KERETA Honda Prelude milik Tengku Syahran menyusur
laju membelah jalan raya.Zahlia sejak tadi tidak berkata sepatah pun.Dia asyik memandang ke luar.Anak mata Tengku Syahran sekali-sekala menjeling ke
arah Zahlia.Tengku Syahran berasa sunyi.Akal jahat Tengku Syahran mengatur rancangan.
Tangan nakal Tengku Syahran mula menjalar dan menggenggam jari-jemari runcing isterinya.Zahlia terasa seperti ada arus elektrik sedang mengalir di seluruh badan dan urat nadinya.Tangkas sekali Zahlia menangkis sentuhan nakal Tengku Syahran.
“Apa ni?” marah Zahlia.
“Alia marahkan abang pasal soal anak yang mak sebut tadi ke?” Tengku Syahran menyoal Zahlia.
Tengku Syahran mahu penjelasan.Dia tidak mahu belenggu yang meresahkan itu terus meliuk lentok di dalam diri Zahlia.Seminit tidak mendengar suara lunak Zahlia, Tengku Syahran pasti diburu rindu.Begitu terseksa jiwanya dengan keadaan itu.
Zahlia masih diam membatu.Dia mengikut Tengku Syahran malam itu kerana motifnya yang tersendiri.Bukanlah dia sengaja ingin duduk berdua-duaan seperti yang selalu dilakukan oleh Tengku Syahran untuk mengambil kesempatan.Sebenarnya Zahlia sedang melarikan diri dari realiti hidupnya.
Jika benar Raja Khalida adalah mamanya, biarlah.Tetapi, untuk mengakui kebenaran itu di hadapan umum, tidak sama sekali.Zahlia malu.Gelaran anak luar nikah yang sering dimomokkan oleh rakan-rakan sekolahnya dahulu masih terpahat utuh di dalam hati.Selama-lamanya Zahlia akan dihantui rasa benci terhadap Raja Khalida.
Zahlia terasa panas sentuhan Tengku Syahran melekap di tangannya sekali lagi.Di saat ini, Zahlia sedar yang dia memerlukan seseorang di sisi.Ingin sahaja diluahkan segala masalah itu kepada Tengku Syahran.Tetapi, Zahlia tidak mampu.Lelaki itu hanya sibuk dengan kasih sayangnya sedangkan Zahlia sedang bingung dengan masalah hidupnya.
“Alia!” panggil Tengku Syahran berserta satu ciuman lembut di tangan Zahlia.
Zahlia menarik tangannya.Segala memorinya pada Raja Khalida hilang sama sekali.Teringat kembali perasaan amarahnya yang masih menggunung pada Tengku Syahran.
“Kenapa ni Alia? Senyap aje dari tadi?” suara lembut itu menyapa telinga Zahlia.
Zahlia mencebik.Dia tahu Tengku Syahran sengaja memancingnya untuk berbicara.Kelembutan suara lelaki itu tidak langsung mengusik jiwanya.Malahan mengundang rasa menyampah yang teramat.
“Abang tau Alia marahkan abang sebab abang tipu mak tadi, kan?” Tengku Syahran tetap tidak jemu mengajak Zahlia turut sama berbual.
“Tau pun.“Pendek Zahlia membalas. Sungguhpun nada itu keras tetapi ia tetap membuatkan Tengku Syahran
tersenyum.Sekurang-kurangnya Zahlia sudah mampu untuk bersuara.
“Abang buat macam tu sebab abang nak tolong Alia.Kalau abang tak cakap macam tu, apa alasan Alia nak bagi pada mak?”
Zahlia terdiam.Matanya di arah ke luar tingkap.Memang Zahlia tidak mempunyai alasan yang kukuh.Mujurlah Tengku Syahran sudi membantu.Jika tidak, pasti otak Zahlia sudah tergeliat untuk mencari alasan.
“Tapi abang tak boleh cakap macam tu! Macam bagi mak harapan pulak.Dulu abang jugak yang marah-marah.Jangan sesuka hati bagi mak harapan konon.Tengok sekarang?Abang yang lebih-lebih.”
Tengku Syahran mengerutkan dahi.Abang? Matanya dikerling ke tempat duduk belakang.Kosong.Hanya dia dan Zahlia di dalam kereta itu.Abang? Betul ke apa yang aku dengar ni?
“Err.. abang kurang jelaslah dengan bahasa yang Alia gunakan tu.Boleh ulang balik tak?” Tengku Syahran cuba meminta kepastian.
“Abang jangan nak bergurau sekarang.Alia tengah marah ni!” Zahlia mendengus.
Tengku Syahran terdiam.Lama dia mendiamkan diri.Ligat
fikirannya memikirkan perubahan kata-kata Zahlia.Akhirnya ada ketawa kecil meletus di bibirnya.
“Apa abang ni?” Zahlia menekan.Geram telinganya mendengar bunyi ketawa Tengku Syahran.
“Tak.Abang keliru dengar bahasa yang Alia pakai tu! Sejak bila pulaklah isteri abang ni tau bahasakan diri dengan nama.Panggil abang pun….’;abang’” ujar Tengku Syahran dengan ketawa yang masih bersisa.
Zahlia mengetap bibir.
“Itu yang abang nak, kan? Sekarang Alia dah ikut syarat perjanjian abang tu.Abang pun jangan nak mungkir janji.Ingat semua syarat Alia tu terutamanya syarat yang ketiga.” Zahlia menekan lagi.
Tengku Syahran mematikan ketawanya.Membiarkan ia berganti dengan senyuman berbunga.Kepalanya digeleng berkali-kali.
“Keras kepala betul isteri abang ni! Entah apalagi yang abang perlu buat untuk melembutkan hati Alia.” Tengku Syahran berkata sebelum membelokkan kereta di pekarangan Pusat Rawatan Islam Kajang.
SEBAIK sahaja meletakkan kereta di pekarangan hospital itu, Tengku Syahran dan Zahlia terus melangkah ke wad bersalin.Kelihatan
Adli sedang duduk di
samping isterinya.Zahlia dan Tengku Syahran sempat bersalam- salaman dengan ahli keluarga Adli dan Anissa sebelum melabuhkan punggungnya di sisi Anissa.Bibirnya mengukir senyuman.Wajah Anissa ceria.Terpancar seri seorang ibu.
Seorang jururawat masuk dan membawa seorang
bayi perempuan.Naluri Zahlia tersentuh.Alangkah indahnya suasana begini.Tiba-tiba hatinya dipalu dengan sifat-sifat keibuan yang mengacau fikiran.Entah mengapa dia terasa seperti mahu menikmati suasana sebegitu.Dikelilingi orang yang tersayang di saat menerima cahayamatanya.Pasti itulah memori paling indah untuk diungkapkan.
Mata Zahlia berubah arah memandang tepat ke wajah suaminya yang berada tidak jauh dari situ.Lelaki itu sedang leka bersembang dengan ahli keluarga Adli.Zahlia terus merenung suaminya.Memerhatikan senyuman dan ketawa lelaki itu yang begitu rancak sekali.Seperti pernah dilihatnya sebelum ini.Di mana? Dalam mimpikah? Ah, lupakan!
Zahlia tidak sedar ada senyuman kecil terukir di bibirnya.Dia ralit dengan dunianya yang mengkhayalkan.Tiba-tiba dia disapa dengan suara bayi yang merengek-rengek lalu melenyapkan dunia indah ciptaannya.Terus berganti dengan suara bising orang berbual yang membingitkan telinga.Tanpa disuruh, Zahlia mengeluh.
Keluhannya itu mengundang tanda tanya di benak Anissa.Perlahan-lahan tangan Anissa menyentuh jari-jemari Zahlia.Dingin dan lembut.Pantas sekali Zahlia mengukir senyuman pada Anissa.Seolah-olah cuba disembunyikan angan-angan yang bersadaian di jiwanya sebentar tadi.
“Saya dah selamat.Alia bila lagi?” Anissa bersuara setelah agak lama memerhati gerak geri wanita bertudung itu.
Anissa tertarik dengan sifat Zahlia yang lemah lembut itu.Mata yang berkaca-kaca itu seperti sedang memendam sesuatu sebagai rahsia.Anissa selalu ingin berkongsi perkara itu tetapi dia takut Zahlia akan tersalah anggap dengan kebaikannya.
Anissa mematikan hasratnya itu.Dia tidak mahu perkenalan singkatnya dengan Zahlia terputus begitu sahaja.Anissa mahu mencipta hubungan baik.Sekurang-kurangnya dia masih mempunyai kawan untuk meluahkan apa-apa masalah.
Zahlia sengaja
tergelak.Kata-kata Anissa sebentar tadi memang tidak masuk akal.Bukankah Anissa sudah jelas dengan cerita di sebalik perkahwinannya dengan Tengku Syahran?
”Saya serius Alia.Kenapa ketawa?” suara Anissa kedengaran lembut.Zahlia mematikan gelak.Pandangannya terus terpahat bertentangan dengan Anissa.Anak mata seorang ibu itu bagaikan merenjis satu sinar kemilau dalam jiwa Zahlia.Sedikit-sedikit bertukar menjadi pancaran cahaya yang amat menyenangkan.Zahlia menggeleng laju.Mematikan perasaan itu dari terus menambat hati.
“Orang lelaki ni Alia, kita kena ikat dengan anak.Lagipun anak kan pembawa rezeki dalam rumah tangga.Tak mungkin Alia dengan Syah tak teringin langsung nak menimang anak sendiri?” kata- kata Anissa seperti gurindam yang bergemaung di telinga Zahlia.
Mempunyai anak sendiri memang merupakan impian Zahlia sejak dahulu.Tetapi, Tengku Syahrankah lelaki
yang bertanggungjawab menjadi bapa kepada anak-anaknya nanti? Jika ya, siapa lelaki yang ada dalam mimpinya ketika dia menunaikan solat sunat Istikharah suatu waktu dahulu? Tengku Syahrankah? Zahlia sering bingung dengan persoalan itu.
Lamunan Zahlia rentung apabila terasa jari-jemarinya diusap lembut.Teringat pertanyaan Anissa yang masih belum berjawab.
“Susah saya nak cakap, Anis.Siapa yang tak mahu timang anak sendiri? Semestinya saya mahu, cuma perkara ni tak mungkin berlaku antara saya dengan Syah,” jawab Zahlia menoktahkan persoalan yang melayang-layang dalam diri Anissa.
Anissa mengerutkan dahi.Ayat yang diucapkan oleh Zahlia amat menghairankan.Tidak mungkin berlaku antara dia dan Syah?
“Kenapa pulak tak mungkin? Alia kan perempuan dan Syah pulak lelaki.Sesuatu yang tak mustahil.Lainlah kalau antara saya dengan Alia.memang tak mungkin.”
Anissa tetap tidak berpuas hati dengan jawapan Zahlia.Kalau boleh Anissa mahukan perkahwinan Zahlia dan Tengku Syahran berkekalan selamanya.Jangan berputus setelah segala- galanya selesai.Zahlia terlalu baik untuk seorang lelaki seperti Tengku Syahran.Walaupun kerap kali Tengku Syahran mengadu kepada Adli bahawa Zahlia seorang yang keras kepala, Anissa yakin Tengku Syahran amat menyayangi Zahlia.
Zahlia ketawa dan membalas kata-kata Anissa dengan gelengan.Setiap patah perkataan Anissa itu sikit-sikit cuba ditangkis dari meniti dalam fikiran.Sesungguhnya Zahlia takut ayat-ayat Anissa akan merencanakan perasaan sayang.Ego Zahlia masih teguh berdiri.Zahlia tidak mahu tewas.
“Cuba Alia lihat tu! Takkan tak tersentuh hati tu langsung?” Anissa menunjukkan jari ke arah satu sudut bilik itu. Zahlia memahatkan pandangan pada tempat
yang ditunjukkan.Terkesima dia seketika.Tertawan juga hatinya dengan aksi Tengku Syahran yang kelihatan kekok mengendong bayi dalam pelukan.Tercetus sedikit rasa gelihati di dalam diri yang menyeru senyuman kecil terukir di bibirnya.
Zahlia merelakan pandangannya terus mendarat pada tingkah laku Tengku Syahran.Walaupun pekerti suaminya nampak kekok, nurani Zahlia tetap merisik perasaan aman dalam kamar hatinya.Agaknya, begitulah keadaan lelaki itu apabila memegang zuriatnya sendiri nanti.
Lamunan Zahlia berpendar-pendar hilang dari ingatan semasa semua tetamu meminta diri untuk pulang.Kini, hanya aksi Tengku Syahran dengan bayi perempuan itu,tanpa menyedari dirinya turut diperhatikan oleh ekor mata Tengku Syahran dari jauh.
Tengku Syahran tertawa dalam hati.Pipi mulus bayi yang sedang nyenyak dipelukan kadangkala diusap perlahan.Adli tergelak melihat sahabatnya yang seperti baru kali pertama memegang anak kecil.Kelakar betul!
“SYah! Kau dengan Alia bagaimana? Dah positif?“soalan yang ingin ditanya sejak tadi terkeluar juga dari mulut Adli.
Hilang konsentrasi Tengku Syahran pada bayi itu.Deria penglihatan Tengku Syahran terus difokuskan pada Adli.Demi melihatkan wajah itu, Tengku Syahran tergelak.
“Aku rasa kan, betullah cakap kau tu, Li! Aku kena ikat dia dengan kuasa aku.”
“Maknanya kau dengan Alia belum..”
“Hisy.. kau ingat benda tu perkara main-main ke? Ini soal perasaan tau.Aku tak sampai hati nak paksa-paksa dia.Kesian! Bila aku tenung mata dia, hati membara aku ni boleh cair tau tak?” Tengku Syahran mengakui apa yang bertakhta di dalam benaknya.
“Kau ni pesimislah Syah! Mudah berputus harap terhadap diri sendiri.Kau tak cuba lagi, kan? Mana kau tahu? Entah-entah perangai dia yang kau kata keras kepala tu boleh lentok lepas kau ikat dia dengan kuasa kau.Itulah,… aku dah bagi petua kau tak nak.Tengok aku ni, dah selamat keluar seorang.“Adli seolah-olah angkuh dengan gelaran bapa yang baru disandang.
Perilaku Adli itu hanya melayarkan cebikan kecil di wajah Tengku Syahran.Meluat Tengku Syahran mendengar pengakuan Adli yang nampak berlagak.
Perilaku Adli itu hanya melayarkan cebikan kecil di wajah Tengku Syahran.Meluat Tengku Syahran mendengar pengakuan Adli yang nampak berlagak.
“Eleh, kau dulu lagi teruk.Takkan kau tak ingat masa kau dengan Anis bergaduh selang dua hari selepas kau dengan dia bernikah.Mana tempat kau lari? Rumah aku jugak, kan! Sebabnya Anis belum bersedia, kau yang terover-over.Bagi petua konon.Boleh blahlah!” ada kekekan kecil meletus di bibir Tengku Syahran.
“Syhhh…dengar bini aku tu karang!” potong Adli sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
Adli mengintai wajah isterinya dari jauh.Lucu juga dia apabila teringat memori hidupnya itu.Betul juga kata Tengku Syahran.Orang perempuan ni tak boleh dipaksa sikit.Cepat sangat melatah!
“Tapi kan Li! Hari tu aku ada jugak gertak Alia suruh tolong urutkan aku.Niat aku mula-mulanya sekadar bergurau, tak tau pulak dia mengikut.Yang aku tak tahan nak ketawa sangat, masa aku terjaga pagi tu.Bukan main sedap dia peluk aku macam bantal peluk.Tapi, nasib baik dia terjaga awal.Kalau tak mahu aku…“Tengku Syahran membuat aksi jahatnya.
“Kau ni Syah, cakap tak serupa bikin! Kalau betul dia tak terjaga pun belum tentu kau nak tuttttt…”.Adli mengusik Tengku Syahran.Biar Tengku Syahran sedar kata-katanya tadi merupakan satu cabaran.
“Kau jangan cabar aku, Li.Kau belum kenal aku siapa! Jangan terperanjat suatu hari nanti tiba-tiba Alia lahirkan dua pasang anak kembar untuk aku.Baru kau kenal langit tu tinggi ke rendah.“Tengku Syahran berkata bersungguh-sungguh.
“So, take it as a challenge!”
Tengku Syahran mengangguk.Dia akan buktikan pada Adli suatu hari nanti dia akan berjaya memiliki Zahlia sebagai suri hidupnya sehingga ke akhir hayat.Tidak lagi perlu bersusah payah membiarkan otaknya berserabut dengan surat perjanjian yang merepek-repek.
Di waktu itu hanya kuntum-kuntum bahagia yang berseri dalam taman hidupnya.Dia mempunyai dua pasang anak kembar yang lincah berlari-lari di halaman rumah ketika menantinya pulang dari kerja.Manakala Zahlia pula dengan penuh sabar menantinya di muka pintu.
“Abang, Alia nak pegang pulak boleh tak?” gemersik suara halus Zahlia meratah-ratah segala impian indah yang baru diangankan sejenak tadi.
Perlahan-lahan tangan Tengku Syahran menghulurkan bayi perempuan ke dalam dakapan Zahlia yang sedang berdiri.Zahlia tersenyum.Berhati-hati menyambut anak kecil itu.Dia melabuhkan punggungnya di sisi Tengku Syahran.Lelaki itu mula mengambil peluang untuk memerhati gerak geri Zahlia ketika berada dalam suasana begitu.
Adli beredar dan menuju ke arah Anissa.Dia ingin memberi kesempatan untuk pasangan itu menyendiri.Mungkin sebagai langkah pertama.
Za hlia mengusap pipi bayi perempuan itu kudus.Kepalanya ditunduk sedikit lalu satu kucupan gugur di atas ubun-ubun anak kecil itu.Matahazelnya terus mengamati ke sekeliling bentuk wajah polos si bayi.Lebih iras kepada bentuk wajah Adli berbanding Anissa.Mata, kening dan bibir lebih memberat kepada ibunya dan hidung kecilnya kelihatan serupa seakan hidung Adli.
Zahlia terus tersenyum tanpa menghiraukan mata Tengku Syahran yang terlalu asyik memerhatinya sejak tadi.Wajah bayi itu mula melerahkan perasaan indah yang merejah-rejah nurani Zahlia.Satu kucupan tersua lagi.Kali ini di pipi si kecil.Zahlia terasa bahagia.
“Alia tak teringin merasai perasaan ni lagi untuk anak sendiri pulak?” persoalan Tengku Syahran merempuh segala rasa keindahan yang terukir di lubuk hati.Lenyap bersama perasaan bahagia yang baru bertakhta.
Senyuman yang terterap di bibir halusnya ketika menatap wajah bayi itu tadi mati serta-merta.Wajah Tengku Syahran dikerling sekali imbas.Lambat-lambat Zahlia menggeleng.
Tengku Syahran mencebik nakal.Dia tahu Zahlia berbohong.Masakan begitu asyik mata wanita itu melayarkan pandangan ke wajah si bayi tanpa wujud satu perasaan tulus.Siap dengan ciuman yang berkali-kali lagi.
“Eleh, jangan nak tipu abang! Sekeras mana pun hati Alia, mesti tersentuh jugak bila Alia tengok muka baby girl ni, kan?”
Pertanyaan Tengku Syahran diabaikan dari berlabuh di kotak fikiran.Zahlia malas mahu menjawab pertanyaan lelaki itu yang hanya akan melemahkan nalurinya.Tabir egonya masih tegak bergantung.Belum bersedia untuk diruntuhkan.
“Senyap aje tu, betullah, kan?” suara Tengku Syahran semakin dekat di telinga.
Zahlia segera menjarakkan kepalanya jauh sedikit dari Tengku Syahran.Namun, cengkaman tangan Tengku Syahran tiba- tiba terpaku di bahunya.Zahlia terikat.
“Jangan cuba nak melarikan diri dari abang.Selagi Alia masih hak abang, selagi itulah abang takkan lepaskan Alia.Abang pernah cakap jangan cabar kelelakian abang.Mungkin bukan hari ini, esok, lusa, tulat, siapa tau? Tiba-tiba Alia sendiri yang datang pada abang.”
Tengku Syahran berbisik di telinga Zahlia.Dibiarkan Zahlia didatangi perasaan gementar dengan kata-katanya yang seolah-olah satu ugutan.Terselit satu senyuman nakal di pinggir bibir apabila kening matanya dimain-mainkan.
“Abang jangan Alia ni mudah takut dengan ugutan abang tu! Apa abang fikir Alia ni tak ada maruah? Nak menyerah aje bila digertak? Abang silap,” balas Zahlia berani.
Tengku Syahran terasa bahagia.Zahlia memang memanggilnya dengan perkataan keramat itu.Alhamdulillah…Tengku Syahran bersyukur.
Zahlia mencium bayi itu lagi.Dia memang berdebar dengan kata-kata Tengku Syahran
tadi.Zahlia memejamkan matanya sejenak.Mengambil kesempatan itu untuk menenangkan fikiran yang mula berkocak.Termangu dirinya apabila Tengku Syahran
menarik kerusi dan duduk menghadap dirinya.Keadaan itu mengacaukan lagi fikiran Zahlia yang masih belum bertenang.
“Kenapa tak pandang abang? Berdebar-debar?” bunyi suara itu merungkaikan perasaan gementar yang bermukim.
ahlia masih berlagak santai.Kali ini tanpa dipaksa, Zahlia membalas renungan suaminya.Melucup laju panahan matanya telus ke dasar hati.Benar-benar menggigit naluri.
“Wah, satu perubahan yang drastik.” Ucapan itu mematikan renungan Zahlia.Serta-merta dahi Zahlia mengedut.
“Maksud abang?”
“Alia dah berani nak lawan pandangan mata abang! Bukan main asyik.Bagaimana? Ada timbul perasaan asing?Gementar?” Tengku Syahran bertanya sambil tersengih.
“Tak sama sekali.”
Laju Zahlia menyangkal ucapan Tengku Syahran.
“Konkrit betul ego Alia ni.Tak mungkin selamanya Alia nak menjaga anak orang kat Sinar Iram tu.Cuba Alia bayangkan bila kita ada anak sendiri nanti.Yang lelaki, mesti kacak dan segak macam abang.Yang perempuan pulak, mesti sopan, cantik,lemah- lembut dan semestinya mempunyai sepasang anak mata yang cantik seperti ibunya! Alia tak teringin ke?” Tengku Syahran tetap cuba menarik minat isterinya.
“Nak memang nak.Tapi, bukan dengan abang.Dengan orang lain!”
“Eh, amboi! Cerdiknya dia menjawab.That thing wouldn’t happen to you with another guy but only between you and me.Remember that? You are mine!“Tengku Syahran membantah kata-kata isterinya.
“Tak ingin Alia serahkan tubuh Alia ni pada abang.Tak rela!” Zahlia masih utuh dengan keputusannya.
“Eleh, tengoklah nanti! Betapa hebatnya abang untuk menjadi ayah kepada anak-anak yang Alia kandungkan.Abang akan buka mata Alia luas-luas.Biar Alia sedar sesaat tak mendengar suara romantik abang ni, Alia boleh jadi gila.” Kata-kata Tengku Syahran hanya melahirkan rasa jengkel di laman hati Zahlia.Geli-geleman dia mendengar pengakuan tersebut.
“Dahlah.Malas nak layan abang.Jomlah kita balik.Dah lama benar kita kat sini.Nanti mengganggu Adli dengan Anissa pulak.” Zahlia berkata memintas perbualan Tengku Syahran yang mula melalut-lalut.
Tengku Syahran tersengih nakal.
“Kenapa awal sangat? Alia dah tak sabar nak dukung anak sendiri ke?”
usik Tengku Syahran membuatkan Zahlia membuntangkan mata.
“Jangan nak merepek-repek.Alia tampar nanti.”
“Tamparlah.Bila melekat aje tangan Alia kat pipi abang, jagalah! Abang tarik Alia naik atas katil… tu tengok katil tu… tak ada orang.Macam bagi peluang kat kita aje.Bila dah naik atas katil, abang akan tarik tirai tu dan tak ada orang akan nampak kita.” Tengku Syahran ketawa besar.Zahlia menahan geram.
“Kenapa senyap? Takut? Susah-susah sangat kita sewa hotel aje nak? Kita raikan bulan madu kita secara rasmi! Nak tak sayang?” usik Tengku Syahran dalam nada gelaknya.
“Abang tidurlah seorang diri.Alia boleh balik naik teksi.Kalau mak tanya, cakap aje abang tinggalkan Alia kat tengah jalan seorang diri.”
“Lepas tu, bila mak tanya abang pulak, abang jawablah Alia tak mahu lahirkan cucu untuk mak.” Zahlia terus kehilangan kata.Setiap ayat yang diucapnya pasti ada balasan yang menyakitkan hati.Zahlia tunduk.Sempat matanya menjeling tajam wajah Tengku Syahran.
“Dah habis modal? Okeylah sayang, jom kita balik! Selagi Alia belum bersedia, abang takkan buat macam tu! Alia ingat abang ni buruk lantak? Nak terkam sesuka hati walaupun yang halal tak sudi nak bagi?” Jawapan Tengku
Syahran menenangkan kegelisahan di hati Zahlia.Perlahan- lahan mereka melangkah ke arah Adli dan Anissa.Setelah bersalaman, mereka melangkah pulang.
No comments:
Post a Comment