Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, November 4, 2010

Bicara Hati bab 60

ZAHLIA duduk di ruang tamu rumahnya.Sebentar tadi, Raja Khalida datang dan kini sedang sibuk memasak di dapur untuk makan tengah hari.Zahlia ingin membantu tetapi dihalang.Akhirnya Zahlia hanya membeku di ruang tamu itu.
Mata Zahlia dilepaskan ke gambar perkahwinan yang tergantung di dinding bertentangan dengannya.Dia meneliti bingkai gambar emas yang berukir itu.Dipandang gambar perkahwinannya lama-lama.Fikirannya kemudian leka teringatkan novel-novel yang bersusun di rak khas di dalam biliknya.Dia juga tidak pernah melupakan saki-baki pakaiannya yang pernah ditinggalkan di Villa Sakura dahulu.
Zahlia telan air liur.Kalau Tengku Badariah pernah mengaku yang Tengku Syahran tidak pernah pulang ke Villa Sakura lagi sejak malam itu, habis bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan semua barang-barangnya ini? Semua novelnya lengkap bertulis nama dan bertandatangannya.
Zahlia sedar Tengku Syahran menghilangkan diri malam itu tanpa apa-apa barang atau beg yang dibawa bersama.Malah Zahlia perasan lelaki itu tidak berkasut malam itu.Hanya sehelai sepinggang.Mungkinkah…ada seseorang dari Villa Sakura
yang tahu di mana lelaki itu berada? Zahlia meneka.
Tiba-tiba Zahlia teringatkan kata-kata Raja Khalida pagi tadi tentang pemergian Tengku Farhana mengikut Raja Khalisah ke Mekah.Tengku Hafizah pula? Ingin berjumpa temannya petang ini! Tiba-tiba mulut Zahlia sedikit terbuka.Fiza?
Zahlia tersentak apabila terasa bahunya disentuh.Berdebar jantungnya.
    “Kenapa dengan Puteri? Diam aje! Risau mama,” tegur Raja Khalida.
Raja Khalida gusar apabila Zahlia diam.Dia akan terkenangkan keadaan Zahlia ketika Zahlia masuk ke hospital.Betapa Raja Khalida takut melihat Zahlia yang bagaikan hilang arah kerana terlalu merindui Tengku Syahran.Setiap waktu apabila Zahlia terjaga dari tidur, apa yang disebut dahulu adalah Tengku Syahran.Raja Khalida risau ia akan memudaratkan Zahlia apatah lagi bayi yang sedang dikandungnya.
Zahlia bangun.Sepantas kilat dia berdiri meskipun tidak selincah dahulu.Dia tenung Raja Khalida seketika dan selepas itu berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah.
    “Kenapa ni?” soal Raja Khalida semakin pelik.
   “Puteri nak cari abang.” Pendek ucapan Zahlia. Raja Khalida  tercengang.Dia membalas renungan Zahlia.
   “Kenapa tiba-tiba?”
   “Bukan tiba-tiba.Memang sejak dulu Puteri dah fikirkan hal ni.Puteri perlu bertindak sekarang,” ucap Zahlia lagi.
   “Tapi…Puteri nak cari kat mana?” Zahlia terdiam.Dia menarik nafas dalam-dalam.    “  “Puteri rasa….Puteri dah dapat klunya!”
   “Kita pergi sama- sama!”
   “Tak payah.Biar Puteri pergi sorang.”
Raja Khalida tidak tahu hendak kata apalagi.Dia terus diam apabila Zahlia mencapai kunci kereta dan melangkah keluar.


ZAHLIA mematikan enjin kereta.Keluar dan melangkah pantas mendapatkan Tengku Hafizah yang sedang melangkah memasuki kawasan taman rekreasi petang itu.     
“  “Fiza!” panggilnya kuat. Tengku Hafizah mematikan langkah.Berpusing dan terkejut melihat Zahlia.
    “Akak?”
Zahlia tersenyum.Sejak dari Villa Sakura, Zahlia mengekori kereta Tengku Hafizah sehinggalah ke taman rekreasi itu.Zahlia bertindak nekad apabila menyedari Tengku Hafizah adalah orang yang mengetahui tentang kehilangan Tengku Syahran.
    “Fiza buat apa kat sini?” Zahlia serkap jarang. Tengku Hafizah telan air liur.Cuba bersikap selamba.
    “Fiza,,,,,err,…. saja jalan-jalan,” jawabnya. Zahlia mengangguk.
    “Jalan-jalan dengan akak boleh tak Akak pun sorang-sorang ni.” Zahlia sengaja menyoal lagi.
Zahlia mengangguk.
   “Jalan-jalan dengan akak boleh tak Akak pun sorang-sorang ni.” Zahlia sengaja menyoal lagi.
Tengku Hafizah mengetap bibir.Wajahnya kelihatan resah.
   “Fiza nak jumpa kawan.” Gadis itu memberi alasan.
   “Jumpalah kawan Fiza.Akak ikut.”
   “Eh, tak boleh.Fiza nak privacy.” Kali ini Zahlia terdiam.Dia merenung Tengku Hafizah yang nampak gusar.Lantas dia mencapai tapak tangan Tengku Hafizah dan menggenggamnya erat.Tengku Hafizah terkejut.
   “Janganlah tipu akak lagi.Akak tau Fiza nak jumpa angah, kan?” Zahlia mula
berterus-terang.
Tengku Hafizah mengigit bibir.Tertunduk ke bawah.Malu dengan renungan dan genggaman tangan itu.Akhirnya dia mengangguk perlahan-lahan.
  “Izinkan akak jumpa dia, Fiza.”
  “Haaa?”
  “Tolonglah…..”
   “Tapi….” Tengku Hafizah masih gusar.Dia gementar dengan permintaan itu.
   “Tolonglah Fiza.Akak rindukan dia.Bukannya akak seorang tapi baby ni jugak.”
Zahlia sedikit merayu.
Tengku Hafizah tidak mampu meluahkan apa-apa.Ingin ditolak, dia rasa bersalah.Ingin diterima, dia takut angahnya tidak mahu berjumpa dengannya lagi seperti ugutan lelaki itu beberapa bulan yang lalu.
   “Please…akak perlu berjumpa dengannya.Sekejap pun jadilah.Fiza nak suruh
akak melutut pun akak sanggup.” Zahlia sudah bersedia untuk melutut tetapi segera dihalang oleh Tengku Hafizah.
Betapa hebatnya beban kerinduan itu sehingga kakak iparnya itu sanggup membuang harga diri di hadapan khayalak ramai.Tengku Hafizah semakin malu dengan pembohongannya tadi.Wajah Zahlia tetap kelihatan tenang walaupun menanggung
penderitaan perasaan yang maha berat.
   “Akak merayu pada Fiza.Kalau angah benar-benar melarikan diri dari akak, akak
akan pergi sendiri.Akak cuma mahukan kata putus darinya.Betulkah dia ingin membuang akak dari hidupnya bersama-sama dengan anak yang akak kandung?” Zahlia berusaha memujuk.
Kali ini Tengku Hafizah mengeluh kecil.Dia hanya mengangguk sambil menunjukkan jari ke satu tubuh yang sedang kaku melayani perasaan di sebuah pokok yang rendang.
Zahlia memandang ke arah itu.Rindunya mula melimpah-ruah mengiringi jalannya yang semakin pantas.Dia terasa air matanya meleleh keluar dari kedua-dua belah mata.Tidak sanggup lagidia menunggu walaupun sesaat untuk berpisah dengan Tengku Syahran.Serasa ingin berlari sekuat hati mendapatkan tubuh itu jika dia tidak memikirkan keadaan dirinya.
Zahlia menghentikan langkahnya betul-betul berhadapan dengan kerusi yang menempatkan tubuh yang kelihatan kurus tidak bermaya.Lelaki itu sedang melayani lamunan.Zahlia sedut nafasnya dalam-dalam.Gerak kaki yang diatur semakin tidak
menentu.Membuak-buak menyertai perasaan tidak sabarnya.
    “Abang!” sapa Zahlia bersama sendu.
Tengku Syahran terkejut.Lamunannya hilang dengan sendiri.Dunianya bagaikan terhenti berputar.Tengku Syahran terasa suasana di sekelilingnya begitu hening dan sunyi dengan tiba-tiba.Dalam waktu yang sama, anak matanya dapat menangkap dengan jelas sekujur tubuh yang tegak berdiri di hadapannya.
Bermimpikah aku? Persoalan itu muncul dalam benaknya.Tengku Syahran ternampak Zahlia semakin laju menuju ke arahnya.Dia juga sudah berdiri seolah-olah ingin menyambut tubuh itu ke dalam pelukannya.
Tidak lama kemudian,Zahlia sudah hilang dalam dakapan Tengku Syahran
bersama-sama tangisan yang menjadi-jadi.Tengku Syahran turut memeluk tubuh itu.Malah diperkemaskan lagi agar terubat segala rindu yang menyala-nyala.
    “Kenapa abang tinggalkan Alia sampai macam ni?” Zahlia menangis tersedu-
sedan.Membiarkan air matanya jatuh menitis ke bajut-shirt yang dipakai oleh Tengku Syahran.
Tengku Syahran pilu mendengar pengakuan itu.Pipi Zahlia dikucup berkali-kali.Masih hangat dan lembut seperti dahulu.Tengku Syahran erat merapatkan tubuhnya ke tubuh Zahlia.
   “Abang pergi mana?Enam bulan abang biarkan Alia sendirian merindui abang!
Abang tak rindukan Alia ke?” Zahlia menangis lagi.Semakin laju air mata itu menderu.
Kehangatan pelukan Tengku Syahran terasa menjalar ke seluruh tubuhnya.Seolah-
olah memadamkan api kesengsaraan akibat menanggung kerinduan itu.
   “Abang pun sama,Alia.Abang pun rindukan Alia.” Terlepas juga ungkapan
itu.Tengku Syahran turut merasakan matanya basah ditakungi air mata.
   “Habis, kenapa abang tak cari Alia?”
Tengku Syahran tidak menjawab.Dia lebih rela menggunakan masa itu untuk terus berada dalam dakapan wanita kesayangannya.Tetapi Tengku Syahran terasa tubuhnya ditolak lembut.
   “Abang dah tak sayangkan Alia agaknya? Abang memang benar-benar mahukan perpisahan ini?” soal Zahlia semakin galak mengalirkan air mata.
Tengku Syahran kaget apabila Zahlia mula menjarakkan diri.Dia menahan air mata
yang ingin meleleh.Wajahnya ditunduk.Dia tidak mahu berpisah lagi.Itu harapannya.
Zahlia yang terasa seksa dengan kebisuan Tengku Syahran mula mengorak
langkah.Dia tidak mahu jawapan lelaki itu.Dia tidak rela lelaki itu memberikan jawapan yang akan menambah penderitaan batinnya.Dia bakal menjadi ibu! Ada nyawa baru dalam perutnya yang sedang menunggu masa untuk melihat dunia yang sepatutnya diserikan bunga-bunga bahagia.Bukan kesengsaraan yang menyakitkan
hati.Bukan… jerit hatinya.
   “Kalau begini, baik kita terus berpisah.” Zahlia melangkah pergi. Tengku Syahran panik.Dia tidak mahu kehilangan Zahlia lagi.
   “Abang tak mahu khianati keputusan Alia.Abang takut kemunculan abang hanya akan menyebabkan Alia terus melarikan diri dari abang.” Tiba-tiba Tengku Syahran berterus-terang.
Zahlia menghentikan langkahnya.Kuyup wajahnya bersama sendu.Zahlia berpaling
kembali.
   “Sampainya hati abang.Hari-hari Alia menunggu abang! Takkan abang tak
kenal perangai Alia? Setahun kita duduk bersama, bang! Bila Alia merajuk, selama mana Alia boleh melayani rajuk?Takkan abang tak faham,” ujar Zahlia.
Tengku Syahran mendekati Zahlia.Wajah itu semakin menawan di hatinya.
    “Itulah yang abang takut nak hadapi.Bila Alia merajuk, memang senang untuk
dipujuk.Tetapi bila Alia terluka? Abang takut untuk melihat air mata Alia terus-terusan keluar.Abang takut Alia terus mengungkit setiap kata-kata penghinaan tu.Abang rela kita begini kalau itu yang membuatkan Alia tak dilimpahi kata-
kata tu lagi.”
   “Dan kita sama-sama menderita? Abang sanggup mendera perasaan Alia begini?
Anak kita bang…anak yang Alia kandungkan ni, sudah enam bulan tak kenal siapa ayahnya! Hanya gambar abang yang Alia tunjukkan.Itukah caranya yang abang mahu?” Zahlia terus menangis.Dia terasa lemah untuk terus menatap wajah
Tengku Syahran.
Tengku Syahran menyeka air mata Zahlia dari terus gugur.Direnung anak mata coklat cair yang memikat.Ada kedamaian yang bermukim di dadanya.
   “Abang tak tau Alia turut sama menderita seperti abang.Setiap hari abang berusaha melupakan bayangan Alia.Abang gagal! Alia tetap yang abang sayang,” ucap Tengku Syahran separuh berbisik.Dia ingin memeluk tubuh Zahlia.Tetapi tangan Zahlia menghalang.
   “Abang cuba untuk melupakan Alia?” sedikit terkejut pertanyaan itu. Tengku Syahran terdiam.Kaku tertunduk. Nafas Zahlia terasa berombak-ombak.Dia sebak dengan pengakuan itu.
   “Kalaulah Alia tau, dari dulu lagi Alia buang perasaan sayang Alia untuk abang!
Agaknya sebab itulah abang tak pernah mahu bertanyakan khabar Alia dan anak kita.Setakat yang sekali tu, baik tak usah.Mana pergi tanggungjawab abang? Memang Alia tau abang hantar duit, abang sediakan keperluan semua cukup.Tapi satu yang abang lupa…kasih sayang! Alia nak kasih sayang dari abang…bukan duit!” tubuh Zahlia terenjut-enjut semula.Derita hatinya terasa menyala kembali.
Zahlia mengesat air matanya dengan belakang tangan.Menarik nafas dan mula
melangkah perlahan-lahan.Tengku Syahran berlari mendapatkan Zahlia.
   “Alia, jangan tinggalkan abang lagi.Maafkan abang! Abang tak tau sampai
begitu sekali penderitaan Alia.”
Zahlia terperangkap lagi dalam pelukan yang menjerat.Dia terasa wajahnya
ditatap dan sering dicium oleh bibir Tengku Syahran.Belaian yang sering dirindui selama ini.
   “Maafkan abang, sayang.Abang tak sanggup lagi kehilangan Alia.Berilah abang peluang untuk kita membina semula rumah tangga kita.”
   “Itu aje? Mudah sungguh abang tolak dan tarik perasaan Alia.Abang tau tak….
kita nyaris kehilangan anak kita.Mana abang pergi waktu Alia betul-betul mahukan abang di sisi Alia? Mustahil Fiza tak pernah ceritakan kisah tiga bulan lalu kepada abang.”
Zahlia sudah kelihatan tenang.Air matanya sudah kering.Dia ingin melepaskan amarahnya terhadap lelaki itu sepuas-puasnya.Tidak langsung diketahui yang ketika dia terlantar di hospital,berhari-hari Tengku Syahran datang untuk menemani lenanya di waktu malam.Zahlia tidak pernah tahu! Ah, Tengku Syahran pun tidak mahu menyentuh tentang itu.Dia bagaikan kehilangan suara.Biarlah perkara itu menjadi rahsia antara dirinya dengan Tengku Hafizah.
Tengku Syahran mengambil keputusan untuk menjawab setiap kata-kata Zahlia.Dia sedar kesilapannya mengabaikan keselamatan wanita itu.Dia rasa berdosa! Seandainya kandungan itu benar-benar keguguran, dialah orang yang akan rasa bersalah seumur hidup!
    “Masa Alia buka mata,Alia cari abang dulu…dua hari bang! Abang buat Alia hampir-hampir putus asa.Mujur Alia masih ada iman.Kalau tak….”
   “Alia…abang minta maaf sungguh-sungguh.Abang sedar segala-galanya bermula dari abang.Sejak kita bernikah lagi.”
Tengku Syahran terdiam.Mengeluh seketika mengimbau kisah silamnya dengan Zahlia.
   “Abang yang menjadi puncanya!Dan abang takkan maafkan diri abang kerana pernah bertindak kejam pada Alia dulu.Tapi sungguh! Abang sayangkan Alia.Cinta abang pada Alia tak setanding cinta abang pada Nazirah.Abang sayang kedua-duanya.Tapi sayang abang pada Alia lebih hebat dari sayang abang pada insan yang sudah tiada!” sambung Tengku Syahran lagi.
Giliran Zahlia tidak menjawab apa-apa.Dia terkejut kerana lahir nama baru dari bibir itu.Dia ingat dengan nama yang pernah disebut Anissa dan nama itu jugalah yang pernah disebut oleh lelaki itu dahulu yang membuatkan dia cemburu dalam diam.Zahlia tidak pernah lupa sejak hari itu.
   “Abang akui Alia adalah insan kedua yang berjaya menambat hati abang.Tapi
abang nak Alia tau, tak semestinya cinta dari insan kedua tidak berjaya memikat hati abang yang dulu pernah terisi.Abang sayangkan Alia.” Panjang Tengku Syahran
membongkar rahsia kisah silamnya.
Zahlia sudah kembali bertenaga.Dia ingin mendengar cerita selanjutnya.Dalam
waktu yang sama, Tengku Syahran menarik Zahlia menuju ke kerusi yang ditinggalkan tadi.Mereka duduk di situ.
    “Abang merana sejak kehilangan Nazirah.Dan abang berazam tak mahu bercinta
lagi.Tetapi keputusan mak untuk menjodohkan abang dengan Linda telah membuatkan abang terpaksa bertindak mencari isteri pilihan sendiri.Abang tak sangka Alia yang abang pilih secara spontan.Dan yang paling abang tak sangka Alialah jugak yang berjaya membuka jendela hati abang yang telah tertutup rapat,” beritahu Tengku Syahran ikhlas sambil mengeluh kecil.
Zahlia berasa tenang kembali.Hati panasnya sudah sejuk.Melihat wajah Tengku
Syahran membuatkan perasaannya kembali berbunga bahagia.
   “Kerana sayang abang pada Alia yang menggila tu, abang curiga dengan setiap
pergerakan Alia.Abang cemburu melihat Alia selalu ke hospital melawat Razif.Masa tu, layanan Alia pada abang jugak seolah-olah abang ni yang terhegeh-hegeh mahukan
Alia.Abang sakit hati melihat Alia dengan Bernard walaupun dalam CD.Dan yang paling abang geram, bila ternampak dengan mata abang sendiri yang lelaki itu pegang pipi Alia.Abang rasa kasih sayang abang diabaikan,” ujar Tengku Syahran sambil menghela nafas.Diraup rambutnya ke belakang dengan tenang.Hatinya lega kerana segala isi hatinya sudah terluah.
Zahlia turut mengeluh.Menyesal kerana memarahi Tengku Syahran sehingga menyebabkan lelaki itu menceritakan segala-galanya.
   “Abang berjanji takkan abaikan Alia lagi.Cuma…berilah abang satu lagi peluang,”
rayu Tengku Syahran penuh harapan.
Zahlia menoleh ke arah wajah itu.Benang urat di hatinya kian menyulam sesama sendiri.Menganyam perasaan bahagia yang kian terasa.
   “Syarat…jangan tinggalkan Alia lagi.Kalau betul-betul terjadi, nahas abang!
Jangankan nak terima abang, nak pandang muka pun Alia tak ingin.” Zahlia meluahkan saki-baki perasaan amarahnya.
Tengku Syahran tersenyum.Memerhatikan bibir yang pada awalnya tidak henti-henti memarahi dirinya.Sedar-sedar dia terasa tangannya ditampar lembut.
   “Kenapa senyap? Alia tengah marah abang ni,” gerutu Zahlia dalam nada
rajuknya.
Tengku Syahran melebarkan senyuman.
   “Maafkan abang ya? Abang berjanji takkan buat sayang macam tu lagi.”
   “Itu ajelah yang abang tahu.Maaf! Maaf! Maaf! Alia bosan.Aduh!” ucapan Zahlia
terhenti secara mengejut.Tapak tangannya mula memegang permukaan perut yang dilindungi dengan pakaian mengandung itu.
Tengku Syahran yang sedang tersenyum terkejut dengan jeritan kecil itu.Dia memandang Zahlia.Dia ternampak Zahlia sedang memegang perut.
   “Kenapa? Nak bersalin ke?” pertanyaan Tengku Syahran hampir membuatkan Zahlia meletuskan ketawanya.Zahlia melihat wajah Tengku Syahran yang panik.Lucu sungguh!
   “Belum lagilah, abang ni!”
   “Habis? Kenapa menjerit?”
   “Haa…cuba abang rasa ni…cepat!” Zahlia menarik tangan Tengku Syahran ke
perutnya.
Tengku Syahran hanya menurut.Tiba-tiba mulutnya sedikit terbuka.Dia membalas
pandangan Zahlia yang sedang mengukir senyuman kepadanya.
   “Apa tu?” soal Tengku Syahran aneh.
   “Hmm,…inilah baby punya siku.Anak kita dah cukup sifat,” jawab Zahlia
manja.Zahlia sudah lupa penderitaan hatinya.
Tengku Syahran terdiam.Terus membiarkan tangannya di perut Zahlia.Dia pandang ke arah Zahlia yang sedang tersenyum sendirian.Isterinya itu cepat benar berubah moodnya.Tadi bukan main merajuk, sekarang… Tengku Syahran turut rasa
terjebak dengan senyuman itu.Tanpa diduga, dia bangun dan menarik tangan Zahlia mengikut jejak kakinya.
Zahlia pelik dengan situasi itu.
   “Abang…nak ke mana ni?” tanya Zahlia.
Lelaki itu hanya diam  dan terus menarik tangan isterinya.
   “Abang?”
   “Kita ke rumah abang.Dekat aje dari sini.”
   “Buat apa?” soal Zahlia hairan.
   “Ambil semua pakaian abang.Mulai saat ini, kita takkan berpisah lagi.Kecuali
ALLAH.”
Zahlia terdiam.Dia tidak membantah.Tidak juga menjawab apa-apa.Sebaliknya
meneruskan langkah menuruti lelaki itu.










No comments:

Post a Comment