Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, October 18, 2010

Bicara Hati bab 32

“ABANG,Ida baru dapat telegram dari Kak Long, mak sakit kat kampung.” Suara sebak Raja Khalida kedengaran di telinga Megat Safiuddin.
Suaminya yang sejak tadi leka membaca surat khabar di anjung rumah menghentikan bacaan.Menoleh ke arah isteri yang kelihatan muram tidak jauh dari situ.
Megat Safiuddin menghampiri Raja Khalida.Suri hidup yang amat disayangi.Mata coklat cair milik isterinya itu ditenung dengan sepenuh kasih sayang.Terlimpah rasa cinta yang amat mendalam di situ.
Mata isterinya kelihatan berair tiba-tiba dan perlahan-lahan air yang bergenang mengalir keluar dari matanya.Benar-benar menyentuh perasaan Megat Safiuddin.Laju sahaja jari telunjuknya menyeka air mata itu dari menitis lagi.
      “Kenapa sedih sangat ni, hmm?” soal Megat Safiuddin terus melabuhkan punggung di sisi Raja Khalida.
Raja Khalida terasa bahagia mendengar suara suaminya.Ungkapan lembut itu terasa damai menyusup ke seluruh jiwa.
      “Bagaimana keadaan mak agaknya bang? Ida takut mak sakit teruk,” ujar Raja Khalida risau.
Wajah Syarifah Muzainah terbayang di ruang mata.Wajah itu menggamit naluri seorang anak yang terlalu merindui ibunya.Sudah lebih dua tahun raut ibunya tenggelam dalam kamus hidupnya.
      “Ida nak pergi melawat mak ke?” tanya suaminya. Wajah Syarifah Muzainah mula kabur dari layar ingatan.
      “Kalau abang izinkan, Ida nak menjenguk mak.Dah lebih dua tahun bang.Dah lama benar Ida tinggalkan mak,” jawab Raja Khalida meminta simpati.
      “Ida menyesal kahwin dengan abang?” pertanyaan Megat Safiuddin membuatkan Raja Khalida sebak semula.
Sekali lagi matanya digenangi air.
      “Kenapa abang selalu duga Ida macam tu? Abang tak yakin dengan kasih sayang Ida?” tersangkut-sangkut suara Raja Khalida menyoal Megat Safiuddin.
Senyuman manis tiba-tiba terukir di bibir Megat Safiuddin.
      “Okeylah, abang izinkan Ida pergi.Ida pergilah berapa hari pun dengan syarat telefon abang bila sampai rumah mak nanti,” ujar Megat Safiuddin.
Raja Khalida berasa sungguh gembira.
    “Abang tak nak ikut sama? Kita lawat sama-sama,” pelawa Raja Khalida lembut.
    “Abang ada kerja yang perlu disiapkan dalam masa dua hari lagi.InsyaALLAH kalau sempat, abang akan singgah rumah mak nanti,” Megat Safiuddin menjawab menenangkan hati Raja Khalida.
     “Puteri macam mana bang? Ida bawa sekali ya?” pinta Raja Khalida bersungguh- sungguh.
      “Tak payahlah Ida balik ni naik bas, kalau abang ada tak apa.Lagipun, Puteri tak berapa sihat.Biarlah dia bersama abang.Sepeninggalan Ida nanti, abang akan jaga Puteri sepenuh kasih sayang.Dah lama betul abang tak luangkan masa dengan dia.Kesian kalau tiba-tiba umur abang tak panjang.”
      “Hisy…kenapa abang cakap macam tu? Abang nak tinggalkan Ida dengan Puteri?” potong Raja Khalida pantas.
      “Bukan itu maksud abang.Kita tak tau apa akan berlaku esok.Manalah tau umur abang pendek.Tak dapat tengok Puteri membesar depan mata.”
      “Cukuplah bang.Ida tak nak dengar lagi.” Raja Khalida menerkup telinganya.
      “Kalau abang tak ada nanti,Ida kena janji jaga Puteri baik-baik tau.Dia ni satu- satunya zuriat yang kita ada.”
       “Abang, stop it! Ida jenguk mak dua hari aje.Ida akan balik selepas dua hari.Kita akan jumpa lepas tu tau.” Kata-kata luahan Raja Khalida kedengaran beria-ia.
Namun, rindu Raja Khalida pada ibunya yang menggunung sedikit demi sedikit bertukar menjadi rasa benci yang amat berbisa.Tanpa Raja Khalida sedari, segala-galanya adalah rancangan Syarifah Muzainah semata-mata untuk memutuskan hubungannya dengan Megat Safiuddin.Seksanya dia menanggung azab kerinduan terhadap suami dan anaknya selama berhari-hari dikurung di rumah besar itu.Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Dan kerinduan itu memaksanya untuk berazam melarikan diri.Pelariannya diharapkan dapat memberi tempat untuknya menyembunyikan diri.Namun, rupa-rupanya pelariannya itu telah membongkar rasa kesedihan yang benar-benar menjerut jiwa.
Raja Khalida kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata.Megat Safiuddin pergi meninggalkannya seperti yang pernah diucapkan.Lelaki itu rentung dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya.Puteri kesayangannya pula tidak ditemui di mana-mana.Tiada mayat lain yang ditemui di rumahnya selain mayat suami tersayang.Raja Khalida menanam azam, ingin mencari Puteri kesayangan walaupun ke pelosok mana.Dia yakin Puterinya masih hidup.



RAJA KHALIDA tersentak apabila terasa bahunya di sentuh mesra.Kabur terus peristiwa lama yang mengganggu ingatan.Kuyup pipinya dengan air mata.Kelihatan wajah Tengku Badariah sedang tersenyum lembut sambil memegang lengannya.
      “Ida fikirkan apa?” soalan Tengku Badariah menyapa telinga. Raja Khalida mengesat air mata.Kepalanya digeleng.
      “Dahlah Ida.Jangan terlalu mengenangkan perkara yang dah berlalu.Bukan akak nak menghalang kau mengingati kenangan lalu tapi kalau kau selalu macam ni, tak elok! Tak tenteram orang yang dah tak ada,” nasihat Tengku Badariah.Raja Khalida menarik nafas.
      “Entahlah kak! Sejak dua menjak ni Ida selalu teringatkan Puteri.Rindu betul Ida,” beritahu Raja Khalida jujur.
Wajah Tengku Badariah dipandang seketika.Wanita itulah yang bertanggungjawab memulihkan semangatnya sehingga ke hari ini.Raja Khalida teringat kembali ketika dia hampir hilang upaya untuk meneruskan
hidup, kakak sepupunya itulah yang mengingatkannya bahawa sesuatu yang berlaku adalah dugaan.
Ketika itu, Raja Khalida mulai sedar betapa jahilnya dia tentang Islam.Baginya seorang Islam hanya perlu mengucap, bersembahyang lima kali sehari, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji.Raja Khalida tidak pernah sedar bahawa Islam mengajar umatnya tentang Qada’ dan Qadar.Dia tidak pernah mahu bertanya pada suaminya dahulu.Patutlah lelaki itu sentiasa tenang!
       “Dah besar agaknya,kan? Ida tak pergi jenguk rumah mak angkatnya?” soalan Tengku Badariah berbunyi lagi.
       “Dah lama tak pergi! Biarlah kak.Kalau Puteri dah selesa duduk situ.Ida nak buat macam mana lagi? Berdoa dari jauh ajelah.” Raja Khalida berkata.Suaranya dikawal bersama getaran yang mendebarkan jantung.
      “Baguslah kalau Ida fikir begitu.Dulu kita pernah berangan nak jadi biras bila Puteri lahir.Siapa nama anak Ida tu?”
     “Safira Khairina!”
      “Haaa… Puteri Safira Khairina! Panjang betul namanya!” Tengku Badariah menggeleng.
Raja Khalida hanya ketawa.Nama Puteri sentiasa diingati di kamar hati.Nama yang dipilih berdasarkan pangkal huruf namanya dan nama suaminya.Indah terselit makna yang tersendiri.
    “;Puteri Wakil Kebajikan”
Sewaktu nama itu dipilih, Raja Khalida dan Megat Safiuddin berharap anak perempuan mereka akan membesar dan menjadi orang yang berguna.Doa itu benar-benar dikabulkan ALLAH apabila Raja Khalida mendapat khabar yang Puterinya itu sedang berkhidmat di sebuah rumah kebaijkan anak yatim.Menjadi wakil yang sudi mengajar anak-anak yatim di rumah kebajikan.
    “Tak ada jodoh agaknya kita nak berbiras.Kalau Ida jumpa Puteri pun, anak-anak lelaki akak semuanya dah berkahwin.Memang tak ada harapanlah.” Kata-kata Tengku Badariah dibiarkan bergelodak dalam nurani.Raja Khalida hanya membalas dengan senyuman kecil.
     “Ida nak balik dululah kak.Kirimkan salam Ida semua.Assalamualaikum.”   “Waalaikumussalam.”

No comments:

Post a Comment