Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, October 14, 2010

bicara hati bab 23

ZAHLIA tersedar apabila bahunya digoyang lembut.Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya.Terasa perit apabila matanya dipanah cahaya lampu yang menerangi ruang bilik.Dalam mencari
kepayahan untuk
memfokuskan pandangan, matanya tertancap pada seraut wajah yang terlalu hampir sehingga deruan nafas itu terasa hangat menampar wajahnya.
      “Alia, bangun sayang.Dah Subuh ni,” ujar suaminya.
Zahlia menoleh pada jam loceng di tepi katil.Terkebil-kebil dia memandang jarum jam yang bergerak sebelum matanya dialih ke arah wajah di hadapannya.
       “Dah pukul berapa ni?“soalnya yang masih dikuasai rasa mamai.
       “Dah pukul 6.30.Kejap lagi Subuh nak habis,” jawab Tengku Syahran sambil mengukir senyuman.
Zahlia menggosok mukanya beberapa kali.
        “Bangun ya?“
       “Kan saya uzur.Macam mana nak solat Subuh?” ujar Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran membeliakkan mata.Alamak! Macam mana boleh terlupa ni? Soal Tengku Syahran di dalam hati.Dengan perasaan malu, songkok yang tersangkut di kepala ditarik.Jari-jemari kasarnya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Kelakuannya itu disertai dengan senyuman yang terasa kelat.
       “Err….sorry! Abang…terlupa.Kalau Alia rasa mengantuk lagi, sambunglah tidur.”
Tengku Syahran berkata dalam keadaan gelabah membuatkan Zahlia geli hati.Tercetus sedikit senyuman di bibir mungilnya.
       “Kenapa Alia tersenyum? Abang betul-betul minta maaf.Abang tak ingat langsung.”
       “Tak ada apa- apalah.Saya geli hati tengok muka awak macam tu.Terima kasih sebab kejutkan saya,” beritahu Zahlia sambil bangun.
Tengku Syahran berasa sedikit lega.Mula mengukir senyuman walaupun perasaan malu masih berbaki di sudut hatinya.
     “Saya nak mandi dulu,” ujar Zahlia terus berlalu ke bilik air.





TEPAT pukul 7.30 pagi, Tengku Syahran dan Zahlia turun beriringan.Ketika itu, Tengku Ismail sedang duduk membaca surat khabar manakala Tengku Badariah sedang menonton berita pagi di televisyen.
Tengku Syahran dan Zahlia segera melabuhkan punggung di kerusi berdekatan selepas mengucapkan salam kepada Tengku Ismail dan Tengku Badariah.
       “Yang lain mana mak?“tanya Zahlia memecah keheningan pagi yang masih dingin.
       “Ana dengan Fiza masih tidur lagi agaknya.Along kau ada kat luar.Entah apa dibuatnya pagi-pagi kat situ,” jawab Tengku Badariah lembut.
Suasana menjadi hening seketika.Masing-masing melayani perasaan sendiri tanpa ada perkataan yang dituturkan.
      “Macam mana dengan percutian kamu berdua? Seronok?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Tengku Ismail.
Semalam mereka tidak sempat berbual panjang memandangkan pasangan suami isteri itu masih keletihan kerana seharian berada di dalam kapal terbang.
Zahlia dan Tengku Syahran berpandangan seketika sebelum masing-masing mengangguk.Tengku Badariah mula menumpukan minat tentang topik yang baru dicetuskan.Tidak sabar untuk mendengar jawapan dari anak menantunya.
      “Apa yang takbestnya ayah? Kalau tak best, tak adalah mereka asyik nak berkepit aje tu.“Satu suara dari muka pintu yang menyampuk mengejutkan mereka.
Masing-masing menoleh.Kelibat Tengku Hakimi muncul dengan senyuman mengusik di bibirnya.Zahlia tertunduk.Manakala Tengku Syahran hanya memerhati setiap gerak langkah Tengku Hakimi yang semakin hampir.
     “Itu rahsia kami! Mana boleh beritahu orang lain.Tapi, memang best.Kalau ada rezeki lagi, Syah ingat nak pergi sana lagi.” Tengku Syahran bersuara.
Tengku Ismail meletakkan surat khabar yang sudah habis diselak di atas meja.Cermin mata yang dipakai, ditanggalkan dan disangkut ke dalam kocek baju.
     “Kalau ada rezeki, ajaklah Alia berjalan ke tempat lain.Takkan nak ke Jepun aje.Sekali sekala tengok tempat yang lain pulak.” Tengku Ismail berkata.
Tengku Badariah menyokong kata-kata suaminya.Kecoh
mulutnya mencadangkan pelbagai nama tempat yang boleh dikunjungi.
     “Betul tu, Syah.Lepas ni, pergilah Vienna ke, Switzerland ke.Sementara masih muda ni elok pergi berjalan puas-puas.Nanti dah tua, tak syok,” ujar Tengku Badariah sempat menjeling ke arah Tengku Ismail.
Tengku Ismail yang mendengar hanya ketawa.Segera membalas jelingan si isteri yang berada di sebelah.
       “Awak tu kalau nak ajak saya berjalan, bukan main berkias lagi.Jangan risaulah Yah ooii!! Saya tengah settlekan kerja-kerja saya dulu sebelum pergi bercuti.Saya janji lepas habis kerja saya tu, kita pergi okey?” beritahu Tengku Ismail dalam sisa ketawa yang masih berbunyi.
Zahlia dan Tengku Syahran ketawa melihat gelagat pasangan suami isteri itu yang sentiasa kelihatan mesra.Tengku Hakimi pula hanya tersenyum.Kenangan bersama Raja Jasmin mula terbayang di ruang mata.Terlupa sekejap wajah Sofea yang masih terlena ketika dia turun ke bawah tadi.
Memori ketika Tengku Hakimi dan Raja Jasmin berbulan madu di Wales terbayang lagi.Pada waktu itu, semuanya indah belaka.Tiada cacat cela dalam perhubungan.Betapa dia merindui setiap detik ketika bersama wanita itu berjalan-jalan di Cardiff.Sempat mereka berjalan ke Istana Caerphilly sebelum singgah ke Abergavenny.
Ah, kenapa wanita itu terlalu buta untuk menilai kasih sayangku? Terdetik soalan itu tiba-tiba.Di waktu yang sama, Tengku Hakimi ternampak Sofea baru turun dari anak tangga.Semalam dia dan Sofea telah bersepakat untuk bermalam di Villa Sakura setelah menjemput Tengku Syahran dan Zahlia dari lapangan terbang.
Tengku Hakimi merenung setiap langkah isterinya yang sedang menuju ke situ.Kasih sayangnya kian terasa.Lenyap terus bayangan Raja Jasmin.Bersemarak terasa kasihnya terhadap Sofea yang sabar dengan setiap perangainya yang kadangkala berubah hati.Dan kini, jelaslah sudah… Sofea hanya untuknya.Dan dia tidak rela wanita itu pergi sepertimana Raja Jasmin meninggalkannya.





“ABANG, Alia nak ke dapur dulu.” Spontan kata-kata Zahlia menyedarkan Tengku Hakimi dari khayalan.
Tengku Syahran hanya mengangguk lalu memberi ruang kepada Zahlia.Sofea sudah tiba di situ dan duduk di sisi Tengku Hakimi setelah memberi salam.Tengku Hakimi terasa ingin memeluk tubuh itu seperti yang selalu dilakukan ketika mereka berdua-
duaan di rumah.Biar wanita itu sedar kasih sayangnya sudah menggunung tinggi.
      “Kenapa abang tak kejut Sofea tadi? Boleh kita sembahyang berjemaah sekali,” tegur Sofea sedikit berbisik.
Tengku Hakimi tidak menumpukan perhatiannya pada pertanyaan itu.Dia lebih suka melayani perasaan dengan mengenangkan saat-saat indahnya dengan Sofea yang bakal menggugat dan mengusir pergi kenangan indah yang pernah dilalui dengan Raja Jasmin.Dia tersenyum tiba-tiba.
Dahulu, Sofea kelihatan malu-malu dengannya.Kini, wanita itu sudah pandai berkata-kata dan menasihatinya secara kiasan tanpa sedikitpun menyentuh hati kecilnya.
      “Abang.. mengelamun ni kenapa?” tegur Sofea.Tengku Hakimi memandang wajah isterinya.Tersenyum dan menggeleng.
      “Sofea ke dapur jugak ya? Nak tengok apa Alia buat?” ujar wanita itu. Tengku Hakimi mengangguk.
Di dapur, Zahlia hanya dapat membantu Salmah dan Siti dengan menyusun piring dan cawan di atas dulang.
      “Alia nak tolong, Kak Salmah tak kasi.Apa yang Alia nak buat?” marah Zahlia berbunyi gurauan.
Kedua-dua tukang masak itu ketawa kecil.
     “Tak payah.Nanti Tengku marah kami.Alia kan ahli keluarga Tengku Ismail.Tak pasal-pasal, gaji kami kena potong pulak,” beritahu Salmah masih dengan nada ketawa.
     “Tak mungkin.Alia duduk macam ni, bosanlah.Sekurang-kurangnya bolehlah cepatkan kerja-kerja Kak Salmah dengan Siti,” jawab Zahlia tenang.Tangannya masih gatal mahu menolong.
Di w aktu yang sama, Sofea tiba di situ dengan mengucap salam.
      “Kenapa bising-bising ni? Sampai kat luar dengarnya?” soal Sofea. Zahlia tersenyum pada birasnya.
      “Tak ada apa-apalah kak.Alia nak tolong, tak dikasinya.Dia suruh kita duduk mengelamun.” Zahlia menjawab sambil menjeling ke arah Salmah dan Siti.
      “Alia tak payahlah buat.Biar akak yang buat,“ujar Sofea menghampiri.
     “Haa… yang ni seorang lagi.Kalau Kak Alia kami tak kasi, Kak Sofea pun samalah.Akak berdua ni kan menantu dalam rumah ni.Kalau Mak Engku dapat tau, habis kami.:” Siti pula menyampuk.
Sofea memandang Zahlia sambil menjungkitkan bahu.
      “Dahlah kak.Duduk ajelah.Kami masih mampu buat semua kerja.“Siti berkata membuatkan Zahlia dan Sofea berpandangan lagi.
      “Duduk sini ajelah Alia, Sofea!”
Tengku Badariah tiba- tiba sahaja berada di dapur dan menarik kerusi untuk kedua- dua menantunya apabila dilihatnya kedua-dua wanita itu hanya duduk termenung di sisi almari pinggan.
Zahlia dan Sofea lantas melabuhkan punggung di sisi Tengku Badariah.Perlahan-lahan jari-jemari mereka bertaut.Zahlia terkejut dengan tindakan itu.Segera memandang Tengku Badariah dengan pandangan yang tidak mengerti.Sofea juga begitu.
       “Mak nak cakap mengenai Alia.Kamu Sofea, mak cuma mahu kamu dengar sebagai ahli keluarga.Okey?” ucapan Tengku Badariah menyebabkan Zahlia gugup.Tentang apa?
Sofea pula hanya diam dan mengangguk.
      “Mak harap, Alia tak berkecil hati dengan apa yang mak nak tanyakan ni! Mak cuma nak tahu sebabnya aje.” Suara Tengku Badariah kedengaran tenang.Zahlia berasa pelik dengan kata-kata itu.Namun, jari-jemari mereka masih bertaut.
      “Kenapa mak?“tanya Zahlia yang masih tidak faham dengan tindakan Tengku Badariah.
Tengku Badariah merenung wajah menantunya sepenuh kasih.Selepas Raja Jasmin meninggalkan rumah kerana mengikut lelaki lain, Tengku Badariah amat takut kalau-kalau dia sukar mendapat menantu lagi.Mujurlah Tengku Hakimi berniat untuk berkahwin lagi dan wanita itu adalah anak kepada jirannya.
Di a tidak kisah siapa yang menjadi pilihan anaknya, asalkan wanita itu pandai menjaga hati keluarga dan bersopan-santun.Ciri-ciri itu ada pada Zahlia dan Sofea.Mereka bukan sahaja bersopan- santun malah pandai membawa diri, ringan tulang, peramah dan yang paling penting kedua-dua wanita itu tahu menjaga batas-batas aurat seorang wanita sehinggakan di dalam rumah itu pun mereka masih memakai tudung di kepala demi menjaga aurat di hadapan lelaki.
Namun, Tengku Badariah masih tidak mengerti kenapa Linda anak Datin Rohana itu boleh tersenarai sebagai calon menantu pilihannya untuk Tengku Syahran.Jika hendak dibandingkan Linda dengan Zahlia, memang terlalu jauh bezanya.Bagaikan langit dengan bumi.Mungkin kerana Linda memang pandai memujuk!
Tetapi, Linda mempunyai salasilah yang lebih jelas manakala Zahlia masih ragu-ragu keturunannya.Namun, Linda yang lebih kepada kehidupan sosial dengan pakaian yang sentiasa up to date itulah yang gagal memikat hati Tengku Syahran.Sedangkan Zahlia yang low profile itu pula berjaya menakluki hati anak keduanya.
      “Mak…” suara Zahlia yang tiba-tiba itu mengembalikan fikirannya yang jauh melayang.Tengku Badariah menunduk.
     “Selepas kamu ke Mekah hari tu, Datin Rohana ada datang jumpa mak.” Tengku Badariah memulakan bicara.
      “Linda ada mengadu pada Datin Rohana yang kamu ada issue check di banknya beberapa minggu lepas.”
Gulp! Zahlia menelan air liur.Linda? Apahal pulak dengan minah tu? Rungut Zahlia dengan hati yang berdebar-debar.
     “Linda kata,check yang kamu issue tu daripada Syah dengan nilainya lebih tiga puluh ribu, betul ke?” soal Tengku Badariah masih bernada lembut.Wajah Zahlia dipandang sepenuh kasih.Sofea pula tidak mengerti.Dia hanya membisu.
Zahlia membalas pandangan Tengku Badariah tanpa ragu.Mula menyusun kata-kata untuk berbicara.
     “Memang betul mak.Memang Alia ada pergi bank nak cashkan check tiga minggu lepas.Alia ada jumpa Linda hari tu,” terang Zahlia dengan tenang.
     “Kamu buat apa dengan check tu? Kamu nak tukar kereta ke?” soal Tengku Badariah masih menggenggam jari-jemari menantunya.
Zahlia menggeleng.
     “Bukan.Di Sinar Iram ada seorang pekerja menghidap penyakit kanser perut.Syah sumbangkan duit untuk rawatan mak,” terang Zahlia lagi.
Tengku Badariah mengangguk.
     “Mak bukannya apa.Mak tak mahu kata-kata Linda tu menghakis kepercayaan mak terhadap kamu.Mak takut Linda guna cara- cara tertentu untuk memburukkan kamu.Bukannya kamu tak tahu yang Linda tu pernah mak calonkan sebagai menantu.Tapi, kamu yang jadi pilihan Syah.Mak takut Linda berdendam.“Panjang lebar Tengku Badariah meluahkan kerisauannya.Sesungguhnya kasihnya kepada Zahlia sudah mula berputik.Zahlia tersenyum lega.
     “Alia faham mak.Jangan risau sangat.Linda buat macam tu sebab dia takut Alia yang ada niat sendiri.Syak wasangka Linda bertempat,” balas Zahlia lembut.
     “Mak Engku, Alia, Sofea…makanan dah disediakan.” Ketiga-tiga wanita
itu terkejut apabila ditegur oleh Salmah.Genggaman yang erat bertaut, sedikit demi sedikit mula terlerai.Mereka berjalan sambil berpelukan keluar dari pintu dapur menuju ke meja makan.
      “Kenapa senyum- senyum ni mak? Alia?” sapaan Tengku Syahran mematikan lamunan ketiga-tiganya.Ketiga-tiga mereka ketawa manja membuatkan Tengku Syahran tertanya-tanya sendirian.
     “Tak ada apa- apalah.Hal orang perempuan, mana boleh beritahu orang lelaki kan Alia, Sofea?” Zahlia dan Sofea mengangguk dan tersenyum lagi.
Tengku Syahran mengerutkan dahi.Pelik bin ajaib.Namun, tiada ucapan yang terluah untuk dia terus bertanya ketika itu.
Tengku Badariah duduk di sebelah Tengku Ismail.Sofea di sisi Tengku Hakimi manakala Zahlia melabuhkan punggung di sisi Tengku Syahran.Sempat tangan Tengku Syahran mencuit paha Zahlia yang sedang menuang air ke dalam cawannya.
Zahlia menoleh ke arah Tengku Syahran dengan pandangan yang sedikit pelik.Keningnya yang cantik terbentuk sengaja dinaikkan.Tengku Syahran mendekatkan wajahnya ke arah Zahlia.
     “Apa yang Alia sembangkan dengan mak kat dapur?“bisik Tengku Syahran di telinga Zahlia.
Zahlia
menjungkitkan bahu.Kepalanya digoyang laju sehingga menerbitkan perasaan geram di hati Tengku Syahran.Tangan lelaki itu pantas menggenggam jari-jemari Zahlia kuat di bawah meja.Zahlia cuba untuk menarik tangannya semula tetapi gagal.Bibirnya diketap.Geram diperlakukan begitu.
     “Cakaplah Alia,” pujuk Tengku Syahran.
     “Mana boleh.Kan mak dah beritahu, hal orang perempuan.Hisy…awak ni sibuk ajelah,“balas Zahlia sambil ketawa.
Tengku Syahran mendengus.Semakin sakit hati dengan kelakuan Zahlia yang sengaja mempermainkannya.Melihatkan wajah itu, Zahlia ketawa lagi.Namun, ketawanya itu segera disembunyikan agar emak dan ayah mentuanya tidak menyedari kelakuan mereka.
     “Alia cuti sampai bila?” suara Tengku Hakimi yang kedengaran membantutkan perbuatan Tengku Syahran untuk terus memaksa Zahlia.
Zahlia mengambil kesempatan itu untuk menarik tangannya dari pegangan Tengku Syahran yang semakin kuat.Segera tangannya diletak di atas meja.
     “Mungkin dua tiga hari lagi, Alia start mengajar.Alia ingat nak pergi melawat kawan Alia yang menghidap penyakit kanser perut tu,“jawab Zahlia tenang menyembunyikan rasa gelihati yang tercetus di hatinya.
Tengku Hakimi mengangguk.Terdiam dan mula mengunyah makanan.Sofea di sisi juga begitu.
Zahlia mengerling wajah Tengku Syahran sekilas.Kelihatan masam mencuka.Tidak sejernih tadi.Waktu itu semua yang ada di ruang makan itu sedang melayani perasaan sendiri.
Zahlia
mendekatkan sedikit mulutnya ke arah lelaki itu.Ingin berbisik.
     “Boleh tak bang? Alia nak melawat kawan Alia tu?” soal Zahlia.
Tengku Syahran menyedut minuman.Hatinya dipagut rasa cemburu tiba- tiba.Adegan ketika di hospital dahulu terbayang semula di ruang mata.
Siapa lelaki itu? Kekasih diakah? Kalau bukan, kenapa Alia membenarkan tangannya dipegang sesuka hati oleh lelaki itu? Sedangkan aku, terpaksa curi-curi untuk menyentuhnya walaupun aku lebih halal terhadap dirinya! Tengku Syahran mendengus di dalam hati.Melepaskan kemarahan yang meluap-luap di situ.
     “Abang,” panggil Zahlia perlahan sambil mencuit lengan lelaki itu. Tengku Syahran tersedar.Segera meletakkan cawan di atas piring.
Boleh tak?” soal Zahlia lagi.
    “Suka hati Alialah!“keras Tengku Syahran membalas sebelum berlalu ke tingkat atas.
Zahlia pelik.Apa kena dengan suaminya itu? Tadi bukan main elok moodnya.Tiba-tiba aje berubah! Nak marah-marah orang
pulak, rungut Zahlia sendirian.Mujur mereka yang berada di meja makan tidak menyedari hal itu.Masing-masing meneruskan sarapan.
    “Bila ayah nak buat mesyuarat famili? Biasanya ayah suka pilih harilast untuk makan besar.” Tengku Hakimi mengalihkan topik apabila keadaan kembali sunyi.Sofea leka mengunyah kuetiau goreng.
Zahlia hanya memasang telinga.
     “Ayah ingat nak buat pertengahan bulan ni.Ayah nak umumkan sesuatu.Kamu boleh tolong ayah tak Kimi?” tanya Tengku Ismail memandang anak sulungnya.
Tengku Hakimi meletakkan sudu di tangan ke atas pinggan yang berisi kuetiau goreng.
     “Apa dia ayah?“Tengku Hakimi membalas pandangan ayahnya.
Tengku Badariah juga berminat dengan topik tersebut.Suapan di mulut perlahan-lahan dikunyah.
     “Kamu tolong ayah carikan tukang masak makanan kampung! Dah lama ayah tak makan masakan kampung,“ujar Tengku Ismail membuatkan Tengku Badariah mengerutkan dahi.
    “Aikk.. dulu abang jugak yang tak suka makanan kampung.Bukan main beria-ia Yah nak belajar, abang tak bagi.Pedaslah, tawarlah, pahitlah,.Kenapa tiba-tiba aje ni?” perli Tengku Badariahmembuatkan Tengku Hakimi, Sofea dan Zahlia ketawa mendengarnya.
     “Awak ni! Perut abang tiba-tiba rasa nak makan.Agaknya dah bosan asyik menghadap western food kot,” jawab Tengku Ismail selamba.
    “Tengoklah ayah.Kimi tak boleh janji.Tapi, Kimi akan cuba cari,” balas Tengku Hakimi bersungguh-sungguh.Tengku Ismail hanya mengangguk.
     “Kalau tak dapat macam mana ayah?“soal Tengku Hakimi tepat memandang Tengku Ismail.
     “Kalau tak dapat, serahkan pada Alia aje along,” pintas Zahlia tiba-tiba. Kini, semua mata sedang menumpu ke arah Zahlia.
      “Alia boleh bereskan hal ni, kalau along dengan ayah tak kisah.Macam mana?” Zahlia mengangkat keningnya.
      “Alia nak buat apa?” tanya Tengku Badariah.
    “Rahsia!”
Tengku Ismail dan Tengku Badariah berpandangan.Tengku Hakimi masih memandang Zahlia.Sofea juga begitu.Akhirnya bibir masing- masing mengukir senyuman.
      “Oraitt, macam nilah.Alia tolong selesaikan hal ni untuk along, boleh tak? Along busy sikitlah dua tiga minggu ni,” pinta Tengku Hakimi. Zahlia terdiam.Lama kemudian barulah dia mengangguk setuju.
      “Kalau semua dah beres, Alia naik dulu,” ujar Zahlia sambil mengangkat cawan-cawan kotor dan membawanya ke dapur.







No comments:

Post a Comment