RAJA KHALIDA ternampak Zahlia keluar dari kereta.Dengan pantas dia melangkah mendekati Zahlia.Sejak pagi lagi dia sudah terpacak di pekarangan tempat letak kereta Sinar Iram.Raja Khalida perlu selesaikan halnya dengan Zahlia segera.Dia tidak mahu hal itu tertangguh-tangguh lagi.Hanya akan menambahkan beban di fikirannya.
“ “Alia!” panggil Raja Khalida.
Zahlia berpusing ke arah suara itu.Kemudian dia berpaling membelakangi wajah
itu.
“Ya, boleh saya bantu puan?” soal Zahlia sambil membongkok mengeluarkan fail- fail yang tersusun di tempat duduk belakang.
Raja Khalida tercengang melihat mata Zahlia sembab.Dia ingin mencari kepastian dari apa yang baru dilihatnya sebentar tadi sekali lagi.Segera dia menarik tubuh Zahlia menghadapnya.Hampir ternganga mulutnya apabila melihat urat mata Zahlia merah.
“Alia, kenapa ni? Apa pasal mata Alia bengkak macam ni?” tanya Raja Khalida
dalam nada risaunya.Habis wajah Zahlia dibelek.
Zahlia menepis tangan Raja Khalida yang erat memaut lengannya.
“Adakah ini urusan sebenar puan mahu menemui saya? Kalau ini, saya minta
maaf! Saya tak ada masa!” Zahlia berjalan longlai bersama fail-failnya meninggalkan tempat itu.
“Alia, bagilah mama peluang jelaskan hal yang sebenar.” Langkah Zahlia terhenti.Kemudian, dia berpaling.
“Saya tak perlukan apa-apa penjelasan.Cukuplah dengan apa yang telah saya
lalui dari kehidupan saya yang lepas,” ujar Zahlia sambil melangkah pergi.
“Alia bukan anak luar nikah! Alia anak mama yang halal,” jerit Raja Khalida.
Zahlia terkaku.Cuba memutarkan kembali jeritan Raja Khalida sebentar tadi.Aku
bukan anak luar nikah? No…no....no…itu hanya taktik dia mahu pujuk aku! Jangan percaya Alia!
Raja Khalida menghampiri Zahlia.Berdiri bertentangan dengan tubuh itu.
“Percayalah Puteri! Puteri anak mama yang sah.Yang mama kandung selepas mama bernikah dengan ayah.” Raja Khalida berkata bersama riak rayuannya.
“Maaf puan! I think you are at the wrong place!”
“I’ve got a prove, Puteri! Prove membuktikan Puteri bukan anak luar nikah.”
Kata-kata itu membuatkan Zahlia berpaling ke arah suara itu semula.Raja Khalida mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Zahlia.Zahlia menyambutnya ragu-ragu.
“Ini sijil nikah mama dengan surat beranak Puteri yang selamat dari kebakaran
rumah kita dulu.”
Zahlia mengamati kedua-dua helai kertas yang masih baru di tangannya.
“Hanya dokumen-dokumen penting sahaja yang selamat dari terbakar kerana mama menyimpannya di peti keselamatan di bank.Tengok tarikhnya Puteri.Selepas lebih dari setahun mama berkahwin, baru mama lahirkan puteri.Mama tak bohong! Mama kandungkan Puteri selepas lima bulan mama bernikah,” beritahu Raja Khalida lagi.
Zahlia meneliti tarikh-tarikh yang tercatat di sijil nikah di tangannya.Kemudian, matanya beralih pada surat beranak yang didakwa wanita itu adalah miliknya.Nama yang tercatat di situ, Puteri Safira Khairina binti Megat Safiuddin.Bibir Zahlia tersenyum sedikit.Entah mengapa tiba-tiba hatinya bagaikan berbunga membaca nama itu.
Zahlia segera mengingati situasinya ketika itu.
“Maafkan saya puan!Saya masih ragu-ragu!” Zahlia mengembalikan kertas itu
kepada Raja Khalida.
“Puteri, keluarga kita dianiaya.Ayah Puteri meninggal kerana rentung dalam kebakaran yang telah dirancang oleh nenek Puteri tanpa pengetahuan mama.”
Zahlia terkejut.Wanita di hadapannya sudah mula mengalirkan air mata.
“Saya tak faham,” ujar Zahlia.
“Keputusan mama mengahwini lelaki pilihan mama tak direstui oleh nenek Puteri.Mama dibuang keluarga.Selepas mama berkahwin lebih dari dua tahun dan selamat melahirkan Puteri, mama mendapat telegram dari keluarga mama yang mengatakan nenek Puteri sakit tenat.”
Raja Khalida mengeluh kecil.Air mata makin mengalir.Zahlia pula hanya diam
membisu.Dia ingin mendengar cerita yang selanjutnya.
“Masa tu, Puteri dah hampir satu tahun.Selepas mendapat keizinan dari ayah
Puteri, mama balik ke rumah nenek.Di sana, mama ingat nenek Puteri sudah berubah.Rupa-rupanya semua itu hanya rancangannya mahu melihat kemusnahan hidup mama.”
Raja Khalida menangis lagi.Lebih teruk dari tadi.
Zahlia telan air liur.Benarkah?
“Mama dikurung berhari-hari di rumah nenek.Sehingga suatu hari, mama mengambil keputusan untuk melarikan diri.Mama berjaya! Tetapi, kejayaan mama hanya setakat melarikan diri sampai ke rumah mama yang telah hangus terbakar.Mama terkejut Puteri.Mama dapat tau, ayah Puteri meninggal kerana
rentung dalam kebakaran.Mama cari Puteri, tapi tak ada siapa yang tau di mana Puteri.Mama hanya dapat mengesan Puteri selepas 14 tahun mama mencari.Mama hampir gila!
Tetapi, Puteri dah tak mahukan mama lagi.Mama terpaksa redha,” ujar Raja Khalida bersama tangisan yang semakin kuat bergema.
Zahlia terharu.Entah mengapa air matanya turut sama mengalir menangisi kisah
hidup wanita itu yang sudah lama menderita.
“Mama tak bohong,Puteri.Mama tak tau bagaimana orang tinggalkan Puteri
dalam semak.Mama betul-betul tak tau sampai sekarang.”
Raja Khalida berkata dalam sendu.
Zahlia tunduk.Perlahan- lahan diseka air mata yang ingin menitis lagi.
“Bukti masih belum cukup puan! Mungkin saya memang bukan anak puan! Apa
akan berlaku nanti?”
“Tak.Mama tau, Puteri anak mama.Mama dapat lihat dari air muka Puteri yang ada
iras dengan suami mama!”
“Saya tetap tak yakin.Maafkan saya!” Zahlia berkata.
“Puteri, betul tak Puteri ada tanda lahir berwarna merah di lengan kanan Puteri?”
Zahlia terdiam.Mengingatkan lengan kanannya yang mempunyai tanda sebegitu.Tetapi, Zahlia segera menggeleng.
“Jangan bohong! Mama tau Puteri ada tanda sebegitu! Satu lagi di paha kiri Puteri
ada parut yang sepanjang dua inci,kan?” Raja Khalida meneka lagi.
Zahlia mula berasa sesak.Tekaan itu tepat sekali.Benarkah semuanya TUHAN? Zahlia bertanya di dalam hati.Zahlia memandang tepat ke wajah Raja Khalida.Cuba mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.
Raja Khalida seperti sedang menanti Zahlia meluru ke arahnya.Raja Khalida turut
membalas pandangan Zahlia.Lama mereka begitu.Tiba-tiba Zahlia meluru ke arah Raja Khalida.Dia memeluk tubuh itu begitu erat sekali.Entah apa kuasa yang memaksanya berbuat demikian? Buat pertama kali, Zahlia rebah dalam
pelukan yang hangat merangkul tubuhnya.
“Mama….”
Raja Khalida sebak.Turut menangis mendengar ungkapan yang lahir dari bibir Puteri kesayangannya.
“Maafkan Alia!”
“Puteri, sayang!”
Zahlia menggeleng.
“Nama itu terlalu suci untuk Alia.Biarlah ia jadi kenangan!” Raja Khalida tersenyum dan terus membalas pelukan Zahlia.
“Mama, tolong rahsiakan hal ni dulu.Jangan beritahu sesiapa.Alia perlukan
masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.”
Permintaan itu disambut baik oleh Raja Khalida.Pantas wanita itu mengangguk setuju.
“Terima kasih, mama.“
“Tapi, kenapa dengan mata Puteri?” Zahlia tidak menjawab.Pelukan Raja Khalida dileraikan perlahan-lahan.
“Puteri bergaduh dengan Syah?” teka Raja Khalida.
Zahlia tetap diam membuatkan Raja Khalida tersenyum.
“Pergaduhan dalam rumah tangga memang biasa Puteri.Salah seorang kena bertolak ansur.”
Zahlia membeku lagi.Tidak tahu sama ada dia masih marahkan Tengku Syahran atau tidak.Segala-galanya telah selesai hari itu.Dia bukan anak luar nikah seperti yang dimomokkan orang.
Tetapi, Zahlia tetap ingat kata-kata Tengku Syahran.Kata-kata penghinaan yang
lahir dari bibir lelaki itu mungkin akan sentiasa bergayutan di benaknya.Zahlia sedar ayat itu pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.Ah, cuba lupakan Alia!
“Dahlah Puteri.Janganlah melayan rajuk sangat.” Suara Raja Khalida berbisik di telinganya. Zahlia merebahkan dirinya ke pelukan mamanya lagi.
“I love you, honey!” bisik Raja Khalida. Zahlia tersedu semula.
SUDAH seminggu Villa Sakura tidak berpenghuni.Tengku Ismail dan Tengku Badariah sudah berangkat ke luar negara.Begitu juga dengan Tengku Hakimi, Sofea dan Tengku Murni.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana pun tiada di rumah.Hanya kedengaran bunyi air terjun buatan di tepi taman mini.
Tengku Syahran masuk ke bilik selepas pulang dari pejabat.Ketika itu, Zahlia leka
menyisir rambutnya di hadapan cermin.Kelibat Tengku Syahran tidak langsung menarik perhatian Zahlia.
Pelukan Raja Khalida beberapa hari yang lalu bagaikan masih terasa.Segala-galanya masih menjadi rahsia.Suaminya tidak ditegur.Apatah lagi mahu membiarkan matanya memandang wajah lelaki itu.Keperitan tamparan bersama ungkapan pedih itu masih
terasa di sanubari Zahlia.Tidak mudah dapat dilupakan begitu sahaja.
Tengku Syahran tunduk.Dia terus duduk di kerusi panjang dan mendiamkan diri.Dia masih berasa bersalah.Tindakan terburu-burunya telah menyebabkan Zahlia berkecil hati.Tengku Syahran mengeluh.Perlahan-lahan kepalanya diangkat.
“Alia, abang…”
Tengku Syahran berpaling ke meja solek.Tidak jadi untuk meneruskan kata-kata.Kerusi itu kosong.Tengku Syahran memusingkan kepalanya ke sekeliling bilik.Kelibat Zahlia sudah tiada.Mana dia? Tengku Syahran bercekak pinggang.Tiba-tiba matanya terpaku pada pintu bilik yang terbuka luas.Laa… senyap-senyap dia menyusup keluar! Rungut Tengku Syahran di dalam hati.
Tengku Syahran menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Wanita itu masih marahkannya.Apa aku nak buat ni? Tengku Syahran menggigit jari.Ligat berfikir bagaimana caranya mahu memujuk Zahlia.Dengan lemah dia mencapai tuala dan
berlalu ke bilik air.
Selesai bersolat, Tengku Syahran turun ke ruang tamu.Zahlia dilihatnya sedang menonton televisyen.Tengku Syahran melangkah senyap ke arah Zahlia.Tidak mahu mengganggu konsentrasi Zahlia yang bagaikan tidak menyedari kehadirannya.Atau
Zahlia sengaja berpura-pura tidak sedar.Tengku Syahran melabuhkan punggungnya dekat dengan Zahlia.Bersebelahan sehingga duduknya bersentuhan dengan tubuh wanita itu.Zahlia rimas.Sengaja mengengsot sedikit untuk mencari ruang jarak di antara mereka.Wajahnya tetap dihadapkan ke skrin televisyen.Tidak terlintas di hatinya untuk memandang wajah suaminya ketika ini.
Tengku Syahran mendekatkan semula tubuhnya ke arah Zahlia.Perlahan-lahan kepalanya dilentokkan ke bahu isterinya.Zahlia bengang! Segera ditolak tubuh lelaki itu jauh darinya.
“Apa abang ni?Jangan nak ambil kesempatan waktu orang tengah tak ada
dalam rumah ni.Alia tak suka!” Zahlia mengamuk.
Tengku Syahran tersenyum.
“Haa….at last dengar pun suara Alia.Abang rindu nak dengar suara sayang! Dah
seminggu sayang tak nak cakap dengan abang.” Tengku Syahran mendekatkan lagi tubuhnya ke arah Zahlia.
Zahlia rimas.Mahu ditepis tetapi tangannya dicapai.Zahlia terperangkap.
“Sorrylah.Abang tak bermaksud nak buat macam tu.Abang tak berniat pun nak
cakap perkataan tu.Abang tak sengaja.” Tengku Syahran mengelus permukaan tangan Zahlia dengan lembut.
Zahlia menjeling suaminya.Tangannya ingin ditarik.Namun, Tengku Syahran semakin kuat mencengkam jari-jemari Zahlia.Kemudian, jari- jemari itu dibawa ke mulutnya.
Zahlia merengus.
“Janganlah! Alia tak suka abang buat macam ni!” Zahlia tetap menarik tangannya.
“Habis tu, Alia nak suruh abang buat apa? Abang cakap secara ikhlas ni, abang
minta maaf.”
“Dah bosan Alia dengar abang cakap perkataan tu.Puncanya dari hal yang sama.Cemburu! Tapi, perangai tak berubah-ubah.Benci.”
Zahlia menjeling lagi.
“Nak buat macam mana? Abang pun manusia yang ada perasaan!”
“Habis, abang ingat Alia tak ada perasaan? Nak terima setiap kata-kata maaf
abang lepas abang tuduh Alia yang bukan-bukan? Alia sakit hati tau tak? Abang anggap Alia betul-betul macam patung bernyawa dalam rumah ni.Nak kena dengar semua cakap abang.” Zahlia merungut.
Tengku Syahran mencebik nakal.
“Yalah, sayang.Abang yang bersalah dalam hal ni.Cemburu abang tetap tak kena pada tempat.Tapi, siapa suruh Alia tak ceritakan pada abang hal-hal yang berlaku pada Alia setiap hari? Cuba bawa bersembang dengan abang tiap-tiap malam apa yang berlaku dalam hidup Alia.Ini… ada hal sikit, sembunyikan dari abang.Mana abang tak geram! Orang lain tuduh Alia yang bukan-bukan dan abang terima cerita yang
menyakitkan hati dari orang lain.”
“Yang abang percaya sangat tu apasal? Alia pun ada terima CD yang fitnah abang dari Linda.Alia tak percaya pun! Abang tu aje yang cepat terpengaruh!” Zahlia sudah meledakkan kemarahannya.
Tengku Syahran mengeluh kecil.
“Abang sayangkan Alia, sebab tu abang takut Alia kecewakan abang.”
“Dah tak ada kerja lain agaknya? Semua cerita pasal Alia abang nak ambil tau!
Alia pun ada jugak cerita yang tak boleh beritahu abang,”
jawab Zahlia keras.
“Hei, dalam rumahtangga mana boleh berahsia.Kalau Alia berahsia, abang pun
berahsia, seri rumah tangga tak mahu hinggap tau.”
Tengku Syahran melirikkan mata ke arah isterinya.Bibirnya tersenyum nakal.
Zahlia mencebik.
“Meluat Alia tengok muka abang macam tu..“
“Meluat-meluat pun, laki awak jugak.” Tengku Syahran menjawab dengan ketawa. Zahlia mendengus.Segera dia bingkas untuk berlalu.
“Eh, nak ke mana tu?” pantas Tengku Syahran menegur.
“Alia nak naik bilik! Malas nak layan abang.”
“Haa…sebelum tu,sediakan makanan abang.Abang dah lapar,” pinta Tengku
Syahran.
Zahlia memuncung.
“Ambillah sendiri kat dapur.Semua lauk Alia dah panaskan.“
“Tak mahu! Abang nak yang terhidang atas meja.“
”Abang ni mengada- ngadalah.Pemalas betul.”
“Suka hati abanglah.Abang dah ada isteri.Awak tu waktu-waktu macam nilah kena tunjuk tanggungjawab sebagai isteri.Itu pun nak kena ajar?” Tengku Syahran mengusik.
Zahlia mendengus lagi.Lambat-lambat menggerakkan kaki melangkah ke dapur.
No comments:
Post a Comment