"MAAFKAN nenek, Puteri! Nenek berdosa.” Ucapan itu bagaikan terngiang-ngiang di telinga Zahlia.Zahlia dan Raja Khalida sudah berada di rumah Syarifah Muzainah.Baru sebentar tadi, Syarifah Muzainah menghembuskan nafasnya
yang terakhir.Zahlia sedang menangis tersedu-sedan di samping mamanya.
Zahlia memerhatikan wajah yang terbaring lesu itu.Memang jelas terpancar rasa
bersalah.Zahlia tidak marahkan Syarifah Muzainah.Lagipun,untuk apa menyimpan dendam pada orang yang sudah tiada? Hanya akan menambahkan dosanya.
“Puteri…”
sabarlah.Jangan menangis lagi.Mari kita mengaji bersama,sedekahkan pada nenek.” Suara lembut ibu saudaranya,Raja Khalisah memecah keheningan.
Zahlia mengangguk dan melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.Setelah
selesai membaca al-Quran, keluarga Tengku Syahran pun sampai.Zahlia melangkah mendapatkan suaminya.
“Dah lama abang sampai?” tanya Zahlia perlahan.Terselit nada sayu di dalam
suaranya.Buat seketika Zahlia terlupa perbuatan suaminya.
Tengku Syahran menoleh ke arah Zahlia sejenak.Sudah lama dia merindui nada suara yang sebegitu.Hari ini isterinya pelik sekali tetapi hati Tengku Syahran masih bergolak dengan pelbagai soalan.Kenapa Zahlia datang lebih awal? Dengan siapa
Zahlia ke rumah nenek saudaranya? Bukankah Zahlia memberitahu mahu ke rumah Puan Azizah?
“Abang?” Zahlia mencuit tangan Tengku Syahran. Lelaki itu tersedar.Menyedari Zahlia berada di sisinya.
“Hmm…baru aje,” jawab Tengku Syahran pendek.
“Bila mak dengan ayah sampai dari airport?” soal Zahlia lagi. Tengku Syahran menoleh ke arah Zahlia semula.
“Waktu mak dengan ayah sampai aje di rumah, Mak Su telefon beritahu Nenek
Uda dah tak ada,” jawab Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.
“Alia datang dengan siapa ni? Alia beritahu abang,Alia nak ke rumah mak, kan?
Kenapa masa abang pergi tadi, mak kata Alia tak datang pun?” Tengku Syahran berkata dalam nada curiga.
Zahlia kehilangan punca.Gugup seketika.Dia sudah mengagak lelaki itu akan
bertanyakan soalan begitu.
“Alia….” Zahlia tidak menjawab.Hanya tunduk. Tengku Syahran semakin pelik.Direnung wajah itu dalam riak syak wasangka.
“Alia datang dengan siapa?” nada Tengku Syahran mula meninggi tetapi masih
boleh dikawal.
“Alia datang dengan ma….err… mak ss…Mak Su,” jawab Zahlia sedikit gagap.
Tengku Syahran terus memandang Zahlia.Mula mengesyaki sesuatu dalam
kegugupan isterinya.
“Alia ada sembunyikan apa-apa dari abang ke?” Tengku Syahran berbisik.Menambahkan lagi getaran di dada Zahlia.
“Ikut abang sekejap! Kita berbincang di luar.” Tengku Syahran bangkit dan
berlalu.Zahlia terpaksa menurut.Dia tidak mahu Tengku Syahran mengamuk.
“Abang nak Alia berterus-terang.Apa sebenarnya hubungan Alia dengan Mak
Su?” soal Tengku Syahran penuh curiga.
Tengku Syahran sudah lama mengesyaki akan hal itu.Semenjak dia melihat
Zahlia bagaikan melarikan diri dari Raja Khalida dahulu.Bila dia mahu bertanya, pasti ada yang menghalang niatnya.Alih-alih soalan itu terbenam bersama masa yang berlalu.
Tengku Syahran seperti sudah dapat melihat ada sesuatu di wajah isterinya
yang seiras dengan wajah Raja Khalida.Bagaikan ada persamaan.
Zahlia mendongak.Memandang sekilas ke arah suaminya sebelum mengarahkan mata ke sudut lain.Alasan apa yang harus kuberikan? Zahlia mati kutu.
Tindakan Zahlia memandang sekilas ke arah Tengku Syahran seperti memberi jawapan dengan sendirinya kepada soalan yang berlegar di fikiran lelaki itu.Pantas dagu Zahlia dipaut oleh tangan kasarnya supaya menghala tegak kepadanya.Anak
mata Zahlia yang hazel direnung lama.
Tiba-tiba mulut Tengku Syahran terbuka sedikit.Kelu lidahnya untukmeluahkan kata- kata.Segenap wajah isteri ditenung sepuas mungkin.Diakah?
“Abang….” Zahlia menepis tangan suaminya itu.
“Alia dengan Mak Su….” Tengku Syahran memotong.Tetapi ayatnya terhenti sendiri.
Zahlia telan air liur yang tersekat di kerongkong.Dia perlu melakukan sesuatu, bisiknya.
“Apa… apa maksud abang, hubungan Alia dengan Mak Su?” Zahlia menyoal.
Tengku Syahran masih tidak menganjakkan anak matanya dari wajah Zahlia.Dia masih sukar mempercayai jawapan kepada persoalan di benak yang telah terjawab dengan sendiri.
“Abang?” Zahlia menggoyangkan tubuh suaminya. Tengku Syahran tersedar.
“Alia anak Mak Su,kan?” Tengku Syahran menjelaskan lagi ayat yang terhenti
tadi.
Zahlia menarik nafas panjang.
“Apa abang cakapkan ni?” Zahlia menafikan lagi.Wajahnya dilarikan ke tempat lain.Ya, ALLAH! Berikan aku kekuatan.
“Cakap betul-betul Alia! Abang tau Alia sedang menyorokkan sesuatu dari abang.” Tengku Syahran menyambar kasar lengan Zahlia.
“Aduh, sakitlah!”
Zahlia menarik tangannya semula lalu digosok lengan itu dengan wajah yang berkerut.
“Okay…okay…sorry! Tapi, tolong beritahu…apa yang Alia sembunyikan dari abang.Tell me the truth!” suara Tengku Syahran separuh merayu. Zahlia mengeluh.
“Tak ada apa-apa bang.Alia tak sembunyikan apa-apa dari abang.Kenapa tiba-tiba timbul hal ni? Merepek aje.” Zahlia masih bersikap selamba.
“Don’t lie! I know you’re hiding something! Kalau tak, kenapa Alia tak ada kat
rumah mak masa abang singgah tadi? Semalam Alia beritahu abang yang Alia nak pergi rumah mak kan? Abang tengok kereta Alia tak ada pun.Alia nak tipu abang?” Tengku Syahran sudah hilang sabar.
“Yang abang sibuk-sibuk nak tau ni kenapa? Kan Alia dah cakap.Tak ada! Tak
ada! Tak adalah! Kenapa tak nak percaya?” Zahlia mula menengking.
“Because you are my wife! I know your face reaction when you’re lying.Abang dah
hidup dengan Alia nak dekat setahun.Abang tak pernah tengok muka Alia macam ni.Abang kenal dengan sikap jujur Alia! Mana perginya sikap jujur Alia?” Tengku Syahran pula yang menengking.Berkerut-kerut wajahnya ketika menuturkan kata.
Zahlia mula geram.Tiba-tiba teringatkan tengkingan lelaki itu yang amat menakutkan.Lantas perasaan Zahlia didatangi sebak.Bibirnya menggigil.
“Kalau abang kenal,kenapa abang buat Alia macam binatang dua malam tu?”
herdikan Zahlia mematikan akal Tengku Syahran.Dia terlupa dengan sikap kasarnya beberapa malam yang lalu.Berubah terus wajahnya.
Zahlia dilihatnya sedang mengalirkan air mata.Tersentuh hatinya.Begitu sekalikah anggapan wanita itu atas apa yang berlaku?
Tengku Syahran mengeluh berat.Dia sudah sedar dengan sikap kasarnya itu.Dia menyesali peristiwa itu.
Tengku Syahran meramas tangan Zahlia.Lembut sekali.
“Maafkan abang! Abang ingat Alia dah lupa.” Zahlia menarik tangannya.Dia tidak mahu diusap begitu.
“Huh….!mudah sangat jika abang anggap hati Alia sesejuk tu apatah lagi sehari dua.Alia bencikan abang!” Zahlia melepaskan rasa.
Air mata yang menangisi malamnya sejak peristiwa hitam itu, datang lagi.Semakin menggamit diri yang benar-benar terasa dicemari.Zahlia mula menumpukan amarahnya pada peristiwa itu.Tiada lagi timbul persoalan tentang hubungannya dengan Raja Khalida.
Tengku Syahran kaku.Berdiam diri dengan herdikan Zahlia yang memarahi kesilapannya.Marahlah… marahlah aku, jika itu mampu mengubat hati lukamu sayang!
“Kenapa tak nak jawab? Dah habis modal?” gertak Zahlia lagi.
Semangat kekuatannya hadir tiba-tiba.Demi menegakkan kembali maruah diri yang telah dicemari.Zahlia tidak kisah air matanya menitis.Dibiarkan berjuraian sekalipun, kelukaan hatinya terlalu perit dirasakan.
Tengku Syahran tetap senyap.Tertunduk ke bawah kerana perasaan malu mengingati kelakuannya yang menyinga dua malam itu.
“Alia kecewa dengan sikap abang.Kalau ikutkan perasaan, nak aje Alia lari
dari menghadap muka abang sejak malam tu.Tapi, abang tau tak kenapa Alia masih boleh bertahan sampai ke hari ni? Sebab…Alia ingat tanggungjawab Alia sebagai isteri.Alia sedar abang suami Alia walaupun dulu kita tak pernah bercinta.Cuma abang yang tak tau menggunakan peluang yang Alia bagi.Inikah caranya untuk Alia sayangkan abang?Ah, lupakan! Alia tak ingin bercakap dengan abang lagi.”
“Alia…” panggil Tengku Syahran.
Zahlia tetap melangkah pergi.Tanpa berpusing ke belakang walaupun sekejap.Tiba-tiba Tengku Syahran terjelepuk ke tanah.
No comments:
Post a Comment