PAGI ini, Zahlia akan ke Hospital Kajang melawat Razif.Zahlia telah pun meminta izin Tengku Syahran dan dia mengizinkan.Kini, Zahlia telah sampai di hadapan pintu bilik yang tertera nama Mohd Razif.Jantungnya berdegup begitu kencang sekali.
Zahlia melangkah ke dalam bilik yang pintunya memang sudah terbuka.Matanya melilau- lilau mencari katil nombor 12 dan akhirnya dia terpandang Razif sedang merenungnya tanpa berkelip-kelip.Zahlia melangkah ke arahnya.
“Zif,” sapanya lembut. Razif tidak menyahut.Malah segera mengalihkan tubuh ke arah lain. “Aku minta maaf.” Zahlia berkata separuh merayu.
Razif buat tidak tahu.Hatinya masih bengkak kerana lambat mengetahui perkahwinan Zahlia.
“Zif, janganlah macam ni.Aku rasa berdosa tau.Kau buat aku rasa bersalah sangat.I’m sorry,” ujar Zahlia sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.
“Lain kali, bagilah salam dulu,” marahnya.
“Aku tengok kau macam tengah marah.Kalau aku bagi salam, nanti kau tak jawab.Aku tak nak bagi kau dosa.” Lembut Zahlia berkata.
“Aku ingat kau memang tak sudi berkawan dengan aku lagi.” Kata-kata itu membuatkan Zahlia ketawa.
“Kau tak marah?“soal Zahlia.
“Marah… tapi dah reda.Lain kali kalau kahwin, jemputlah orang,” ujar Razif.
“Ingat perkara kahwin tu boleh berlain kali ke?” soal Zahlia. Razif terus ketawa besar.
“Kenapa tak beritahu aku, kau dah ada calon? Senyap-senyap aje.Tahu-tahu dah kahwin.”
Zahlia tersengih.
Merenung Razif dengan pandangan simpati.Kesian Razif! Dia tidak tahu cerita di sebalik perkahwinan ini.Hati Zahlia berkata-kata.
“Hei, ni kenapa pulak ni? Tiba-tiba senyap aje?” kejutan itu membuatkan Zahlia tersedar.Segera dia menggeleng.
“Kau macam mana? Dah sihat?” soal Zahlia.
“Well, macam nilah Alia.Kalau sakit dah teruk begini, tak payah berubat pun tak apa.”
Zahlia mengerutkan dahi mendengar kata-kata Razif.Kata-kata itu tidak disenanginya.
“Kenapa kau cakap macam tu? Tak elok.Semuanya datang dari ALLAH.Setiap yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.Kau dah lupa apa yang pernah kita belajar dulu?” soal Zahlia sedikit tenang walaupun dia marah dengan keluhan Razif.Kata-kata Ustazah Faridah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Setiap peristiwa ada rahmat dan hikmah yang terselindung.Semuanya datang dari ALLAH.Dia sengaja menurunkan dugaan kepada kita untuk menguji kesabaran kita.Maka, kesabaran itulah yang akan menunjukkan keimanan kita kepadaNYA.Di situlah ALLAH akan menilai ketaqwaan setiap makhluknya.”
“Entahlah Alia! Aku rasa dah banyak dosa yang aku buat sekarang ni.Bila ada benda yang tak kena aje, mesti aku membentak tak tentu pasal.Kalau macam tu, baik aku mati dari menanggung banyak dosa.” Ucapan itu berbaur sayu.Zahlia mengeluh kecil.
“ Zif…. Zif… sepatutnya bila fikiran dilanda buntu, kau kena mengucap panjang.Ada pulak membentak nak marah-marah.Sebab itulah, fikiran tak tenang,” jawab Zahlia selamba.
Razif tersengih kelat.Matanya jatuh ke jari-jemari Zahlia yang masih merah berinai.Walaupun inai itu sudah separuh hilang dari kukunya, hati Razif tetap terusik.Inai itu tandanya wanita itu sudah menjadi isteri orang.Razif tidak kenal siapa suami Zahlia.Namun, Razif pasti lelaki itu sungguh bertuah memiliki Zahlia.
Hati Razif dilanda cemburu.Entah kenapa sampai hari ini rasa kasihnya kepada wanita itu masih mekar.Malah, dia hampir hilang nyawa apabila mengetahui berita perkahwinan itu dari Fatimah dan yang paling penting dia masih tidak dapat menafikan kasih sayangnya sehingga ke hari ini.
“Bila nak kenalkan suami kau?” soalan yang tak terduga itu lahir dari bibir Razif.Zahlia tersenyum malu.
“Nantilah.Aku kenalkan.” Ringkas ucapan Zahlia. Perlahan-lahan Razif mengambil tangan Zahlia
mendekatinya.Zahlia tersentak.Namun, dibiarkan sahaja kerana dia tahu Razif sahabatnya yang paling setia di sisi.
“Aku akan doakan kau bahagia.Walaupun aku kecewa sebab tak berjaya memiliki kau, tapi aku yakin hidup kau akan bahagia.Lelaki itu seorang lelaki yang bertuah Alia.Bahagiakanlah dia.”
Ucapan itu membuatkan Zahlia menelan air liur.Sampai begitu sekali harapan Razif? Tiba-tiba hati Zahlia dilanda rasa bersalah.Namun bibirnya membalas senyuman kecil.
“Okeylah, aku nak pergi bank.Ada orang dermakan kau RM 30,000 untuk rawatan dan pembedahan.Nanti, aku datang melawat kau lagi,” jawab Zahlia pantas menarik tangannya yang masih di dalam genggaman Razif.
Razif mengangguk.
TENGKU SYAHRAN menaiki keretanya dengan perasaan berkecamuk.Dia tidak tahu kuasa apa yang memaksanya memerhati gerak-geri Zahlia pagi itu.Sedangkan dia tahu Zahlia akan ke hospital untuk melawat rakannya.Zahlia sendiri sudah meminta keizinannya dan dia membenarkan.
Tetapi hati Tengku Syahran bagaikan tidak senang.Selang beberapa minit Zahlia pergi, dia juga keluar.Mengikuti kereta Zahlia dari belakang.Sampai sahaja di Hospital Kajang, dia meletakkan kereta Honda Preludenya tidak jauh dari situ.
Dengan pantas dia
melangkah keluar dari kereta dan mengikut Zahlia.Sampai di wad 10A, terpampar nama Razif di situ.Tengku Syahran hanya menunggu di luar.Hatinya diserbu perasaan cemburu apabila kedengaran isterinya ketawa mesra dengan Razif.Kemudian dia ternampak lelaki itu meramas-ramas jari- jemari Zahlia.Sakit benar hati Tengku Syahran dibuatnya.
“Damn!” jeritnya dan terus melangkah pergi. Di dalam kereta dia menumbuk-numbuk stereng kereta melepaskan geram.Kenapa harus ianya terjadi? Tengku Syahran sudah mula menyayangi Zahlia.Tiba-tiba Zahlia berpaling tadah kepada orang lain pula.
Tengku Syahran
membatukan diri di dalam kereta.Perbualannya dengan Adli ketika di Hotel Crystal Crown dahulu terbayang di fikiran.Waktu itu, dia dengan Zahlia masih belum berkahwin.
“KAU jangan jadi gila Syah! Aku takut kau terjatuh cinta kat dia nanti.Tak pasal-pasal kau yang parah,” ujar Adli selamba.
“Li, aku dah pernah kecewa sebab cinta.Aku dah lali.Dalam hidup aku, yang aku yakin Cuma cintaku pada Nazirah.Lepas Nazirah meninggal, semua perempuan yang datang kat aku tak pernah setia.Aku yakin aku takkan jatuh cinta pada perempuan tu,” jawab Tengku Syahran.
“Kau jangan cakap besar Syah. Orang perempuan ni lain sikit, aku bukan apa.Kau tu lelaki, pergi mana-mana pun nafsu tetap ada.Aku takut, malam pertama kau tu, terus kau terkam dia.Time tu, perjanjian entah ke mana, sayang entah ke mana,” ujar Adli.
Tengku Syahran hanya ketawa mendengar kata-kata Adli.Adli adalah teman baiknya sejak sekolah menengah sehingga melanjutkan pelajaran bersama-sama ke London.
Adli jugalah yang memperkenalkan Nazirah kepadanya.Bila berita sedih diterima tentang kematian Nazirah, Adlilah teman yang menemani Tengku Syahran.Persahabatan mereka bagaikan isi dengan kuku.
“Eleh…aku tengok perempuan tu macam mata duitan aje.Dia terima rancangan aku pun lepas aku cadangkan wang sebagai ganjaran.Tak mahulah aku hidup sekatil dengan perempuan macam tu,” ujar Tengku Syahran lagi.
Kali ini Adli pula ketawa.Tengku Syahran mengerutkan dahi.
“Kenapa?“soal Tengku Syahran kehairanan.
“Kau ni sebelum dapat, cakap beria-ia.Tengoklah lepas dapat nanti, sia-sia.Tengoklah lepas dapat nanti, siapa yang tersungkur.Lepas tu, kau akan datang pada aku dan cakap yang kau fall in love.Masa tu aku tak heran sebab aku dah kenal hati budi kau Syah.Lagipun aku dengar Zahlia tu lemah lembut orangnya.Pandai ambil hati.Kalau kau tak tersangkut, mak bapak kau pulak yang tersangkut.Ingat Syah, bila berdua-duaan macam-macam benda boleh berlaku.”
“Macam mana kau kenal dia, Li?” tanya Tengku Syahran pelik.
“Dulu, syarikat lama tempat aku bekerja pernah tawarkan dia satu jawatan.Aku pernah jumpa dia sekali waktu serahkan surat untuk temuduga.Tapi, aku tak tau kenapa dia tolak tawaran tu, sedangkan terlalu banyak faedah yang ditawarkan.”
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKempen Sayang UMP
ReplyDeletehttp://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=CA16079