“SAYANG, abang nak isi minyak kereta sekejap.Lepas tu, baru kita settlekan hal kita, okey?” jerit Tengku Syahran.Zahlia hanya mendiamkan diri dan dari tadi asyik
mengelamun panjang.Dia setia menanti suaminya membasuh kereta di pekarangan Villa Sakura itu.Dan sejak tadi juga fikirannya terus melayang-layang.Tengku Syahran
perasan dengan situasi itu.Perlahan-lahan dia menghampiri Zahlia.
“Alia dengar tak apa yang abang cakap tadi?” soal Tengku Syahran sambil
melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
Zahlia terpinga-pinga.Dia tidak mendengar apa yang Tengku Syahran katakan.Zahlia hanya merenung wajah suaminya dengan pandangan kosong.
“Sayang, kenapa ni? Pelik abang tengok isteri abang hari ni.You have any problem?” ujar Tengku Syahran sambil merenung isterinya. Zahlia hanya menggeleng.
“Jangan tipu abang!Abang tengok Alia senyap aje.Asyik termenung dari tadi.Macam tak ada mood! Alia…er…datang bulan ke?” soal Tengku Syahran malu-malu.
Zahlia mengerling ke arah Tengku Syahran sejenak.Tersipu-sipu dia mendengar pertanyaan itu.Kemudian kepalanya digelengkan.Tengku Syahran tidak berputus asa.
“Kalau Alia ada masalah, baik Alia beritahu abang.Abang rasa ini bukan masalah berkaitan dengan perjanjian kita.Mesti adaproblem lain ni.” Tengku Syahran cuba meneka.
“Tak ada apa-apalah bang.Nothing happened! Cuma sejak semalam Alia rasa macam tak sihat.Tak sedap badan.Agaknya sebab perubahan cuaca kot.Abang dah habis cuci kereta?” soal Zahlia mencari ruang untuk mengubah tajuk.
Tengku Syahran mengangguk.
“Sudah.Tapi, abang nak pergi isi minyak kereta sekejap.Lepas abang balik, bolehlah
kita beritahu mak dan ayah segala-galanya,” ujar Tengku Syahran.
“Abang nak pergi isi minyak kereta?” tanya Zahlia. Tengku Syahran mengangguk lagi.
“Alia masuk dulu.Bila abang balik, kita panggil mak dan ayah,” ucap Tengku
Syahran sambil melangkah ke kereta.
Zahlia terus bangun.
“Alia nak ikut!” spontan ucapannya keluar.
Tengku Syahran mematikan langkah.Berpaling semula ke arah isterinya.Hairan dengan permintaan Zahlia yang tiba-tiba.
“Alia nak ikut?” bagaikan tidak percaya, Tengku Syahran bertanya. Zahlia segera mengangguk dan melangkah menghampiri Tengku Syahran.
“Boleh tak bang, kalau Alia nak ikut abang pergi isi minyak kereta?” Zahlia memujuk Tengku Syahran sambil memegang tangan lelaki itu.
Tengku Syahran merenung wajah lembut Zahlia.Aneh sungguh sikap isterinya
hari ini.
“Boleh tak bang?” suara Zahlia kedengaran lagi.Separuh merayu. Tengku Syahran mengeluh tiba-tiba.
“Alia tak payah ikutlah.Kalau Alia duduk kat rumah lagi senang.Abang pergi
isi minyak tak lama.Stesen minyak tu pun bukannya jauh mana kalau Alia nak ikut pun.” Tengku Syahran membantah permintaan isterinya. Wajah Zahlia bertukar keruh. “ “Alaa…Alia nak ikut jugak!” Zahlia bersuara dengan nada sayu. Tengku Syahran mengeluh lagi.
“Kan semalam kita dah puas berjalan kat KLCC, takkan Alia tak puas berjalan
dengan abang lagi? Sekarang…abang nak pergi isi minyak kereta aje sayang,” ucap Tengku Syahran sungguh-sungguh.
“Alia nak ikut jugak.” Zahlia mula memuncung.
“Alia, stesen minyak tu bukannya tempat berkelah.Tu…abang nak pergi yang dekat
seberang jalan tu aje.Kalau Alia tengok dari sini pun, dah nampak bumbung stesennya.Apa pulak nak ikut? Alia tunggu ajelah kat rumah.Abang pergi tak lama.Lepas isi minyak, terus balik.” Tengku Syahran sudah membuka pintu kereta.
Zahlia menarik nafas sebak.Pilu seketika.
“Sampai hati abang.Abang memang tak sayangkan Alia agaknya,” ujar Zahlia sambil mengetap bibir.
Tengku Syahran yang mendengar kata-kata itu, ketawa tiba-tiba.Pantas dicuit
hidung si isterinya.
“Entah-entah nak jumpa Nazirah, kan?” Tengku Syahran membeliakkan mata.
“Kenapa pulak ni? Abang nak pergi isi minyak kereta aje, nak kait-kaitkan dengan Nazirah pulak.Bukannya abang nak pergi bernikah lain.Yang Alia nak merajuk macam budak kecil ni kenapa?” soal Tengku Syahran terus mengusik pipi isterinya.
“Dahlah tu.Abang pergi dulu.Kejap lagi abang balik.” Tengku Syahran masuk ke
dalam kereta.
Tidak lama kemudian, kereta Honda Prelude itu mula meninggalkan pekarangan Villa
Sakura.Zahlia hanya mampu memandang kereta itu berlalu dengan hati yang sebak.Apabila kereta itu hilang dari pandangan, Zahlia bagaikan terasa ada air hangat mengalir ke pipi.Pantas Zahlia menyeka air mata itu dan kemudiannya melangkah ke dalam rumah.
ZAHLIA memegang permukaan pintu bilik air dan perlahan-lahan melangkah keluar.Tangannya masih mengurut-urut tekak yang terasa mual.Sudah beberapa kali dia berulang-alik dari bilik air untuk memuntahkan isi perut yang meloyakan tekaknya.
Baru sekejap tadi, Zahlia berkecil hati dengan sikap Tengku Syahran yang seolah-olah
tidak mengerti dengan kehendaknya.Kalau diikutkan hati, dia ingin melayan rajuknya lagi.Tetapi apabila difikirkan semula,Zahlia berasa tidak masuk akal jika ingin merajuk hanya kerana suaminya itu tidak membawanya ke stesen minyak.
Zahlia duduk di kerusi panjang.Termenung lagi.Entah apalah yang tidak kena
padanya sejak semalam.Zahlia sendiri buntu memikirkan angin badannya yang berubah-ubah.
Setengah jam kemudian,Tengku Syahran pulang.Lelaki itu menyelinap masuk ke
dalam bilik dengan senyuman.Zahlia tidak menegur suaminya.Hanya mendiamkan diri.
“Alia masih marahkan abang?” lembut suara Tengku Syahran memujuk Zahlia.Kemudian, dia duduk di hadapan Zahlia sambil meramas-ramas jari-jemari isterinya.
Zahlia tunduk.Tidak mahu menjawab.
“Alia, abang rasa…Alia yang abang kenal sekarang ni, tak sama dengan Alia yang abang kenal dulu.Apa sebenarnya yang dah berlaku pada Alia?Abang pelik tengok perangai Alia macam ni,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia membatu lagi.Entah mengapa air matanya tiba-tiba mahu mengalir.Hatinya jadi
sensitif tiba-tiba.Pantas diseka air matanya itu.Tengku Syahran menarik nafas panjang.Semakin pelik dengan sikap Zahlia.
“Cuba pandang abang! Lepas tu tolong jelaskan apa yang mengganggu fikiran Alia? Abang semakin tak faham dengan perangai Alia sejak semalam lagi.” Tengku Syahran berterus-terang.Dia bangun dan duduk di sisi Zahlia.
Zahlia meraup wajahnya sekali.Mencari kekuatan untuk membuka mulut.Matanya
dikerling sekali imbas ke arah Tengku Syahran sebelum mencerunkan kelopak matanya ke bawah semula.
“Kalau abang dah tak sayangkan Alia lagi, baik kita tak payah bersama selepas ni.”
Selamba Zahlia melepaskan ucapan.
Bulat mata Tengku Syahran mendengar pengakuan itu.Benarkah? Takkan sampai begitu!
“Apa yang Alia merepekkan ni?Bila masa pulak abang cakap yang abang tak sayangkan Alia?”
“Alia tak payah tunggu abang cakap! Alia tengok abang…Alia dah tahu.” Zahlia menjawab.
Tengku Syahran mengeluh kecil.Tidakkah wanita itu sedar kasihnya kian menggunung saban hari? Begitu mudah sekali dia menilai kasih sayangku padanya? Tengku Syahran terus-terusan mengeluh.
“Dengar sini Alia! Jangan disebabkan abang tak bawa Alia ke stesen minyak tadi, Alia buat keputusan yang terburu-buru.Perkara tu tak masuk akal.” Tengku Syahran menyangkal kehendak Zahlia.
Zahlia merengus kecil.
“Alia tak kisah! Pokok pangkalnya abang dah kecilkan hati Alia.Alia tak minta
abang apa-apa pun.Alia cuma nak ikut abang aje.Permintaan Alia yang sekecil itu pun abang tak boleh nak penuhi.Abang memang kejam.” Zahlia sebak semula.
Tengku Syahran semakin pening dengan karenah Zahlia.Dia termenung seketika sebelum jari-jemari Zahlia diramas lagi.Tertumpah kasih sayangnya di situ.Kenapa kau masih tak mengerti?
“Okey, kalau Alia rasa tindakan abang tadi kejam pada Alia, abang minta maaf.Tapi…..” bicara Tengku Syahran terhenti.Direnung lagi wajah yang masih mencuka itu dengan perasaan sabar.
“Selama ni bila abang ajak Alia berjalan, susah sangat Alia nak ikut.Kenapa pulak hari ni, abang nak pergi isi minyak kereta aje, Alia beria-ia nak ikut? Kalau tempatnya satu jam dari sini tak apa jugak.Ini kat seberang jalan tu aje,” sambung Tengku Syahran dengan tutur kata yang tenang.
Zahlia mengesat air mata yang ingin menitis.Sebenarnya dia juga tidak faham dengan
kehendaknya tadi.Yang dia tahu, dia mahu mengikut lelaki itu.Itu sahaja!
“Dahlah tu sayang.Kita selesaikan masalah kita dulu ya?” pujuk Tengku Syahran dan mula bangkit untuk menuju ke bilik air.Tetapi belum pun sempat dia menerpa ke situ, tubuh Zahlia terlebih dahulu meluru ke dalam bilik air dengan keadaan yang tergesa-gesa.
Tengku Syahran tersentak melihat isterinya sedang membongkok di mangkuk
sinki.Terhenjut-henjut tubuh itu kelihatan apabila ada cecair yang banyak keluar dari mulutnya.Pantas Tengku Syahran menuju ke arah Zahlia.
“Ya ALLAH! Kenapa tak beritahu abang yang Alia tak sihat?” Tengku Syahran
menggosok belakang Zahlia dengan perasaan cemas.
Muntah Zahlia semakin banyak.Tekaknya terasa perit apabila mengeluarkan lendir-
lendir yang cair berserta bau yang kuat menyengat hidung.Tengku Syahran terus mengurut belakang isterinya.Kemudian, perlahan-lahan tengkuk isterinya dipicit agar isterinya terasa selesa.
“Dah okey?” tanya Tengku Syahran dengan nada risau.
Zahlia kembali berdiri tegak.Tubuhnya terasa lemah.Ingin terjatuh tetapi segera
dipaut oleh tangan suaminya.Zahlia menarik nafas.Sedikit lega.
“Nak muntah lagi?” tanya suaminya.
Zahlia menggeleng lemah.
“Abang bawa Alia keluar dulu.”
Zahlia mengangguk.Kakinya bergerak perlahan-lahan.Tetapi tiba-tiba dia terasa tubuhnya melambung.Tengku Syahran mengendongnya ke dalam rangkulan.Zahlia terpana! Namun dia hanya membiarkan.
Tengku Syahran meletakkan tubuh Zahlia di atas katil.Dia duduk di sisi isterinya dan terus memandang raut yang kelihatan pucat tidak bermaya.
“Kenapa boleh jadi macam ni? Alia salah makan ke?” soal Tengku Syahran sedikit cemas.
Zahlia menggeleng.
Tengku Syahran terdiam.Memikirkan alasan lain pula.
“Haa…semalam kita makan Laksa Penang tu, perut Alia tak tahan pedas?” suaminya masih meneka.
Zahlia tetap menggeleng.
Kali ini dahi Tengku Syahran berkerut.Diamati wajah yang terbaring itu mencari
jawapan.Zahlia bangkit dari pembaringan.
“Alia…” Tengku Syahran masih sukar mempercayai jawapan yang sedang bermain-main di dalam fikirannya.
Zahlia terkaku sambil tunduk.Kali ini apa pula tekaannya?
“Alia mengandung?” teka Tengku Syahran. Zahlia telan air liur.
“Betul ke?” tanya Tengku Syahran sekali lagi. Zahlia menggigit bibirnya.Pantas sekali dia menggeleng.
“Tipu! Alia mengandung,kan? Kalau tak, kenapa perangai Alia pelik?” soal Tengku
Syahran beria-ia.
Zahlia terus tunduk.Gementar dadanya.Anggapan lelaki itu benar-benar sama dengan tekaannya sejak dia muntah malam tadi lagi.Tetapi benarkah dia mengandung? Zahlia ragu-ragu.Dia hanya membalas persoalan suaminya dengan jungkitan kecil di bahu.
“Abang bawa Alia ke klinik,” ujar Tengku Syahran tiba-tiba.
Zahlia menggeleng.
“Alia nak kita selesaikan dulu masalah kita.” Akhirnya Zahlia membuka mulut.Lemah suaranya kedengaran.
Tengku Syahran meraih tubuh Zahlia ke dalam pelukan.Dikucup lembut pipi itu
berkali-kali.
“Abang harap tekaan abang tadi tepat.Lepas kita selesaikan hal kita, abang akan
bawa Alia ke klinik! Kita tunggu berita gembira ni sama-sama,” ucap Tengku Syahran penuh harapan.
Zahlia turun dari katil sejurus selepas Tengku Syahran merungkaikan pelukan.Tetapi, pandangannya terasa berbalam-balam.Otaknya terasa pening berputar.Zahlia nyaris rebah namun sempat ditangkap oleh Tengku Syahran.
“Alia!!!” Zahlia terdengar namanya dipanggil.
Dalam keadaan separuh sedar, telinga Zahlia dapat menangkap suara bising dan
nyaring seorang wanita yang tiba-tiba muncul di antara mereka.Suara itu seperti dikenalinya.Pandangan Zahlia semakin kabur.Tetapi dia dapat melihat kelibat asing itu semakin menghampirinya.Zahlia sempat merasa tubuhnya ditolak sekuat hati.Zahlia dapat merasa keperitan tubuhnya terhempas ke lantai.Zahlia terus lemah.Selepas itu, matanya tertutup rapat.Gelap.Hilang segalanya.
No comments:
Post a Comment