Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 2, 2010

Bicara Hati bab 58

POHON-POHON menghijau memenuhi suasana di waktu  itu.Ianya amat menenangkan fikiran Zahlia.Di manakah tempat ini? Hati Zahlia tertanya-tanya.Tiba-tiba dia terasa bahunya dipeluk mesra.Apabila dia berpusing, Tengku Syahran berdiri megah di sisinya sambil tersenyum manis.
 Zahlia turut membalas senyuman itu.Dipegangnya tangan Tengku Syahran yang
melingkari di seluruh bahunya.Zahlia terasa sungguh bahagia.Dia sempat mengucup tangan itu.Namun, pelukan yang erat tiba-tiba menjadi semakin longgar.
Tengku Syahran semakin jauh dari pandangan mata.Zahlia kaget.Dia tidak mahu perkara itu berlaku.Rindunya pada Tengku Syahran sudah tidak dapat dibendung lagi.Zahlia tidak ingin ditinggalkan lagi.
    “Abang!” panggilnya dengan kuat.
Namun, Tengku Syahran semakin jauh.Zahlia di situ keseorangan.Di satu tempat yang kosong dan sunyi benar.Zahlia perhatikan keadaan sekeliling.Tiada langsung manusia di situ.
   “Abang…..” Zahlia memanggil lagi tetapi panggilannya tidak bersahut.
Zahlia ingin menangis.Dia bangun dan berlari-lari ke seluruh tempat yang begitu asing padanya.
   “Abang, jangan tinggalkan Alia.Alia takut…abang!” Zahlia tetap melilau.
Namun, kelibat Tengku Syahran sudah tiada lagi.Langsung tidak meninggalkan sebarang kesan mahupun bayangan.Zahlia terkulai di situ.Merenung segenap sudut yang luas tanpa penghujung.
   “Abang….” Zahlia merintih pilu.Dia menutup matanya dan tunduk.Ingin menangis.
   “Alia…” Zahlia terdengar ada suara bergema di telinganya.Dia mengangkat
wajah.
   “Alia…bangun sayang.” Suara itu semakin dekat.
Perlahan-lahan Zahlia membuka kelopak matanya.Dia sedang berada di satu bilik
yang sejuk dan dingin.Tiada pohon-pohon hijau seperti tadi.Zahlia melihat keadaan sekelilingnya.Dia tidak keseorangan.Di sebelah kanannya ada Raja Khalida dan di
sebelah kirinya pula ada Puan Azizah.
Kemudian Zahlia ternampak Adli dan Anissa di hujung katil.Dia juga ternampak keluarga Tengku Badariah sedang berkumpul di sekeliling katil.Semua mata sedang memandangnya.
Zahlia meliarkan pandangan ke satu-satu wajah.Mencari-cari raut yang datang dalam mimpinya tadi.Dia inginkan kehadiran lelaki itu di saat ini.Rindunya yang sarat semakin kuat mencengkam jiwa.Zahlia kecewa kerana wajah-wajah itu tidak langsung memberikannya harapan.Dia pandang ke arah Raja Khalida.
   “Mama…abang mana?Alia nak abang,” ujarnya dalam nada sayu.Air matanya
dibiarkan bertakung.
Raja Khalida memandang wajah Puan Azizah sebelum melarikan pandangan ke arah Adli dan Anissa.Dicapainya tangan Zahlia lalu disulamkan ke seluruh jarinya.
  “Syah tak ada sayang.Kami tengah cari dia.” Zahlia menggeleng.
   “Alia jumpa dia tadi.Alia tau abang ada kat sini.Tolonglah mama…. Alia nak abang.” Zahlia merengek-rengek kecil.Suaranya separuh merayu.
Raja Khalida memandang Tengku Badariah pula.Wanita itu hanya diam sejak tadi.Mungkin menyesali tindakan yang diambil beberapa bulan yang lalu.
   “Nanti mama cari ya?” pujuk Raja Khalida penuh sabar.
  “Alia nak abang sekarang.Alia nak dia ada kat sini.” Zahlia mula menangis.Esakannya membuatkan sudut kecil Raja Khalida tersentuh.Dia turut menangisi nasib anak tunggalnya.
    “Puteri janganlah macam ni.Keadaan Puteri masih belum stabil.Puteri kena
jaga kesihatan Puteri danbaby,” pujuk Raja Khalida lagi.
   “Mama…tolonglah cari abang.Alia nak abang.” Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut Zahlia.
Sungguh! Dia merindui Tengku Syahran.Ketakutannya kepada kejadian yang hampir meragut maruahnya amat menggetarkan jiwa.
   “Macam ni…apa kata kalau Alia tidur dulu.Bila Alia bangun nanti, mesti Syah ada
kat sini.Okey? Syhhh….Alia tidur dulu,” Terdengar suara Puan Azizah memecah tangisan kecil Zahlia.
Zahlia berhenti menangis.Ubat bius yang masih berbaki dalam darahnya perlahan-lahan menyebabkan matanya kuyu.Akhirnya Zahlia tertidur semula.
Raja Khalida mengeluh.
   “Bagaimana Li? Mana kita nak cari?” soal Raja Khalida kepada Adli.
Tengku Badariah sudah menangis di sisi suaminya.Mereka yang lain sedang
membisu.Puan Azizah mengusap rambut lurus Zahlia dengan penuh kasih sayang.
   “Saya tak tau makcik.Syah langsung tak hubungi saya,” beritahu Adli. Tengku Badariah semakin sebak.
   “Semuanya salah Yah,bang! Kalau Yah tak ikutkan perasaan, benda macam ni
takkan berlaku,” ujar Tengku Badariah sambil mengesat air matanya.
  “Akak,kita lupakan soal tu dulu.Apa yang penting, di mana Syah berada! Kita kena
cari dia,” beritahu Raja Khalida berbaur pujukan.
Tengku Ismail mengangguk dan sempat memandang anak-anaknya yang diam sejak tadi.
  “Kamu semua ada cadangan?” tanya Tengku Ismail.
Mereka menggeleng.
   “Syah tak pernah call Kimi.Kimi pun tak tau mana dia berada,” jawab Tengku Hakimi tenang.
   “Ana pun sama.” Tengku Farhana pula menyampuk.
Tengku Hafizah tidak menjawab apa-apa.Dia hanya senyap sambil mengiakan
kata-kata adiknya.
Raja Khalida menghela nafas.Bingung fikirannya.Dia kasihkan anak tunggalnya
itu.Dia tidak mahu anaknya itu merana lagi.Raja Khalida juga takut penderitaan yang pernah dialami jatuh ke tangan anaknya pula.
   “Kita berdoa ajelah.Mudah-mudahan ALLAH tergerakkan hati Syah untuk
mencari Alia,” ujar Raja Khalida lemah. Mereka yang lain terus senyap.



SETENGAH jam kemudian, Zahlia membuka mata.Terkebil- kebil dia memerhati keadaan sekeliling.Setiap wajah itu diperhati dan diamati lagi.Mencari raut yang masih muncul di dalam lenanya.Namun tiada.
Zahlia mengetap bibir dan mengeluh.Dia memandang ke arah Raja Khalida yang
asyik mengelap air mata yang gugur.Zahlia juga sedar yang juring matanya sedang berair.Zahlia hanya membiarkan keadaan itu.Biarlah air mata itu tumpah seandainya melalui cara itu, kerinduan yang sarat di hatinya dapat dikurangkan.
Saat ini tiada yang penting dalam fikiran Zahlia selain kewujudan Tengku Syahran yang benar-benar diharapkan.Itulah keinginannya ketika dia membuka kelopak mata.Dia hanya mahukan Tengku Syahran yang menyapa matanya terlebih dahulu.
Tetapi segala-galanya hampa.Raut yang datang dalam mimpinya itu hanyalah
mainan perasaannya.Kemunculan wajah yang turut diharapkan dalam dunia realitinya tidak berlaku sama sekali.Zahlia pilu.
    “Mama, Alia nak balik.” Zahlia bersuara perlahan.
   “Puteri dah boleh keluar esok.Esok kita balik ya? Kita balik rumah mama,” ujar
Raja Khalida .
Zahlia pantas menggeleng.
   “Alia nak balik rumah Alia.Alia nak tunggu abang balik.” Raja Khalida terkesima dengan keputusan itu.Dia memandang Puan Azizah seketika.
   “Puteri masih belum sihat.Baliklah rumah mama dulu…bila dah elok, barulah
balik rumah Puteri,” ujar Raja Khalida sambil menahan sedih.
  “Tak nak.Alia nak balik rumah Alia.Alia tak nak pergi tempat lain.Alia nak tunggu abang balik,” bantah Zahlia bersungguh-sungguh.Air mata Raja Khalida menitis lagi.
  “Okey…okey…nanti mama hantarkan.” Raja Khalida akhirnya mengalah.
Selepas itu, Zahlia terus membisu.Tiada mood untuk bersuara lagi.Akhirnya, dia
terlena kembali.


No comments:

Post a Comment