Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, October 1, 2010

Bicara Hati bab 6

TENGKU SYAHRAN terjaga dari tidur.Gelak ketawa Zahlia
kedengaran sehingga ke biliknya.Tengku Syahran bingkas bangun dan mengintai disebalik tirai langsir.Dari bilik atas dia dapat melihat Zahlia ketawa.Tengku Hakimi yang berada di sebelahnya sedang rancak bercerita.
   Tengku Syahran mengetap bibir.Cemburu juga dia melihat kemesraan itu.Zahlia nampaknya lebih senang dengan Tengku Hakimi.Dengannya? Tengku Syahran malas hendak fikir.
    Sejak dia mengusulkan cadangan untuk memperisterikan Zahlia dalam rancangan itu, Zahlia sudah tidak kelihatan seperti kali pertama mereka bersua semasa berlakunya kemalangan.
    Kini, wanita itu sedang ketawa dengan gembira.Cemburu? Ya, Tengku Syahran memang cemburu.Tetapi, bila difikirkan semula, untuk apa dia cemburu? Sedangkan dia tahu Zahlia bukan haknya yang mutlak.Mereka hanya sah sebagai suami isteri hanya di dalam sijil nikah dan surat perjanjian.Yang selebihnya, tidak.Tengku Syahran mengeluh.Kemudian dia menuju ke sofa di hujung katil.
      Kasihan, Alia! Tak semena-mena terlibat sama dalam masalah hidup aku, keluh Tengku Syahran.Aku pun satu, guna bahasa yang kasar sangat tu kenapa? Baru sehari dah tunjuk belang dahlah dia sudi tolong aku! Ah, perempuan tu
keras kepala.Biarkan dia rasa.Tiba-tiba terbayang di fikirannya wajah Zahlia yang muram malam tadi.Teresak-esak Zahlia menangis di tepi dinding.Sampai Tengku Syahran sendiri tidak tahu bila isterinya terlelap.
Namun, ketika Tengku Syahran terjaga lewat pukul 4.00 pagi,dia terpanggil untuk mengamati keadaan Zahlia.Isterinya hanya terbaring lesu di atas ambal tanpa bantal dan selimut.
      Niat Tengku Syahran untuk ke bilik air hilang begitu saja.Yang terlahir di hati hanyalah nafsu lelakinya yang tiba-tiba bergelora.Bila teringatkan syarat-syarat yang dikenakan, terpaksalah dia mengawal nafsunya.

dia cemburu? Sedangkan dia tahu Zahlia bukan haknya yang mutlak.Mereka hanya sah sebagai suami isteri hanya di dalam sijil nikah dan surat perjanjian.Yang selebihnya, tidak.Tengku Syahran mengeluh.Kemudian dia menuju ke sofa di hujung katil.
Kasihan, Alia! Tak semena-mena terlibat sama dalam masalah hidup aku, keluh Tengku Syahran.Aku pun satu, guna bahasa yang kasar sangat tu kenapa? Baru sehari dah tunjuk belang… dahlah dia
sudi tolong aku! Ah, perempuan tu
keras kepala.Biarkan… dia rasa.Tiba-tiba terbayang di fikirannya wajah Zahlia yang muram malam tadi.Teresak-esak Zahlia menangis di tepi dinding.Sampai Tengku Syahran sendiri tidak tahu bila isterinya terlelap.
Namun, ketika Tengku Syahran terjaga lewat pukul 4.00 pagi,dia terpanggil untuk mengamati keadaan Zahlia.Isterinya hanya terbaring lesu di atas ambal tanpa bantal dan selimut.
Niat Tengku Syahran untuk ke bilik air hilang begitu saja.Yang terlahir di hati hanyalah nafsu lelakinya yang tiba-tiba bergelora.Bila teringatkan syarat-syarat yang dikenakan, terpaksalah dia mengawal nafsunya.


TIBA-TIBA pintu biliknya diketuk.Tengku Syahran menuju ke pintu dan membukanya.Wajah adik bongsunya Tengku Farhana muncul.
     “ Angah, mak suruh turun.Breakfast,” ucap gadis berumur 17 tahun itu.
      “Baiklah, nanti Abang Ngah turun.”
     Sepuluh minit kemudian, Tengku Syahran sampai di meja makan.Ahli-ahli keluarga yang lain sedang bersembang-sembang.Mata Tengku Syahran cuba mencari kelibat Zahlia.Dan tiba-tiba Zahlia muncul dari dapur membawa seteko air minuman.
   “Maaf, Tengku Syahran! Saya nak buat semua kerja, tapi Puan Zahlia yang beria-ia mahu menolong“,ucap Salmah takut-takut apabila menyedari sejak tadi pandangan lelaki itu seakan terpaku ke arah Zahlia. Tengku Syahran tersedar dari lamunannya.Segera dia mengangguk.
   “Alia, mari duduk sebelah abang,“panggil Tengku Syahran sambil menarik kerusi kosong di sebelahnya.
     Zahlia merenung Tengku Syahran.Lambat-lambat dia melangkah menuju ke kerusi itu.Hatinya tiba-tiba terasa pelik.Apa kenalah dengan mamat seekor ni! Bukan main romantik pulak? Bebel Zahlia.
      Keluarga Tengku Ismail bersarapan dengan penuh meriah.Makanan yang terhidang begitu membuka selera.Sambil mengisi perut, mereka bersembang-sembang.Dan adakalanya mereka ketawa apabila masing-masing menyakat sesama sendiri.
      Zahlia berlagak gembira pagi itu.Banyak kisah silam Tengku Syahran sampai ke pengetahuannya apabila Tengku Badariah ligat menceritakan kisah yang sudah lama menjadi sejarah.Walaupun pada awalnya Zahlia tidak berminat, namun apabila mengetahui yang sewaktu kecil, Tengku Syahran pernah dijodohkan dengan dua pupunya yang hilang menyebabkan Zahlia berminat tiba-tiba.Keluarga ini tidak akan lari dari memasang odoh dengan anak-anak kenalan rapat.Fikir Zahlia.
Sesekali Zahlia ketawa gelihati apabila Tengku Hakimi mengusik
Tengku Syahran.
   Tengku Hafizah, anak ketiga keluarga Tengku Ismail pula hanya ketawa dan tidak banyak bercakap.Tengku Farhana juga begitu.Tengku Murni pula hanya sesekali ketawa seolah-olah memahami topik yang sedang dibualkan.
   “Eh Alia! Makanlah lagi.Mak tengok kamu makan sikit aje tu.Tambah lagi,“ujar Tengku Badariah sambil mencedok mi goreng ke pinggan Zahlia.
Zahlia ingin mengelak namun mi goreng itu sudah pun sampai ke pinggannya.Mahu tidak mahu, Zahlia terpaksa menghabiskannya.Tengku Syahran pula mengambil peluang menatap wajah isteri yang baru dinikahi semalam.
    Penuh tatatertib wanita itu menyuapkan mi goreng ke mulutnya.Keasyikan Tengku Syahran memerhati gerak-geri Zahlia telah membuatkannya tidak
menyedari yang perbuatannya juga sedang diperhatikan oleh Tengku Hafizah.
Segera Tengku Hafizah menyiku lengan Tengku Syahran membuatkan Tengku Syahran tersedar dari lamunan.
     “ Sakitlah,“ucapnya sedikit marah kerana khayalannya diganggu.Adik-beradik yang lain memandang ke arah mereka.
      “Fiza, apa kau buat angah kau macam tu?” tegur Tengku Hakimi.
       “Sorrylah angah.Fiza rimaslah tengok angah pandang Kak Alia macam tu.Meremang bulu tengkuk ni tau tak,” ucap Tengku Hafizah selamba.
     Zahlia terhenti menyuap mi goreng ke mulutnya.Perlahan-lahan dia
memusing memandang Tengku Syahran yang kelihatan resah.Tengku Farhana pula hanya tersenyum-senyum sejak tadi.
     “Bukan apa angah, macamlah angah tak puas lagi menatap wajah Kak Alia.Sampai hari ni pun nak tenung lama-lama,” tambah Tengku Hafizah lagi.
          “Yang kau sibuk-sibuk tu apasal? Suka hati angahlah nak pandang ke nak apa ke? Kak Alia dah jadi isteri angah, kalau kau nak suruh angah cium dia sekarang pun, angah boleh buat kalau kau nak tengok,” luah Tengku Syahran membuatkan wajah Zahlia tiba-tiba merah.Perasaan malu tiba-tiba menyelinap ke segenap wajahnya.
      “Elehh, macam berani sangat? Ingat Fiza tak tau perangai angah yang penakut tu?” cabar Tengku Hafizah.
Tengku Syahran berasa geram.
“Kau cabar angah?”
 “Buatlah.”

   Segera Tengku Syahran menarik Zahlia menghampiri dan mencium pipi isterinya itu sekuat hati.Zahlia tersentak.Pantas menolak tubuh Tengku Syahran.Zahlia rasa malu tiba-tiba.
    “Eleh, angah cium pipi aje.Tu dah biasa orang buat,” balas Tengku Hafizah tidak puas hati.
    “Habis tu, kau nak angah cium apa pulak?” tanya Tengku Syahran. Zahlia tersentak lagi mendengar kata-kata Tengku Syahran.
     “Hisy kau ni, malu Alia dibuatnya.Tengok muka Alia tu dah merah padam,” tegur Tengku Hakimi.
      Zahlia tunduk.Perbuatan Tengku Syahran tadi betul-betul memeranjatkan.Selama ini pipinya tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.Dan hari ini merupakan sejarah.Pipinya yang licin, telah disentuh oleh lelaki yang telah menjadi suaminya.Dan sentuhan itu bukanlah sentuhan biasa baginya.
      “Betul jugak cakap along tu.Malaslah Fiza nak cabar angah lagi.Lagipun buat apa Fiza tengok angah cium kak Alia.Buang karan aje.Angah simpanlah ciuman angah tu elok-elok ya,” usik Tengku Hafizah lagi.
     Zahlia terasa duduknya semakin tidak selesa.Tiba-tiba Zahlia terasa tangannya digenggam kemas oleh jari-jemari Tengku Syahran di bawah meja.Zahlia terpana seketika.Dia cuba menarik tangannya.Tetapi tewas dan akhirnya membiarkan sahaja.
“Alia, temankan mak pergi shopping hari ni boleh tak?” Tengku Badariah bersuara tiba- tiba.
       Zahlia memandang wajah emak mentuanya.Pelik.Cepat benar wanita itu mengajaknya berjalan bersama.Padahal baru semalam dia sah bergelar menantu di rumah ini.
Tengku Ismail mengerling Tengku Badariah.Ada cahaya kurang senang di matanya dengan kata-kata isterinya itu.Dia tahu Tengku Badariah sekadar menguji.Malah isterinya pernah memberitahu yang dia akan menguji setiap ahli keluarga baru di villa itu.Tidak kira lelaki ataupun perempuan.
    “Yah nak uji setiap menantu kita sehari selepas majlis perkahwinan,” ayat itulah yang masih diingatinya sehingga ke hari ini.
     “Awak jangan nak buat benda yang tak pernah dibuat orang! Mana ada orang baru kahwin sehari dah keluarshopping sana-sini.Buang tabiat agaknya awak ni!“marah Tengku Ismail sewaktu isterinya menyuarakan cadangan itu.
    “Alah,Yah bukan nak keluar betul- betul.Yah nak tengok reaksi mereka aje.Sudi tak keluar dengan mentua”.
  Tengku Ismail hanya mampu mengeluh.Dia masih ingat ketika Raja Jasmin baru menjadi menantunya, isterinya itu telah mengajukan soalan yang sama.Tetapi Raja Jasmin menolak bulat-bulat tanpa apa-apa alasan.Akhirnya, Tengku Badariah muncung di dalam kamar tidur.

menguji.Malah isterinya pernah memberitahu yang dia akan menguji setiap ahli keluarga baru di villa itu.Tidak kira lelaki ataupun perempuan.
“Yah nak uji setiap menantu kita sehari selepas majlis perkahwinan,” ayat itulah yang masih diingatinya sehingga ke hari ini.
“Awak jangan nak buat benda yang tak pernah dibuat orang! Mana ada orang baru kahwin sehari dah keluarshopping sana-sini.Buang tabiat agaknya awak ni!” marah Tengku Ismail sewaktu isterinya menyuarakan cadangan itu.“Alah,Yah bukan nak keluar betul-
betul.Yah nak tengok reaksi mereka aje.Sudi tak keluar dengan mentua.”
Tengku Ismail hanya mampu mengeluh.Dia masih ingat ketika Raja Jasmin baru menjadi menantunya, isterinya itu telah mengajukan soalan yang sama.Tetapi Raja Jasmin menolak bulat-bulat tanpa apa-apa alasan.Akhirnya, Tengku Badariah muncung di dalam kamar tidur.
   
 “BOLEH tak Alia?“suara Tengku Badariah memecah ingatan lama. Tengku Ismail merengus kecil.
   “Mereka baru berkahwin semalam, Yah! Nak bermanja-manja pun belum cukup, awak nak kacau masa mereka.Sabar-sabarlah dulu.Tunggu seminggu dua lagi ke?” bangkang Tengku Ismail.Tengku Badariah menarik muka masam.Dia sudah menjelaskan pada suaminya yang dia hanya mahu menguji.Suaminya langsung tidak faham.
  Tengku Farhana dan Tengku Hafizah ketawa geli hati.Mereka faham benar dengan perangai emak kesayangan mereka itu.Pantang ditegur, kalau tidak berjawab, pasti mengambil jalan mudah untuk merajuk.
    Zahlia yang sedang membisu kerana tangannya masih digenggam terpaksa memikirkan cadangan Tengku Badariah.Dia telah mengambil cuti selama empat hari.Kini baru sehari dia menjalani kehidupan berkeluarga di villa itu tetapi setiap waktu benar-benar membuatkannya sesak.
     Hendak terima atau tidak?Jika dia terima ajakan itu, dia risau emak mentuanya akan bertanya pelbagai soalan dan dia takut terlepas cakap tentang perkahwinan mereka.
     Jika tidak terima, dia akan lebih terseksa menghadapi Tengku Syahran di mana-mana sudut villa itu, apatah lagi di dalam bilik.Itu pun baru hari ini, belum esok.Belum lusa.Pasti membosankan!
     “Alia tak kisah.Kalau mak nak ajak, tanyalah abang dulu.Alia kan hak dia.”
Pandai sungguh Zahlia berkata- kata.Tengku Syahran terkejut.Beraninya dia nak keluar dengan mak aku.Tiba-tiba mak aku korek rahsia perkahwinan ni, apa kau nak jawab? Tak pasal-pasal heboh satu Malaysia.Perkahwinan anak Tengku Ismail sebenarnya disertai surat perjanjian! Mampus aku! Hatinya merintih.
     Tengku Badariah pula tersenyum senang hati.Jawapan Zahlia melegakan hatinya.Dia menjeling suaminya yang hanya mampu menggeleng.
    “Boleh, Syah? Mak nak keluar dengan isteri kamu sekejap?“pinta emaknya.
Nak bagi tak? Dia kan isteri aku? Kalau aku tak bagi, mak tak boleh nak cakap apa.Lagipun baru kahwin semalam.Betul jugak cakap ayah, nak bermesra dengan isteri pun belum puas lagi.Perempuan ni pun satu.Duduk aje la kat rumah.Bukan aku nak ganggu dia pun.Yang semalam tu, bukannya aku sengaja.Sekadar mengusik sampai terjerit-jerit.Nasib baik rumah ni, rumah batu kalau tak?
  “Syah!“lamunannya terhenti.
   “Hmmm boleh! Tapi..”
   “Tapi apa”
   Zahlia memandang Tengku Syahran.Dia berasa lega suaminya memberi keizinan.Tidak salah jika dia mahu mengenali hati budi emak mentuanya itu.
Dan yang paling penting, dia boleh melarikan diri dari perangai Tengku Syahran yang menyakitkan hati.Terbayang peristiwa semalam.Hampir-hampir dirinya membiarkan perlakuan lelaki itu.
    “Syah pun kena ikut!”
Zahlia tercengang.Runtuh harapannya.Menghadap dia lagikah? Gerutu hatinya.Tengku Badariah pula membisu.Diam-diam dia pun turut setuju.
    “Em, boleh jugak! Kita naik kereta Alia.Mak pun nak keluar dengan anak menantu mak yang baru kahwin ni.”
    Zahlia tersentak lagi.Dengan pantas tangannya yang erat digenggam oleh lelaki itu, ditarik kasar.Tanda protes.Zahlia sakit hati apabila Tengku Syahran buat tidak reti.Dia hanya mendiamkan diri sambil menikmati sarapan dengan hati yang sebal.

No comments:

Post a Comment