ZAHLIA berulang kali menekan loceng pagar rumah Raja Khalida.Dia menanti dengan penuh debaran.Tidak lama dia berdiri di situ, dia sudah nampak kelibat Raja Khalida berlari-lari anak ke arahnya.
Sejurus selepas pintu pagar dibuka, tubuh Zahlia terus lemas dalam pelukan Raja Khalida.Wanita itu menangis teresak-esak di bahunya.Sementara Zahlia masih berlagak selamba dan tenang sekali.
“Puteri pergi mana? Dah dua minggu tak telefon mama,” tanya Raja Khalida sebaik sahaja pelukan terlerai.
Zahlia tidak menjawab.Mereka berjalan ke arah rumah dua tingkat itu.
“Mama risaukan Puteri.Puteri hilangkan diri sekelip mata,” sambung Raja Khalida apabila mereka duduk di ruang tamu.
“Maafkan Puteri, mama! Fikiran Puteri buntu.” Zahlia bersuara perlahan.
Raja Khalida terkejut dengan kata-kata Zahlia.Puteri? Dia pelik.Tetapi malas mahu bertanya.
“Puteri tinggal kat mana sepanjang dua minggu ni?” soal Raja Khalida lagi.
“Rumah kawan.”
“Dengan Syah?”
“Tak.Puteri sorang.”
“Syah pergi mana? Kalau dia tak ada dengan Puteri, dia ada dengan siapa?” Zahlia menjungkitkan bahu.Raja Khalida mengeluh.
“Kenapa Puteri tak balik rumah mama? Ini kan rumah Puteri jugak.”
“Puteri perlukan ketenangan.Puteri tak mahu mengganggu mama.”
Raja Khalida membisu.Pilu hatinya memandang anak tunggalnya itu kelihatan lesu tidak bermaya.Menderita sungguh kehidupan anaknya itu.Raja Khalida teringat ketika dia menerangkan segala rahsia pertaliannya dengan Zahlia.
Tengku Badariah terkejut dan benar-benar rasa bersalah.Berkali-kali wanita itu meminta maaf kerana menuduh Zahlia yang bukan- bukan.Kasihan Puteri!
“Tinggallah dengan mama, Puteri! Jangan lupa yang Puteri masih ada mama dalam dunia.Buat apa menumpang rumah orang? Puteri masih ada rumah sendiri.”
Raja Khalida merenung tepat wajah yang membiaskan memori lamanya dengan Megat Safiuddin.Rindunya terubat.
“Puteri sedang merancang untuk mencari kehidupan Puteri sendiri.Mama janganlah risau.Anak mama kan dah besar.Dah boleh buat keputusan sendiri.Puteri tak mahu susahkan mama.Biar Puteri merasa hidup berdikari,” jawab Zahlia penuh ketenangan.Entah dari mana perasaan itu hadir, Zahlia sendiri tidak tahu.
Zahlia terdengar Raja Khalida mengeluh.
“Mak mentua Puteri minta maaf.Dia tak sangka sampai begitu sekali dia terlepas cakap.Dia marah kerana Puteri dan Syah main-main dengan ikatan perkahwinan.Baliklah Puteri…dia menunggu Puteri di rumahnya,” pujuk Raja Khalida mengharapkan Zahlia termakan hati dengan kata-katanya.
Zahlia tidak tahu bagaimana mahu menjawab.Terdiam sejenak.
“Dia menyesal menuduh Puteri yang bukan-bukan.Dia risau Syah tak balik rumah sejak malam tu.Kasihan dia Puteri! Badan dia nampak kusut tunggu Puteri pulang setiap hari,” sambung Raja Khalida lagi.
Zahlia tetap diam.
“Puteri…Puteri kan dah besar.Dah boleh buat keputusan sendiri dan mesti Puteri tau mana yang baik dan buruk sesuatu perkara tu kan? Fikirkanlah…mak mentua Puteri tu tak pernah sakitkan hati Puteri.Dia cuma tersilap cakap waktu tu.Kenapa susah sangat nak maafkan dia?” pujuk Raja Khalida bersungguh- sungguh.
“Mama….Puteri tak marahkan mak lagi.Tapi Puteri jugak tak mungkin balik ke rumah tu semula.Benarkanlah Puteri hidup sendiri mama.Puteri nak merasai susah senang hidup sendiri.”
“Tapi Puteri duduk sorang-sorang.Mama risau.”
“Mama janganlah risau.Puteri takkan keseorangan lagi bila sampai masanya.” Raja Khalida memandang Zahlia.Hairan dengan kata-kata itu.
“Mama tak faham.”
Tangan Zahlia mengusap-usap perutnya dengan senyuman.Raja Khalida memandang perbuatan Zahlia dengan perasaan aneh yang menjadi-jadi.
“Mama nak jadi nenek tak?” tanya Zahlia. Raja Khalida terlopong.Dia sudah dapat menangkap maksud kata-kata itu.
“Puteri pregnant?” soal Raja Khalida.
Zahlia mengaku.
“Mama suka tak?”
“Of course honey.Bila Puteri tau?”
“Semalam.Puteri akan jadi ibu.Mama akan jadi nenek.”
“Syah akan jadi papa?” pintas Raja Khalida.
Zahlia telan air liur.Terdiam menggigit bibir.Memang itu yang ingin dinyatakan tadi tetapi Raja Khalida terlebih dahulu menyatakannya.
“Tinggallah dengan mama, Puteri.Mama boleh jaga Puteri,” ujar Raja Khalida tiba-tiba.
Zahlia bangun.Beralih tempat dekat dengan mamanya.
“Puteri akan jaga diri Puteri elok-elok.Mama jangan sekali-kali risau, okey? Puteri akan pastikan kesihatan Puteri, makan minum Puteri, dan pergerakan Puteri tak melampaui batas.Puteri ingat yang perut Puteri adababy.Puteri tau Puteri akan jadi ibu.Mama jangan risau, ya?” beritahu Zahlia sambil memeluk tubuh Raja Khalida.
Raja Khalida sebak.Dibalas pelukan anaknya yang tersayang.Diangguk- angguk kepalanya tanda setuju walaupun berat hatinya mahu melepaskan anak yang sudah berbadan dua itu hidup bersendirian.
“Okeylah mama.Puteri nak balik dulu.Puteri nak pergi melawat kawan Puteri yang kat hospital tu.Mama jaga diri tau.Cucu mama ni pun nak kenal nenek dia jugak.” Zahlia berseloroh.
Raja Khalida tersenyum.Mengesat air mata yang telah mengalir lesu.
“Puteri pun sama,” pesannya.
“Rahsiakan hal ni mama.Jangan beritahu mak!”
“Kenapa?”
Zahlia tidak menjawab soalan itu.Berharap mamanya faham sendiri.Kereta Zahlia menghilang tengah hari itu.Meninggalkan Raja Khalida yang masih dilanda sebak.
“KAU pembohong Alia! Kau penipu! Mengapa kau buat begini untuk aku?” Razif membentak.
Razif marah setelah mendapat tahu Zahlia tidak lagi bekerja di Sinar Iram.Di situlah terbongkarnya rahsia perkahwinan Zahlia.
Zahlia hanya mengetap bibir memandang lelaki yang terbaring di katil besi itu.
“Aku minta maaf.Aku cuma nak tolong kau.Kau buat perkara bodoh ni untuk tolong aku? Tapi kenapa?”
“Aku tak rasa tindakan aku bodoh.Aku tolong kau Razif.Pertolongan ikhlas dari aku untuk kau.” Zahlia tepat memandang Razif.Dia sedih pertolongannya tidak dihargai.
“Dengan mengahwini lelaki itu? Sumpah! Aku ingat kau berkahwin dengannya sebab cinta.Rupa-rupanya kau tipu aku.Bodohnya aku kerana mempercayai kau selama ini.”
“Aku dah agak ini penerimaan kau terhadap aku, Razif.Okay, fine! Kalau kau tak dapat memaafkan aku, tak apa.Aku tak menyesal dengan setiap tindakan aku.Sekurang-kurangnya aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai sahabat.”
Mereka menyepi.Razif tertunduk berfikir.Menyesal juga kerana menambahkan lagi penderitaan temannya.Entah bagaimanakah hidup wanita itu kini.
Razif memandang Zahlia semula.Terpancar raut kesedihan di situ.Pasti wanita itu
sedang menderita dengan kehidupan yang dilaluinya.Razif menghela nafas.
“Aku tak marahkan kau sebenarnya.Aku cuma kecewa dengan tindakan kau, Alia.Mengapa kau korbankan diri kau untuk aku?”
“Sebab kau kawan aku.Aku sayangkan kau.Aku tak mahu kau tinggalkan aku dalam usia muda.Banyak yang perlu kau lalui dalam hidup ini.”
Razif ketawa akhirnya.Diikuti dengan Zahlia.
Kau jangan sekali-kali lupa yang ajal maut di tangan ALLAH.Kalau aku dah nak mati, bila-bila masa ALLAH boleh ambil nyawa aku,” ujar Razif masih bersisa ketawa.
“Razif… jangan cakap macam tu.”
“That’s true, right?” Zahlia terdiam.Mengangguk lemah.
“Kau maafkan aku?” tanya Zahlia mengubah topik.
Razif menggigit bibir.Lambat-lambat mengangguk jua.Zahlia tersenyum puas.
“Terima kasih.” Pendek ucapannya.
No comments:
Post a Comment