Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, October 12, 2010

bicara hati bab 17

LINDA duduk menonton televisyen.Namun hatinya masih
bengkak.Perkahwinan Tengku Syahran masih menjadi punca utama.Sakit hatinya masih terasa bila berita perkahwinan itu sampai ke telinganya.
Linda berasa geram.Wajah ceria Tengku Syahran sekeluarga bagaikan sembilu yang mencucuk ulu hatinya.Semua tetamu yang hadir pada hari itu memuji-muji kecantikan pengantin perempuan.Hati Linda terus dilanda cemburu yang tidak menentu.
Cis! Kurang asam! Jaga kau Alia! Buat pertama kalinya, Linda tewas.Selama ini semua
kehendaknya dipenuhi.Dia mehukan
kereta, mamanya akan belikan.Dia mahukan rumah, papanya sediakan banglo yang sudah siap dengan kolam renang.Kalau inginkan seorang lelaki, petik saja jari, pasti tersusun datang di hadapan mata.
“Kau perempuan
murah Linda! Jangan harap aku akan berkahwin dengan kau! Aku tak ingin perempuan seperti kau untuk menjadi isteri aku.” Linda masih belum dapat melupakan kata-kata Tengku Syahran suatu ketika dahulu.
Kini, Linda terasa dia telah kalah.Tengku Syahran benar-benar mengotakan janjinya.Linda terasa dirinya kerdil sekali kerana Tengku Syahran tidak mahu dirinya dijadikan isteri.Linda tidak tahu kenapa hanya Tengku Syahran yang menjadi fokus utamanya sejak kebelakangan ini.Sedangkan semua lelaki yang pernah didampingi lebih hebat dari Tengku Syahran.Punya rupa, harta, dan pangkat yang lebih power! Bukan sahaja di tempat awam, malah sanggup menjadi teman di ranjang ketika dia ingin melepaskan nafsunya.
Alat kawalan televisyen dicapai.Siaran mula bertukar arah.Berulang- ulang.Tiada yang menarik padanya.Off.Alat kawalan itu dicampak ke hadapan.Berdentum bunyi pasu bunga yang dibeli dari Indonesia jatuh ke lantai.Pecah berderai.
Linda mencapai rokok di atas meja.Dinyalakan apinya dan disedut sedalam mungkin.Tiba-tiba kelibat Datin Rohana berlari-lari anak ke arahnya.Bunyi
kaca yang pecah berderai
amat memeranjatkan.Terkejut wanita itu bila melihat kelakuan anak perempuannya yang semakin tidak keruan.
      “Linda, apa yang kau buat ni?” tengking Datin Rohana segera merampas rokok itu dari tangan Linda.
Linda hanya tersenyum.Fikirannya kacau.
     “Mama jangan ganggu Linda.Linda bosanlah!” terkapai-kapai tangan Linda ingin mengambil semula rokok itu dari tangan ibunya.
     “Kau jangan jadi gila! Benda ni tak elok untuk baby dalam kandungan kau tu,” marah Datin Rohana.
    “Ala mama.Baby ni pun teringin nak merasa.Bagilah mama.Sikit aje,“rengek Linda.   
    “Dah.Pergi naik atas.Ada anak perempuan pun tak boleh diharap,” jerkah Datin Rohana.
Pening kepalanya memikirkan perangai Linda sejak akhir-akhir ini.Semakin menjadi-jadi ketagihannya merokok.Tambah-tambah lagi keadaan Linda yang berbadan dua, pasti memudaratkan bayi yang sedang dikandungnya itu.Ini semua Tengku Syahran punya pasal.Jantan tak guna! Jerit Datin Rohana di dalam hati.
     “Mama, bagilah mama!”
    “Linda apa nak jadi dengan kau ni? Jangan kerana lelaki tu, kau nak musnahkan diri kau.Fikirkan anak dalam perut kau! Syah dah malukan keluarga kita.Sedar sikit!” Linda memandang wajah ibunya tanpa perasaan.
      “Kau ingat sikit Linda, kandungan kau dah nak masuk dua bulan.Jangan harap Syah nak kat kau.Dia dah kahwin.Dah ada isteri.Itulah kau, dulul agi mama dah pesan, nakenjoy tu jangan melampau- lampau sangat.Ini tak, keluar dengan jantan tak habis- habis.Malam keluar, pagi baru balik.Sampai boleh jadi anak dalam perut tu.“Lantang suara Datin Rohana membebel.
Linda sudah tidak menghiraukan kata-kata ibunya.Malas mahu melayan setiap bebelan itu.Hanya akan menambahkan sakit hatinya sahaja.Ah, biarkan!




“PAPA rasa elok kalau Linda pergi bercuti beberapa hari.Rehatkan fikiran.” Datuk Firdaus mengemukakan cadangan.
Anak perempuan kesayangannya itu tetap membisu.Tiada riak-riak ingin membalas kata-kata papanya.Datin Rohana
hanya memerhatikan kelakuan Linda.Malas dia mahu membuka mulut.Suaminya itu seakan tidak mengerti perasaan anaknya.
Berita tentang kandungan Linda tidak langsung diberitahu kepada Datuk Firdaus.Kalau sampai ke pengetahuan suaminya, pasti dia akan mengamuk sakan.Entah-entah dihalaunya keluar dari rumah itu nanti.
Berita tentang kandungan Linda tidak langsung diberitahu kepada Datuk Firdaus.Kalau sampai ke pengetahuan suaminya, pasti dia akan mengamuk sakan.Entah-entah dihalaunya keluar dari rumah itu nanti.
       “Linda, kau tak boleh patah semangat! Kan banyak lelaki lain dalam dunia ni.Syah bukan jodoh kau,” ujar papanya namun nasihat papanya itu tidak melekat ke dalam benaknya.
       “Kau nak teman lelaki, papa boleh carikan.Kawan-kawan papa tu semuanya ada anak bujang.Kau pilih aje.Nak lawyer, doctor. Engineer? Semua ada.Apa yang kau nak risaukan?” Datuk Firdaus merenung wajah itu sepenuh kasih.
Datin Rohana mencebik.Kata-kata suaminya bukannya
boleh dipakai.Takkanlah Datuk Firdaus tidak mengerti kehendak anak perempuan tunggalnya itu.Kalau berkehendakkan sesuatu pasti dipenuhi.Kini, lelaki yang telah mengutuk diri anaknya itu yang menjadi pujaannya.Tetapi tidak berjaya dimiliki.Pastinya hati anak tunggalnya itu akan terluka kerana niat Linda mendampingi Tengku Syahran adalah kerana dendam.
       “Anak papa kan cantik, manja, lawa! Mesti ada yang lebih kacak menanti kau suatu hari nanti,” pujuk Datuk Firdaus lagi.
Linda medengus.Malas mahu melayan kata-kata papanya.Hatinya masih terluka.Dicampur rasa gerun dengan kandungannya yang kian membesar.Di mana ingin disorokkan perutnya apabila janin itu sampai ke usia lima bulan.Ingin digugurkan, dia takut.Sudah tiga kali dia gugurkan kandungan.Kali ini doktor tidak berani mengambil risiko.Linda terpaksa melahirkan bayi itu kalau mahu nyawanya selamat. 
       “Honey, papa bawa kau berjalan ke London nak? Kita satu family pergi holiday,” cadang Datuk Firdaus lagi.
       “Tak payahlah papa.Linda tau jaga diri.“Keras Linda menjawab sebelum melangkah pergi meninggalkan papa dan mamanya di situ.
       “Itulah awak, bagi muka sangat dengan anak.Tengok apa dah jadi?” marah Datuk Firdaus kepada Datin Rohana ketika Linda hilang di balik tangga.Datin Rohana     “               “     “Abang jangan nak tuduh saya! Salah abang jugak.”
      “Eh, Rohana! Siapa sebenarnya yang ikut sangat cakap anak? Awak tu, Linda suruh beli kereta, awak belikan.Dia nak rumah, awak paksa saya beli.Sekarang semua benda yang dia nak, kena jadi milik dia.Itu, suami orang tu pun nanti dirampasnya,” bentak Datuk Firdaus kuat.
      “Abang, abang kena ingat Linda tu satu-satunya anak yang kita ada.Abang tau tak betapa payahnya saya nak melahirkan dia sebelum doktor sahkan yang saya tak boleh beranak lagi.Harta yang kita ada ni pun tak habis kalau kita beli sepuluh biji banglo lagi bang,“balas Datin Rohana semakin kuat mendengus.
Datuk Firdaus mengeluh.
       “Ha, itulah modal yang awak ungkitkan.Kalau wang itu kita pergi Mekah mengerjakan haji, kan elok anak-beranak.Ini, bila saya ajak awak
banyak sangat alasannya.Ada meetinglah, busylah.Itulah, inilah! Kali ni saya dah daftarkan nama kita sekeluarga.Kalau awak tak nak pergi dahlah.Biar saya pergi sendiri.” Datuk Firdaus terus bangun dan meninggalkan Datin Rohana di situ.






No comments:

Post a Comment