Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, October 1, 2010

Bicara Hati bab 5

Azan Subuh berkumandang, Zahlia terjaga.
Dilihatnya jam sudah menunjukkan pukul 5.56 pagi.Dia bingkas bangun dan melangkah ke bilik air.
Ketika itu Tengku Syahran masih lena di sofa panjang.Dua puluh minit kemudian Zahlia keluar dari bilik air dan terus menunaikan solat Subuh.

Setelah habis bersolat, dia memberanikan diri melangkah ke arah Tengku Syahran.
Peristiwa semalam sudah lenyap dari fikirannya.Biarlah ia menjadi kenangan di hari pertama dia tinggal di villa itu.

Syah! bangun! Dah Subuh ni!
Kejut Zahlia sambil menggoyang-goyangkan tubuh Tengku Syahran beberapa kali.Namun, tiada respons.Zahlia mengeluh.

liatnya nak bangun? Beginikah cara hidup orang yang kaya harta? Detik hati kecilnya.
  
  Syah!panggil Zahlia lagi. Akhirnya Tengku Syahran menggeliat dan perlahan-lahan membuka mata.
Apa hal ni?agak keras suara Tengku Syahran.Mungkin marah kerana tidurnya diganggu.
Bangunlah, solat Subuh! balas Zahlia kembali dalam nada yang agak keras.
Tengku Syahran terdiam.Lantas bangun dan menuju ke bilik air. Zahlia mengeluh dan pantas membuka telekung yang menutup sebahagian kepalanya.Telekung itu dilipat dan kemudian disidai di tempat biasa.Sejurus itu, dia melangkah ke meja solek.
Menatap wajahnya di cermin sebelum menyapu bedak.Setelah menyapu bedak di
wajahnya, Zahlia menyisir rambutnya yang basah ke belakang.Begitu lurus dan tidak kusut langsung.Dia bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan rambut yang cantik.

Sedang Zahlia leka menyisir- nyisir rambutnya tiba-tiba matanya terpandang wajah Tengku Syahran di sebalik pintu.Cepat-cepat dia mengambil sarung kepala dan menutupnya.
   Tengku Syahran lantas mencapai sejadah dan menunaikan solat Subuh.Selesai bersolat,Tengku Syahran berdoa dan kemudian meletakkan kembali sejadah di tempat biasa.
   Zahlia masih lagi berada di cermin solek sambil memerhatikan Tengku Syahran.Tengku Syahran naik rimas direnung begitu.Apa hal dengan dia ni? Tak habis-habis pandang aku! Hatinya merungut.
    Kenapa pandang macam tu? Dari tadi, kau pandang aku macam nak telan, aje? tanya Tengku Syahran kehairanan.

   Serta-merta Zahlia mengalihkan pandangan ke cermin semula.Kemudian menggelengkan kepala.Tengku Syahran pula melangkah ke katil yang telah pun dikemas rapi.Dia merebahkan tubuhnya di situ.Seketika, dia menoleh ke arah Zahlia yang masih membelek wajahnya di cermin itu.
    Awak tu yang tak senonoh? Curi-curi pandang orang,marah Zahlia.
Hai, pandang pun tak boleh? Kan awak tu isteri saya, ujar Tengku Syahran.
Zahlia tidak menjawab lagi.Tidak guna layan orang macam ni.Makin dilayan, makin menjadi-jadi miangnya.Lantas dia mencapai tudung yang tersangkut di penyidai dan disarungkan ke kepala.Kemudian, dia melangkah dan menuju ke pintu.Sebelum melangkah keluar, dia sempat berkata,
  “Lepas Subuh tak elok tidur balik.Nanti otak bengap“.

  Tengku Syahran mengetap bibir.Namun apabila menyedari kelibat Zahlia telah hilang, dia tersenyum.

ZAHLIA melangkah ke dapur.Dua orang tukang masak, iaitu Salmah dan Siti sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.Zahlia terus menyapa mereka.      
    “Assalamualaikum.”
    “Waalaikumussalam.Eh, Puan Zahlia! Awalnya bangun?” jawab Salmah yang tua dua tahun dari Zahlia.
 “Emm, tak elok tidur lepas Subuh,” balasnya. Salmah tersenyum.
   “Biasanya jarang orang dalam villa ni bangun awal.Paling tak pun pukul 7.30 nanti, baru riuh sikit villa ni“ sampuk Siti.
    Zahlia hanya mengangguk. “Puan Zahlia”
    “Tak payah berpuan-puan dengan saya.Panggil Alia cukup“,potong Zahlia sebelum sempat Salmah berkata-kata.Salmah tersenyum simpul.
   “Hah, Alia tak ke mana- mana?Ajaklah Syah berjalan-jalan.Orang baru kahwin ni elok pergi berbulan madu,” sambung Salmah yang berkelulusan ijazah dalam bidang Catering di Universiti Putra Malaysia dalam nada malu-malu.Siti yang mendengar hanya tersengih.
    Zahlia menjungkitkan bahu.Tidak pernah dia memikirkan hal itu.Lagipun dia malas mahu bercakap banyak tentang Tengku Syahran.Malah apabila mendengar nama lelaki itu disebut tadi, dia segera terkenangkan jeritannya malam tadi.Terbayang kelakuan lelaki itu yang sengaja mengusiknya.
  Ah, kalau perkahwinan ini sampai ke pengetahuan Razif, mesti Razif akan mentertawakannya.Betapa bodoh dirasakan kerana mengambil tindakan yang terburu-buru tanpa diketahui Razif.
    Razif! Sudah sebulan dia tidak menjenguk Razif.Entah apalah khabarnya tidak diketahui.Hari pembedahan semakin hampir.
    Zahlia segera teringatkan cek yang perlu ditunaikan.Cek yang telah diberikan oleh Tengku Syahran sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan mereka.Dua hari lagi, Zahlia akan ke bank dan menunaikan cek itu.Kemudian dia akan menyerahkan wangnya kepada Razif agar pembedahan akan dijalankan dengan lancar.
   Zahlia tersenyum lega.Tidak lama lagi, Razif akan sembuh sepenuhnya.InsyaAllah kalau diizinkan TUHAN.Razif adalah teman rapatnya sejak kecil di rumah anak-anak yatim sehinggalah dia diambil oleh Puan Azizah sebagai anak angkat.
    Namun, hubungan mereka yang terputus mula menjadi baik apabila Zahlia mengambil keputusan untuk menjadi ahli sukarelawan mengajar anak- anak yang kehilangan ibu bapa sepertinya.Dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan Razif semula di tempat yang sama.Tempat yang pernah didiami ketika kecil.
     Zahlia tidak pernah menyesal memilih keputusan untuk mengajar anak-anak yatim.Malah dia bersyukur kerana ALLAH sentiasa membuka pintu hatinya untuk membuat kebajikan di muka bumi.Walaupun segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan berada di genggamannya.
   “Alia tahu tak, Syah suka betul makan kuih pelita.Sebab itu sebulan sekali kami diarahkan membuat kuih tu.Lepas tu dalam sebulan biasanya kami akan masak makanan yang diminati oleh semua orang dalam villa ini. Alia suka makan apa? Nanti kami masakkan,” bicara Salmah mengaburkan lamunan Zahlia.
  Zahlia terpinga-pinga.Namun dia cuba tersenyum. “Saya makan semua Kak Mah.Tak kisah, selagi halal”jawab Zahlia.
   Kedua-dua tukang masak itu begitu pantas membuat kerja-kerja di dapur.Zahlia hanya memerhati sejak tadi.Dia mahu menolong tapi dihalang.
   “ Biasanya hari apa orang dalam rumah ni makan besar?“soal Zahlia. Siti mengetap bibir.
  “Tengok pada persetujuan ramailah.Setakat ni, Tengku Ismail lebih suka kalau hari terakhir setiap bulan dijadikan tarikh perjumpaan anak- beranak,” jawab gadis hitam manis itu bersungguh-sungguh.
    Kemudian Zahlia melangkah pula ke rak-rak pinggan.Niatnya terbantut lagi.Salmah melarang keras dan memintanya menunggu di ruang tamu.Zahlia mengeluh kecil sebelum melangkah keluar dari dapur.Ruang tamu villa ini begitu besar.Begitu terserlah kecantikannya sejak akhir-akhir ini.Mungkin kerana menyambut kedatangan ahli keluarga baru.Zahlia tersenyum dalam hati.
     Villa ini terlalu mewah untuk aku duduki.Sepatutnya Linda yang sesuai tinggal di sini seterusnya memegang gelaran menantu kepada Tengku Ismail dan Tengku Badariah.Sedangkan aku, hanyalah insan yang tiada ibu bapa.Hanya mendapat kasih sayang dari Puan Azizah,Razif, Fatimah dan anak-anak yatim.
Tiba-tiba Zahlia teringatkan Tengku Syahran.
   Kenapa aku bodoh sangat menerima tawaran lelaki itu? Sepatutnya aku membiarkan dia berkahwin dengan Linda.Baru dia tau! Baru sehari aku menjadi isterinya, dia sudah mengawal segala-galanya.Ah, bosan!
     Linda! Zahlia tiba-tiba terasa kerongkongnya tersekat.Semalam dia ada perasan beberapa orang wanita sedang merenung tajam ke arahnya sambil berbisik-bisik.Tetapi, Zahlia tidak tahu yang mana satu Linda seperti yang dimaksudkan oleh Tengku Syahran.
    Yang paling Zahlia ingat ialah Hazwin, sepupu Tengku Syahran yang sudah pun berkahwin.Masakan dia akan lupa wanita yang menegurnya sinis.
Zahlia mengeluh kecil.Perjuangannya di rumah itu baru bermula.Semalam dia hampir berputus asa.Hari ini? Entahlah, Zahlia kurang pasti.Belum pun sehari Zahlia menetap di situ, Tengku Syahran sudah menunjukkan aksi-aksi mahu berubah.
Bahasa yang kasar dan perbuatan yang benar- benar menakutkannya semalam.
      Zahlia tersentak apabila terasa bahunya dicuit.Dia berpaling dan Tengku Hakimi yang tersengih menghadapnya.
“;Aikk, pagi-pagi dah termenung? Ingatkan apa?“soal Tengku Hakimi.
  “Dah lama ke along turun? soal Zahlia. Tengku Hakimi menggeleng.
  “Baru aje.Ingatkan nak melepak kat taman mini luar tu.Ternampak Alia tengah termenung kat sini.Kalau along tak tegur tadi, sampai ke benua mana Alia pergi pun along tak tau” usik Tengku Hakimi.
Zahlia tersenyum kelat.
     “Okeylah, along nak ambil angin kat luar.Alia nak ikut?” tanya Tengku Hakimi.        “Tengku Murni mana?“soal Zahlia.
“Tidur lagi.Penat sungguh dia semalam.Alia nak ikut tak? Kita sembang-sembang,“pelawa Tengku Hakimi lagi.
       Lama Zahlia berfikir dan akhirnya dia mengangguk.







No comments:

Post a Comment