Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 2, 2010

Bicara Hati bab 10

Zahlia tersenyum dan bangun untuk duduk semula di atas kerusi.
      “Dulu akak belajar kat mana?” tanya Tengku Hafizah sambil meneruskan kerjanya.
     “Kat UKM.Bachelor of Accounting.” Zahlia menjawab.
Tengku Syahran terkejut mendengarnya.Selama ini dia sendiri tidak pernah tahu yang Zahlia juga mempunyai segulung ijazah.Dia hanya fikir wanita itu bekerja di rumah kebajikan anak-anak yatim itu kerana tiada kelulusan.Malah nama tempat kerja wanita itu juga tidak pernah diketahui sehingga ke hari ini.
     “Wow, angah tak pernah cerita langsung tentang itu.Maknanya akak dah lama graduate?” soal Tengku Hafizah.
     “Adalah dalam tiga tahun.” Tengku Hafizah memandang Zahlia.Ketika itulah dia tersedar kewujudan abangnya di situ.
      “Eh, angah! Marilah duduk kat sini.Kita sembang-sembang,” ujar Tengku Hafizah.
Zahlia berpaling.Tengku Syahran sedang tercegat sambil memandang Zahlia.Mungkin menanti bibir Zahlia pula yang memanggilnya.Zahlia mengetap bibir.Sejak peristiwa di rumah Adli dulu, dia sudah jarang bersuara dengan suaminya itu.Bercakap hanya waktu-waktu tertentu sahaja.
      “Marilah bang.Nak sarapan pun, belum siap lagi.” Zahlia bersuara lembut.Dia terpaksa berlakon.Konon-kononnya kehadiran Tengku Syahran amat dihargai.
Tengku Syahran melangkah dan duduk di sisi Zahlia.Dia tetap cuba mendekati Zahlia atas sokongan Adli setiap hari dan Zahlia semakin hari semakin menjauhkan diri.Tengku Syahran tidak tahu mengapa.
Tengku Hafizah sudah menumpukan perhatian pada kerja.Zahlia
pula membisu.Sesekali mata Tengku Syahran menjeling ke wajah Zahlia yang kelihatan tenang.
“Kenapa angah tak cakap yang Kak Alia pernah belajar subjek accounting? Kalau tak
dah lama Fiza jadikan Kak Alia sebagai cikgu tak rasmi Fiza.”

Tengku Hafizah bersuara sambil tangannya ligat menekan calculator.
Tengku Syahran menjeling lagi pada Zahlia yang sudah tertunduk malu.Zahlia tidak berani mahu melawan pandangan mata Tengku Syahran.Perkara itu tidak pernah diberitahu pada Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersenyum tiba-tiba.
     “Angah malas nak heboh.Nanti dia bangga diri pulak,” selamba Tengku Syahran menjawab.
Zahlia menyiku lengan Tengku Syahran.Dia benci apabila Tengku Syahran mengenakan dirinya dengan cara itu.
    “Aduh, sakitnya! Sampai hati ayang buat abang macam ni.Abang cakap apa yang betul.Ayang tu bukan boleh dipuji lebih-lebih, nanti terkembang sendiri.Lepas tu bangga, kemudian riak.,” Tengku Syahran tetap menyakat.
Tengku Hafizah tergelak manakala Zahlia bertambah bengang.Zahlia beristighfar di dalam hati.Berharap dirinya dapat bersabar dengan usikan Tengku Syahran yang merepek-repek itu.
Pada waktu yang sama ahli keluarga Tengku Syahran sudah turun dan bersiap-sedia untuk bersarapan.Selepas dipanggil oleh Siti, masing-masing mengambil tempat.Cuma Zahlia dan Tengku Syahran masih membisu di ruang tamu.
     “Kenapa tak beritahu aku yang kau pernah belajar? Aku tak pernah tau pun,” bisik Tengku Syahran di telinga Zahlia.
Zahlia bingkas bangun.
    “Buat apa nak beritahu? Awak tu siapa nak ambil tau semua hal saya.“Zahlia bergerak sedikit.
    “Dengar sini Alia, kau tu isteri aku.Semua rahsia kau kena beritahu aku.Kalau aku dapat tau apa-apa cerita tentang kau lagi.Nahas!” ugut Tengku Syahran.

Zahlia telan air liur.Apa hal pulak! Suka hati akulah nak rahsiakan hal aku.Penyibuk!
Tengku Syahran sudah sampai ke meja.Zahlia tetap kaku, berdiri di ruang tamu.Dia tersedar apabila Tengku Badariah memanggilnya ke ruang makan.





“Sorrylah Alia! Abang tak beritahu tentang cadangan abang ni.Sengaja nak buat surprise,” jawab Tengku Syahran apabila menyedari wanita itu berkelakuan sedikit ganjil.
    “Kak Alia takkan marah angah.Mana ada perempuan yang tak suka pergi bercuti lepas kahwin?” sampuk Tengku Hafizah.
   “Betul tu.Ana sokong! Cakaplah mana angah nak bawa Kak Alia pergi?” tanya Tengku Farhana ingin tahu.
Tengku Syahran menoleh ke arah Tengku Ismail dan Tengku Badariah yang juga sedang menanti perkataan yang bakal diucapkan.Dia mencapai tangan Zahlia yang di atas meja perlahan-lahan.
Zahlia menarik nafas yang turun naik.Tadi suara lelaki itu serius sekali.Kini, genggaman tangan yang amat kuat mencengkam jari-jemari Zahlia amat menakutkan.Zahlia membatu.Tidak mampu menepis.
    “Syah ingat nak ajak Alia buat umrah dulu, mak.Lepas itu, Syah cadang nak pergi bercuti di dalam negara aje,” ucap Tengku Syahran perlahan tepat merenung Tengku Badariah.
     “Em.. eloklah tu.Mak setuju,” jawab Tengku Badariah ringkas.
Zahlia menguis makanan di dalam piringnya.Matanya memandang kosong makanan itu sambil telinganya mendengar setiap perbualan yang tercetus.Dia masih terkejut.
    “Syah rasa nak pergi Pulau Pangkor.Alia pun tak pernah pergi tempat tu.” Tengku Syahran menjelaskan lagi.
Zahlia mengerutkan sedikit dahinya.Mana dia tahu aku tak pernah pergi Pulau Pangkor? Sesuka hati aje nak buat cerita! Aku pernah pergi tau… Zahlia menjawab di dalam hati.
     “Nanti! Nanti! Ana nak cakap sikit.Kalau angah nak buat umrah, Ana setuju.Tapi, tentang bercuti tu, kenapa tak pergi kat luar negara? Dalam negara bila-bila masa boleh pergi,” sampuk Tengku Farhana tiba-tiba.
    Tengku Hafizah mengangguk-angguk mengiakan kata- kata adiknya.
    “Yalah. Fiza pun setuju cakap Ana.Kenapa angah tak bawa Kak Alia pergi Turkey ke, Bali ke, Agra ke? Angah ni tak romantiklah,” marah Tengku Hafizah.
    “Kamu berdua ni tak habis-habis dari tadi.Yang nak pergi bercuti ni siapa? Angah ke kamu berdua?” kata Tengku Syahran sambil mengeluh.Sesekali dia melirik ke arah Zahlia yang bungkam di sisi.
     “Hah, apa kata Kak Alia aje yang pilih tempat untuk berbulan madu ni.Yalah, kita kena jugak tanya tuan punya badan,” soal Tengku Farhana.
Zahlia telan air liur mendengar kata-kata Tengku Farhana.
    “Betul tu Alia.Kamu takkan tak ada cadangan nak ke mana-mana?” tanya Tengku Hakimi memandang Zahlia yang diamuk resah.
    “Cakaplah.Jangan malu- malu.Nanti pandai-pandailah Syah aturkan rancangannya,” sambung Tengku Hakimi lagi.
Zahlia melepaskan nafas.Berada antara ahli keluarga itu amat menyerabutkan fikiran.Zahlia memikirkan soalan Tengku Hakimi pula.Lama dia membisu sebelum menjawab.
     “Alia ikut Syah aje along.Mana Syah nak pergi, Alia tak bantah.Tapi, kan elok kalau pergi kat dalam negara aje.Alia setuju jugak dengan cadangan Syah tu,” ucapnya lambat-lambat membuatkan Tengku Syahran tersenyum puas.Zahlia sudah pandai bertindak mengikut keadaan dan kesepakatan.
    “Tengok tu, kan angah dah cakap Kak Alia ni mesti ikut cakap angah punya,” ujar Tengku Syahran memandang adiknya dengan pandangan yang sedikit berlagak.Tengku Farhana dan Tengku Hafizah mencebik.
     “Perasan, sebenarnya Kak Alia malu nak cakap kat depan angah.Takut angah kecil hati,” ujar Tengku Farhana.
Zahlia tersenyum tawar.Sarapannya sudah tidak tertelan.Dia berkira-kira mahu meninggalkan ruang makan itu.
“Okeylah, Alia dah habis makan ni.Alia nak kemas dulu,” beritahu Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran menoleh ke arah Zahlia.Hairan seketika.Marahkah dia dengan rancangan mengejutku ini? Ah, ini merupakan kebaikan untuk aku berbincang dengan dia tanpa gangguan orang.Pedulikan, Zahlia bingkas bangun.
    “Maknanya Alia ikut cakap Syah?” soal Tengku Ismail yang sejak tadi membisu.
Zahlia tersenyum kecil kemudian mengangguk sebelum berlalu ke dapur dengan pinggan kotornya.

No comments:

Post a Comment