Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 16, 2010

Bicara Hati bab 28

ZAHLIA berasa gelisah.Sekejap duduk sekejap berdiri.Kemudian dia melangkah
ke tingkap.Melihat suasana suram.Tiada bintang- bintang yang berkelipan di langit.Jam dinding sudah berdetik sebanyak sebelas kali.Batang
hidung suaminya masih belum kelihatan.Di manakah dia sekarang ni? 
Sesekali Zahlia membetulkan rambut yang kusut ditiup angin malam.Udara sejuk mula terasa.Rasa mengantuknya tadi tiba-tiba sahaja hilang dan ianya diganti dengan perasaan yang tidak tenteram.Kini, tangannya mula memegang rantai leher pemberian Tengku Syahran.
Bibirnya mengukir senyuman manis.Tiba-tiba dia teringat peristiwa di mana dia dipaksa mengurut Tengku Syahran hingga dia terlena.Begitu selesa dia memeluk suaminya seolah-olah tubuh sasa itu adalah bantal peluknya.Nasib baik tidak berlaku apa- apa.Kalau tak...
Zahlia mengeluh.Dia masih belum dapat menerima perasaan yang wujud di dalam dirinya untuk Tengku Syahran.Entahlah Zahlia sendiri kurang pasti.Mengapa sukar untuknya membalas cinta dan kasih sayang yang tulus dari suaminya itu.
Tiba-tiba pintu terkuak luas.Muncul Tengku Syahran.Zahlia tersentak dari lamunan.
     “Masuk bilik tu bagilah salam dulu.Buat orang terkejut aje!” marah Zahlia sambil mengurut dada.Terasa hendak gugur semangatnya tiba-tiba.
Tengku Syahran menutup daun pintu.Dia tidak berkata apa-apa.
     “Awak ke mana Syah? Berjam-jam saya tunggu.Lain kali kalau nak balik lambat, telefonlah rumah dulu.Ni, ikut sedap dia aje.Tak tau orang dekat rumah ni risau ke tak,” sambung Zahlia dengan nada kemarahannya yang masih belum reda.
Tengku Syahran duduk di sisi isterinya.Bebelan yang terluah dari bibir halus isterinya itu tidak langsung mengusik hati kecilnya.Mindanya masih mengingati kata-kata Linda yang dianggap sebagai tuduhan petang tadi.
Tengku Syahran terlalu marah pada Linda yang seolah-olah sengaja mencari kesalahan isterinya.Tengku Syahran takut dengan dakwaan Linda.Dia tak sanggup kehilangan Zahlia sepertimana alongnya kecewa disebabkan sikap Raja Jasmin.
      “Syah, awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” Zahlia mengawang-awangkan tangannya di hadapan lelaki itu.
Tengku Syahran mengeluh.Berat mulutnya mahu bertanya bagaikan ada pohon emas yang bergayutan di situ.Tetapi, sampai bila hatinya boleh memendam perasaan?
      “Alia, tengah hari tadi Alia makan dengan siapa?” soal Tengku Syahran. Zahlia menoktahkan bebelan.Berkerut dahinya.
      “Kenapa?” Zahlia berasa hairan.
Tengku Syahran merenung Zahlia.Tiada kata-kata yang diucapkan dan hanya menanti jawapan dari Zahlia.
Zahlia berfikir sejenak.Baru dia teringat yang dia makan tengah hari bersama Razif dan Fatimah.
      “Alia makan dengan siapa?” soal Tengku Syahran lagi.
      “Macam biasalah saya makan dengan kawan-kawan saya.”
      “Dengan Razif?” teka Tengku Syahran. Zahlia hanya mengangguk.Tidak langsung ambil peduli perasaan suaminya yang makin diburu resah.
Tengku Syahran hanya mengetap bibir.Nafasnya berombak-ombak.Hatinya mula menunjukkan reaksi untuk memberontak.
      “Kenapa Syah?”
      “Alia makan dengan Razif, berdua aje ke?”
      “Berdua?” Zahlia terdiam seketika. Tengku Syahran terus menanti dengan penuh sabar.
      “Tak adalah.Kami makan bertiga.Saya, Razif dan Fatimah.” Zahlia menyambung.
Tengku Syahran hampir tersedak.Biar betul? Harap-harap apa yang diluahkan oleh isterinya benar belaka!
      “Betul ke?“Tengku Syahran masih meminta kepastian. Zahlia mengerutkan dahi.Anehnya lelaki ini! Seperti sedang mengesyaki sesuatu saja.Lambat-lambat Zahlia mengangguk.
Alhamdulillah! Kalimah itu berkali-kali keluar di bibir Tengku Syahran.Tanpa menunggu lama, Tengku Syahran meraih tubuh Zahlia ke dalam dakapan.Tergamam Zahlia dengan tindakan yang sepantas kejutan elektrik itu.
Bara cemburu Tengku Syahran semakin padam dari ingatan apabila panas tubuh isterinya terasa begitu menenteramkan jiwanya.
      “Kenapa ni Syah?” Zahlia meleraikan rangkulan.Rimas dirinya dengan tingkah-laku suaminya yang tiba-tiba.
Tengku Syahran melepaskan keluhan kecil.Segala-galanya menjadi lega semula.
    “Syah?” Zahlia bertanya lagi.
     “Maafkan abang Alia! Abang dah tersalah sangka terhadap Alia.Abang terlalu melayani perasaan cemburu.Abang takut apa yang…”
      “Syah, what’s going on? I don’t understand what are you talking!” Zahlia memintas percakapan Tengku Syahran.
       “I’m sorry” Ucapan pendek itu terkeluar dari mulut Tengku Syahran.
      “For what?“Zahlia hairan.
       “Everything.”
      “Everything? I still don’t get it, Syah?” Zahlia semakin dipalu rasa tak mengerti.     “     “Sebenarnya fikiran abang tengah kacau sebab perempuan tu.” “
        “Perempuan? Siapa?”
       “Linda.Dia ada datang rumah ni tadi.Dia beritahu mak cerita tentang Alia yang tak sedap didengar pada abang.Abang sungguh-sungguh berharap hati abang tak terusik dengan tuduhan itu.Tapi, abang rasa berdosa sebab naluri abang tetap ragu-ragu dengan kejujuran Alia.You’re right that my jealously is not on
the point.I’m sorry.” Zahlia menyandarkan badan ke belakang.Terdiam serta-merta.
       “Apa yang Linda beritahu pada mak?” soal Zahlia dalam nada sayu.
      “Just forget about it, honey! This is not important now.“Tengku Syahran tidak mahu memanjangkan cerita.Baginya biarlah perkara itu berakhir di situ.Muktamad.    “    “Tapi…”
      “Alia, dengar sini! Alia tak perlu mengetahui semuanya.Abang percaya pada Alia.Abang yakin dengan tindak-tanduk Alia.Abang berjanji, abang takkan cemburu lagi.Maafkan abang, ya?“potong Tengku Syahran tangkas membantutkan mood Zahlia untuk bersuara.
Zahlia terkaku.Kelu lidah apabila anak mata Tengku Syahran memanah tepat ke dasar anak matanya.Bagaikan petir Zahlia melarikan pandangan dari terus ditenung.
    “Abang penatlah.Sakit- sakit badan abang ni memandu kereta dari sini ke Perak lepas tu patah balik.” Tengku Syahran sengaja mengalih topik.Zahlia yang mendengar pengakuan Tengku Syahran terus membeliakkan mata.
    “Awak pandu kereta ke Perak? Buat apa?”
     “Cemburu punya pasal, apa-apa boleh jadi pada abang,” ujar Tengku Syahran sambil mengurut tengkuknya.
Mata lelaki itu sengaja dilirikkan ke arah isterinya.Zahlia faham maksud suaminya itu.Nak suruh aku urutlah tu! Perasan… jangan harap aku nak tunduk dekat kaki kau lagi! Getusnya di dalam hati.
     “Saya nak tidur dululah,” ujar Zahlia sambil bangun dan melangkah pergi.Hanya beberapa langkah, dia berhenti dan berpusing menghadap suaminya.
     “Haa… satu lagi, esok saya nak ke rumah mak saya.Ada hal sikit.” Zahlia memberitahu dan mula mengorak langkah.Tiba-tiba, tangannya ditarik.Zahlia hampir terpelanting.
     “Syah, apa ni? Sakit tau!”
tengking Zahlia sambil mengusap-usap pergelangan tangan.
     “Sorrylah sayang.Abang tak sengajalah.Boleh tak sayang tolong picitkan belakang abang?“
     ”Tak boleh!“Laju Zahlia berkata membuatkan Tengku Syahran mengetap bibir.   
“   Tak apalah.Good night.”
Tengku Syahran bangun dan mengucup lembut dahi Zahlia.Tubuh sasanya direbahkan kembali di atas kerusi yang kini menjadi tilam untuknya berehat saban malam.Zahlia masih berdiri di hadapan Tengku Syahran.Tidak sampai pula hatinya melihat wajah suaminya itu.Eeee… lelaki ini sengaja nak buat hati aku terharu.Geramnya!
     “Okeylah, saya urut tapi dengan satu syarat!”
Tengku Syahran membuka kelopak matanya semula.
     “Awak tak boleh tidur atas katil.Saya akan picit awak dekat sini.” Tengku Syahran tersenyum mendengarnya.
     “Kenapa Alia tak kasi abang tidur atas katil? Alia takut peristiwa malam tu berlaku lagi ke?” sengaja Tengku Syahran berkata begitu dan membiarkan Zahlia tertunduk malu.Zahlia menggeleng laju.
     “Habis tu, kenapa?” usik suaminya lagi sambil tersengih.
Zahlia tidak menjawab.Hanya memeluk tubuhnya.Tak kuasa nak melayan!
     “Awak nak ke tak nak? Kalau tak nak senang aje, saya boleh terus tidur.Tak payah susah-susah.” Zahlia bertanya sedikit angkuh.
Kali ini dia yakin, Tengku Syahran akan mengikut telunjuknya.Nakaction sangat! Hari tu, bukan main kau kenakan aku.Sekarang, turn aku pulak! Hati Zahlia ketawa besar.
Tengku Syahran memandang lama wajah wanita yang tiba-tiba menjadi berani untuk mencabarnya.Ada senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu.Penuh makna tersirat yang            diketahui oleh Tengku Syahran.Tetapi pantas Tengku Syahran menggeleng.
     “Apa maksud awak dengan gelengan tu?“Zahlia cuba menenangkan rasa gementar yang kian merusuh. Tengku Syahran bangkit dari duduk.Berdiri bertentangan dengan wanita yang terlalu disayangi.Kini, hanya jarak satu kaki yang memisahkan mereka.Zahlia diburu resah.Dapat dirasakan degupan jantungnya yang laju bergendang.Memainkan lagu yang tidak diketahui iramanya.Tapak kaki Zahlia seolah-olah tidak jejak ke bumi.Terasa di awang-awangan.
Anak mata Zahlia cuba melawan renungan mata lelaki itu.Batinnya bagaikan dipancing dengan satu perasaan aneh.Zahlia dengan pantas melarikan anak mata ke arah lain.Bimbang kalau-kalau batinnya tiba-tiba menjadi sukar untuk dikawal.
     “Pandang mata abang ni, Alia! Kenapa bila abang bercakap, Alia tak pernah tenung mata abang lama-lama?”
Tengku Syahran menarik wanita itu hampir kepadanya.Zahlia hanya mengikut langkah kaki yang bergerak.Wajahnya tetap dibiarkan ke sudut lain.Kalau diturut kemahuan lelaki itu, pasti Zahlia merana akibat menanggung kasih sayang yang mula mengintai naluri wanitanya.
     “Alia!“Tengku Syahran memanggil. Zahlia menggeleng lagi.Dia tidak mahu memandang wajah itu.Dia gementar.
     “Kenapa? Alia takut jatuh cinta, kan?” soal Tengku Syahran. Zahlia tetap menggeleng.
     “Jangan hipokrit Alia! Abang tahu Alia cuba sembunyikan perasaan tu.Kenapa mesti seksa perasaan sendiri?” kata-kata Tengku Syahran dibiarkan tergantung.
    “Sampai bila kita nak hidup begini, Alia? Cuba fikirkan! Abang dah cukup menderita memikirkan penghujung perkahwinan kita.Abang tahu Alia pun mesti tak terlepas untuk memikirkannya.Paling tak pun mesti terlintas sikit, kan?”
Zahlia mengetap bibir.Seboleh mungkin dia ingin menyimpan jawapan kepada persoalan itu sebagai rahsia.Mata Zahlia masih di sudut lain.
    “Alia!!!” bahu wanita itu digoncang kuat berserta sergahan yang mampu menggugurkan semangat. Namun, Zahlia terus menggeleng.Nafas Zahlia terasa bagaikan gelombang yang kian mengganas.Jantung Zahlia berdenyut kencang.Segera matanya dipejam rapat.Kosong pemandangannya.Tiba-tiba….
Cupp!! Ada satu ciuman hinggap di pipi Zahlia.Sentuhan itu telah memaksa Zahlia untuk membuka kelopak mata.Kepalanya tegak ke hadapan semula.Tanpa disuruh, mata Zahlia dan Tengku Syahran bersabung pandang.
    “Abang menang,” ujar lelaki itu dalam nada ceria.
Zahlia mendengus kecil.Berkerut-kerut dahinya menahan marah kerana dipermainkan.
   “Abang nak beritahu jangan sesekali Alia cuba mencabar kelelakian abang.Kalau Alia tak mahu kena lebih teruk dari ciuman tadi, ikut kehendak abang.InsyaALLAH
semuanya akan berjalan lancar! All right honey?” sambung Tengku Syahran dengan senyuman sakatnya.Zahlia menjeling.
   “Janganlah macam tu sayang.Tak elok tau menjeling begitu depan suami.Berdosa! Alia kan nak jadi isteri yang solehah.Kalau Alia picit-picitkan kepala abang ni, kan dapat pahala.Boleh berdampingan dengan abang bila akhirat nanti.” Tengku Syahran berkata lagi.
Hati Zahlia kembali sejuk.Kembang pulak terasa apabila mendengar ucapan lelaki itu yang kedengaran ikhlas.
   “Dahlah.Abang nak merasa urutan Alia lagi.Boleh mulakan sekarang?”
Tengku Syahran beredar ke katil.Langkahnya santai dan bersahaja tanpa mempedulikan riak Zahlia yang seperti terkejut melihat jasad Tengku Syahran jatuh ke atas katil yang diselaputi selimut tebal.Dia hendak tidur kat atas katil lagi ke?
     “Sayanggggg, cepatlah!” suara Tengku Syahran kedengaran seperti merengek.
     “Syah! Tadi, awak kata awak takkan tidur kat sini kalau saya picitkan awak.” Zahlia mula menengking.
Tengku Syahran pura- pura tidak mendengar tengkingan Zahlia.Tubuhnya manja dengan kedinginan tilam yang membelai badan.
    “Syah!”
    “Bila abang cakap? Abang tak ada buat apa-apa perjanjian pun dengan Alia!” mendatar bunyi perkataan itu diucap.Zahlia mengancingkan gigi.
    “Awak jangan nak mengada-ngada Syah! Kalau awak tidur sini, saya tak nak urut awak.” Zahlia seperti mengugut.
     “Tak nak urut dah.Abang tak payahlah izinkan Alia keluar pergi rumah mak esok.Padan muka Alia! Kalau Alia tak nak picitkan abang, abang tak paksa.Tapi, jangan lupa! Nabi Muhammad S.A.W. tak nak mengaku umat kalau seorang isteri tak nak ikut cakap suaminya.” Tengku Syahran sudah mengeluarkan hujah.Semata-mata hendak menakutkan Zahlia dengan ilmu Islam yang pernah dipelajari.
Zahlia semakin geram.Lelaki itu sengaja menggunakan modal yang sama untuk memaksanya membuat sesuatu yang tidak digemari.
Kebisuan yang melanda Zahlia, memberi peluang Tengku Syahran untuk turut diam.Kedinginan tilam yang mencucuk-cucuk tubuhnya mengundang ketenangan yang teramat.Dia cuba menutup mata.Berdoa ketenangan itu akan sudi bergayut selamanya di situ.
Tengku Syahran terasa ada belaian mesra di ubun-ubun kepalanya.Dia membuka mata.Terlihat wajah Nazirah yang tersenyum manis sedang memangku kepalanya.Sudah lama Tengku Syahran tidak berjumpa dengan wajah itu.Tengku Syahran membalas senyuman Nazirah.Mencapai jari-jemari halus di kepalanya lalu dikucup penuh kasih.Rindunya pada Nazirah hanya ALLAH yang tahu.
Keindahan yang dirasakan sesungguhnya bukan milik Tengku Syahran yang akan kekal selamanya.Bayang-bayang wajah Nazirah semakin kabur dan berbalam-balam.Senyuman manis gadis itu semakin kelam melayang dari sangkar ingatan.Sentuhan mesra seorang kekasih yang erat bertaut di tapak tangan juga kian longgar.
Tengku Syahran tidak mahu bayang itu pergi.Dia mahu gadis ayu bertudung itu mengusap rambutnya seperti selalu.Dia rindukan saat itu.Terlalu rindu.
      “Nazirah!” dia menyebut sepotong nama itu. Wajah yang kelihatan nyata tadi sudah pun pergi dibawa angin lamunan.Meninggalkan Tengku Syahran ruang kesepian yang disapa rasa sebak yang menikam.Kolam matanya berair.Perlahan-lahan kolam yang ditakungi air jernih itu akhirnya mengalir ke wajah.Air itu bagaikan faham dengan kepiluan yang merayap ke segenap naluri Tengku Syahran.
     “Syah!” lembut suara yang memanggil Tengku Syahran berjaya meruntuhkan tiang-tiang lamunan yang kian menjauh.
Tengku Syahran pantas mengelap air matanya.Menyedari Zahlia berada bersama-sama di ruang kamar yang sunyi.Lenyap terus bayangan Nazirah bertukar dengan jasad realistik Zahlia yang sedang berdiri di hadapan.Zahlia tidak bercekak pinggang.Wanita itu nampak terkejut memandangnya.
Tengku Syahran menarik nafas dalam-dalam.Memaksa diri mengumpul kekuatan untuk merelakan bayangan Nazirah pergi bertukar ganti dengan rasa cintanya pada si isteri yang kian mencurah-curah.Biarlah bayangan wajah itu tersimpan rapi dalam halaman kamus hidupnya yang telah menjadi sejarah.Itu sudah suratan.Tengku Syahran hanya menyerah.
    “Syah!” panggilan itu bergema lagi.Sayup-sayup menusuk jiwa yang ketandusan.
Buat kesekian kalinya Tengku Syahran tersedar dari menungan yang seolah-olah mahu mengkhayalkan diri.Tengku Syahran bangkit.Matanya terus dipancing untuk merenung wajah lembut yang bersudut tegak di hadapan.
    “Abang nak tidur dululah.Abang dah letih.” Suara Tengku Syahran seakan bergayut
rahsia tersembunyi pada pendengaran Zahlia.Apakah dia? Tengku Syahran beredar dari katil untuk menuju ke tempat peraduannya.Longlai langkah itu seolah-olah meninggalkan tanda tanya pada benak Zahlia.Terbit rasa bersalah dalam diri Zahlia.Barangkali Tengku Syahran berkecil hati dengan tengkingannya tadi! Mungkin juga lelaki itu sedang dibebani masalah pejabat!
Tapi, air mata itu? Mungkinkah ada sesuatu yang disorokkan? Nazirah… siapa Nazirah? Berbagai-bagai soalan yang bermukim di kotak fikiran Zahlia tetapi tidak berupaya merembeskan jawapan yang memuaskan hati.
Enta h apalah kuasa yang tiba-tiba mempengaruhi kepala Zahlia untuk bertindak.Improvisasi yang spontan! Pantas jari-jemari runcing Zahlia menyabit pergelangan tangan Tengku Syahran.Kukuh terikat tanpa tali yang tersimpul.Serta-merta membuatkan langkah yang dihayun oleh Tengku Syahran terhenti.Kaku tanpa tindakan refleks untuk membantah.
      “Syah, kenapa ni? Awak marahkan saya ke?” pertanyaan Zahlia menyentuh jiwa Tengku Syahran.
Tengku Syahran memalingkan tubuh.Serentak itu, dia mengelus pipi Zahlia dengan sebelah tangan.Kali ini, Zahlia berani menentang pandangan lelaki itu.Zahlia dengan rela hati sudi memecah tradisi hidupnya untuk menyelam ke dasar anak mata lelaki yang redup menyembunyikan sesuatu di situ.
     “Saya minta maaf sebab menengking awak tadi kalau itu yang membuatkan awak&…” ayat Zahlia mati di situ.
Jari telunjuk Tengku Syahran melekat di bibirnya.Lelaki
itu menggeleng.Memberi isyarat agar jangan menyambung percakapan.
   “Abang tak marah.Cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran abang sekejap.Tapi, Alia jangan risau.Bukan Alia puncanya.Sekarang, abang dah letih.Abang nak berehat.” Tengku Syahran menarik tangannya.
   “Syah…” janganlah begini.Saya rasa bersalah.”
   “Abang betul-betul penat Alia.Abang nak berehat.”
    “Ermm… saya urutkan awak?” laju kata-kata itu menapak gegendang telinga Tengku Syahran.Lelaki itu menggeleng.
     “Tak payahlah.Alia pergilah tidur.Abang izinkan Alia pergi ke rumah mak esok.Kirimkan salam abang pada mak,” ujar Tengku Syahran dan melangkah setapak lagi.
     “Abanggg,,, er.. Syah.” Zahlia terkedu.Tidak menyedari perkataan keramat yang cuba dikawal dari bibirnya boleh terkeluar akhirnya.
Tengku Syahran memusingkan badan kembali.Sedikit berbunga mendengar lajakan kata dari mulut Zahlia.
     “Abang selalu mengharapkan panggilan itu dari Alia.Terima kasih kerana menyebutnya hari ini.Sekurang-kurangnya abang tak kempunan.” Tengku Syahran berkata.
Zahlia menunduk.
     “Esok, temankan saya ke pasar?” tanya Zahlia lembut. Tengku Syahran sempat mengangguk dan berlalu.
Zahlia terkedu lagi.Dia rasa bersalah.Gerak geri Tengku Syahran cukup memelikkan.Sekejap ceria, sekejap muram.Mengapa? Apa dah berlaku? Bukankah dia sedang mengusikku tadi? Tapi, air mata itu! Nazirah! Siapa? Arrghh….hati Zahlia bagaikan ingin menjerit.Dia cemburu tiba-tiba.



No comments:

Post a Comment