Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, October 20, 2010

Bicara Hati bab 34

KEPULANGAN Zahlia dari tempat kerja petang itu tidak disambut selalu.Suasana begitu dingin.Selalunya, Tengku Syahran akan mengusik dan bergurau dengan Zahlia.
Hari itu, segala-galanya berubah.Wajah ceria Tengku Syahran tidak lagi menyambutnya di muka pintu.Dia hanya melemparkan wajah murung tanpa sedikitpun memandang Zahlia.
Zahlia tertunduk di atas katil.Gerak-geri Tengku Syahran yang terbaring lesu di atas
kerusi panjang menyerbu rasa kebimbangan.Zahlia tahu suaminya itu masih marah.Zahlia sendiri rasa menyesal dengan sikapnya tadi.Benteng ego yang dibina untuk seperti menyekat cinta lelaki itu rupa-rupanya gagal berdiri lama.Kini rasa cinta lelaki itu telah berjaya meresap ke jiwanya lalu melunturkan tembok keegoannya.
Zahlia sedar akhirnya hati wanitanya turut memerlukan kasih sayang seorang
lelaki itu.Tengoklah tadi, betapa sengsara dirinya ditinggalkan lelaki itu dengan perasaan bersalah yang menikam jiwa.Terlalu seksa dia mengenangkan kembali
kemarahan Tengku Syahran yang kuat menjerut dahan jantungnya.
Azan Maghrib yang berkumandang merungkaikan suasana hening yang setia menemani kedua-dua insan di dalam bilik itu.Bergelimpangan jatuh segala isi hati Zahlia yang melayang-layang di dalam lembaran rahsia hatinya sekejap tadi.
Lemah kakinya menapak ke bilik air dengan air mata yang ingin tumpah.Derita
perasaan yang ditanggung dipujuk sendiri.Tidak diduga kolam matanya pecah juga akibat sarat dengan air mata.Laju kakinya meninggalkan lelaki itu.Tidak sanggup
melihat wajah Tengku Syahran yang sedang berkecil hati dengan sikapnya tadi.
Zahlia keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri.Tengku Syahran pula
menyusul untuk mengambil wuduk.Ketika lelaki itu keluar,Zahlia sudah pun membentangkan sejadah dan sedang menantinya untuk berjemaah.
Tengku Syahran tidak bersuara.Hanya mengimamkan solat Maghrib seperti
biasa.Selesai berdoa, Zahlia duduk menghadap Tengku Syahran yang masih berwajah sugul.Tangan suaminya dicapai dan dikucup.Seperti selalu pasti satu kucupan lembut
akan singgah di dahi dan pipi Zahlia.Tetapi, hari itu kucupan tidak langsung menyapa wajah Zahlia.Yang memedihkan Zahlia, wajahnya tidak dipandang langsung walau sejenak.
Tengku Syahran menarik tangannya semula.Wajah Zahlia tidak ingin dipandang dan direnung lagi.Marahnya masih berbaki.Kelembutan Zahlia sewaktu menarik tangannya tadi tidak berjaya melemahkan perasaan amarah yang berbara.Kalau pun dia sedar suatu hari nanti dia pasti kalah bila berhadapan dengan wanita itu, untuk hari ini biarlah dia melayani perasaan sedihnya sendiri.Dia ingin melihat sejauh mana kesungguhan Zahlia memujuk hatinya.
Tengku Syahran ingin berlalu namun tangan kasarnya direnggut lembut.Jasadnya
terikat di situ.Halusnya tapak tangan itu seakan meresapi ke sanubari.Namun tangan itu tidak dibiarkan lama bergayut di tangannya.Pantas ditepis tangan halus yang ingin
menyimpul jari-jemarinya.
Zahlia tidak berputus asa.Sekali lagi pergelangan tangan Tengku Syahran
disambar.Dirinya yang sejak tadi duduk membungkam di atas sejadah, mulai bingkas.Dia berdiri berhadapan dengan Tengku Syahran.
    “Abang janganlah macam ni! Alia sedar salah Alia tapi jangan hukum Alia
dengan berperangai begini,” ujar Zahlia lembut memegang kedua-dua pergelangan tangan suaminya.
Zahlia merenung wajah Tengku Syahran dengan hati yang sebak.Dinginnya riak
wajah Tengku Syahran membangkitkan naluri kesedihan.Bagaikan turut mengerti, dengan sendiri air mata Zahlia merembes keluar.Berair kedua-dua belah pipinya.
     “Alia takut kalau abang betul-betul tinggalkan Alia sebelum memaafkan Alia! Alia tak mahu menanggung dosa yang besar seumur hidup.”
Tersangkut-sangkut Zahlia berkata bersama air mata yang semakin berjuraian.
Tengku Syahran masih tenang.Dasar perempuan! Asyik-asyik air mata! Rungutnya
dalam diam.
     “Abang, maafkanlah Alia.Alia berdosa! Alia berjanji Alia takkan buat
lagi.Hukumlah Alia! Pukullah Alia! Tapi tolong jangan seksa jiwa Alia dengan tindakan berdiam diri abang tu.Alia risau kata-kata abang tengah hari tadi betul-betul terjadi,“pujuk Zahlia sambil menangis tersedu-sedan.
     “Memang itu yang Alia nak, kan? Bila abang dah mati, Alia tak perlu terikat dengan apa-apa lagi.Alia bebas nak buat semua perkara ikut suka hati Alia.Jadi, kenapa nak merayu-rayu pada abang lagi? Cukuplah abang dah bosan mendengarnya.” Suara Tengku Syahran akhirnya kedengaran.
Zahlia menggeleng.
     “Alia tak pernah terniat macam tu.Sampai hati abang tuduh Alia yang bukan-
bukan.”
    “Habis, Alia buat abang terseksa tak apa? Alia tak menjawab setiap
pertanyaan abang pun tak apa?” Tengku Syahran melepaskan kesedihan.Tangannya ditarik kasar.
Zahlia menangis pilu.Telekung yang dipakai, ditarik keluar perlahan-lahan.
     “Itu Alia akui memang salah Alia.Sebab tu Alia nak minta maaf.Tapi, hukuman
abang pada Alia macam kesalahan Alia terlalu berat!”
     “Ohh…dah pandai nak mengajar abang bagaimana nak menghukum? Jadi, cara
abang ni salahlah? Alia ajelah yang betul? Alia tau tak betapa seksa abang menahan sabar dengan setiap perbuatan Alia dari dulu. Hari-hari abang berdoa agar hati Alia lembut untuk menerima abang.Rupa-rupanya ini balasan yang abang dapat dari kelembutan abang.Mungkin keimanan abang belum cukup untuk ALLAH
jadikan sebab sebelum memakbulkan doa abang.Atau Alia sendiri yang sebenarnya yang sengaja menyeksa jiwa abang,” ujar Tengku Syahran mengalihkan pandangan ke arah lain.
    “Alia takut jatuh cinta pada abang.Sebab tulah Alia layan abang macam tu,”
beritahu Zahlia jujur.
Tengku Syahran merenung wajah itu semula.Melawan pandang mata wanita
itu yang masih berair.Tiba-tiba satu keluhan keluar dari bibirnya.
    “Kenapa mesti seksa diri sendiri? Alia bukan aje menghukum diri Alia sendiri tapi
jugak menghukum perasaan abang! Sudahlah.Alia takut jatuh cinta, kan?Okay, fine! Abang akan halang perasaan Alia dari jatuh cinta pada abang mulai sekarang.Lepas ni,
abang takkan ganggu hidup Alia lagi.Kita akan teruskan ikatan ni sampai segala-galanya selesai.Atau Alia nak abang selesaikan sekarang jugak? Kalau nak, jom kita cari saksi.”
Tengku Syahran berkata pilu.Satu pengucapan yang tidak ikhlas lahir dari hati.
Keputusan itu hanya menambahkan lagi kesayuan di hati Zahlia.Kasih sayang lelaki itu lenyap tiba-tiba.Semua kerana keegoannya!
Dengan lemah Zahlia melutut di hadapan Tengku Syahran.Dia rela mengalah dari terus berperang dengan perasaan bersalah pada suami sendiri.Biarlah egonya punah
kalau dengan cara itu,api kemarahan Tengku Syahran akan berjaya dipadamkan.
    “Abang…”
   “;Kenapa? Bukankah itu sebenarnya yang Alia nak! Buat apa nak melutut di
hadapan abang?”
     “Abang, hukumlah Alia dengan cara lain.Tolong jangan hukum Alia dengan
keputusan abang tadi.Alia mengaku, Alia bersalah.Alia berdosa sejak kita bernikah lagi.Tolong bang, jangan seksakan lagi hati Alia.Alia rela abang sakiti tubuh
Alia.Abang pukullah Alia sekuat mana pun.Tapi, jangan sakiti
hati Alia dengan kata-kata abang tadi. Alia merayu.” Zahlia
semakin tersedu-sedan.
Tengku Syahran mendengus kecil.Tangannya mengurut dahi dengan mata terpejam.Gelisahnya hati mendengar rayuan wanita itu.Tetapi, dia tidak harus mengalah.Persetankan dengan pujuk rayu isteri kau Syah! Dia nak peralatkan kau! Kata- kata itu menghasut. Tengku Syahran perlu mengajar Zahlia.Ya, wanita itu perlu diajar berkenaan kasih sayang!
     “Semua ni kehendak Alia sendiri! Abang takkan ganggu hidup Alia lagi.Mungkin ini yang Alia mahu.” Tengku Syahran membalas.
    “Habis, mana janji abang nak menunggu hati Alia terbuka untuk abang? Abang
tipu! Bila hati Alia dah mula menyayangi abang, abang main-mainkan perasaan Alia.Sebab tu Alia tak mahu jatuh cinta.Alia dah agak, semua lelaki sama!” marah Zahlia kuat bersama tangisan.
Tengku Syahran tidak mengendahkan kata-kata itu.Dia terus berlalu membiarkan
wanita itu dengan air matanya.
Malam itu, Zahlia terlena bertemankan air mata.Tidurnya diselangi sedu-sedan
yang berlagu-lagu.Hukuman Tengku Syahran bagaikan mimpi ngeri.Namun, Zahlia belum pasrah.Hatinya masih kuat untuk mencari jalan membuka hati lelaki itu semula.Dia yakin, lelaki itu pasti pulang kepadanya!
Tengku Syahran mendengus kecil.Tangannya mengurut dahi dengan mata terpejam.Gelisahnya hati mendengar rayuan wanita itu.Tetapi, dia tidak harus mengalah.Persetankan dengan pujuk rayu isteri kau Syah! Dia nak peralatkan kau! Kata-kata itu menghasut.
Tengku Syahran perlu mengajar Zahlia.Ya, wanita itu perlu diajar berkenaan kasih
sayang!
     “Semua ni kehendak Alia sendiri! Abang takkan ganggu hidup Alia lagi.Mungkin ini yang Alia mahu.” Tengku Syahran membalas.
     “Habis, mana janji abang nak menunggu hati Alia terbuka untuk abang? Abang
tipu! Bila hati Alia dah mula menyayangi abang, abang main-mainkan perasaan Alia.Sebab tu Alia tak mahu jatuh cinta.Alia dah agak, semua lelaki sama!” marah Zahlia kuat bersama tangisan.
Tengku Syahran tidak mengendahkan kata-kata itu.Dia terus berlalu membiarkan
wanita itu dengan air matanya.
Malam itu, Zahlia terlena bertemankan air mata.Tidurnya diselangi sedu-sedan yang berlagu-lagu.Hukuman Tengku Syahran bagaikan mimpi ngeri.Namun, Zahlia belum pasrah.Hatinya masih kuat untuk mencari jalan membuka hati lelaki itu semula.Dia yakin,lelaki itu pasti datang kepadanya!




HARI itu Zahlia tidak mengajar.Dia telah memohon cuti.Matanya bengkak.Ada teman-temannya yang bertanya tetapi Zahlia nekad mendiamkan diri.Dia melangkah ke Proton Wiranya selepas memohon cuti dari Puan Hajah.Zahlia berharap dia akan dapat memujuk suaminya nanti.Biarlah berapa lama pun dia menghambakan diri
asalkan lelaki itu sudi memaafkannya.
Zahlia melemparkan barang-barangnya ke tempat duduk belakang.Kemudian, kakinya melangkah ke tempat memandu.Ketika jari-jemarinya baru hendak memegang
tempat pembuka pintu, dirinya ditegur oleh suara seorang lelaki….
Zahlia menoleh.Wajah lelaki yang seakan-akan mirip melayu itu sedang tersenyum ke arahnya.Zahlia tidak jadi membuka pintu.Berdiri menghadap lelaki itu dengan tanda tanya.
      “Saya kenal saudara?” soal Zahlia pelik.
Suaranya yang serak akibat terlalu banyak menangis itu dibiarkan terluah.Bengkak di matanya tidak langsung disorokkan.Hanya merelakan segala-galanya didengar dan
dilihat oleh lelaki yang tidak dikenali itu.
      “Maaf mengganggu.Saya Bernard,” ujar lelaki itu dengan tangan
kanan dihulur ke arah Zahlia.
Zahlia mengangguk.
      “Maaf! Saya tak dapat nak sambut salam saudara.” Zahlia berkata jujur.
      “Oh, saya  faham.Boleh saya ambil masa Cik…”
      ”Alia!”
     “Haa, Cik Alia?”
     “Saya dah bersuami.”
     ”Ohh, saya nak curi sedikit masa Puan Alia sebentar, boleh?”
     “Untuk apa? Bagaimana saya nak tau saudara ni orang yang bercakap
jujur?” soal Zahlia selamba.
     “Kita bercakap di sini,” jawab Bernard tenang. Zahlia terdiam sejenak.Akhirnya dia mengangguk.
     “Saya nak minta bantuan Puan Alia berkenaan dengan sesuatu yang agak
rumit bagi saya,” ujar lelaki itu ketika mereka melabuhkan
punggung di sebuah tempat yang dikhaskan untuk berbincang.
     “Panggil saya Alia cukup.Dan saudara, saya kena panggil?”
     “Ben.”
     “Okey, Encik Ben.“
     “Ben,call me Ben!”
     “Okey, Ben.Apa yang Ben mahu saya tolong?” tanya Zahlia mulai senang
dengan bahasa sopan lelaki itu yang tidak diketahui bangsanya itu.
     “Saya…nak masuk Islam.Kalau Alia boleh tolong, saya nak minta Alia
ajarkan saya tentang hukum-hakam Islam.” Bernard berkata lembut.
Namun, Zahlia sedikit terpana dengan ucapan yang kedengaran luhur
menampar gegendang telinganya.Wajah lelaki itu ditatap sekejap mencari sepalit sinar kejujuran.
      “Saya tak salah dengar, kan?” soal Zahlia serius. Bernard ketawa kecil.Kepalanya digeleng.
     “Saya sungguh-sungguh Alia.Saya serius nak masuk Islam dan saya berharap Alia sudi membimbing saya,” ujar Bernard lagi.
Zahlia terdiam.
     “Boleh saya tanya sesuatu?” tanya Zahlia masih ragu-ragu.
     “Go ahead.”
     “Kenapa awak pilih saya? Macam mana awak boleh ke sini mencari saya
tiba-tiba?”
     “Kalau saya kata dari musuh Alia, Alia percaya tak?” Bernard berkata beria-ia.      “    “Siapa?”
      “Linda!!”
      “Linda?” Zahlia sedikit terkejut.
      “Saya dah agak Alia mesti terkejut.Tapi, jangan risau.Saya datang ni sebagai
kawan bukan sebagai musuh.Hal ni tak ada kena-mengena dengan Linda,” beritahu Bernard.
      “How do I know?”
      “Trust me!”
     “Tapi,kenapa saya?”
     “Sebab saya yakin dengan Alia.Dulu, saya pernah luahkan hasrat saya
untuk memeluk Islam pada Linda tapi dia macam tak menggalakkan saya masuk Islam.Saya rasa pelik.Sepatutnya seorang Islam amat mengalu-alukan kedatangan orang baru.Sebab tu saya cari Alia,” pinta Bernard masih tepat memandang wajah Zahlia.
      “Saya bukan tak mahu membantu Ben tapi saya masih ragu-ragu.Kenapa
mesti saya yang Ben pilih? Banyak orang lain di luar yang Ben boleh cari… but why me?” Zahlia melepaskan tanda tanya yang bergelimpangan di lubuk hati.
     “Sewaktu saya keluar makan dengan Linda dulu, saya pernah ternampak Alia bersama rakan-rakan.Kali pertama mata saya terlihat Alia, hati saya dah tertarik.Maksud saya dari air muka Alia, saya dapat rasakan Alia punya sense yang memberi kesimpulan di benak saya bahawa Alia orang yang saya cari sebagai kawan.Bila saya dengar Linda marah-marah, saya tertanya-tanya di dalam hati apa kesalahan Alia? Lalu saya tinggalkan dia sendirian.Saya tak mahu berkawan dengannya lagi.Dia tak sesuai untuk saya…mungkin itu petunjuk ALLAH.”
Kata-kata Bernard kali ini amat menyentuh hati Zahlia.Betapa besar kekuasaan
ALLAH terhadap makhluk-NYA sehingga insan yang dilahirkan dari agama berlainan amat tertarik dengan Islam.
     “Alia sudi bantu saya?” soal Bernard sekali lagi. Kali ini barulah Zahlia mengangguk.
    “InsyaALLAH setakat yang saya mampu.Tapi, Ben tak boleh bercakap ikut
sedap mulut, yang penting hati,” ujar Zahlia.
    “Saya tau.Saya dah bersedia Alia.”
    “Esok, saya bawa Ben ke pejabat agama.Sebelum masuk Islam, Ben perlu
mempelajari rukun-rukun dan perkara-perkara asas.Saya tak mahu di sudut hati Ben suatu hari nanti, tercetus rasa menyesal.” Zahlia berkata lagi.
    “Saya yakin Alia,” ucap Bernard sambil tersenyum lega.
    “Alia!!!” jeritan seorang perempuan sayup-sayup menyentakkan mereka.
Pandangan Zahlia
bertukar ke tempat itu.Begitu juga Bernard.Kelihatan Fatimah tercungap-cungap sedang berlari-lari anak ke arahnya.Zahlia mengerutkan dahi.Bernard hanya diam
memerhatikan tubuh wanita yang manis bertudung yang semakin menghampiri mereka.
     “Razif… Alia… Razif…“ Fatimah bersuara tidak tentu arah.
    “Kenapa dengan Razif?” Zahlia tidak sabar ingin tahu.
     “Razif pengsan dekat toilet.”
      “Ya ALLAH! Macam mana boleh berlaku ni?”
      “Aku tak tau.Tapi, ada budak beritahu dia terbaring dekat toilet.Macam mana
ni Alia? Tak ada siapa sekarang ni! Siapa nak tolong angkatkan Razif?”
Fatimah kelam-kabut.Apa yang harus dibuat? Setitis air jernih dibiarkan
mengalir di pipinya yang basah.Pemandangan yang kabur membuatkan Fatimah segera menyapu air mata yang mengganggu penglihatannya.
Bernard memandang wanita yang tidak dikenali itu dengan rasa sayu.Wajah yang pernah dilihatnya bersama-sama Zahlia suatu waktu dahulu semakin jelas di matanya.
      “Sabar dulu Imah! Kita cari jalan.” Zahlia berlagak tenang.
Namun hatinya turut berasa kepiluan dari berita itu.Razif teman kesayangan
rupa-rupanya masih menanggung kesakitan penyakitnya.
      “Alia, biar saya tolong.” Suara Bernard memecah kekusutan. Fatimah dan Zahlia berpandangan.
      “Siapa ni Alia?” tanya Fatimah.
      “Oh, lupa aku kenalkan.Ni, Bernard! Nanti aku ceritakan pada kau.Ben... ni
Fatimah, kawan saya,” beritahu Zahlia.
Fatimah dan Bernard hanya sempat bertukar senyuman.
      “Cepatlah! Saya tolong,” ujar Bernard lembut. Fatimah dan Zahlia berpandangan sekali lagi dan segera mengangguk.



No comments:

Post a Comment