ZAHLIA berasa semakin pelik.Semenjak sampai ke bandaraya Tokyo, sikap Tengku Syahran berlainan sekali.Layanan Tengku Syahran begitu romantis membuatkan Zahlia tertanya-tanya di dalam hati.
Sudah dua minggu Zahlia dan Tengku Syahran meninggalkan Villa Sakura.Setelah selamat mengerjakan umrah, Zahlia dan Tengku Syahran bertolak ke Tokyo.Mereka sampai di Lapangan Narita, Jepun lebih kurang pukul 12.00 tengah hari.Terus Tengku Syahran mencari teksi untuk membawa mereka ke Tokyo Station Hotel.
Seharian masanya dihabiskan di dalam bilik dengan berehat.Zahlia tidak sedar bila dia tertidur.Dia cuma tersedar apabila jam tangannya berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Dia bingkas bangun dan mendapati Tengku Syahran sudah tidur di kerusi panjang.Terus Zahlia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.Selepas menunaikan Solat Zohor, Zahlia menuju ke arah Tengku Syahran.Tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan-lahan.Nafasnya kedengaran terlalu letih.
“Syah…“Zahlia memanggil. Beberapa ketika kemudian barulah Tengku Syahran tersedar.
“Em…nak apa?” Sejak menunaikan umrah bersama-sama, hubungan mereka semakin baik.Mereka sudah berbual dan kadang-kadang bergelak ketawa bersama.Zahlia berpuas hati kerana Tengku Syahran tidak lagi menggunakan bahasa kasar bila berbicara dengannya.Itu adalah doanya!
Tengku Syahran mengangguk dan terus bangun.
Selepas menunaikan solat Zohor, Tengku Syahran duduk di birai katil.Ketika itu, Zahlia sedang duduk membelek peta Tokyo di kerusi panjang yang menghadapnya.
Gerak geri wanita itu diperhatikan tidak jauh dari tempatnya.Lama matanya jatuh ke pipi wanita itu.Kemudian jatuh ke bibirnya pula.Tengku Syahran menelan air liur.
Hati Tengku Syahran bergelodak lagi.Mahu sahaja dia menarik Zahlia ke dalam pelukannya saat itu.Perlahan-lahan Tengku Syahran bangun dan menuju ke arah Zahlia.Punggungnya dilabuhkan di sisi wanita itu.
“Alia tengok apa?“soalnya lembut.
Zahlia menoleh sekilas ke arah Tengku Syahran yang sedang merenungnya.Bibir Zahlia mengukir senyuman.Tengku Syahran tidak membalas.Tetapi matanya tepat memandang bibir wanita itu yang merekah.
“Tengok peta ni.” Ringkas Zahlia menjawab. Kertas di tangan ditunjukkan kepada Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak berminat dengan peta itu.Yang sedang berlegar-legar di fikirannya ialah Zahlia.Perlahan-lahan Tengku Syahran menghampirkan wajahnya ke arah wanita itu.Zahlia yang merasakan hembusan nafas hangat di telinganya segera berpaling dan mendapati wajah Tengku Syahran semakin hampir.
Zahlia tersentak.Dia cuba menolak wajah itu, tetapi tidak berjaya.Hidungnya
sudah bertemu dengan bibir lelaki itu.Hatinya mula berdebar-debar melihat renungan Tengku Syahran.Tengku Syahran melangkah ke arahnya.Zahlia berasa seram sejuk.
Zahlia ingin
melarikan diri tetapi tubuh Tengku Syahran telah pun berada di hadapannya.Zahlia terkedu.Dia menelan air liurnya yang dirasakan tersekat di kerongkong.Mata Tengku Syahran masih merenung wajahnya.Tengku Syahran menolak tubuh Zahlia ke katil.Zahlia terpempan.
“Apa ni Syah?” marah Zahlia dengan perasaan berdebar. Tengku Syahran membisu.Rambut wanita itu dibelai halus.Bibirnya mengukir senyuman. “Aku cintakan kau.” Zahlia terdengar ucapan lelaki itu.Zahlia rasa ingin pengsan.
“Jangan..” Zahlia hampir menjerit.
“Aku cintakan kau, Alia.” Tengku Syahran mendekatkan wajah.
Tetapi Zahlia bertindak pantas.Dia bangun setelah menolak tubuh Tengku Syahran.Zahlia berlari menuju ke bilik air membiarkan Tengku Syahran dilanda perasaan kecewa.
ZAHLIA keluar dari bilik air sejam kemudian.Terintai-intai mencari Tengku Syahran dan bibirnya tersenyum puas apabila mendapati Tengku Syahran tiada di bilik ketika itu.
“Yes! Dia dah tak ada!“Zahlia ingin duduk di kerusi panjang.Namun belum pun sempat dia melabuhkan punggungnya di kerusi itu, Tengku Syahran tiba- tiba terpacul di muka pintu.Zahlia tersentak.Wajah Tengku Syahran kelihatan begitu kecewa.
Zahlia ingin bangun dan berniat melarikan diri ke bilik air semula.Namun, tangannya segera disambar oleh Tengku Syahran.Zahlia terperangkap.
“Syah, lepaskan saya!” ucapnya. Tengku Syahran menggeleng dan semakin kuat mencengkam pergelangan tangannya.
“Syah,please.“
”Kenapa dengan Alia ni? Kenapa Alia nak lari dari abang?” soalnya lembut. “Abang?”
Zahlia pelik dengan bahasa yang digunakan.Mana perkataan aku, kau yang biasa terkeluar dari bibir Tengku Syahran.Zahlia semakin gerun.
“Syah!“
”Panggil abang sayang”
”Syah, apa dah jadi pada awak ni? Awak dah lupa syarat-syarat yang patut awak patuhi.Mengucap Syah.Kita berkahwin atas dasar apa?Ingat sikit.”
“Tapi abang dah sayangkan Alia.Hari-hari abang menghadap Alia.Abang dah tak tahan.Abang tak boleh nafikan yang abang sayangkan Alia.Abang tak mahu kita berlakon aje, abang nak lebih dari itu,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia terasa bulu tengkuknya meremang.Segera dia menggeleng.Kelakuan Tengku Syahran semakin melampaui batas.Dia sendiri sudah tidak sanggup menghadapi situasi begini.Zahlia takut dia akan menyerah diri.Tak! Aku tak cintakan dia! Aku tak cintakan dia ! Jeritnya di dalam hati.
‘Tolonglah Alia.Abang terpaksa berterus-terang, abang dah sayangkan Alia.I love you so much.Abang tak boleh kehilangan Alia.Kita jangan berpisah, Alia!“kata-kata itu membuatkan Zahlia tersentak. Zahlia ingin menjerit mengatakan tidak tetapi apa kuasanya? Sedangkan dia tahu lelaki itu berhak ke atasnya? Arghhh…. Kenapa ini yang terjadi?
“Syah, apa sebenarnya ni? Mana pergi janji awak.Jangan jadi bodoh Syah.Buang perasaan sayang awak tu cepat-cepat.Walau apa pun yang terjadi, saya tetap mahukan perpisahan.Saya tak cintakan awak.” Keras Zahlia berkata.
“Please Alia.Kita mulakan dari awal.Kita bercinta.Abang sayangkan Alia.“Kata-kata yang diluahkan membuatkan Zahlia semakin terkejut.
“Syah… apa kenanya ni? Awak dah tak waras ke? Awak kena ingat, saya tolong awak ni hanya sementara.Perjanjian kita hanya sementara.Jangan nak memandai-mandai mengubah pulak,” bentak Zahlia semakin tidak tahan dengan karenah lelaki itu.Tangan Zahlia meronta-ronta meskipun ianya terikat kuat di tangan Tengku Syahran.
“Ah, walau apa pun yang terjadi, abang tetap nakkan Alia.Biarlah apa nak jadi pun,“ucap Tengku Syahran lagi sambil jari telunjuknya mengusap pipi Zahlia.
Zahlia ingin mengelak tetapi tangan lelaki itu semakin galak menyentuh pipinya.Kini, bibirnya pula dijadikan mangsa.Lama bibirnya bertaut dengan bibir lelaki itu.Zahlia sudah tidak mampu mengelak lagi.
“Alia, bagi abang peluang? Kita jalankan hidup kita sebagai suami isteri yang sah seperti pasangan lain ya?” ujar Tengku Syahran.
“Tak…saya tak cintakan awak.Tolong jangan macam ni Syah! Beristighfar banyak-banyak.Tolonglah lepaskan saya dulu,” rayu Zahlia sambil menangis teresak-esak.
“Abang dah jatuh cinta.Alia kena faham… ini bukan main-main.Abang dah jatuh cinta sebelum kita bercuti lagi.Sejak tangan abang melecur dulu,” beritahu Tengku Syahran sambil melepaskan tangan Zahlia.
Zahlia duduk di birai katil.Terasa lemah seluruh urat sarafnya.
“Kenapa awak biarkan?“
”Ia datang sendiri.Abang tak sedar.“
”Patut awak elakkan.Benda ni takkan berlaku.Kita takkan bercinta,“ujar Zahlia bersungguh-sungguh. Zahlia pernah memikirkan hal itu dahulu tetapi Zahlia
belum bersedia.Malah, tidak pernah terlintas di fikiran untuk tidur sekatil dengan lelaki yang hanya dikenali beberapa hari.Tambah-tambah lagi Zahlia sudah semakin mual dengan sikap Tengku Syahran yang sudah berlebihan.
“Abang dah tak boleh lari, abang cintakan Alia,“ujar Tengku Syahran lemah. Zahlia
menggeleng.Dia tidak dapat menerima hakikat itu lantas Zahlia melangkah keluar dari bilik hotel dan meninggalkan Tengku Syahran bersama satu perasaan yang sukar dimengertikan.
Mengapa dia boleh jatuh cinta? Tanya Zahlia ketika kakinya sudah berada di luar hotel.Zahlia berjalan sendirian.Tidak tahu hala tujunya.Zahlia perlukan ketenangan.Fikirannya begitu kusut.
Syah sudah jatuh cinta pada aku.Dan aku, adakah aku juga telah jatuh cinta padanya? Soalan itu bermain-main di benak Zahlia.
Zahlia menelan air liur.Setitis air mata menitik ke pipi.Zahlia hanya membiarkannya.Dia terasa langkahnya longlai
dan lemah.Aku nak ke mana? Tanya Zahlia sendiri tetapi kakinya masih bergerak dan Zahlia tidak mahu menjawab persoalan itu.Dia terus mendiamkan diri bersama langkah kaki yang dihayun tanpa arah.
ZAHLIA tidak dapat melelapkan mata malam itu.Terkebil- kebil dia merenung siling hotel yang diterangi cahaya suram dan malap.Sesekali dia menoleh ke arah Tengku Syahran yang sudah lama terlena di kerusi panjang.
Petang tadi selepas bertengkar, Zahlia terus keluar berjalan-jalan di sekitar bandaraya Tokyo.Hati yang buntu cuba dirawat dengan membawa diri.Apabila pulang, Tengku Syahran sedang menantinya.Senyuman manis tidak lekang dari bibir lelaki itu.
Zahlia pelik.Sudah
redakah segala perasaan lelaki itu? Itulah soalan pertama yang terpacul di benaknya.Zahlia tidak membalas dan terus melabuhkan diri di birai katil.
Malamnya, selepas menunaikan solat Maghrib, Tengku Syahran mengajaknya keluar ke Tokyo Walt Disney.Kalau diikutkan hati, memang Zahlia malas mahu pergi.Tambah-tambah lagi hanya berkepit berdua.Namun, apabila Tengku Syahran merengek seperti budak kecil, Zahlia terpaksa menurut.
Entah apa kenalah dengan lelaki ni? Berjanji tak serupa bikin.Kalau aku tahu begini sudahnya, jangan harap aku nak tolong dia.Cis! Ingat aku ni apa?
Tiba-tiba dia teringatkan Razif.Mesti Razif sedang sibuk menjalani rawatan.Seminggu sebelum Zahlia ke Mekah, dia ada menyerahkan duit untuk pembayaran pembedahan.Nasib baik Razif tak banyak soal.Kalau dia tahu dari mana aku dapat, mesti dia tak mahu terima.
Namun, fikirannya terus terbayang pertemuannya dengan Linda.Ketika itu dia ke Bank Eon untuk menunaikan cek.Zahlia tidak tahu Linda adalah salah seorang pegawai bank di situ.
“Rasanya I kenalyou, kan? Wife Syah right?” soal Linda.
Zahlia terasa ombak di dadanya semakin ganas.Wajah Linda di tatap dengan rasa gundah.Namun dia cuba menenangkan diri.Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Linda?” tanyanya lembut.
Zahlia buat-buat tidak kenal.Linda mencebikkan bibirnya.Tanda meluat melihat Zahlia.Inilah orangnya yang telah menghancurkan harapanku, detik hati kecilnya. “Wow banyaknya duit you Alia? From Tengku Syahran bin Tengku Ismail, transfer to your account? Emm… baru beberapa hari kahwin, dah tinggalkan duit? Thirty thousand? Niat apa ni?” soal Linda seolah-olah mengesyaki sesuatu. Zahlia mengetap bibir.Mencari nafas ketenangan untuk menyusun kata-kata.
“Tempat Alia bekerja ada buat program kutipan derma untuk salah seorang pekerja yang menghidap kanser perut.Syah adalah salah seorang penyumbangnya.”
Linda mencebik lagi.Menatap wajah Zahlia membuatkan
hatinya membara.Dia marah kerana wanita itu berjaya dipilih oleh Tengku Syahran sebagai isteri.Linda bengang kerana dia ingin membalas dendam pada Tengku Syahran yang pernah menghinanya suatu waktu dahulu dan kini tidak berjaya.
“Eleh, nak buat baiklah tu.Kau jangan nak tunjuk lagak Alia.Benci aku menengoknya.Entah apa ubat yang kau dah bomohkan Syah tu sampai sanggup tunduk menerima kau.Kau tak kenal siapa Syah tu Alia.Aku yang kenal dia dulu dari kau.Kau tunggu ajelah, apa yang dia buat pada kau nanti.” Kata-kata Linda seperti mengugut.
Zahlia masih kelihatan tenang.Itulah yang membuatkan hati Linda berang.Dia sakit hati melihat wajah tenang Zahlia.Serasa mahu dicekik leher wanita itu dan ditoreh wajahnya dengan pisau tajam.Itu pun belum pasti sama ada dia sudah puas atau tidak.
“Aku tak kisah sebab aku kenal siapa suami aku.Kau tak payah nak nasihatkan aku.Aku bolehhandle sendiri,” ujar Zahlia sinis.
Zahlia masih boleh bersabar.Tetapi bahasa yang digunakan sudah lari dari yang sebenarnya.Zahlia lebih senang ber’aku’ dan ber’kau’ sekarang.
Linda mengancingkan gigi.Zahlia berani bertindak begitu kerana Linda sedang berada di bilik pejabatnya.
“Kau kurang ajar! Kau perampas!Syah milik aku!” jerit Linda sedikit kuat. Zahlia bersikap selamba.
“Tapi kenapa dia tak pilih kau sebagai isteri? Kenapa dia datang pada aku?” “Perempuan tak guna!” ucap Linda keras. Kali ini Zahlia gagal mengawal kesabarannya.
“Kenapa dengan kau ni Linda? Nak marah-marah aku ni kenapa? Kalau kau nak sangat Syah tu, kau ambiklah.Aku tak heran pun.Kau beritahu dia yang kau dah gilakan dia.Ajak dia kahwin dengan kau.Kau marah-marah aku ni pun, bukannya luak apa-apa.Menambahkan dosa lagi ada.” Zahlia berkata dalam nada marah.
“Kau dah berani cakap besar sekarang ni Alia.Tak sedar diri! Kau tu ingatkah yang kau berasal dari mana? Dari tempat anak-anak yatim tu Alia.Asal-usul kau sendiri pun tak siapa tau sebab kau ni bayi pungut.Bayi yang orang jumpa di tengah-tengah semak.Entah-entah kau ni anak luar nikah?“Zahlia rasa mahu menangis tetapi dia cuba tahan.Dia tidak mahu terus kalah dengan tuduhan itu walaupun dia juga sering mempertikaikan perkara yang sama.
“Suka hati kaulah nak cakap aku ni apa, Linda.Anak luar nikah ke? Anak haram ke? Aku tetap isteri Syah.Kalau kau menjerit kutuk aku sekalipun, tak boleh mengubah takdir.Syah dah jadi suami aku.Nak buat macam mana?” Zahlia mengangkat bahu.Sengaja menambahkan geram di hati Linda.
Setelah segala urusan selesai, Zahlia segera berlari keluar dari bank itu.Dia menangis sepuas-puas hatinya apabila berada di dalam kereta.Dia tidak tahu, kenapa dia jadi lemah ketika itu.Ya ALLAH! Bantulah aku.
dengan tuduhan itu walaupun dia juga sering mempertikaikan perkara yang sama.
“Suka hati kaulah nak cakap aku ni apa, Linda.Anak luar nikah ke? Anak haram ke? Aku tetap isteri Syah.Kalau kau menjerit kutuk aku sekalipun, tak boleh mengubah takdir.Syah dah jadi suami aku.Nak buat macam mana?” Zahlia mengangkat bahu.Sengaja menambahkan geram di hati Linda.
Setelah segala urusan selesai, Zahlia segera berlari keluar dari bank itu.Dia menangis sepuas-puas hatinya apabila berada di dalam kereta.Dia tidak tahu, kenapa dia jadi lemah ketika itu.Ya ALLAH! Bantulah aku.
BUNYI tapak kaki menghampirinya mengejutkan Zahlia.Pantas Zahlia menutup matanya.Dan tiba-tiba dia terasa dahinya dikucup lembut.Apabila kucupan itu tidak terasa, Zahlia membuka matanya dan mendapati Tengku Syahran sudah berlalu ke kerusi panjang.Lalu, merebahkan diri di situ.
Hati wanitanya tersentuh.Zahlia bersimpati pada Tengku Syahran.Lelaki itu jatuh cinta di tempat yang salah.Zahlia sebenarnya tidak mahu terikat dengan sesiapa.Dia kenal siapa dirinya yang tiada ibu bapa.
Zahlia terpaksa menyekat perasaan sayangnya.Zahlia juga terpaksa berbuat begitu agar dirinya tidak jauh hanyut dalam rasa sayang yang sementara.
No comments:
Post a Comment