Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, October 8, 2010

bicara hati bab 14

TENGKU HAKIMI sedang leka meneliti fail-fail Syarikat Seri Nilam Corporation bila tiba-tiba
interkomnya berbunyi.Dengan malas dia mengangkatnya.Kedengaran suara setiausahanya di talian.
     “Tengku,there is someone on the line!”
     “Who is it?”
      “I’m not sure! She didn’t tell.”
      “She? Okay pass me the line.”
      “Helo.” Suara seorang wanita kedengaran. Tengku Hakimi tersentak.Hampir
tercampak pen yang ada di tangannya.
      “Jasmin?” tekanya.
      “Aha,so you kenal suara I?”
     “Apa you nak?” bentak Tengku Hakimi kuat.
     “Sorrylah sayang.Maybe I mengganggu you time macam ni kan? Tapi I harap kita dapat berjumpa di lobi Equatorial Hotel,Bangi pukul 2.00 nanti.I ada hal nak bincang dengan you!” Raja Jasmin berkata dalam lenggok manja.
Tengku Hakimi bersikap tenang.Lenggok suara sebegitulah yang pernah membuatkannya separuh gila.Dipejamkan matanya
menahan tangis yang ingin keluar.Ditahan jiwanya yang terasa sebak.Tengku Hakimi mengeluh kecil. “Kimi, you heard what I said?” suara itu kedengaran lagi.
Tengku Hakimi pantas menyeka air mata yang menitis tiba-tiba.Raja Jasminlah wanita pertama yang disayangi.Meskipun wanita itu adalah pilihan keluarganya,
namun Tengku Hakimi tetap cuba menyintainya.Setelah Raja Jasmin dimiliki, Tengku Hakimi berasa kecewa kerana cintanya tidak sempat mendaki ke puncak bahagia.
      “Kimi,“      “Oh, sorry.”
      “What? Sorry? Wow, first time I dengaryou cakap perkataan itu pada I.” Suara Raja Jasmin sudah mula kendur.
Tengku Hakimi turut terdiam.Benarkah? Ini kali pertama aku ucap perkataan maaf pada dia?
     “Ah, forget about it! I nak jumpa you petang ni! Pukul 2.00 di lobi Equatorial Hotel Bangi,” ucap Raja Jasmin sedikit memaksa.
I ada hak untuk tak pergi, kan?” Tengku Hakimi bersuara selamba. “I tak kira, I nakyou datang jugak!”
     “For what? Ikut suka hati I lah.You jangan nak paksa-paksa I, Min.I tak suka,” bantah Tengku Hakimi.
     “Okay, fine! Kalau you tak nak datang,you tunggulah surat dari peguam I!” suara Raja Jasmin semakin melenting.
Tengku Hakimi tersentak.Seolah- olah pertemuan yang bakal terjadi terselit satu muslihat.
     “What do you mean by surat dari peguam you? I don”t understand,&” tanya Tengku Hakimi pantas.
Raja Jasmin ketawa besar.
      “I nak tuntut hak penjagaan Murni.“
      ”What? You jangan jadi gila Min! Murni hak I.”
     “Tapi, I yang lebih berhak. I ibu kepada Murni.“
     ”Baru sekarangyou sedar yang you ibu kepada Murni? Dah terlambat! Mana youpergi empat tahun yang dulu?You tinggalkan dia pada I semata- mata ikut jantan lain, kan?” Tengku Hakimi bertempik.
     “You cari nahas, Kimi! I akan bawa hal ni ke mahkamah,“ujar Raja Jasmin kuat.
     “I don’t care.It’s not a big deal for me.I akan fight untuk dapatkan hak penjagaan Murni yang sepenuhnya,” beritahu Tengku Hakimi disertakan dengan tumbukan yang kuat di permukaan meja.
    “Shit! You memang jahat.You cari nahas.See you in court!” gagang telefon dihempas kuat oleh Raja Jasmin.
Tengku Hakimi mengeluh berat.Gagang telefon di tangan turut diletak ke tempatnya.Dia menyandarkan badannya ke kerusi.Raja Jasmin benar-benar telah berubah.




“ASSALAMUALAIKUM.” Suara Tengku Hakimi kedengaran lemah.
     “Waalaikumussalam.Haa… along! Baru habis kerja?” Tengku Syahran menyapa apabila ternampak kelibat abangnya memasuki rumah.Tengku Hakimi mengangguk.Lantas melabuhkan punggung di sofa.
    “Bagaimana dengan Seri Nilam? Okey?” soal Tengku Syahran lagi.
Tengku Hakimi masih mengangguk tanpa melafazkan sepatah kata.Tidak lama kemudian Zahlia tiba membawa air.
    “Jemput minum along,“tegur Zahlia dengan senyuman. Tengku Syahran memandang Zahlia seketika.Tercetus perasaan cemburu.Kalau aku balik pejabat, tak pernah pulak ditegur begini.Nampaknya Zahlia lebih mesra dengan along, hatinya berkata-kata.
    “Abang minumlah“, ujar Zahlia sambil meletakkan cawan berisi air Nescafe di hadapan Tengku Syahran.
Tengku Syahran hanya mendiamkan diri.
    “Kenapa along nampak muram aje? Ada masalah di pejabat?” tanya Zahlia lalu melabuhkan punggung di sisi suaminya.
Tengku Hakimi mengeluh berat.Air mukanya nampak sarat dengan keresahan
yang menggunung.Bagaikan teringat kata-kata Raja Jasmin pagi tadi.Selepas dia mendapat panggilan itu, satu kerja pun tidak menjadi.
    “Along,” tegur Tengku Syahran pula. Tengku Hakimi tersedar.Memandang adiknya dengan wajah yang seperti baru terjaga dari tidur.
    “Along ada masalah ke?” tanya Tengku Syahran risau melihat keadaan abangnya.           “ Mak dan ayah mana?” tanya Tengku Hakimi melarikan diri dari persoalan Tengku Syahran.
    “Mak dengan ayah ada Kelas Tajwid di masjid,” jawab Tengku Syahran.
    “Kenapa dengan along ni?” Tengku Syahran bertanya lagi. Tengku Hakimi tidak menjawab.Dia menyandar tubuhnya di sofa.Tetapi tidak lama.Dia teringatkan pula Tengku Murni.
    “Murni mana?” tanya Tengku Hakimi.Kepalanya melilau mencari Tengku Murni.Soalan Tengku Syahran terbiar lagi tanpa jawapan.
Tengku Syahran dan Zahlia berpandangan.Pelik dengan sikap Tengku Hakimi yang kelihatan kalut.
    “Dia ada di rumah Cikgu Sofea.Tadi, Cikgu Sofea datang ambil dia,” jawab Zahlia tenang.
Tengku Hakimi pantas bangun dan menuju ke pintu.Kemudian dia terdengar orang memberi salam.
    “Assalamualaikum.”
    ”;Waalaikumussalam.”
Pintu rumah dibuka.Wajah Tengku Murni dan Sofea melekat ke anak matanya.Tengku Hakimi cepat-cepat memeluk Tengku Murni.Dicium pipi anak tunggalnya berkali-kali.
   “Uni ke mana sayang?” soal Tengku Hakimi seolah-olah Sofea tiada di situ.
   “Uni ke rumah cikgu.Cikgu masak mi hoon sup.Sedap papa,” ujar Tengku Murni petah.
Tengku Hakimi tersenyum.Selepas itu dia memandang Sofea yang juga sedang berdiri tercegat melihat kemesraan kedua-dua beranak itu.Tengku Hakimi mendukung Tengku Murni.
   “Terima kasih cikgu kerana sudi melayan anak saya.”
Sofea adalah jiran di sebelah rumahnya.Selama ini Tengku Hakimi tidak pernah kisah dengan kewujudan Sofea.Tetapi, tidak disangka yang kini Sofea adalah guru tadika Tengku Murni dan melalui Tengku Murni, hubungan Sofea dan Tengku Hakimi menjadi rapat.Seperti hubungan penjaga dengan guru.
     “Saya tinggal seorang diri tadi.Mak dan ayah saya ke rumah pak cik.Rasa bosan pulak.Itu yang saya pinjam Murni sekejap.Saya harap Tengku tak marah.”
     “Eh, tak usah bertengku-tengku dengan saya.Panggil Kimi cukup,” ucap Tengku Hakimi.
     “Saya ada bawakan sedikit mi hoon sup.Saya masak pun tak banyak sangat.Cukuplah untuk dibuat jamah.” Bekas mi hoon sup itu dihulurkan kepada Tengku Hakimi.
    “Terima kasih.Masuklah dulu.“Tengku Hakimi mempelawa.
    “Tak apalah.Dah petang sangat ni.“
    ”Alaa cikgu, masuklah dulu.Papa Uni dah suruh masuk tu,” celah Tengku Murni tiba-tiba.
Sofea rasa serba salah.
    “Jangan takut cikgu.Adik saya dan isterinya ada di dalam.Kalau cikgu tak mahu duduk lama, singgah sekejap pun jadilah,” ujar Tengku Hakimi bersungguh-sungguh.
Sofea akhirnya mengangguk dan perlahan-lahan melangkah masuk.
     “Jemput duduk cikgu,” ujar Zahlia ramah.
     “Terima kasih Alia.“
      ”Alia nak ke dapur dulu bang.” Zahlia berkata kepada Tengku Syahran.
      “Tak payah susah-susah Alia.Saya singgah sekejap aje.“
      ”Tak ada yang susah cikgu.Duduk dulu.Kita sembang-sembang,” ujar Zahlia dan terus bangun.
      “Saya ikut Alia ke dapur?”
Zahlia terdiam.Menyedari Sofea tidak selesa ditinggalkan keseorangan antara dua lelaki itu.Zahlia tersenyum dan mengangguk.
Selepas mereka melangkah ke dapur, Tengku Syahran memandang Tengku Hakimi dengan senyuman bermakna.Tengku Hakimi berasa hairan.
      “Kenapa senyum ni?” soalnya.
      “Calon? Calon apa?“
      ”isteri,” jawab Tengku Syahran pendek.
     “Haa… kau jangan nak memandai- mandai.Dia cikgu sekolah Murni,” ujar Tengku Hakimi sambil meletakkan Tengku Murni di atas kerusi.
     “Uni nak mama tak?” tanya Tengku Syahran lembut pada anak buahnya. Wajah Tengku Murni kelihatan ceria.
     “Betul ke Pak Ngah? Uni boleh dapat mama ke?”
Tengku Hakimi merenung geram ke arah Tengku Syahran.Tengku Syahran pula sengaja buat tidak mengerti dengan renungan alongnya.
Dia seboleh-boleh mahu menjerat Tengku Hakimi supaya mencari calon isteri.         “Betul,” jawab Tengku Syahran.
     “Macam mana? Siapa yang nak jadi mama Uni?” tanya Tengku Murni petah sekali.
Tengku Hakimi menggeleng.Akhirnya bibir Tengku Hakimi tersenyum melihat karenah anaknya yang beria-ia.
     “Uni kenalah suruh papa Uni kahwin dulu.” Tengku Syahran berkata lagi.“
      “Siapa yang nak kahwin dengan papa Uni?”
      “Uni suka Cikgu Sofea tak?”
     “Suka!”
 Suruhlah Cikgu Sofea kahwin dengan
papa.Uni kan sukakan cikgu tu.Dia baik, boleh jadi mama Uni tau.”
Tengku Syahran bersuara lagi.
      “Syah, kau jangan nak racun fikiran dia.” Tengku Hakimi mencelah.
      “Boleh ke Pak Ngah?” Tengku Murni
Tengku Syahran mengangguk.Tersenyum dengan kepetahan
anak buahnya.Tengku Hakimi pula terdiam merenung Tengku Murni.Dia teringat kata-kata Raja Jasmin semula.Dia risau memikirkan nasib anaknya kelak.
     “Papa mesti kahwin dengan cikgu tau?”
Sentuhan lembut tangan Tengku Murni menyedarkan Tengku Hakimi ke alam yang sebenar.Tengku Hakimi pilu.Dia tidak mahu kehilangan anaknya pula.Cukuplah dia kehilangan isteri yang disayangi.Tengku Hakimi pantas memeluk Tengku Murni.Sekuat mungkin.Dia tidak mahu berpisah dengan anaknya itu.Gerak-geri Tengku Hakimi menghairankan Tengku Syahran.Berkerut dahi lelaki itu.
      “Along,” tegur Tengku Syahran apabila terdengar esakan kecil abangnya di dalam pelukan Tengku Murni.
Tengku Hakimi melepaskan pelukan.Dikesat air mata yang menitis tiba-tiba.Di waktu yang sama, Zahlia dan Sofea keluar dari pintu dapur membawa air dan bekas kuih bersama senyuman.Senyuman kedua-duanya mati apabila melihat wajah keruh Tengku Hakimi.Mereka berpandangan sesama sendiri.Hairan melihat perangai Tengku Hakimi.
     “Kenapa ni along?” soal Tengku Syahran lagi. Tengku Hakimi melepaskan keluhan.
     “Kak Min nak buat tuntutan hak penjagaan Murni.” Tengku Hakimi memberitahu.Lemah sekali.
Zahlia dan Sofea meletakkan air dan kuih ke atas meja.Mereka duduk bersimpuh di ambal untuk menyertai kedua-dua lelaki itu.
     “Along risau Murni jatuh ke tangan Kak Min.” Tengku Hakimi menyambung.
     “Tak mungkin.Along yang jaga Murni selama ini.Kak Min dah lama mati dalam hidup Murni.Sejak empat tahun yang dulu! Kak Min tak pernah jalankan tanggungjawab dia kepada Murni.” Tengku Syahran membantah.
“Tapi Murni masih belum berumur tujuh tahun! Kebanyakan kes, ibu lebih berhak pada anak yang di bawah umur,” ujar Tengku Hakimi sambil memangku Tengku Murni di atas riba.
Zahlia memandang Tengku Hakimi.Sofea yang duduk di sisinya hanya membisu.Masing- masing rasa simpati.
“Kak Min dah buat keputusan betul- betulkah along?” sampuk Zahlia tiba-tiba meskipun Zahlia tidak mengenali bekas kakak iparnya itu.
Tengku Hakimi mengangguk.
     “Dia akan bawa hal ni ke mahkamah.Dia suruh along tunggu surat dari peguam.”
     “So, kita fight aje along.Syah yakin kemenangan berpihak pada kita.” Tengku Syahran bersuara kuat.Wajah kakak iparnya terbayang di ruang mata.Rasa bencinya meluap-luap.
     “Along ingat nak selesaikan cara baik.Along tak mahu hal peribadi along dengan Kak Min dibawa ke mahkamah.”
    ”Tapi Kak Min sendiri yang mulakan! Along kena terima hakikat yang Kak Min dah berubah.Dia mahu berlawan dengan along, nak buat apa lagi? Lawan ajelah.Jangan lemah along.Kami semua ada di belakang along,” ucap Tengku Syahran dengan penuh semangat.
Sofea turut mengangguk kecil dengan kata-kata Tengku Syahran.Zahlia juga begitu.Tengku Hakimi menoleh ke arah Tengku Murni yang diam di atas riba.Ungkapan Tengku Syahran perlu diikut.Raja Jasmin memang telah mencabar kesabarannya.
     “Esok, along akan cari peguam.” Tengku Hakimi memberitahu.
     “Oh, ya! Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai peguam.Kalau Tengku mahu, saya boleh kenalkan sebab dia banyak kendalikan kes yang sebegini.” Sofea bersuara tiba-tiba.
Tengku Hakimi memandang Sofea.Tengku Hakimi geram dengan panggilan wanita itu yang suka benar memanggilnya dengan gelaran pada pangkal namanya.
      “Kan saya dah kata, tak usah bertengku-tengku.Panggil saya Kimi lebih elok.” Sofea tertunduk malu.
     “Cikgu ada kawan di firma guaman? Kalau begitu, bolehlah kenalkan pada saya?” ujar Tengku Hakimi menyedari wanita itu malu diherdik begitu.
Sofea mengangguk.
     “Nanti saya telefon dia dulu.Kemudian saya beritahu.” Zahlia mengukir senyuman mendengar ucapan Sofea.Tengku Hakimi juga tersengih.Sejuk juga hatinya melihat wajah Sofea yang kelihatan manis dan malu- malu jika berhadapan dengannya.          “Dahlah cikgu.Jemput minum.” Zahlia mengalihkan topik. Sofea hanya mengangguk sedangkan matanya membalas renungan Tengku Hakimi.

No comments:

Post a Comment