahlia
mengurut tekaknya.Anissa pelik melihat Zahlia.
“Alia, kenapa?” soalnya.
Zahlia tidak menjawab.Dia tidak tentu arah.Memusingkan tubuh ke arah sinki dan membongkokkan kepala di situ.Terus mulutnya memuntahkan bahan-bahan yang memualkan tekaknya.Habis keluar segala makanan yang baru dijamah tadi.Warna mukanya turut berubah merah.
Anissa terkejut.Mendekati Zahlia dan menggosok-gosok tubuhnya.
“ “Peritnya…” Zahlia menggosok tekaknya.
“Nak muntah lagi?”
Zahlia menggeleng.Melangkah ke ruang hadapan.Anissa menurut dari belakang.Dia ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak jadi.Dia terus diam.
“Saya rasa nak makan Laksa Johorlah.Anis tau masak Laksa Johor tak?” soal
Zahlia lalu duduk di atas kerusi.
Anissa mengangguk.Dia semakin pelik.Menurut Tengku Syahran,Zahlia tidak berapa gemar dengan makanan itu.Mungkinkah…
“Anis ajar saya boleh?Saya teringin nak makan sejak semalam,” ujar Zahlia penuh
harapan.
Anissa tidak terus menjawab.Fikirannya terasa ingin menduga wanita itu.
“Boleh, tapi bukan hari ni.Saya ajar Alia esok…okey? Hari ni…saya nak masak
nasi ayam.Kita makan nasi ayam.”
Dahi Zahlia berkerut.Air mukanya berubah terkilan.Dia ingin membantah tetapi takut dikata memerintah di rumah orang.Akhirnya Zahlia diam membisu.Anissa berlalu ke dapur.Sejurus selepas Anissa berlalu, Zahlia mengesat air matanya.Hatinya terusik.Tekaknya terlalu inginkan Laksa Johor.Tetapi dia perlu bersabar sehingga hari esok.
Anissa kembali semula dengan buah oren yang sudah dipotong lalu dihidangkan di atas meja.
“Makanlah buah tu dulu.Tekak Alia masih loya, kan?”
Anissa duduk di sisi Zahlia.Zahlia segera mencapai sepotong buah oren dan mengunyahnya perlahan.Tekaknya terasa lega sedikit.
Anissa mengeluh.Dia mencapai gagang telefon dan menekan nombor pejabat
Adli.Zahlia hanya memerhatikan tingkah Anissa sambil menggigit sepotong lagi buah yang terhidang di atas meja.
“Helo bang! Anis ni…abang balik sekarang boleh tak? Kita bawa Alia ke klinik.”
Zahlia menghentikan kunyahan.Memandang Anissa yang juga sedang merenungnya.
“I think she’s pregnant.” Anissa menyambung.
Zahlia terpana.Anissa meletakkan gagang kembali.Dia membalas pandangan Zahlia yang terkedu di sisinya.
“Apa maksud Anis sebenarnya?” Zahlia cuba bertanya.
Anissa mengeluh lagi.
“I think he’s right!”
“Who?”
“Syah! You’re pregnant Alia.You gonna be a mom.”
“I don’t think so.”
“Trust me.Saya pernah lalui saat sebegini.” Zahlia terus diam seribu bahasa.
“CONGRATULATIONS!! Your test shows that you’re pregnant.”
Zahlia terdiam mendengar kata-kata doktor wanita itu.Seakan-akan tidak percaya.Anissa yang berada di sisi terus merangkul tubuhnya.
“Alhamdulillah.Dah berapa bulan doktor?” tanya Anissa.
“Hmmm…about two months.She needs more rest and sleep.May I see her
husband?” tanya doktor itu.
Anissa memandang Zahlia.Dia menoleh ke arah doktor itu semula.
“Suami dia outstation.Saya yang jaga dia sekarang,” jawab Anissa bagi pihak Zahlia.
“Anak pertama?” soal doktor itu. Zahlia mengangguk.Doktor itu terdiam.
“Sayangnya.Sepatutnya suami puan perlu berkongsi berita ini bersama-sama.Tapi tak apalah,” ujar doktor itu.
Zahlia menoleh ke arah Anissa.Rasa sebak mula menunjal.
“Beginilah, kandungan puan masih belum stabil.Puan nampak lesu dan letih.Saya
akan bagi vitamin dan puan kena makan ikut peraturan sehingga habis.Rehat mesti cukup.Jangan buat kerja-kerja yang boleh menyebabkan keguguran.” Zahlia tidak mampu bersuara.Dia tidak pasti sebenarnya! Dia gembirakah? Tetapi dalam waktu yang sama dia sebak.
“Alia, dengar tak doktor cakap apa?” tegur Anissa.
Zahlia mengangguk.
“Doktor, dalam sebulan berapa kali saya kena buat medical check up?” akhirnya Zahlia bersuara.Ada riak gembira.
Doktor itu tersenyum.Faham dengan setiap gelagat wanita yang bakal bergelar ibu.
“Saya akan beritahu tarikhnya setiap kali puan ke sini.Ia tak kerap tapi bergantung kepada keadaan si ibu,” jawab doktor itu lagi.
“Terima kasih doktor,” ujar Zahlia pendek.
“Puan boleh ambil ubatnya di luar ya?”
Anissa dan Zahlia bangun serentak.Mereka keluar mendapatkan Adli yang sedang menanti bersama si kecil.Adli memandang Anissa yang sedang tersenyum ke arahnya.Tertanya-tanya.
“Positive,” beritahu Anissa. Adli hampir ternganga.Dia pandang Zahlia pula.
“ “Really?” tanyanya seakan tidak percaya.
Zahlia mengangguk.
“Alhamdulillah.” Adli bersuara. Nama Zahlia kedengaran di kaunter.Zahlia terus melangkah ke situ.
“Macam mana dengan Syah bang? Dia patut tau!” Anissa berbisik kecil.
“Abang tengah ikhtiarkan.Abang tak tau dia ada kat mana sekarang ni.Abang ada jugak cuba telefon rumah dia…adik dia kata dah dua minggu dia tak balik.”
Adli menyerahkan anaknya kepada Anissa apabila bayi itu merengek kecil.
“Dia tak ada call abang?”
Adli menggeleng.
“Kasihan dia.Abang risau kalau-kalau dia lakukan perkara-perkara bodoh.Dia terlalu sayangkan Alia.”
“Hisy.. selisih malaikat empat puluh empat.Syah takkan buat benda bodoh
bang.Abang kan dah lama kenal Syah.Dia mesti ada kat satu tempat.
“Dah selesai.” Tiba-tiba Zahlia muncul. Adli dan Anissa menghentikan bicara mengenai topik Tengku Syahran.
“Jomlah…kita pergi makan dulu.Anis dengan Alia tak makan lagi kan?” soal Adli. “ “Kita balik ajelah bang.Anis nak masak Laksa Johor!”
“Laksa Johor? Rajinnya isteri abang.”
“Bukan isteri abang.Itu ibu baru tu teringin nak makan Laksa Johor dari semalam,”
usik Anissa.
Zahlia tertunduk malu.
“Kalau menyusahkan tak payahlah Anis.Saya tak kisah pun.” Suara Zahlia tenang.
Anissa tersenyum.
“Saya pernah rasai erasaan tu, Alia.Jangan jadi macam saya dahlah.Nak makan
buah durian belanda pun susah sangat.Sampai merajuk-rajuk baru dapat,” perli Anissa sambil menjeling suaminya.
Adli ketawa besar.
“Yelah….dia minta buah tu bukan musimnya.Mana nak cari?” balas Adli bersama
ketawanya.Zahlia turut ketawa.Mereka melangkah menuju ke kereta Adli.
Di dalam kereta,suasana bungkam.Hanya ditemani bunyi lagu di radio.Anissa
entah bila terlena bersama bayinya.
Sesekali terdengar keluhan terkeluar dari bibir Zahlia.Tidak tahu kenapa saat gembiranya terganggu dengan kehadiran wajah Tengku Syahran.Sekejap-sekejap dia meletakkan tangan di perutnya.Seakan terasa benih lelaki itu sedang bercambah di
dalam rahimnya.
Zahlia mengeluh lagi.Lebih kuat dari tadi sehingga Adli yang sedang memandu memandangnya melalui cermin pandang belakang.
“Kenapa?” tanya Adli. Zahlia tersentak.Terlupa dirinya masih di dalam kereta.
“Tak ada apa-apa, Adli.Tiba-tiba teringatkan dia….” Zahlia berterus-terang.
Adli senyap seketika.Sebenarnya dia turut memikirkan hal Tengku Syahran.Dia masih tertanya-tanya di mana lelaki itu menghilang sehingga tidak langsung mengirim khabar berita.
“Dia ada telefon Adli?” Zahlia memberanikan diri untuk bertanya.
“Tak.Saya pun tak tau di mana dia tinggal sekarang ni! Kenapa? Alia nak beritahu dia pasal hal ni ke?” soal Adli cuba memancing.
Zahlia membiarkan jari telunjuknya bermain-main di hujung tudung.
“Dia berhak tahu sebab anak ni, anak dia jugak,” Zahlia menjawab perlahan.Penuh
berhati-hati agar Adli tidak mengesyaki yang sebenarnya dia merindui lelaki itu.
Adli tersenyum.
“Baguslah kalau Alia fikir macam tu.Dia mesti gembira kalau dapat tau berita ni!” “ “Saya pun harap begitu.”
Zahlia menyepi kembali.Tiba-tiba dia teringatkan mamanya.Sudah dua minggu wanita itu tidak diketahui khabarnya.Sejak Zahlia meninggalkan Villa Sakura, segala-galanya bagaikan telah mati dari hidupnya.
“Esok, saya nak ke rumah mama saya.” Zahlia membuka mulut lagi.
Adli dan Anissa sudah mengetahui tentang hal itu.Mereka juga sudah maklum yang
Zahlia adalah dua pupu kepada Tengku Syahran.
“Pergilah.Dia mesti risau kalau Alia terus diam macam ni,” jawab Adli tenang.
Suasana kembali sepi sehingga mereka sampai semula di rumah dua tingkat itu.
No comments:
Post a Comment