Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, October 24, 2010

Bicara Hati bab 40

TENGKU SYAHRAN bersiul-siul kecil berjalan di sebelah Adli  ketika mahu melangkah ke meja makan yang terletak tidak jauh dari mereka.Adli pelik melihat perangai teman baiknya itu.Nampak berlainan hari ini.Dah kemaruk agaknya
dia ni? Hati Adli berdetik.
 Setelah memesan makanan, Adli memerhatikan gelagat Tengku Syahran.Dia masih
dengan dunianya.Adakalanya Tengku Syahran menyanyi kecil dan kadang-kadang dia tersenyum sendirian.Entah apa ubat yang Alia berikan agaknya! Rungut Adli lagi.
     “Kenapa senyap,Li?” tiba-tiba Tengku Syahran bertanya.
Adli merenung wajah ceria sahabatnya itu.Pelik sungguh!
     “Kenapa?” tanya Tengku Syahran aneh dengan renungan Adli.
     “Kau tulah, pelik aku tengok hari ni,” beritahu Adli.
     “Pelik? Pelik yang macam mana? I don’t get it!” tanya Tengku Syahran sambil
menyuap nasi goreng pattaya ke dalam mulut.
     “Tak ada.Aku tengok kau semacam aje hari ni.Tak pernah kau senyum sampai ke telinga lebarnya!” terang Adli dengan kerutan di dahi.
     “Nothing! Aku biasa aje.” Tengku Syahran menjawab dengan senyuman.
Adli merenung temannya lagi.Wajah Tengku Syahran tetap selamba.Makin
lebar senyumannya.
    “Haa….tu tersengih tu.Apa kenanya ni? Dah lama benar aku tak tengok kau ceria macam ni! Pasal Alia ke?” Adli masih bertanya.
Tengku Syahran menjungkitkan bahu.
    “Aku biasa aje, Li.Tak ada apa-apa.Kau yang merepek ni.“
    “Kau biar betul Syah.Aku kenal kau dah lama tau!”
    “Betul.I’m okay!” beritahu Tengku Syahran bersungguh-sungguh. Giliran Adli pula yang menjungkitkan bahu.
    “Suka hati kaulah Syah!So… kau dengan Alia dah all right?” Adli mula mencari
ruang untuk mengetahui perkembangan perkahwinan temannya.
Tengku Syahran tersenyum lagi.Teringat peristiwa indah yang pertama kali berlaku dalam hidupnya semalam.
    “Alhamdulillah semenjak dua menjak ni dia dah jinak sikit.Cuma kau faham- faham ajelah Alia tu, angin satu badan.Tambah lagi dengan rumah yang tengah tak ada orang sekarang ni.Pantang usik sikit, nak mengamuk aje!”
Adli ketawa.Kemudian dia menghirup teh aisnya.
    “Pandai-pandailah kau ambil hati dia.Ambil peluang masa rumah kau tengah
kosong ni.Kalau dia tak suka… kau kacau buat apa?” soalan Adli membuatkan Tengku Syahran terkulat-kulat.
   “Mana tahan duduk berdua senyap macam tu aje! At least, nak juga aku….”
   “Ah, sudah…sudah! Tu mulalah nak cakap benda kotor tu!” potong Adli pantas. “    “  “Mana ada? Kau ni….main tuduh aje!”
    “Habis, tengok dari gaya percakapan kau tu, bukannya boleh percaya.”
   “Aku nak beritahu kau…daripada duduk berdua macam tu aje, baik aku ambil
peluang untuk bermanja dengan dia.Dia tu aje yang tak faham!” ujar Tengku Syahran sambil menyuapkan lagi nasi goreng pattaya ke dalam mulutnya.
    “Cara kau kasar sangat agaknya?” Adli tergelak.
    “Entah.Aku pun tak perasan.Mungkin jugak, Li!” ujar Tengku Syahran sambil
menghirup milo aisnya pula.Peristiwa semalam terbayang lagi.Ah,aku cintakan kau, Alia!
   “Itulah….kau kena pandai bermain dengan situasi.Ini, ikut sedap kau aje! Hari tu dia dah mengaku kat Anis yang dia sayangkan kau.Mesti kau ada buat hal ni!”
Serkap jarang itu membuatkan Tengku Syahran mengeluh tiba-tiba.Tangannya
mula meletakkan gelas yang berisi air milo itu di atas meja.Tengku Syahran teringatkan peristiwa dia menampar pipi Zahlia dahulu.Rasa bersalah datang tiba-tiba.
     “Betul ke, kau ada buat hal?” soal Adli sekali lagi. Tengku Syahran terdiam.Perlahan-lahan dia mengangguk.
    “Laa… apa yang kau dah buat?“
    “Aku tak sengaja,Li. Bukan niat aku!” Tengku Syahran berkata sambil tunduk.
    “Yalah…apa bendanya?” Adli sudah tidak sabar untuk mengetahui alasan temannya itu.
Tengku Syahran menarik nafas panjang.
    “Aku,,,,terlepas cakap!” Adli masih tidak mengerti.Terus ditenung wajah temannya sedalam mungkin.
    “Aku hina maruah Alia.Lepas tu, aku tampar pipi dia.”
Adli ternganga.
    “Oh, my God! Hey,what happened to you? Sampai macam tu sekali?” Adli terkejut.
    “Aku tak sedar,Li!”
    “Kau tau tak Syah… berdosa kau pukul Alia macam tu.Kemudian, kau hina dia.Kalaupun dia ada buat salah, bukan begitu caranya nak menghukum isteri.”
    “Aku tau! Tapi, otak aku tengah berserabut masa tu.Semuanya Linda punya
pasallah!”
Adli mengerutkan  dahi.Tidak mengerti penjelasan Tengku Syahran.
   “Linda?”
Tengku Syahran mengangguk.
   “Dia ugut aku tentang surat perjanjian.Aku risaulah, Li…kalau dia beritahu
mak aku!” Tengku Syahran mengeluh.
   “Dia ada buktikah?”
   “Ada.Surat perjanjian tu ada pada dia.Mana aku tak bengang? Dia masuk office aku masa aku tak ada!”
Adli tercengang lagi.
   “Maknanya…kau lepaskan geram pada Alia pasal hal tu?” Tengku Syahran membatu.
   “Mungkin itu salah satu daripada puncanya.”
   “Maksud kau?”
   “Linda buat fitnah mengatakan yang Alia ada lelaki lain.Linda mahu aku ceraikan Alia dalam masa tiga bulan dari tarikh dia datang office aku dulu.Linda suruh aku tengok CD rakaman dia.Ada gambar Alia dengan seorang lelaki.Rupa-rupanya lelaki tu kita kenal.Kau ingat Ben masa kita study dulu?”
Adli terdiam.
   “Ben yang suka pada Linda tu ke?” teka Adli.
   “Hmm…dia nak masuk Islam! Lepas tu, dia suruh Alia tolong ajarkan dia persediaan sebelum masuk Islam! Aku berdosa besar pada Alia, pada Ben… tuduhan yang merepek-repek!” luah Tengku Syahran dalam nada kesal.
    “Aku dah minta maaf pada Alia! Tapi, aku tau Alia masih marahkan aku.Cuma
marahnya dah reda sikit,” jawab Tengku Syahran.
   “Dah reda macam mana?”
   “Makan pakai aku,dia tak pernah abaikan sejak pagi tadi.Tapi,kau pun kena
faham jugak aku ni.Kadang-kadang mengada-ngada sikit.Dia dah panaskan lauk, aku suruh hidang atas meja.Sengaja aku nak tambah pinggan kotor kat rumah tu,” jawab Tengku Syahran panjang.
     “Kau ni, Syah! Kesian dia.”
Tengku Syahran ketawa.
    “Aku nak ajar dia,Li.Biar dia biasa hidup dengan cara aku bila pindah rumah nanti.Aku pun masih cuba memahami sikap dia.”
    “Kau nak pindah rumah?” Adli terperanjat.
    “Aku nak merasa hidup berumah tangga dengan Alia.Lagipun, kesian aku
tengok dia…kena jaga tingkah laku di depan famili aku.Tak free macam orang lain.Bila keluar bilik aje, kena pakai  tudung.Pergerakan dia terbatas.Itupun nasib baik rumah tengah tak ada orang sekarang ni.Bolehlah dia bebas sikit,” ujar Tengku Syahran lagi.
Adli menyandarkan tubuhnya ke kerusi.
    “Emm….dia dah tau?”
   “Belum.Benda ni masih dalam perancangan aku.Kalau boleh aku nak dapatkan rumah dulu.Kau boleh tolong aku, kan?”
Adli terdiam.Berfikir sejenak.
   “Kalau pasal rumah…no problem sebab aku ada ramai member yang kerja kat agensi hartanah.Nanti aku bawa kau ke sana! Tapi dengan syarat.”
   “What?” Tengku Syahran mengangkat kening.
   “Bila dah pindah rumah nanti, kau jangan berperangai macam budak-budak
lagi.Cuba control sikit temper kau tu.Jangan sikit-sikit nak naik darah aje.Alia tu perempuan! Aku takut, sampai masa bila dah tak tahan, dia lari…padan muka kau!”
Tengku Syahran tersenyum.Lambat-lambat baru dia mengangguk.
   “Aku tau…”
   “ So…bila nak bincang dengan Alia tentang hal kau dengan dia? Kes kau dah berat ni.Linda pun dah dapat surat perjanjian tu.Baik kau bincang dengan Alia cepat-cepat!” soal Adli sambil menghirup teh ais yang sudah meruap di permukaan gelas.
   “Tunggu mak dengan ayah aku baliklah.Lagipun, aku tak tau apa pendapat Alia
tentang rancangan aku nak hidup bersama dia.Aku takut dia tak setujulah!”
   “Mustahil.Kan dia dah sayangkan kau!”
   “Aku kena tanya dia dulu!”
   “Tulah kau….dulu lagi aku dah suruh kau ikat dia dengan kuasa kau.Kau sendiri
yang tak nak.Sekarang,keadaan dah genting, kalau terjadi sesuatu macam mana?”
Kata-kata Adli membuatkan Tengku Syahran tersenyum kecil.Tengku Syahran terbayang lagi adegan malam tadi.Alia betul-betul menawan!
Adli pelik lantas mengerutkan dahi.
    “Ni, apasal sengih- sengih pulak ni?” tegur Adli. Tengku Syahran tersentak.Segera mematikan senyuman.
    “Tak ada apa-apa.Jom…blah? Dah lama kita ni!” Tengku Syahran memesongkan topik.
Adli menghirup teh aisnya sampai habis.
    “Jom….“



KETIKA Tengku Syahran sampai di rumah pada malam itu,Zahlia sedang melipat kain di ruang tamu.
     “Hai, sayang! Dah lama balik?” Tengku Syahran terus memeluk bahu isterinya. Zahlia terkejut dengan tindakan suaminya itu.Terasa hangat tubuh Tengku Syahran melekap di belakangnya.Pantas Zahlia menjarakkan kepalanya dari Tengku Syahran.
Tengku Syahran hanya tersenyum melihat respons Zahlia.Dia sudah masak
dengan tingkah laku isterinya.Pelukan yang semakin erat segera dileraikan.Lantas Tengku Syahran melabuhkan punggungnya di sisi Zahlia.
     “Alia dah makan? Abang laparlah sayang,” beritahu Tengku Syahran sambil menyandarkan tubuh ke kerusi.
Zahlia senyap.Begitu juga dengan Tengku Syahran.Suasana menjadi sunyi semula.Zahlia menoleh ke arah Tengku Syahran.
Patutlah senyap.Dah terlena rupanya? Detik hati kecil Zahlia.Deruan nafas yang
berbunyi bagaikan terselit dengan nada keletihan.Perlahan-lahan Zahlia bangkit dan menuju ke dapur.Kerjanya ditinggalkan sebentar.
Selesai memanaskan lauk, Zahlia menghidangkan makanan itu di atas meja.Kemudian, dia melangkah ke ruang tamu semula dan duduk di sisi Tengku Syahran.Menyambung kembali kerja-kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.Amboi, bukan main sedap lagi dia berdengkur! Ngomel Zahlia.
Zahlia tidak terus mengejutkan Tengku Syahran.Direnungnya wajah Tengku Syahran.Timbul rasa belas di hatinya.Terbit rasa sayang dalam jiwanya.Tiba-tiba Zahlia mengeluh kecil.Mengaku di dalam hati yang dia turut menyayangi Tengku Syahran.Entah mengapa timbul perasaan nakal di benak Zahlia untuk mengusik suaminya itu.
Perlahan-lahan jari telunjuknya dibiarkan bermain-main di kening Tengku
Syahran yang lebat.Zahlia ketawa kecil apabila melihat kelopak mata Tengku Syahran bergerak-gerak dengan dahi yang berkerut.Bagaikan ada sesuatu yang mengganggu.
Tengku Syahran mula tersedar.Tetapi, dia tidak terus membuka mata sebaliknya membiarkan matanya terpejam rapat.Tengku Syahran terasa keningnya dimain mainkan.Telinganya pula seperti dapat menangkap bunyi ketawa yang halus menampar pendengaran.
Tengku Syahran mula mengesyaki sesuatu.Perlahan-lahan sebelah kelopak matanya dicelikkan sedikit.Dalam sedikit ruang itu matanya dapat menangkap seraut wajah yang sedang tersenyum di sisinya.Wah, dia nak main geli-geli pulak!
Tengku Syahran tersenyum di dalam hati.Zahlia dilihatnya masih tersenyum dan mungkin tidak menyedari yang dirinya diintip.Tengku Syahran memejamkan matanya semula.Hatinya ligat mencari jalan ingin mengusik wanita itu.senyap-senyap nak
bergurau dengan aku ya?
Perlahan-lahan Tengku Syahran menyengetkan kepala dan kemudian sengaja dijatuhkan ke atas paha Zahlia.
Zahlia tersentak.Mati terus senyumannya.Kepala Tengku Syahran terasa berat menghempap kakinya.Ingin ditolak, tidak sampai hatinya apabila melihat wajah kepenatan itu.Lalu, Zahlia hanya membiarkan kepala Tengku Syahran terbaring
lesu di kakinya.
Zahlia meneliti segenap wajah itu.Kemudian, dia memberanikan diri meletakkan tapak tangan di kepala Tengku Syahran.Rambut Tengku Syahran yang terjuntai-juntai dibelainya lembut.Semakin lama, dia semakin berani.Bibir halusnya tersenyum.
Tiba-tiba mata Tengku Syahran terbuka dengan senyuman nakal tercetus di
bibir.Zahlia terkejut.Terasa bagaikan dipatuk ular.Senyuman manis yang terukir di wajahnya dengan sendirinya mati.Segera dia bangun.Tindakan sepantas kilatnya itu
membuatkan tubuh Tengku Syahran terjelepuk ke bawah.
    “Aduh!” Tengku Syahran terjerit kecil.Nasib baik badannya terjatuh di atas permaidani.
Zahlia yang melihat peristiwa yang tidak diduga itu sedikit terkejut.Tetapi,perasaan terkejutnya bertukar menjadi rasa lucu yang memuncak sehingga mencetuskan bunyi ketawa di bibirnya.Zahlia menerkup mulutnya.
Tengku Syahran tersenyum melihat isterinya ketawa besar.Dia bingkas bangun.
     “Haa…ketawa pun isteri abang ni! Adakah ketawa itu bermaksud Alia dah tak
marahkan abang lagi?” tanya Tengku Syahran sambil duduk di atas kerusi semula.
Zahlia mematikan ketawanya.Lama kemudian, bibirnya mencebik.
    “Selagi Alia ingat kata-kata abang menghina Alia hari tu, marah Alia takkan padam!” beritahu Zahlia berterus-terang.
Tengku Syahran berdiri.Berjalan menghampiri Zahlia lalu diraihnya tapak tangan itu dengan lembut.
    “Maafkanlah abang.Abang berjanji perkara sebegitu takkan berlaku lagi,
ya?” pujuk Tengku Syahran tepat melepas pandang ke anak mata Zahlia.
Zahlia menggeleng.
   “Tak mungkin semudah itu!”
    “Percayalah.Abang akan bertanggungjawab pada Alia.Kita bersatu sampai bila- bila.Abang takkan menghina Alia lagi!”
Zahlia menarik tangannya dan berundur setapak ke belakang.Matanya melawan renung suaminya.Seperti biasa, dialah yang akan tewas.Pantas dilarikan penglihatannya ke sudut lain.
Tengku Syahran tersenyum.
    “Nampaknya Alia masih belum mampu melawan pandangan abang! Kenapa?
Gementar?” Tengku Syahran bertanya dengan nada usikan.
Zahlia tunduk.Berdebar dia mendengar pertanyaan itu.
    “Alia dah hidangkan lauk kat atas meja.Kalau abang nak makan, layanlah diri
sendiri.Alia nak habiskan melipat kain.” Zahlia memesongkan tajuk.Soalan Tengku Syahran tidak dilayan.
Tengku Syahran hanya menggeleng apabila Zahlia melangkah pergi.
    “Isteri abang ni…keras kepala betul.” Sempat Tengku Syahran berbisik
sebelum berlalu ke arah tangga.
Zahlia mendiamkan diri.Tangannya menyambung kembali melipat kain baju yang
terbiar tadi.Namun, telinganya dapat menangkap kata-kata Tengku Syahran dari anak tangga.
    “Abang nak Alia layan abang makan lepas ni.Buat apa ada isteri, kalau abang
kena layan diri sendiri? Abang nak mandi dulu.Alia pun siapkanlah melipat kain tu!” jerit Tengku Syahran dengan nada yang kuat.
Zahlia mengejut kecil apabila derap kata itu kian menghilang.Tengku Syahran
memang suka memerintah!




No comments:

Post a Comment