Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, October 1, 2010

Bicara Hati bab 7

TENGKU BADARIAH, Tengku Syahran dan Zahlia malangkah masuk ke Mines Shopping Fair lewat tengah hari itu.Zahlia tidak banyak bercakap.Sepatah ditanya,
sepatah dijawab.Sebenarnya Zahlia tidak berapa selesa berada disamping Tengku Syahran.
    “Ha, Alia! Tengok bajubaby ni cantik tak?” Tanya Tengku Badariah.
Zahlia terpana seketika.Emak mentuanya sedang berada di sebuah kedai pakaian bayi yang bernama Poney.Zahlia memandang Tengku Syahran yang nampak seperti ingin ketawa.Dia terpaksa menahan sabar.
    “Ya mak, memang cantik.Tapi, kami belum bersedia lagi mak! Kami dah bincang semalam, Alia kata dia tak mahu anak lagi,” ujar Tengku Syahran selamba.
Zahlia menjegilkan matanya ke arah Tengku Syahran.Mengetap bibir tanda geram.Merah padam terasa wajahnya kerana dimalukan begitu di hadapan emak mentuanya.
    Tengku Badariah memandang Zahlia.Meminta kepastian.Semalam, dua-dua kata tak kisah.Hari ni, ada pulak alasannya.Lambat lagilah aku nak timang cucu? Detik hatinya.
    “Mak jangan dengar cakap abang tu.Dia tu nak menuduh aje.Depan mak, bukan main lagi.Padahal dia yang kata bila ada anak nanti susah nak berdua-duaan.Nak bermanja-manja! Malas Alia nak lawan cakap dia lagi.“Zahlia melawan kata.

Kini giliran Tengku Syahran pula menjegilkan mata.Jaga kau! Nak kenakan aku pulak!
     “Mana satu yang betul ni? Siapa yang tak mahu anak?” tanya Tengku Badariah.
Zahlia dan Tengku Syahran berpandangan.Kemudian masing-masing menunjuk sesama sendiri.Tengku Badariah memandang kedua-dua anak menantunya bergilir-gilir.
“Kau berdua ni, patut sedar yang anak adalah pembawa rezeki.Bertambahnya anak, bertambahlah rezeki.Itu pun kamu berdua nak sekat- sekat.Bukannya susah, kalau ada anak nanti, kamu tinggalkan aje pada mak bila nak berdua-duaan.Mak kan ada! Boleh jaga,” nasihat Tengku Badariah.
    Zahlia terdiam kerana terasa bersalah akibat berbohong tadi.Emak
mentuanya bersungguh-sungguh mahukan cucu lelaki.Kasihan kalau Tengku Syahran tidak mencari calon secepat mungkin untuk melahirkan zuriat lelaki.Aku?Tak mungkin! Aku tak pernah sayangkan dia dan tak mungkin itu berlaku.Lelaki macam ni nak aku jadikan suami? Tak sanggup!
    “Yalah mak! Sebenarnya Alia yang tak mahu lagi.Kami nak tunggu kedudukan rumah tangga stabil dulu.Baru fikirkan tentang anak.Kan bang?” Zahlia akhirnya mengalah.
    Tengku Syahran terkejut kerana tidak sangka Zahlia sudi mengalah.Kali pertama Tengku Syahran bertemu dengan perempuan yang tidak suka membalas kata-katanya dengan perbalahan yang panjang.
    Zahlia tidak seperti Nazirah.Sungguh berbeza! Nazirah pantang dicabar, pastinya
disahut.Zahlia pula hanya sedikit rasa tercabar.Akan mengalah apabila dia rasa bersalah.
     Keberanian Nazirah dalam segala hal telah mengikat hati Tengku Syahran.Nazirah adalah segala-galanya.Pakaian gadis itu memang mengikut perkembangan semasa.Tudung yang dipakai, ikut citarasa terkini.Kelembutan tetap ada walaupun nampak lincah dan bersahaja.
    Nazirah! Sayang sekali gadis itu telah tiada.Dan kesannya hinggalah ke hari ini wajah itu terpahat di hati Tengku Syahran.Dia merana akibat peristiwa itu.Terasa sekejap perhubungannya dengan Nazirah.Padahal sudah hampir lima tahun mereka bersama.Memang telah tersurat gadis itu pergi dahulu menyahut seruan Illahi.
“Ni, kenapa tiba-tiba senyap?” tegur Tengku Badariah mematikan memori lamanya.
     Kelihatan Tengku Badariah dan Zahlia sedang ketawa.Tengku Syahran hanya menggaru- garukan kepalanya yang tidak gatal.Bayangan Nazirah telah hilang.Teringat Zahlia yang sudah menjadi isterinya.Dia akan cuba mengelak dari jatuh cinta pada wanita itu.Nazirah masih terpahat utuh dalam jiwa.Tiada insan lain.
Mungkin dia hampir tewas malam tadi tetapi hatinya tidak pernah terlintas untuk menyayangi mana-mana wanita lain selepas Nazirah.Tengku Syahran akui Zahlia berjaya menggugat nafsu lelakinya semalam.Dan Tengku Syahran sendiri tidak pernah lupa jika seorang lelaki dan permpuan duduk berdua-duaan, yang ketiga adalah syaitan.
     Tengku Syahran seorang lelaki.Dia gagal menyekat keinginan lelakinya terhadap seorang wanita tambah-tambah lagi Zahlia adalah perempuan pertama yang tidur bersama di bilik itu walaupun di tempat yang berbeza.
   “Syah, mak dah haus ni.Jomlah pergi basahkan tekak.” Lamunan Tengku Syahran melayang lagi.
Tengku Syahran mengangguk.
     “Marilah.Kita ke Food Court kat sebelah sana,” ajak Tengku Syahran.
      Mereka berjalan bersama menuju ke bahagian yang telah dikhaskan untuk
ruang makan.Setelah memesan minuman, Tengku Syahran datang membawa dulang yang berisi minuman itu ke meja yang telah dipilih oleh Tengku Badariah dan Zahlia.
      “Emm, leganya tekak ni.Haus benar,” ujar Tengku Badariah sambil meletakkan cawan kertas itu di atas meja.
      Zahlia tersenyum.Turut menyedut minuman ringan di hadapannya.
  “Dalam persatuan mak tu, selalunya aktiviti apa yang mereka jalankan untuk kaum wanita?” soalan Zahlia kedengaran.
                 Tengku Syahran hanya diam.Sudah dapat meneka tajuk perbualan kedua-dua wanita itu sering diselangi gelak ketawa sejak tadi.
     “Banyak.Ada macam-macam pertandingan.Kadang-kadang kami buat lawatan.Biasanya bergantung pada persetujuan ahli jugak,” jawab Tengku Badariah sambil memandang wajah menantunya itu.
      Cantik dia ni! Puji hati kecil Tengku Badariah.Matanya itu kemudian beralih pada anak mata Zahlia yang disedari ada tarikan di situ.Warna anak mata coklat cair itu seperti pernah dilihat sebelum ini.Tengku Badariah tidak tahu di mana.
      “Ohh kiranya mak ni aktif jugak lah ya? Dulu abang pernah cerita sikit aje tentang mak.” Zahlia mengerling wajah Tengku Syahran yang tidak mengikuti perbualan yang digembar-gemburkan.Lelaki itu hanya diam.
     “Alah penolong setiausaha aje,” ringkas Tengku Badariah menjawab. Mata Tengku Syahran mula meliar ke ruang makan.Fikirannya tidak tertumpu apa-apa yang dibualkan.Dia malas mahu mencampuri urusan emaknya itu.
     “Syah, kamu ni kenapa? Diam dari tadi?” Tengku Badariah menegur anaknya yang tidak banyak bercakap sejak tadi.
    “E hh, tak adalah mak! Syah okey.Tak tau nak cakap apa.Yalah, perempuan kalau bertemu perempuan, lelaki yang seorang kalahlah.” Zahlia tergelak kecil.Dia hampir terlupa dengan kehadiran Tengku Syahran di sisinya.Dia terlalu seronok menanyakan hal-hal persatuan Tengku Badariah.Zahlia mula tertarik dengan wanita itu.Kewujudan Tengku Syahran terus dilupakan.Jika Tengku Badariah tak tegur tadi, pasti Tengku Syahran telah dianggap tidak pernah ada ketika itu.
“Alah mak lelaki kalau senyap aje tu, jangan dianggap tak ada apa-apa.Tambah-tambah lagi bila mata gatalnya meliar tak tentu arah.Entah apa yang dilihatnya,” ucap Zahlia berbaur marah.
      Sengaja dia bertindak begitu kerana mahu lakonannya berkesan.Jauh di sudut hati, dia bersimpati pada Tengku Badariah.Tidak langsung dapat mengesan perkahwinan yang diadakan secara tergesa-gesa itu sebenarnya merupakan satu muslihat.
      Sudah tiga bulan dia mengenali Tengku Syahran sejak kemalangan itu dan hampir dua hari sudah dia bergelar isteri kepada lelaki yang tidak pernah dicintai.
Zahlia menjeling seketika kepada Tengku Syahran.Entah mampu atau tidak dia mengharungi hidup bersamanya tanpa melanggar surat perjanjian.Ya ALLAH! Minta dijauhkan hal-hal yang menakutkan.Bisik hati kecil Zahlia.
     Tengku Badariah ketawa kecil apabila mendengar ayat yang diucapkan Zahlia seterusnya mematikan lamunan menantunya itu.Tengku Syahran pula hanya terkulat-kulat.
    “Kamu berdua ni tak mahu merancang pergihoneymoon ke?” soalan Tengku Badariah membuatkan Tengku Syahran dan Zahlia tergamam.
     Mereka berpandangan sesama sendiri.Kelu lidah masing-masing untuk berkata.Tengku Badariah sedang menanti jawapan.Wajah anak menantu itu ditatapi bergilir-gilir.
      “Tak tau lagi mak.Syah dengan Alia belum fikirkan.Lagipun lusa kami dah start kerja! Nak pergi honeymoon pun tak sempat,” jawab Tengku Syahran tenang.Tangan Zahlia mula dicapai dan digenggamnya kemas di bawah meja.
            Zahlia tetap diam.Tengku Badariah pula kurang setuju dengan jawapan itu.Berkerut-kerut dahinya memandang mereka.
     “Kenapa cepat sangat nak kerja? Kamu berdua tak minta cuti panjangkah Syah, Alia?” tanya Tengku Badariah.
      “Kami sibuklah mak! Syah kena uruskan projek terbaru syarikat.Alia pulak kena uruskan program terbaru untuk anak-anak yatim tu,” ujar Tengku Syahran selamba.
       Tengku Syahran hanya tahu sedikit tentang rancangan Zahlia itu sebelum
mereka berkahwin.Zahlia ada memberitahunya yang dia perlu menguruskan program untuk anak-anak yatim selepas tarikh mereka berkahwin.Disebabkan itu, masing-masing hanya memohon cuti selama empat hari sahaja.
      Tengku Syahran tidak pernah tahu di mana Zahlia bekerja.Dia hanya tahu Zahlia mengajar anak- anak yatim di sebuah rumah kebajikan.Nama tempat itu langsung tidak diketahui.Latar belakang Zahlia juga tidak pernah diselidiki.Zahlia hanya pernah menceritakan sekali imbas tentang hidupnya yang sebatang kara.Tiada ibu bapa dan tinggal dengan keluarga angkat sejak berumur lima tahun.
      Zahlia juga pernah berkata yang dia ditemui di tengah-tengah semak sewaktu kecil.Itu sahaja yang Tengku Syahran tahu.Tidak langsung mahu ditanya sama ada wanita itu ada apa-apa kelulusan dalam pelajaran, belajar di takat mana, pernah memasuki universiti atau tidak dan bermacam-macam lagi yang kini menjadi tanda tanya dalam benaknya.
       “Kamu berdua kan baru berkahwin.Takkan tak teringin berbulan madu seperti orang lain?” pertanyaan Tengku Badariah mengembalikan fikiran Tengku Syahran ke alam realiti.
“Mak, kalau nak berbulan madu, tak payah nak pergi jauh-jauh.Dalam bilik pun boleh jugak, kan?” ujar Tengku Syahran.
     Wajah Zahlia merona merah.Direntap terus tangannya yang berada di bawah meja.Dia nampak Tengku Syahran sedang senyum mengejek.Kurang ajar! Dah gatal sangat agaknya, gumam Zahlia.
      “Hisy! mangarut sungguh budak ni.Kita cakap betul-betul, dia main-main pulak!” marah Tengku Badariah.
      “Memanglah abang ni.Merepek-repek aje.Ada cakap macam tu depan mak.” Zahlia cuba bertenang sedangkan hatinya hanya ALLAH sahaja yang tahu.
     Tengku Syahran ketawa berdekah- dekah.
    “Betulkan apa yang abang cakap? Tak payah nak pergi jauh-jauh.Lebih afdal dalam rumah sendiri.” Tengku Syahran masih mengusik Zahlia.
     Zahlia terus membisu.
    “Dahlah tu.Jom kita balik.Kamu ni Syah tak habis-habis nak mengusik Alia.Kasihan mak tengok.” Tengku Badariah mencelah apabila melihat wajah Zahlia yang mula berubah.
    “Marilah.Zohor pun dah nak habis ni,” ajak Tengku Syahran sambil melirik jam tangannya.
   “Baik kita singgah masjid dulu.Lepas bersolat, baru kita balik,” cadang Tengku Badariah sambil memandang Zahlia yang masih terdiam.
Tengku Syahran mengangguk.Mereka terus beredar.

No comments:

Post a Comment