LAGU Impian Kasih nyanyian kumpulan nasyid In-Team bergema di corong radio kereta Honda Prelude yangdipandu oleh Tengku Syahran.Tiada suara atau kata-kata
yang terluah sejak tadi.Zahlia hanya membisu seribubahasa.Yang kedengaran hanyalah suara Tengku Syahranyang menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu sambiljari-jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.
“Sedap kan lagu ni, Alia?” bicara Tengku Syahran memecah kesunyian.
“Hmmm…” ringkas
Zahlia menjawab pertanyaan suaminya.Dia tiada mooduntuk bersembang.
“Abang suka lagu ni.Tambah-tambah part yang chorus tu.Banyak memuji kaum
wanita, mengagungkan wanita terutamanya wanita solehah,
kan?” ujar Tengku Syahran bersungguh-sungguh.
“Hmmm…” Zahlia masih menjawab acuh tak acuh.
Tengku Syahranmengerling sekilas ke arah Zahlia.Wajah lembut itu ditenung
dengan rasa penuh kesabaran demi mengambil hati isterinya itu.Zahlia berlagak selamba.Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Kita nak makan kat mana ni?” Tengku Syahran cuba mengubah tajuk.
“Ikut abang ajelah.Abang yang jemput Alia,” jawab Zahlia hambar.
Tengku Syahranmenoleh lagi ke arah isterinya yang seolah-olah tidak
gembira berada di sisinya.Terkumat-kamit bibir Tengku Syahran beristighfar menahan sabar dengan karenah Zahlia.
“Kenapa ni? Alia macam tak suka aje keluar makan dengan abang?” lembut tutur
kata Tengku Syahran langsung tidak menyentuh sudut hati Zahlia.
“Kita makan kat restoran tu.Ada banyak lauk yang Alia suka, nanti mesti Alia
rasa nak pergi lagi,“ujar Tengku Syahran sambil menunjukkan restoran makanan yang berdekatan.
Zahlia terus-terusan membatu.Tidak berminat langsung. Tengku Syahran mengeluh.
“Kalau Alia tak nak makan tak apalah.Cukup sekadar temankan abang makan,
ya?” Tengku Syahran tetap bersuara.
Zahlia tetap diam.Malah tidak langsung menoleh ke arah restoran yang ditunjukkan.
Tengku Syahran merasakan kesabarannya mula tercabar.Kebisuan Zahlia kali
ini menimbulkan rasa tidak senang di dalam hatinya.Tengku Syahran tidak mahu keadaan yang sunyi dan hambar itu melayari di seluruh ruang antara mereka.
“Alia, kalau tak nak keluar dengan abang, kenapa tak cakap dari tadi?“ suaraTengku Syahran mulai tegang.
Zahlia bersikap selamba.Suara itu tidak langsung menerbitkan rasa takut di
dalam hatinya.
Tengku Syahran mengetap bibir.Dirinya betul-betul tercabar dengan sikap
Zahlia hari itu.Pantas sekali pedal minyak ditekan kuat.Kereta meluncur laju.Sampai di simpang jalan yang ada tanda ‘U’ Tengku Syahran memusing stereng dengan kasar
sekali.
Zahlia tersentak dengan situasi yang sepantas kilat itu.Mujurlah tali pinggang yang
dipakai mengikat tubuhnya dari tercampak ke hadapan.
“Apa ni bang?” marah Zahlia keras.
Kecut perutnya dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh Tengku Syahran.Lelaki itu
tidak mengendahkan kata-katanya.Terus memecut laju dengan rasa sebal yang meluap-luap.Perasaan amarah yang menggelegak tidak dapat disabarkan.
SETENGAH jam kemudian, kereta Honda Prelude sampai di Sinar Iram semula.Tengku Syahran menghentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu besar rumah kebajikan itu.
Zahlia menelan air liur.Terasa kelat.Berdebar-debar hatinya melihat lelaki di sisi
yang langsung tidak menoleh ke arahnya.Yang jelas kelihatan hanyalah wajah lelaki itu yang kelihatan merah menahan marah.Tiada riak mesra ketika menyambutnya tadi.
“Abang!” Zahlia menegur takut-takut.Wajah bengis Tengku Syahran mengundang rasa gementar.
“Kalau Alia tak sudi nak temankan abang makan, tak apalah.Alia pergilah sambung kerja,” suara Tengku Syahran agak kasar.Sedikit pun tidak menoleh ke arah Zahlia.
Zahlia terasa bersalah. “
“Abang, Alia,…”
“Keluar…“Tengku Syahran memotong. Setitis air mata Zahlia gugur di pipinya.
“Alia minta maaf.”
“Cukup.Abang dah tak ada selera nak makan.Kalau hari-hari Alia layan abang macam ni, biar abang mati lagi senang.”
“Abang!” Zahlia terperanjat dengan kata-kata Tengku Syahran.
Mendengarkan ayat itu,hatinya tidak henti-henti meluncurkan perasaan bersalah.Terlalu berat rasanya mahu memikul ayat itu sebagai hukuman.Air matanya gugur lagi.
“Keluar Alia.”
“Alia minta maaf bang.”
“Sudah.Selera abang dah mati.Abang dah tak lalu nak makan.Alia puas hati, kan?
Sekarang keluar.” Tengku Syahran melepaskan ayat bersama kesedihan yang berbuku di hati.
“Alia tak bermaksud macam tu! Alia cuma…”
“Cuma apa? Alia nak makan dengan kawan-kawan Alia? Pergilah! Abang
izinkan.Buatlah apa yang Alia nak buat, ikut suka hati Alia.Abang izinkan semuanya.Sekarang, abang cuma nak Alia keluar.” Suara Tengku Syahran sudah pun tersekat-sekat.Nafas di dadanya sudah tidak menentu.
“Abang…Alia minta maaf bang.Alia bersalah!”
Zahlia menangis tersedu-sedan di tempat duduknya.Tengku Syahran tidak langsung
memberi peluang kepadanya untuk memohon maaf.Zahlia tahu dia bersalah.Dia sedar kesilapannya tadi.Tapi, bukankah dia sudah memohon maaf?
“Keluar!” suara Tengku Syahran mula keras.
Berdesir nyaring suara itu ke segenap urat saraf Zahlia.Betul-betul membuatkan Zahliaketakutan.Tubuhnya terangkat.Degupan jantung yang bergetar sudah lari dari keadaan asal.Air liur yang ditelan bagaikan payah menyusur ke kerongkong.Bibirnya digigit demi menahan rasa sebak yang menongkol di dada.
Entah mengapa kemarahan lelaki itu kali ini amat mengusik nalurinya.Air
mata yang gugur dibiarkan lencun di wajah.Bengkak matanya tidak mahu difikirkan.Zahlia benar-benar rasa bersalah.Perasaan yang amat menakutkan Zahlia.
“Abang…”
Zahlia mencapai tangan lelaki itu.Dia cuba merayu dan berharap pujukan itu dapat
memakan hati Tengku Syahran.Namun, tangannya ditepis kuat.Zahlia menangis lagi.
“Abang, Alia merayu…”
“Aku cakap keluar..keluar!!! Zahlia.”
Kali ini tanpa menunggu lama, Zahlia menolak pintu kereta.Dia melangkah
keluar.Sejurus selepas pintu kereta di tutup, Honda Prelude
itu meluncur pergi.Meninggalkan dirinya yang tidak henti-henti dihantui rasa bersalah yang teramat.Zahlia terus menangis.Berlagu-lagu mengiringi sendu yang muncul.
Sementara itu, di dalam Honda Prelude, tanpa disedari ada air mata hangat yang
menyusur keluar dari mata Tengku Syahran.Jiwa lelakinya amat sebak.Rasa sebak yang terlalu menggigit perasaan seterusnya menjadikan Tengku Syahran seorang yang sensitif tiba-tiba.
Tengku Syahran gagal membendung kesabarannya lagi.Dia turut mempunyai
batasan ego seorang suami yang perlu dijaga.Sampai bila dia harus kalah dengan kuasa cinta isterinya? Hanya menerima semua kesalahan isteri dengan kata-kata maaf?
Dia juga seorang lelaki yang punya perasaan.Masih mengharap kasih seorang isteri yang amat disayangi.Sukar sangatkah? Walaupun diakui dia hampir termakan dengan
pujuk rayu wanita itu tadi! Sungguh! Dia benar-benar tersentuh hati melihat air mata wanita kesayangannya gugur.Kalau boleh dia ingin suara pujukan wanita itu bergema menemani tidurnya.Tetapi, semua itu hanya impiannya yang mustahil.Tengku Syahran gagal merebut hati wanita itu.Hati yang terlalu keras untuk dilembutkan.
Tengku Syahran menyeka air matanya dengan tapak tangan.Lencun air itu membasahi
pipi tidak dihiraukan mengalir dan menitis ke baju kemeja yang dipakai.Sesungguhnya itulah kali pertama dia benar-benar tersentuh dengan sikap isterinya.
Zahlia tidak pernah mahu memberi peluang untuknya menunjukkan rasa cinta
kasihnya yang tulus.Jika beginilah ujian yang perlu dilalui untuk memiliki wanita itu, Tengku Syahran merasakan dirinya telah tewas.Egonya yang sudah lama disimpan patut dipamerkan semula.Dia tidak boleh kalah lagi.
Tengku Syahran terus memandu keretanya ke destinasi tanpa tujuan.Laju keretanya dipandu membawa sekali jiwanya yang lara.Tengku Syahran menangis pilu.Tangisan yang berselirat dengan rasa kecewa dan sengsara yang menyucuk ulu hati.Tengku Syahran terus kalah dengan perasaannya.
No comments:
Post a Comment