ZAHLIA meletakkan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari di atas almari kecil sambil mengesat air mata.Kisah Izzah dan Hafiz begitu menyayat hatinya.Apabila difikir-fikirkan nasibnya dengan nasib Izzah begitu berbeza sekali.Izzah mengenali pakciknya sanggup menjual anak saudara sendiri.Sedangkan dia masih mempunyai seorang mama yang baru dikenali dan sudi memberikannya kasih sayang.Zahlia patut bersyukur dengan kelebihannya itu.
Zahlia melangkah ke tepi tingkap.Menyelak langsir yang berterbangan ditiup angin
petang.Dia bersendirian di dalam bilik selepas pulang dari Sinar Iram tadi.Sejak pulang dari kampung beberapa minggu lalu Zahlia terasa otaknya kembali ringan.Dia sudah selesai menguruskan perpindahan milik harta wasiat Syarifah Muzainah ke atas nama Sinar Iram.
Tengku Syahran amat bersetuju ketika dia memberitahu kata putusnya itu.Zahlia
juga tidak teragak-agak dalam membuat keputusan kerana dia sudah mendapat segala-gala yang diimpikan.Dia sudah mempunyai mama dan suami yang sudi bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang kepadanya.Itu sudah memadai.
Zahlia memeluk tubuhnya sambil menghadap tingkap yang terbuka luas.Dari bilik itu
dia dapat melihat taman mini Villa Sakura.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana ada di situ.Mungkin sedang berbual-bual.Zahlia tersenyum.Kemesraan adik iparnya begitu
mencuit hati.Keramahan Tengku Badariah dan Tengku Ismail telah menyemarakkan kasih sayangnya pada kedua-dua insan itu dan cinta Tengku Syahran kepadanya mampu membuatkan Zahlia terawang-awang ke dalam dunia rekaannya.
Zahlia berpusing.
“Haa!” satu suara menyergah.
Berderau darah Zahlia.Segera menutup mata dan menyandar di dinding tingkap.Terasa
bagaikan hendak gugur jantungnya.Tiba-tiba ada bunyi ketawa meletus di dalam bilik itu.Zahlia kenal dengan suara itu.
Perlahan-lahan dia membuka mata.Apabila kelopak matanya dibuka, tubuhnya terus diraih ke dalam pelukan.Zahlia terkedu.Bunyi ketawa itu masih
kedengaran.Malah semakin dekat di telinga.
“Ayang terkejut ke?” soal Tengku Syahran seraya melepaskan pelukan. Zahlia merengus kecil.Dia kenal dengan kehangatan tubuh Tengku Syahran.Dia terus
membalas pandangan mata Tengku Syahran sekejap.Tengku Syahran menghentikan ketawa.Melahirkan senyuman manis di bibirnya.Niatnya ingin mengucup pipi Zahlia tetapi pantas dihalang apabila Zahlia meregangkan lagi jarak antara mereka.Tengku Syahran mengerutkan dahi.
“Kenapa? Abang rindu kat Alia tau? Sampai tak sabar-sabar abang nak balik dari pejabat tadi,” ujar Tengku Syahran sedikit kecewa.Tetapi Zahlia bersikap selamba.Seolah-olah tidak mengerti kata-kata Tengku Syahran.
“Abang tu tak faham bahasa ke? Dah berapa kali Alia pesan, kalau nak masuk bilik kena buat apa?”
“Tau! Kena bagi salam.”
“Habis tu? Alia tak dengar pun! Buat terkejut orang aje.Entah bila dia menyelinap?”
“Elehh, dia yang termenung sampai tak sedar.Abang nampak Alia bertenggek dekat
tingkap ni masa abang lalu kat taman mini tadi.Alia yang tak perasankan abang.” Tengku Syahran menjawab.
Zahlia memusingkan tubuh.Selamba tindakannya sehingga menimbulkan niat
nakal di hati Tengku Syahran.Dengan pantas, Tengku Syahran memeluk pinggang Zahlia.
Zahlia hampir menjerit dengan tindakan yang deras itu.Cuba dilonggarkan tangan
itu tetapi Tengku Syahran sengaja mengetatkan lagi rangkulannya.
“Mana Alia nak lari? Pintu tu abang dah kunci.Dan kuncinya ada dalam poket seluar abang ni.Kalau Alia berani, seluklah dalam poket abang.Ambil sendiri.” Tengku Syahran bersuara dalam nada usikan.
Mula-mula Zahlia terfikir juga mahu memprotes lagi tetapi lama-kelamaan dia hanyut
dalam pelukan itu.Dia hanya membiarkan pelukan tadi semakin erat di pinggangnya.
“Abang dah lama sampai? Alia tak nampak pun,” tanya Zahlia sambil mencari raut wajah Tengku Syahran di belakangnya.
“Adalah dalam setengah jam abang perhatikan Alia.Sayang fikirkan apa? Semua masalahkan dah hampir selesai.Tinggal masalah kita aje.InsyaALLAH kita akan beritahu mak dan ayah tentang kita.Abang rasa elok kalau kita tunggu sampai perkahwinan kita genap setahun.Boleh kita sambut anniversary sekali.”
Zahlia terdiam.Terasa ada satu ciuman singgah di lehernya.
“Abang ni controllah sikit.Tu, Fiza dengan Ana nampak nanti, malu tau!” marah Zahlia.
“Apa yang susah? Tutup ajelah langsir tu.Tak ada orang nampak.Kita berdua aje yang tau.”
Tengku Syahran sudah menarik Zahlia.Berkira-kira untuk menarik langsir menutupi
tingkap.
“Hei, abang jangan nak merepek-repek.Dah nak Maghrib ni! Abang tu mandi pun tak lagi, dah ingat benda lain.Asarnya dah ke belum?” Zahlia cuba menegur.
Tengku Syahran hanya tersenyum.Zahlia tidak pernah lupa mengingatkannya
tentang solat.Tengku Syahran bersyukur.Zahlia telah membuka matanya besar-besar mengenai kesempurnaan solat.
“Abang dah solat dengan Adli tadi.Lepas habis appointment dengan Cik Dahlia wakil dari Syarikat Kenchana, kami terus singgah kat masjid.”
“Emm….baguslah.”
“Alia tak cemburu ke abang keluar dengan Cik Dahlia tu? Lawa orangnya tau!”
duga Tengku Syahran.
Zahlia berpusing.Tegak berdiri di hadapan Tengku Syahran.
“Tak kuasa Alia nak cemburu-cemburu.Alia bukannya macam abang.Cemburu
buta! Lagipun, abang keluar dengan Cik Dahlia tu dengan Adli, kan? Tak ada sebab Alia nak cemburu.Buang karan aje.” Tengku Syahran ketawa kecil.Isterinya itu tidak pernah mencurigai tindak-tanduknya.Itu satu lagi kelebihan Zahlia yang membuatkan
Tengku Syahran bertambah sayang padanya.
“Abang nak makan apa malam ni? Nanti Alia masakkan.” Suara Zahlia lembut.Tangannya disangkutkan ke bahu Tengku Syahran.Ada senyuman mesra lahir di bibirnya.
“Alia tak payah masaklah.Hari ni kita makan lauk yang Kak Salmah masak,”
ujar Tengku Syahran cuba mendekatkan lagi wajahnya.Zahlia faham dengan maksud tingkah laku Tengku Syahran.Segera dia menahan wajah yang semakin hampir itu.
“Pergilah mandi dulu.Balik dari pejabat nak peluk orang.Peluh abang tu, Alia rimas.”
Zahlia menjatuhkan tangan.
“Peduli apa!”
Ciuman mesra itu tetap singgah di pipi Zahlia dan kemudian melekat pula di
dahinya.Zahlia menampar lembut pipi Tengku Syahran yang tersengih.
Kemudian mata Tengku Syahran terpandangkan rantai yang tersangkut di leher
Zahlia.Hatinya kembang apabila melihat rantai pemberiannya dahulu masih tergantung di situ.
“Apa yang abang tengok?”
soalan Zahlia membuatkan Tengku Syahran melebarkan senyuman.
“Leher Alia tu, geramnya abang tengok,” usik Tengku Syahran.
“Abang jangan nak mengada-ngadalah.Mulalah tu nak cakap yang bukan- bukan.”
Tengku Syahran terus ketawa.Wajah Zahlia yang kemerah-merahan ditatap
sepenuh hati.Rambut lurus Zahlia yang berterbangan menutup sedikit wajahnya diselak lembut ke belakang.Dibelai dan diusap dengan senyuman.
“Rambut Alia ni cantik.Hidung Alia, pipi Alia dan segala-galanya milik Alia,
abang nampak cantik.Dan satu lagi…mata Alia tu, lagi cantik,” sambung Tengku Syahran lagi.
Zahlia diam.Hanya membiarkan pengucapan lelaki itu menjamah telinganya.
“Kenapalah abang tak perasan waktu pertama kali kita berjumpa? Kalau tak, mesti
kita tak perlu jalani kehidupan yang susah macam ni, kan? Kena fikirkan waktu yang sesuai baru nak hebohkan pada semua tentang perkahwinan kita,” ucap Tengku Syahran.
Zahlia tersenyum.Tengku Syahran memandang senyuman itu.
“Janganlah senyum menggoda macam tu! Hati abang tak tahanlah.” Zahlia mematikan senyumannya.
“Abang ni,” marah Zahlia.
“Betul! Alia betul-betul mampu buat abang hilang akal tau.Setiap masa Alia jugak yang abang ingat! Tak ada orang lain.”
Bicara romantis itu membuatkan Zahlia telan air liur.Dia ingin membalas renungan mata Tengku Syahran tetapi dia gementar.Jadi, dia terus tunduk ke bawah.
“Dua hari lagi genap setahun perkahwinan kita.Abang tak sabar nak tunggu Alia
jadi hak abang.Dalam waktu yang sama abang gementar.Alia pulak, apa yang Alia rasa?” soal Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.Lagi dua hari?
Terlalu cepat masa berlalu.Saat bahagianya dengan Tengku Syahran terlalu mengasyikkan sehingga dia hampir terlupa dengan masalah yang belum diselesaikan.Sewaktu dalam perjalanan pulang dari kampung dahulu, Tengku Syahran
sudah memberitahu Zahlia tentang kehilangan surat perjanjian itu.Zahlia terkejut tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa apabila Tengku Syahran memberitahu orang yang mencuri itu adalah Linda.
“Alia pun takut jugak.Alia takut di saat-saat akhir, mak dengan ayah tau segala-
galanya.Abang pun satu, kenapa tak beritahu Alia awal-awal yang surat tu Linda dah curi? Abang ingat abang boleh tanggung seorang diri? Kan Alia pun terlibat sama dalam hal ni.Apa salahnya kalau Alia berkongsi masalah dengan abang sekali?”
“Abang tak mahu Alia risau.Tapi, abang sendiri yang risau.Tambah-tambah selepas tengok CD yang Linda bagi tu.Abang cakap benda yang tak senonoh aje, kan? Kasihan pipi isteri abang ni.Tak semena-mena kena penampar sulung dari abang.”
Tengku Syahran mengusap pipi Zahlia yang pernah ditamparnya suatu ketika dulu.Rasa menyesal bertubi-tubi datang.Terlalu banyak wanita itu dikasarinya.
Zahlia tersenyum kecil.Teringat betapa garangnya Tengku Syahran malam itu.Bersuara pun dengan bahasa yang kasar.
“Kalau mak tau bagaimana bang?”
“InsyaALLAH kalau kita pandai menyimpan rahsia ni, mak takkan tau.Tapi, janganlah risau.Kita akan berterus-terang selepas segala-galanya selesai.Sekurang-kurangnya kalau apa-apa berlaku, kita tetap bersama,” luah Tengku Syahran dengan tenang. Zahlia tunduk.Turut berdoa di dalam hati.
“Jangan tinggalkan abang ya?Kalau Alia nak tengok abang masuk Tanjung Rambutan, beranilah buat.Puas hati Alia agaknya sebab dapat tengok abang terkurung kat dalam bilik khas untuk pesakit jiwa yang kritikal.Tapi, abang rasa elok abang mati dari terus hidup kalau abang dapat tau Alia curang.Cinta abang dah sepenuh jiwa untuk Alia.Dah tak boleh berpatah balik.Macam cinta abang pada Naz…irah.” Tengku Syahran menghentikan bicara.Zahlia mendongak dengan wajah yang sudah berubah.Mata mereka berlaga seketika.
“Nazirah? Siapa Nazirah?” soal Zahlia cuba mengetahui sama ada dia tersalah dengar atau tidak.Nama itu seperti pernah didengari.Tapi, Zahlia lupa.Di mana?
Tengku Syahran mengetap bibir.Tiba-tiba dia teringatkan Nazirah.Wajah lembut Zahlia yang mengingatkan memori lamanya dengan Nazirah.Kedua-duanya mempunyai bening mata yang mengasyikkan.Mampu memberi ketenteraman dalam
jiwanya.Mata yang penuh mengharap dan punya kasih sayang yang mencurah-curah di dalam dasarnya yang cantik menawan.
“Siapa Nazirah bang? Cakap cepat! Kalau tak malam ni abang tidur kat luar!” ucapan Zahlia penuh dengan nada ugutan.
Tengku Syahran melepaskan ketawa yang menggeletek hatinya.Mungkinkah Zahlia
cemburu? Tengku Syahran meneka sendiri.Pertama kali dia melihat Zahlia melayan rajuk yang minta cepat dipujuk.Zahlia benar-benar sudah menyayanginya jika benar
wanita itu cemburu ketika nama Nazirah tersasul dari mulutnya tadi.Tengku Syahran membelai rambut Zahlia tetapi tangannya ditepis pantas.
“Sudahlah.Benci tengok abang!Dah ada perempuan lain rupa-rupanya.Beria-ia dia suruhkan kita sayangkan dia.Menyampah!”
“Aikk….cemburu pulak? Tadi Alia kata tak kuasa nak melayani perasaan cemburu.Tiba- tiba nak marah ni kenapa?”
Tengku Syahran mencuit hidung Zahlia.
“Abang tulah.Entah siapa agaknya si Nazirah tu?”
“Alah, Alia tak payah taulah.Kisah lama abang aje.Bila ada masa nanti, abang
akan ceritakan okey?”
Zahlia terdiam.Memang dia cemburu kerana nama perempuan lain disebut oleh Tengku Syahran semasa dia hampir-hampir hanyut dengan bisikan lembut lelaki itu tadi.Sedang dia tersenyum sendiri, tiba-tiba nama perempuan lain menampar cuping telinganya.Isteri mana yang tidak cemburu?
“Dahlah tu, Alia.Esok, abang dah start cuti.Kita jalan-jalan kat KLCC okey? Abang bawa Alia tenang-tenangkan fikiran.Sekarang abang nak mandi.Alia temankan abang, ya?” Tengku Syahran sudah menarik tangan Zahlia menuju ke penyidai baju untuk
mengambil tuala.
Zahlia tersentak.
“Eh, tak naklah! Abang mandilah sendiri.Alia sediakan baju abang.” Tengku Syahran menghentikan langkah.Wajah tersipu-sipu Zahlia ditelan pandangan mata.
“Alia ni…dah jadi isteri abang pun nak malu-malu lagi.Suka hati Alialah.Abang nak….” ayat itu terhenti di situ.
Wajah Tengku Syahran tiba-tiba bertukar warna.Zahlia terkejut melihat Tengku Syahran yang sedang menahan sesuatu keluar dari mulutnya.
“Kenapa bang?”
Zahlia mula risau.Tingkah laku
Tengku Syahran nampak panik.Pantas Zahlia memeluk
lengan Tengku Syahran dan memimpinnya ke katil.
“Abang rasa tekak abang loya tiba-tiba.Nak termuntah,” beritahu Tengku Syahran sambil duduk di birai katil.
“Apa yang abang makan?Mesti benda yang merepek-repek ni.” Zahlia mengurut
belakang Tengku Syahran.
“Mana ada! Abang makan nasi macam biasalah.Entah tekak abang ni rasa something.Sejak semalam abang rasa macam nak makan Laksa Penang.Kenapa ya?”
Tengku Syahran mengerutkan dahi.Zahlia tidak mengerti.Terus merenung wajah Tengku Syahran yang juga sedang memandangnya.Tengku Syahran tersenyum nakal.
“Alia mengandung kot?” tekaan Tengku Syahran membuatkan Zahlia terdiam.Tidak tertelan rasa air liurnya.
“Tak mungkinlah! Apa pulak sampai ke situ.Alia sihat aje.Abang yang rasa lain
macam.Bukannya Alia.” Zahlia cuba memprotes.
Tengku Syahran cuba merenung mata Zahlia yang redup di sisi.Wanita itu segera
tunduk.Seolah-olah tidak mengerti dengan pandangan mata suaminya.
“Kalau Alia ada rasa semacam cakap cepat-cepat tau?”
“Abang, kita kan dah janji kenasettlekan hal kita dulu.Mana boleh Alia mengandung?”
“Apa salahnya? Kalau jadi pun, anak kita jugak.”
“Alia tengah sihat walafiat ni.Tak ada apa-apa tanda pun.Abang yang tak sihat,nak
kaitkan dengan Alia pulak.”
Zahlia tetap berusaha menafikan.Memang tiada apa-apa tanda yang membolehkan rasa mengidamkan sesuatu.Tidak juga badannya lemah dan tekaknya loya seperti yang dialami oleh rakan-rakannya yang mengandung.
“Hei, sekarang ni kan zaman siber! Isteri yang mengandung, suaminya yang mengidam.Alia pernah dengar tentang tu?” soal Tengku Syahran sengaja mengusik.
Zahlia menggeleng laju.
“Itulah…tak banyak bergaul dengan orang.Tengok abang ni, macam-macam cerita abang tau.Ada seorang kawan abang tu, isterinya mengandung, dia yang muntah-muntah, nak makan benda-benda yang masam-masam.Macam abanglah kot.”
“Ah, tak percayalah.Abang tu bukannya boleh dilayan sangat.Malas Alia nak ambil
tau.Abang pergilah mandi cepat.Sekejap lagi kita jemaah sama-sama.”
Tengku Syahran mengeluh kecil sambil bangun dan melangkah ke bilik air.Selepas
Tengku Syahran menghilangkan diri, Zahlia mengetap bibir.Fikirannya diburu pelbagai persoalan.Bukan tentang cerita Tengku Syahran sebentar tadi, sebaliknya nama perempuan yang disebut secara tidak sengaja.Siapa Nazirah? Zahlia tertanya tanya.Tidak langsung teringat tentang perbualannya dengan Anissa suatu hari dulu.
Zahlia terus dipagut rasa cemburu.
sqye suke novel ni.. tp sqye sngqt2 suke novel Andai Itu Takdir-Nya by Siti Rosmizah <3 . bleh qwqk updqte novel tu qt sni ? mcqm qwqk buqt kqt novel bicara hqti ni ? ehe ...
ReplyDeletesorry,saya sibuk..nanti ada masa saya update ok.. :)..anyway,thanks fou ur respons.. :)
ReplyDelete