Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 16, 2010

Bicara Hati bab 26

JAM sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.Zahlia masih berada di dalam kereta.Kalau diberi pilihan, dia rela tidur di situ dari masuk ke dalam rumah.Tetapi, apa pulak kata emak mentuanya nanti.
 Baru seminggu ini Zahlia pulang ke rumah setelah bermalam di rumah Fatimah dan hotel untuk menenteramkan fikirannya.Zahlia mengeluh.Jam di tangan diamati lagi.Sudah hampir pukul 10.45 malam.Hatinya berdoa moga-moga semua rakan-rakan persatuan Tengku Badariah sudah pulang.Sejak akhir-akhir ini, hati Zahlia tidak tenteram.Tiba-tiba sahaja Raja Khalida muncul dalam mindanya.Semakin hampir dan kerap datang mengacau fikirannya.
     “Mama nak Alia tinggal dengan mama.”
Ayat itu bergema lagi.Waktu itu umurnya baru mencecah 15 tahun.Wajah asing itu amat digeruni walaupun pakaiannya kelihatan mahal dan menarik.
Raut wajah Puan Azizah diamati sekali imbas.Sinar sedih terpancar di situ sungguhpun bibir halus itu cuba tersenyum.Zahlia memandang kedua-dua wajah di hadapan.Keliru dengan situasi yang sedang berlaku.
     “Alia, mak rasa mak dah jaga Alia sebaiknya.Sekarang, Alia boleh buat pilihan untuk tinggal dengan mak atau mama Alia.”
Suara Puan Azizah kedengaran tersekat-sekat.Setitis air jernih mengalir di pipi.Zahlia terharu.Zahlia menghampiri Puan Azizah.Hangat tubuh itu dipeluk erat.
    “Mak, kenapa cakap macam tu? Alia takkan tinggalkan mak! Mak nak halau Alia ke?”
    “Bukan Alia.Bukan itu niat mak.Ini mama kau sebenarnya, Raja Khalida! Mama kau lebih berhak ke atas kau,” beritahu Puan Azizah.
Zahlia menggeleng.Sengaja tidak menghiraukan kewujudan wanita yang tidak dikenalinya itu.
    “Tak.Mak yang berhak ke atas Alia.Mak yang jaga Alia dari kecil sampai sekarang,Kenapa dia tiba-tiba datang mengaku sebagai mama Alia?” bentak Zahlia nyaring memecah suasana tengah hari itu.
Wajah wanita yang tidak dikenali itu kelihatan terkejut.Puan Azizah hanya mengetap bibir.
      “Alia, tak elok cakap macam tu sayang! Ini mama Alia.Mama yang lahirkan Alia.Alia kena hormatkan dia.” Lembut tutur kata Puan Azizah cuba mencairkan hatinya.
      “Mari dekat mama sayang.”
Tiba-tiba wanita yang bertudung itu bersuara.
Zahlia menggeleng.
      “Saya tak kenal makcik.”
      “Panggil mama..Alia.Dia mama Alia,” pintas Puan Azizah.
      “Kenapa mak tak habis-habis cakap yang dia mama Alia? Alia tak kenal dia mak!     “    “Klau betul dia mama Alia, kenapa dia buang Alia dalam semak? Kenapa baru sekarang dia datang cari Alia? Sebab Alia anak luar nikah, kan?”
Zahlia menangis tersedu- sedan.Kakinya terus berlari keluar.Lebih senang untuknya melayani perasaan sedihnya yang tiba-tiba menerpa ke sanubari.Jiwanya semakin perit melihat wajah tenang wanita yang
duduk di sisi Puan Azizah.Wanita yang bertanggungjawab menjadikan hidupnya begitu.
        “Kau anak haram! Anak luar nikah! Mak bapak kau berzina! Sepatutnya kau tak dibenarkan masuk dalam kelas kami.Kau dah busukkan nama kelas akaun yang terbaik dalam sekolah ni.”
Ayat yang pernah diucapkan kepadanya oleh seorang teman sekelas bagaikan duri tajam yang amat berbisa.Sehingga saat ini, ayat itu masih kuat tersemat dalam ingatannya.
Zahlia melepaskan keluhan lagi.Bayangan peristiwa 10 tahun lalu melayang pergi.Zahlia tersedar kembali.Cepat-cepat dia mencapai beg untuk keluar dari kereta.Ketika kakinya hendak melangkah keluar, Tengku Badariah menegurnya.
     “Alia baru balik?” Zahlia terpaksa tersenyum.
Niatnya ingin berlalu, terbantut lagi.Wajah wanita di sebelah emak mentuanya mengukir senyuman.Wanita yang anggun bertudung itu sedang merenungnya.
    “Alia kenal dengan auntie ni, kan? Mak Su Khalida?” tanya Tengku Badariah. Zahlia mengangguk.
     “Mak, Alia masuk dulu,” ujarnya hambar dan berlalu meninggalkan kedua-dua wanita itu.




ZAHLIA baru sahaja menunaikan solat Isyak.Setelah habis berdoa, terus dia menyidai telekungnya di balik pintu.Ketika itu, Tengku Syahran sedang berdiri di tepi tingkap.Sengaja dibuka tingkap itu seluas-luasnya.Ingin membiarkan angin malam menyusup masuk.
Hati Tengku Syahran begitu geram melihat perangai Zahlia.Baru seminggu ini dia pulang ke rumah.Tengku Syahran tidak berani hendak bertanya ke mana hilangnya dia tempoh hari? Hanya emaknya, Tengku Badariah yang memberitahu Zahlia selamat setelah dia menghubungi emak mentuanya itu.
Tengku Syahran masih lagi berdiri di situ.Hatinya benar-benar tertekan dengan tindak- tanduk Zahlia beberapa hari kebelakangan ini.Zahlia lebih suka berdiam diri.Setiap hari dia akan pulang lebih dari jam 10.00 malam.Tengku Syahran betul-betul geram dengan perangai Zahlia.
     “Kenapa balik lambat‘? nada Tengku Syahran yang tinggi memeranjatkan Zahlia.        “    “Banyak kerja.“Dengan pantas Zahlia menjawab.
     “Jangan tipu abang, Alia! Abang tau Alia keluar dari Sinar Iram pukul berapa!“tempelak Tengku Syahran menyanggah jawapan Zahlia.
Zahlia terlopong seketika.Bagaimana dia tahu?
    “Betulkan apa yang abang cakap? Alia dah keluar dari Sinar Iram pukul 5.00?” Tengku Syahran masih bertempik.Dada Zahlia bergetar.Tempikan yang kuat dan nyaring itu amat menakutkan dia.
     “Apa Alia buat lepas pukul 5.00? Waktu sekarang baru ingat nak balik.“Zahlia diam membatu.Hilang kekuatan untuk menuturkan kata-kata.
     “Alia ingat abang ni apa? Tunggul? Sejak bila timbul hukum suami yang kena tunggu isteri balik kerja?” Tengku Syahran melepaskan kemarahan yang kian meledak.Zahlia tunduk.
       “Saya…” tidak terkeluar kata-kata itu dari mulut Zahlia.
       “Lepas Alia keluar dari Sinar Iram, Alia pergishopping kan? Mana barang- barangnya? Bagi pada lelaki yang kat hospital tu, kan?” berkerut-kerut dahi Tengku Syahran melafazkannya.
Zahlia mula mengangkat wajah.Memandang raut wajah Tengku Syahran lama.Hairan dengan kata-kata lelaki yang tahu setiap aktivitinya hari itu.
       “Awak intip gerak geri saya ya?” soal Zahlia tiba-tiba.
     “Kalau abang intip Alia kenapa? Alia takut rahsia terbongkar?”
     ”Apa awak repekkan ni Syah? Rahsia apa ni?” Zahlia mula membentak.Geram dituduh bukan-bukan.
      “Jangan nak tipu abang! Hari-hari Alia ke Hotel Istana, apa yang Alia lakukan? Alia jumpa lelaki lain, kan?”
      “Syah, tolong jangan berperangai macam budak-budak boleh tak? Otak saya tengah berserabut ni!”
       “Berserabut memikirkan masalah Razif?“
Razif? Kenapa pulak nama lelaki itu yang disebut-sebut?
       “Syah!”
        “Baik Alia cakap betul-betul! Alia ada simpan jantan lain kat hotel tu ya?” Pangg! Satu tamparan hebat mengena pipi Tengku Syahran.
Zahlia tersentak.Tidak menyangka tindakan yang datang secara spontan itu terlalu melampaui batasan.Berombak-ombak dadanya menahan kesabaran yang telah hilang.Tengku Syahran juga kelihatan terkejut dengan keadaan Zahlia.Merah padam mukanya menahan sakit.
         “Jadi, semuanya betullah?” bentak Tengku Syahran sambil melangkah keluar.Hempasan pintu yang kuat seolah-olah menyedarkan Zahlia dari mimpi ngeri.Setitis mutiara jernih menitik di pipi.Menangisi hatinya yang makin dilanda pilu.






TENGKU SYAHRAN memulas tombol pintu perlahan- lahan.Hatinya berdoa moga-moga wanita yang diyakini telah terlena itu tidak tersedar dengan kepulangannya.Esok pagi- pagi dia akan keluar.Itu rancangannya sebelum masuk ke bilik itu.
Namun rancangannya terbantut.Ketika daun pintu di tolak, raut yang sejuk mengetuk pintu hati yang sedang kepanasan segera menerpa ke anak mata.Dia tewas lagi! Riak yang tenang menyambut kepulangannya gagal memberi peluang untuknya terus melayani rasa kecewa.Who is she? Marahnya di dalam hati.
Zahlia sedang menggosok baju apabila ternampak kelibat Tengku Syahran masuk ke dalam bilik.Sengaja dia menanti lelaki itu.Pada awalnya dia ingin terus tidur tanpa memikirkan hal yang baru berlaku.Tidak berjaya kerana rasa bersalah terus-terusan mengacau fikirannya.
Zahlia ingin menjadi seperti Fatimah Az-Zahra, wanita yang dijanji ALLAH sebagai wanita penghulu syurga kelak.Puteri kesayangan Rasulullah S.A.W. yang pernah merayu-rayu suami kesayangannya Saidina Ali Karamullahu Wajhah sebanyak 70 kali pusingan demi meminta maaf atas keterlanjuran kata yang tidak disengajakan.
Sedangkan dia? Perbuatan yang melampaui batas tadi benar-benar telah menjadikan dirinya isteri yang derhaka! Dia rasa berdosa.
Tengku Syahran mengerling sekilas ke arah wanita yang sedang leka memancutkan air ke arah baju kemeja berlengan panjang yang terbentang di papan gosok.Pandangannya beralih ke arah longgokan baju berhampiran isterinya itu.Kesemuanya milik Tengku Syahran.Hanya beberapa helai pakaian yang dikenali bukan miliknya.
Tengku Syahran melangkah ke arah tingkap.Berdiri di situ melayani perasaan yang kian bercampur aduk di dalam jiwa.Marah, sayang, cemburu, terharu dan resah menjadi satu.Semuanya kerana Zahlia!
‘Gunakan kuasa kau sebagai suami untuk mengikat dia dalam hidup kau! Takkan itu pun aku nak ajar.’ Ungkapan Adli terkeluar dari ingatan disertai sengihan nakal lelaki itu.
Tengku Syahran memejamkan mata.Tidak dapat membayangkan betapa kecewanya Zahlia jika dia melakukan sesuatu yang wanita itu tidak rela.Astaghfirullah-al-azim! Kalimat suci itu terkumat-kamit di bibirnya bersama raupan di muka yang berkali-kali.
Tengku Syahran berpaling.Terperanjat apabila melihat Zahlia berada di belakangnya.Sedang duduk tertunduk di permaidani.
      “Maafkan saya.” Ringkas Zahlia berkata dengan suara yang tersekat- sekat.Ada air jernih mengalir dari matanya.
Perkataan maaf yang halus tersemat di tangkai hati Tengku Syahran hampir- hampir
membuatkan lelaki itu
menyerahkan keegoannya.Siapa perempuan ni sebenarnya? Kenapa aku boleh jadi selemah ini bila berhadapan dengannya?Shit! Sumpah seranah yang memarahi diri sendiri dibiarkan bergema di dalam diri Tengku Syahran.
     “Saya tau saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan sempurna.Walaupun perkahwinan kita adalah sesuatu yang drastik, saya patut melayani awak dengan baik.Tapi, saya terpaksa Syah! Saya tak mahu wujudkan perasaan sayang dalam diri saya mahupun awak dengan perhubungan ni.Saya takut kita sama-sama kecewa.” Panjang Zahlia meluahkan apa yang terbuku di hati.
      “Alia gagal! Perasaan sayang dah pun wujud dalam diri abang.” suara Tengku Syahran terkeluar juga.Zahlia menelan air liur.
Aku gagal? Tapi kenapa? Betulkah aku tak mahu perasaan sayang wujud dalam perhubungan ni? Habis, apa yang sedang aku lakukan? Kenapa aku boleh duduk meminta maaf seolah-olah aku benar-benar seorang isteri yang solehah? Ah, kacau!
      “Alia…”
Tengku Syahran duduk bertentangan dengannya.Mematikan segala persoalan yang mengganggu-gugat perasaan.Wow, kacak juga rupanya dia ni! Ada tahi lalat kecil di atas bibirnya.Selama ni aku tak perasan pun!
Macam mana nak perasan, Alia? Kau tu yang tak pernah nak menatap muka dia lama-lama.Sekarang, tengoklah! Tataplah muka suami kau puas-puas.
      “Kenapa Alia mesti halang perasaan tu? Fikirkan Alia.Sebelum kita bernikah, abang dah siasat.Kita tak ada apa-apa tanggungjawab yang menghalang untuk kita meneruskan perkahwinan,” ujar Tengku Syahran. Zahlia terasa bagaikan digam.      
“  “Kenapa Alia tak balik rumah seminggu yang lepas?Alia tidur kat mana?” soal
Tengku Syahran lembut.Tidak bertempik seperti tadi.
    “Hotel.”
“Dengan siapa?”
    “Sorang2”
    “Alia buat abang risau.Takkan sebab abang berterus terang, Alia nak lari.”
Zahlia tunduk.Dia mempunyai masalah lain yang tidak mahu dikongsi dengan Tengku Syahran lagi.Masalah itu pun masih menjadi tanda tanya di benaknya.Ah… wajah Raja Khalida juga yang diingati saat itu.
    “Abang tak kerja dua minggu.Abang cari Alia serata tempat.Mak, ayah, semua tanya.Abang tak tau nak jawab apa.Mereka semua ingat abang yang bersalah padahal abang tak tau apa puncanya,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia mendiamkan diri.Terus diburu rasa bersalah.
    “Abang dapat siasat gerak geri Alia apabila ternampak kereta Alia keluar dari hotel.Abang ikut kereta Alia dan abang dapat tau Alia kerja dekat Sinar Iram.Alia keluar pukul berapa, semua abang siasat.Kenapa Alia buat macam ni?”
     “Maafkan saya.” Zahlia tidak menjawab soalan Tengku Syahran sebaliknya meluahkan kekesalannya.
     “Dahlah… abang bagi Alia masa untuk fikirkan tentang hal kita.Jangan terburu- buru.”
     “Tapi…” Zahlia cuba membantah.
      “Alia fikirkanlah.Kita tak ada apa-apa yang mengikat ke arah tanggungjawab lain,” ucap Tengku Syahran lembut.
     “Atau Alia dah ada orang lain dalam hati?”
     “Awak syak saya ada hubungan dengan Razif?” soal Zahlia.
     “Habis tu, ada lelaki lain?”
      “Stop it Syah!” Zahlia mula menjeling membuatkan Tengku Syahran tersenyum.    “   “Abang berhak cemburu, kan?” Tengku Syahran mengangkat kening.
     “Tak kena pada tempat.“
     “Apa yang tak kenanya?Alia isteri abang kan?”
     “Stop saying that word boleh tak? Jangan lupa yang perkahwinan kita ni atas dasar apa?”
     “I don’t care! Lantaklah dengan perjanjian tu.Yang penting sekarang, Alia dah pun jadi isteri abang.Abang takkan lepaskan Alia.” Tengku Syahran tersenyum nakal.
Zahlia mengetap bibir.Geramnya dia dengan kata-kata suaminya itu.Penipu besar betullah dia ni! Mungkir janji.Kalau tahu ini yang akan berlaku, jangan harap aku nak tolong dia.Harap muka aje
handsome, perangai macam budak-budak.Bebel Zahlia dengan wajah yang mencuka.
    “Sekarang abang perintahkan Alia urut badan abang.Abang penat ni,” katanya dengan muka selamba.Ditumbuk-tumbuk bahunya dengan riak yang menyakitkan hati.
Zahlia membeliakkan mata.
     “Jangan nak mengada- ngada,” ujar Zahlia.
      “Eh.. eh…sepatutnya awak bersyukur sebab abang hanya suruh Alia urutkan badan abang.Kalau abang minta hak abang sebagai suami, Alia rela mengabdikan diri untuk abang? Alia sanggup jalankan kewajipan Alia sebagai isteri yang sempurna?”
Zahlia terdiam seketika.
      “Okeylah.Kalau macam tu, tidur dengan abang malam ni.”
Zahlia ternganga.
      “Syah!”
       “Kenapa? Takut? Ingat Alia! Abang ada hak ke atas diri Alia.Abang boleh paksa kalau Alia tak rela.So… Alia nak buat apa? Nak menjerit? Biar semua orang tahu.Bila orang tanya, abang boleh cakap Alia tak nak ikut permintaan abang!” potong Tengku Syahran lagi sambil ketawa.
Zahlia menjeling Tengku Syahran yang masih ketawa.Sakitnya hati! Sabar… sabar Alia!
      “Habis tu, syarat yang,,,“Zahlia ingin bersuara tetapi dipintas segera.
      “Pedulikan syarat tu! Sekarang abang nak rasa kenikmatan urutan dari isteri abang.Cepat! Atau Alia nak ikut permintaan abang yang kedua tu? Kalau yang tu, kecil tapak tangan, sebesar padang bola abang tadahkan.” Tengku Syahran masih ketawa.Semakin galak mengetuk gegendang telinga Zahlia.
      “Awak ni…”
      “Hei, berdosa ingkar perintah suami tau!” pintas Tengku Syahran lagi dengan mata yang sengaja dibuntangkan.
Zahlia menggigit bibir.Nak ikut cakap dia? Kenapa dia ni tiba-tiba jadi macam ni? Tadi, bukan main garang! Sekarang, mengada-ngada pulak!
Zahlia mengeluh.Lambat-lambat dia bangun dan melangkah ke belakang Tengku Syahran.Sebaik saja tangannya melekat di bahu suaminya itu, Tengku Syahran membuka mulut untuk bersuara.
     “Nanti kejap! Abang nak baring dulu.Alia urut abang masa abang tengah baring, okey sayang?” Tengku Syahran bingkas bangun.
Dahi Zahlia berkerut.Mengada- ngada! Dengusnya.
Tengku Syahran melangkah ke sofa panjang yang telah menjadi tempat lenanya kini.Namun, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah ketika melintasi katil yang diselimuti cadar tebal.Tengku Syahran mengangkat kening.
      “Aha! Katil ni nampak best.Malam ni abang nak tidur kat sinilah!“ Zahlia terlopong mendengarnya.
      “Kalau awak tidur kat sini, mana saya nak tidur malam ni?” bantah Zahlia. Tengku Syahran menjungkit bahu.
        “None of my business! Kalau Alia tak kisah, tidurlah sebelah abang.Kalau Alia takut, Alia carilah mana-manaport yang Alia rasa selesa.” Tengku Syahran mencuit dagu Zahlia.
        “Awak dah melampau Syah!”
         “Syhhh… jangan jerit kuat-kuat.Nanti, mak dengan ayah dengar!”   
“      “Syah!”
         “Oppss! Abang dah tak sabar nak rasa urutan Alia ni.Alia urut abang sampai abang tertidur tau.Jangan curi tulang.Cepatlah!”
Tengku Syahran menarik t-shirt yang tersarung di badan.Lantas merebahkan diri ke atas katil.Em, nikmatnya! Zahlia kelu tanpa sebarang kata.Setiap gerak geri Tengku Syahran diperhatikan dengan rasa meluat dan terkejut,
          “Cepatlah sayang!”
Zahlia tersedar.Tengku Syahran sudah pun berbaring di hadapannya.Dengan lemah, Zahlia memanjat katil dan duduk di sisi Tengku Syahran.Tangannya menggigil-gigil mendekati tubuh lelaki yang tidak berbaju dan menampakkan separuh tubuhnya itu.Semakin hampir… hampir… dan terus melekat.
Bahu suaminya itu dicengkam lembut dan diurut perlahan-lahan.Seumur hidupnya inilah kali pertama Zahlia berbuat demikian dengan lelaki.Berdegup kencang jantungnya.Rasa nak tercabut kepala lutut.
Tengku Syahran hanya senyap dan kadangkala kepalanya sahaja yang bertukar ke kiri dan ke kanan.Posisi tubuhnya tetap seperti tadi.Mungkin sedang merasai kenikmatan urutan isterinya itu.Zahlia terus mengurut.
Semakin lama urutan Zahlia semakin perlahan.Dirinya sudah terlalu letih.Berkali- kali tangannya menutup mulut yang tidak henti-henti menguap.Adakalanya kepala Zahlia tersenggok-senggok menahan rasa mengantuk.Apabila tangannya berhenti bergerak, suara Tengku Syahran akan kedengaran.Dia akan mengurut semula dengan mata yang terpejam. Kali ini, dia sudah terlalu mengantuk.Matanya tertutup
rapat.Segalanya menjadi sunyi dan senyap tiba-tiba.Lampu yang terpasang sudah tidak kelihatan cahayanya lagi.Jari-jemari Zahlia semakin longgar mencengkam tubuh lelaki itu.Tanpa disedari, tangan halusnya terkulai layu bersama-sama tubuhnya yang tiba-tiba rebah di sisi suaminya.



ZAHLIA menggosok-gosok matanya berkali-kali.Rasa malasnya hendak membuka kelopak mata.Lalu dibiarkan matanya terpejam.Sesekali tangannya menggaru-garu kepala
dan membetulkan rambut yang menutup muka.Kemudian tangannya dijatuhkan semula ke atas tilam. Tilam? Kerasnya tilam ni? Zahlia teraba-raba.Matanya masih pejam.Lama tangannya memegang benda yang disangka tilam.Cahaya yang terasa merecik-recik ke wajah memaksa dirinya untuk bertindak.Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Berderau darahnya apabila mendapati dirinya berada di sisi Tengku Syahran.Sedang berbaring memeluk tubuh suaminya itu.Segera dia bangun.Terkejut dengan situasi yang baru terjadi.Nafasnya berombak kencang.
Wajah Tengku Syahran yang masih terlentang diamatinya lama.Tengku Syahran terjaga dan melemparkan senyuman nakal.Dengan pantas Zahlia menarik selimut menutupi tubuhnya.Mujurlah baju tidur berlengan panjang yang dipakainya tidak terdedah sedikitpun anggota tubuhnya.
     “Dah puas hati dapat tidur dengan abang?” Tengku Syahran bersuara tenang.Zahlia mengerutkan dahi.Nafasnya terasa sesak.Apa maksud lelaki ini?
      “Kenapa awak tidur kat sini? Nak ambil kesempatan ya?” marah Zahlia keras.Dia sudah terlupa apa yang berlaku.
Tengku Syahran bangkit.Duduk menghadap Zahlia dengan wajah selambanya.
       “Siapa yang ambil kesempatan? Abang atau Alia?“Tengku Syahran bertanya. Zahlia mendengus.
        “Syah, kan awak biasa tidur kat kerusi! Kenapa awak tidur kat sini?” marah Zahlia lagi.Suaranya sedikit meninggi.
        “So…abanglah yang ambil kesempatan? Alia tak ingat ke apa yang berlaku semalam?” soal Tengku Syahran sambil menjungkitkan keningnya.
Semalam? Zahlia terkedu.Terus menelan air liur.Pahit.Fikirannya mula teringat peristiwa semalam.Suaminya itu ada memberitahu untuk tidur di katil itu.Zahlia sudah mendengar dengan terang-terang.Jadi siapa yang ambil kesempatan sebenarnya? Akukah? Alamak!
Kenapa senyap? Cakaplah! Setahu abang, semalam abang dah beritahu Alia kan yang abang nak tidur atas katil ni! Jadi, sekarang ni salah siapa, hmm?”
Zahlia kehilangan kata-kata.Segera tunduk.Malu dengan setiap kata-kata Tengku Syahran.
        “Pandang mata abang waktu abang tengah bercakap! Kenapa tunduk? Malu? Atau Alia takut jatuh cinta dengan abang?” Zahlia telan air liur lagi.Kepalanya terus dibiarkan jatuh.Malu.
        “Kenapa dengan Alia ni? Kita dah jadi suami isteri hampir dua bulan.Apa salah abang tidur atas katil ni? Sampai bila Alia nak biarkan abang tidur atas kerusi? Alia tak pernah nak faham perasaan abang.” Tengku Syahran melepaskan lagi kemarahan.
       “Syah! Ini semua kehendak awak.Kita takkan jatuh cinta.Awak sepatutnya takkan jatuh cinta.Itu kata-kata awak sewaktu kita baru bernikah.Saya takkan lupa.Tapi, awak tengok sendiri.Siapa yang mungkir janji? Awak berkeras takkan jatuh cinta pada saya dan sejak terdengar perbualan awak dengan Adli di rumahnya dulu, saya jugak dah tanamkan dalam diri saya yang saya takkan jatuh cinta pada awak!” Zahlia mula membalas.
Tengku Syahran hampir ternganga.Maknanya dia sudah mendengarnya?
         “Ingat Syah! Kita tetap akan berpisah.Saya tak mahu jadi isteri awak lagi…ego awak tinggi.”
Mendengarkan kata-kata Zahlia, Tengku Syahran tersenyum.Dahulu, egonya memang tinggi tetapi disebabkan Zahlia, Tengku Syahran sanggup merendahkan egonya.Dia sudah jatuh sayang dan dia akan pastikan Zahlia menjadi miliknya.
      “Abang akan berusaha mendapatkan Alia.Kalau Alia berkeras lagi… tunggulah harinya.Macam-macam cara abang boleh buat..Keras atau halus, nantikan.Alia tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila,” balas Tengku Syahran. Zahlia mengecilkan matanya.Nafasnya menderu laju.Dia ingin melawan lagi.
        “Dahlah.Abang nak mandi! You want to join me?”
Tengku Syahran turun dari katil.Soalan yang sengaja diajukan kepada Zahlia sekadar usikan baginya.Hatinya bagaikan digeletek melihat wajah Zahlia yang merah padam.Baru tau aku siapa!
Kaki Tengku Syahran melangkah perlahan ke bilik air.Membiarkan Zahlia melayani rasa malunya.Nafas Zahlia terasa bagaikan terhenti.Malunya aku!
      “Aaaa…. satu lagi abang nak pesan.Next time, kalau nak tiduroff lampu dulu.Membazir.Mata dah tertutup, bukan nampak apa-apa kalau pasang lampu.Tak taulah pulak abang kalau Alia ambil kesempatan yang ada nak menatap muka abang yang handsome ni puas-puas!” ujar Tengku Syahran sambil melangkah bersama ketawanya.
Arrhhh…. Zahlia terasa ingin menjerit sekuat hatinya.Melepaskan segala tekanan yang terbuku di hati ketika lelaki itu melangkah masuk ke bilik air.









No comments:

Post a Comment