Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, October 24, 2010

Bicara Hati bab 42

ZAHLIA terjaga pukul 7.00 pagi.Dia hendak bangun tetapi  kepalanya terasa berat.Tubuhnya masih dibaluti dengan selimut tebal.Zahlia sedar Tengku Syahran sudah tiada di sisinya.Sejak pagi lagi lelaki itu telah meninggalkannya.Tiada sebarang kata yang diucapkan.Zahlia tersedar yang suaminya itu telah pergi ketika terdengar bunyi hempasan pintu yang begitu kuat.
Zahlia sudah terjaga waktu itu tetapi disebabkan kepalanya berpinar-pinar dan berpusing, dia terlena kembali sehingga subuhnya terlepas begitu sahaja.Tiba-tiba Zahlia menangis.Dia terbayangkan perbuatan ganas suaminya malam tadi.Tidak disangka dalam kelembutan, rupa-rupanya Tengku Syahran memang seorang yang panas baran.
Zahlia merasa dahinya dengan belakang tangan.Panas.Dia teringat yang dia
perlu bekerja.Namun, kepalanya terasa  berat sekali.Pantas dia mencapai telefon di tepi katil dan menekan nombor talian Sinar Iram.
     “Assalamualaikum.” Suara Zahlia kedengaran tidak bersemangat.    
“  “Waalaikumussalam, ya?” sapa seseorang di hujung talian.
    “Siapa tu?” tanya Zahlia.
     “Fatimah.Cik nak cakap dengan siapa?”
    “Imah…aku ni! Alialah.”
    “Oh, Alia.Kenapa? Kau kat mana ni? Kenapa suara kau lain?”
    “Emm…aku kat rumah ni.Aku nak minta cutilah.Aku rasa tak sihat.Puan Hajah ada?” tanya Zahlia lagi.
    “Alamak…kau terlambat call! Puan Hajah baru keluar.Ada appointment dengan pegawai daerah,” beritahu Fatimah.Dia terdengar Zahlia mengeluh.
    “Macam mana ni? Aku tak larat nak drive ke sana.Kepala aku pening sangat!” Zahlia berterus-terang. Fatimah terdiam sejenak.Mencari alasan untuk membantu temannya.
Fatimah terdiam sejenak.Mencari alasan untuk membantu temannya.
    “Tak apalah…macam ni, bila Puan Hajah balik nanti, aku beritahu dia.Kau tak sihat…tak payahlah nak kerja lagi.Duduk kat rumah.Tidur dan rehat,okey?”
Zahlia berasa sedikit lega mendengar penerangan Fatimah.
    “Terima kasih Imah.Aku sayang kau,” ujar Zahlia sedikit bergurau. Kedengaran Fatimah ketawa di hujung talian.
    “Kau nak cuti berapa hari?”
    “Aku rasa satu hari cukuplah.Tengok dulu esok macam mana.Kalau aku masih belum sihat, aku akan telefon Puan Hajah sendiri,” ucap Zahlia dengan suara yang kedengaran lemah.
   “Yalah.Kau pergi klinik Alia…mana tau pening-pening ni sebab lain ke!”
Zahlia  menyepi.Senyumannya mati.Dia benci mendengar usikan itu.Teringat peristiwa semalam.Tanpa disedari, ada air mata lesu mengalir di wajahnya.
   “Alia?”
  “Emm….tengoklah nanti!” jawapan Zahlia hambar.
Dia tidak sihat dengan tiba-tiba.Sejak dia membuka mata, tekaknya perit sekali.Mungkin akibat peristiwa semalam.Zahlia tidak akan lupa perbuatan Tengku Syahran yang mengasari tubuhnya dalam terang.Tak mungkin!
    “Kau okey ke?” Zahlia tersentak.Terlupa pula Fatimah ada di hujung talian.    
  “Emm…aku okey.Nanti kau beritahu Puan Hajah tau.Aku nak rehat ni.”    
  “InsyaALLAH.” Suara Fatimah semakin berbalam-balam.



TENGKU SYAHRAN menghempas tubuhnya di kerusi.Hatinya masih panas.Perempuan murahan! Getus hatinya tidak habis-habis sejak keluar dari rumah.
Tengku Syahran  bengang ketika matanya terpandang tangan lelaki yang tidak dikenali itu mengusap-usap pipi Zahlia semalam.Patah hatinya melihat kecurangan isterinya itu.
Semalam Tengku Syahran mendapat panggilan misteri daripada orang yang tidak dikenali mengatakan yang isterinya ada temujanji dengan seorang lelaki di Hotel Crystal Crown.
Pada mulanya dia  tidak percaya, tidak mungkin Zahlia berlaku curang.Lagipun, dia sudah berjanji tidak akan cemburu lagi.Itulah kata-kata pujukan ketika dia memujuk Zahlia kerana kata-kata penghinaan yang dilontarkan dahulu.
Namun, selepas menerima panggilan itu, hati Tengku Syahran melonjak-lonjak ingin tahu kebenaran panggilan misteri itu.Dia juga ingin tahu apakah aktiviti Zahlia sekiranya dia memberitahu yang dia pulang lewat kerana banyak kerja.Tanpa membuang masa, Tengku Syahran melangkah keluar pejabat dengan wajah yang serius.Pintu bilik dihempasnya dengan begitu kuat sekali.Staf-staf yang ada di situ, terkejut melihat sikap Tengku Syahran.Bagaikan hendak luruh jantung masing- masing mendengarnya.
Tengku Syahran memandu kereta Honda Preludenya menuju ke Hotel Crystal Crown seperti yang diberitahu.Sebaik sahaja sampai, dia terus melangkah ke ruang lobi mencari Zahlia.Lobi itu penuh dengan orang ramai.Tiba-tiba mata Tengku Syahran terpaku di satu sudut.
Hati lelaki nya mula terusik.Zahlia sedang tersenyum-senyum berbicara dengan lelaki itu.Tengku Syahran ternampak tangan gatal lelaki itu memegang pipi Zahlia dan kemudian menghulurkan sekuntum bunga ros kepadanya.Walaupun bunga ros itu tidak disambut, namun hati Tengku Syahran tetap membara.
Zahlia bagaikan dapat mengesan kehadiran Tengku Syahran.Dengan pantas Zahlia berlari mendapatkan Tengku Syahran.Tengku Syahran berasa seronok apabila Zahlia mendapatkannya tetapi dalam masa yang sama dia berasa kecewa apabila ternampak
itu memaut erat lengan Zahlia.Zahlia memang curang padanya.

“DAMN you!!!” Tengku Syahran menendang meja kecil di hadapannya.Meja kecil yang dihiasi bunga itu terpelanting sehingga bingkai cerminnya tercabut dan pecah berderai.
Staf-staf yang sibuk melakukan kerja tersentak apabila terdengar bunyi dentuman kaca yang berderai di ruang kamar majikan mereka itu.Ada yang berpandangan sesama sendiri dan ada pula yang menjungkitkan bahu.
     “Yani, kenapa dengan bos kau tu?” tanya Salina pada Yani, setiausaha Tengku Syahran.
Yani menjungkitkan bahu.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Sejak masuk pejabat tadi,mood Tengku Syahran kurang baik.Yani tahu ada sesuatu yang merosakkan mood bosnya itu.Sapaannya juga tidak dilayan.Dia takut untuk bertanya.
Pernah dahulu, selama tiga bulan Tengku Syahran tidak banyak bercakap.Yani tidak tahu apa yang berlaku pada bosnya itu.Yang dia ingat, setiap hari pasti ada bungkusan yang dihantar kepada bosnya.
Baru seminggu mood bosnya pulih.Kini panas barannya datang lagi.Yani
gementar.Jikamood lelaki itu tidak baik, pantang ada kesilapan kecil dalam kerjanya pasti ada masalah besar.Yani terus menyambungkan kerja.Malas hendak ambil tahu.
Adli yang turut terdengar bunyi kaca berderai, pantas melangkah keluar dari bilik.Dia melihat staf-staf Neraca Holdings membisu sesama sendiri.Tiada suasana riuh-rendah dan bising seperti selalu.Adli melangkah ke arah Yani.
     “Kenapa? Bunyi apa yang berderai tadi?” tanya Adli.
     “Err…dalam bilik Encik Syahran,” jawab Yani takut-takut.
Adli mengeluh.Pasti wujud masalah lagi.Segera Adli menuju ke bilik sahabatnya itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Terkejut dia melihat bilik yang selama ini kemas tersusun, bersepah- sepah dengan kaca berderaian.Dia ternampak wajah kusut Tengku Syahran di satu sudut bilik.
    “Syah!” tegur Adli.
Tengku Syahran sedang mengoyak-ngoyakkan sekeping gambar di satu sudut itu.Adli tahu itu gambar Zahlia.Dia terasa pelik.Setahu Adli, gambar itulah yang sering ditatap oleh Tengku Syahran di kala bosan.Wajah Zahlia yang dikahwini secara tidak sengaja itu dipuja-puja setiap hari.Tetapi hari ini?
Tengku Syahran buat tidak dengar dengan teguran itu.Dia lebih menumpukan perhatian pada sekeping gambar yang sedang dikoyakkan menjadi cebisan kecil.Itupun belum tentu luka di hatinya terubat dengan perbuatan itu.
     “Syah, kau ni kenapa?” Adli menuju ke arah Tengku Syahran.
    “Aku benci! Aku benci! Aku benci dia!” jerit Tengku Syahran kuat sehingga staf-staf Neraca Holdings dapat menangkap kata-kata itu.
     “Hei, mengucap Syah! Beristighfar banyak-banyak.Kau cakap tentang siapa ni? Alia ke?“
    “Huhh…dia perempuan murah! Perempuan tak guna!”
    “Astaghfirullah-al- azim… sampai macam tu sekali kau menghina Alia? Mengucap dulu Syah, mengucap! Ingat ALLAH banyak- banyak,” Adli cuba menenteramkan Tengku Syahran sambil mengurut-urut belakangnya.
    “Dia curang, Li! Dia curang belakang aku! Aku benci perempuan curang! Aku benci dia…aku benci nak tengok muka dia lagi!” air mata Tengku Syahran mula bergenang di kelopak mata.
    “Kau jangan tuduh melulu Syah! Mana kau tahu cerita ni?” tanya Adli inginkan kepastian.
   “Aku nampak dengan mata aku sendiri.Lelaki tu pegang tangan dia, pipi dia, bagi bunga… aku kecewa, Li! Sampai hati Alia.Aku sayangkan dia macam nak mampus.Rindukan dia, bagai nak gila.Ini yang dia balas? Aku dah tak boleh tahan lagi.”
   “Syah, entah-entah tu kawan dia? Kau salah orang tak?” Tengku Syahran terus menggeleng.
   “Tak mungkin! Sampai bersentuh-sentuh?”
   “Entah-entah ada orang nak kenakan kau.” Adli masih cuba mempertahankan kata hatinya.Dia tidak merasakan yang perangai Zahlia sebegitu rupa.
   “Ah, aku malas nak dengar pasal dia lagi….aku benci!” Wajah Tengku Syahran bagaikan ada semangat jahat yang mengganggu.Nasihat Adli tidak langsung diendahkan.Tanpa menghiraukan Adli, Tengku Syahran melangkah keluar.Tiada hala tujuan yang tertera di mindanya.Kalut fikirannya bersama langkah kaki yang tidak menentu arah.
   “Kau nak ke mana, Syah?” tanya Adli kuat.
Tengku Syahran buat tidak dengar.Langkah kakinya semakin pantas.Dia hilang di sebalik pintu utama Neraca Holdings.Adli terkedu.


No comments:

Post a Comment