Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 3, 2010

Bicara Hati bab 59

“MAAFKAN mak, Alia! Mak terlepas cakap.Mak tuduh kau yang bukan-bukan.Mak rasa berdosa sekarang.” Tengku Badariah mengusap lembut tangan Zahlia.
Zahlia baru sahaja sampai di rumahnya.Dia sedang duduk di birai katil di dalam
biliknya.Dia tidak sedar bila Tengku Badariah berada di sisinya.
   “Mak tak sangka Syah boleh ambil tindakan begini,” ujar Tengku Badariah dalam
nada kesalnya.
   “Alia dah lupakan semuanya mak.Dah lama perkara tu berlaku.Alia tak mahu
fikirkan lagi.” Zahlia kelihatan tenang.Sesungguhnya memang dia tidak marahkan wanita itu lagi.
   “Tak mungkin kau maafkan mak begitu mudah.”
Zahlia terdiam.Dia melirikkan matanya ke arah bingkai gambar yang terletak di
almari kecil bersebelahan katilnya.Dicapai gambar itu ke dalam genggamannya dan diusap-usapnya lembut.Gambar
Tengku Syahran tersergam indah.
   “Alia tak marahkan mak.Alia yang bersalah kerana menipu mak selama ni.”
  “Mak dah pun tak mahu ingatkan lagi hal tu.Apa yang mak kesalkan tindakan
Syah meninggalkan kamu,” ujar Tengku Badariah sambil menggigit bibir.
   “Itu bukan kesalahan abang, mak! Alia yang buat dia melarikan diri.Alia yang bersalah kerana menjadikan keadaan lebih rumit.Kalau Alia terima keputusan dia hari tu, dia takkan pergi dengan cara begini,” Zahlia sudah mula sebak.
   “Hisyy….jangan cakap macam tu.Mak yakin dia ada berhampiran dengan kita.Dia
mesti pulang.”
Zahlia tersenyum.Sesaat dua Zahlia terasa tubuhnya didakap.
   “Pindah ke Villa Sakura semula, Alia,” pinta Tengku Badariah penuh harapan.
Zahlia melepaskan pelukan.
   “Lebih elok begini, mak.Biarlah Alia duduk di sini aje.Abang pun entah ke mana!
Lepas anak ni lahir, Alia ada rancangan sendiri.Alia ingat nak cari kerja,” ujar Zahlia tenang.
   “Mak sayangkan kamu,Alia.” Tengku Badariah menarik tubuh itu ke pelukannya lagi.
   “Alia pun sama.” Zahlia membalas. Tengku Badariah menangis teresak-esak.   
“  “Kamu tau tak yang Linda dah tak ada?” soal Tengku Badariah perlahan. Pelukan mereka terlerai.
   “Maksud mak?”
   “Linda meninggal dunia masa hari kejadian kamu tu!”
   “Haa?” Zahlia terkejut.
   “Dia terjatuh dari tangga dan meninggal bersama anak tu.Mungkin itu balasannya.Dia yang mahu musnahkan hidup kamu dengan Syah! Dia yang hantar lelaki yang bertanggungjawab ke atas kejadian yang menimpa kamu.”
Zahlia tidak tahu hendak berkata apalagi.Berita itu sungguh mengejutkan.Dia hanya diam dan termenung.Sedar-sedar Tengku Badariah sudah meninggalkannya.
Zahlia bersendirian lagi.Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di tilam yang sudah dua hari ditinggalkan.Dingin sekali.Saat itu, Zahlia bagaikan terdengar bisikan halus Tengku Syahran yang berbaur usikan.Dan di kala itu juga, dia teringat satu ungkapan lelaki itu yang sering bermain-main di fikirannya.
 ‘Jangan sampai satu waktu, Alia yang menyerah kalah!Time tu, Alia hanya mahu
melihat wajah abang sahaja bila Alia buka mata.’
Zahlia telan air liur.Perkara itu memang benar-benar terjadi ke atas dirinya.Tengoklah apa yang telah berlaku? Dia hampir menjadi gila kerana lelaki itu. Zahlia melabuhkan
tapak tangannya ke atas perut.Bibirnya tersenyum.Bingkai gambar lelaki yang di dalam genggamannya itu dicium sekali sebelum dilekapkan ke perutnya.
Kemudian dia memeluk bingkai gambar itu sambil memejamkan matanya.Entah
mengapa lenanya mudah sekali datang menjelma dan cepat sekali dunianya yang ligat berpusing semakin berbalam.Fikirannya mula longgar dan tanpa disedari kelopak matanya tertutup rapat.



ZAHLIA tersedar lagi.Tapi, dia berasa pelik.Suasana di situ amat asing baginya.Di manakah aku? Dia tertanya-tanya.Dia memandang sekeliling.Tiada seorang pun di situ.Yang kelihatan hanyalah dunia yang dikelilingi padang pasir yang luas.Begitu luas sehingga dia sendiri tidak tahu di manakah penghujungnya.
Kemudian dia ternampak seorang lelaki menghampiri.Terus dia memanggil.Lelaki itu
semakin mendekati.Kini sudah berada di hadapannya.Lelaki itu tersenyum.Zahlia pelik.Lelaki itu masih tersenyum.
Tiba-tiba dia terasa bahunya digoyang-goyang.Bayangan itu hilang.Dia cuba membuka mata.Wajah mamanya kelihatan.Dia menoleh ke sekeliling bilik.Semua ahli keluarganya ada di situ.
    “Puteri, Puteri tak apa-apa?” lembut suara mamanya menangkap ke telinga.Zahlia
tidak bersuara hanya memandang mamanya tanpa kata.
Zahlia kaku di situ.Sejak tadi bibirnya terkunci.Nafasnya sahaja yang kedengaran
lemah.Lama dia merenung siling rumahnya.
   “Mama, Puteri ada kat mana ni?” Zahlia bertanya tiba-tiba.
Semua mata yang  memandang terkejut dengan soalan yang ditanya.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.Bukankah itu rumah yang diduduki oleh Zahlia selama ini? Persoalan itu bermain-main di benak masing-masing.
   “Puteri…ni kan rumah Puteri.Kenapa ni?” Raja Khalida mula risau.
  “Puteri tak pernah tengok bilik ni pun? Kenapa nampak lain?” Zahlia bertanya lagi.Wajahnya nyata mempamerkan yang dia tidak mengetahuinya.Tengku Ismail yang tadi terdiam, mula mendekati.
   “Alia….Alia…. kenal ayah tak?” lelaki itu bertanya.
Zahlia mengalihkan pandangan ke arah suara itu.Matanya tepat memandang
lelaki di sebelahnya.Lama dia memandang.Bibirnya diketap.Perlahan-lahan dia tersenyum dan kemudian mengangguk.Dia menoleh ke wajah mamanya semula.
   “Mama, tadi Puteri nampak abang…tapi dia datang sekejap aje,” ujar Zahlia
membuatkan semua yang ada di bilik itu semakin risau.Berpandangan mereka sesama sendiri.
   “Puteri rasa penatlah.Kepala Puteri ni pening sangat.Puteri rasa nak tidur.”
Zahlia memejamkan matanya kembali.Kemudian suaranya tidak kedengaran
lagi.Terus tenggelam bersama lenanya.
Air mata Raja Khalida bergenang.Kemudian mengalir perlahan-lahan menjatuhi
pipi.Hatinya sebak dan pilu.Wajah Zahlia yang sedang lena ditatap sayu.Lemah tidak bermaya.
Dia tersentak seketika apabila terasa bahunya disentuh seseorang.Lembut.
   “Mak Su, sabarlah.Fiza rasa Kak Alia letih sangat agaknya.Mungkin selepas dia
berehat, eloklah tu.” Tengku Hafizah memujuk.
  “Yalah Ida.Akak pun rasa begitu.Entah-entah dia berfikir banyak sangat tu.” Tengku
Badariah menyokong kata-kata Tengku Hafizah.Tengku
Hakimi yang dari tadi berdiri di sisi Sofea mula mendekati.
   “Mak Su, janganlah risau sangat.Kimi pun percaya, Alia tak apa-apa.Terlalu asyik fikir masalah sendiri agaknya.” Tengku Hakimi berkata.
   “Dahlah.Tak payah bising-bising di sini.Biarlah Alia berehat puas-puas dulu.”
Tengku Ismail berkata.Serentak itu mereka melangkah longlai keluar dari bilik itu.

SUDAH hampir tiga bulan peristiwa itu berlalu.Zahlia  sudah sihat dan sabar menanti kehadiran bayi yang dinanti-nantikan.Soal Tengku Syahran cuba dipendamkan di
dalam hati.Walaupun zahirnya dia nampak riang tetapi batinnya hanya kerinduan yang bermaharajalela.
   “Puteri…mama nak minta maaf banyak-banyak.Hari ni mama tak dapat nak temankan Puteri pergi check up,” ujar Raja Khalida melalui telefon.
Zahlia terasa sedikit hampa tetapi dia harus mendengar alasan mamanya terlebih
dahulu.
   “Kenapa?”
   “Mama terlupa yang mama kena hantar Mak Long Puteri ke airport.”
Zahlia terus terbayangkan wajah Raja Khalisah.Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang ibu saudaranya itu.Sihatkah dia?
   “Mak Long nak ke mana?” soal Zahlia.
   “Kan nak buat umrah.Takkan Puteri tak ingat, hari tu Mak Long ada buat kenduri,” jawab Raja Khalida.
   “Yalah.Puteri lupa.Tapi Mak Long pergi Mekah ni seorang aje ke?” soal Zahlia.  
 “ “Eh, tak adalah.Last- last minute satu famili ayah mentua Puteri pun nak pergi.Kecuali Fiza.”
   “Hmm,,,tak apalah.Kalau macam tu, Puteri pergi sendiri.”
   “Sorry Puteri.Mama tak sangka boleh terlupa.Apa kata kalau Puteri suruh Fiza
temankan?” Raja Khalida masih terasa bersalah.
   “Tak apa.Puteri boleh pergi sendiri.Tapi…kenapa Fiza tak ikut?” tanya Zahlia lagi.
   “Ada hal katanya petang nanti! Rugi betul… Mak Long nak belanja, dia kata
nak jumpa kawan.Buatlah umrah dulu, kawan kan boleh jumpa bila-bila,” bebel Raja Khalida.
Zahlia tersenyum kecil.Teringat sewaktu dia dengan Tengku Syahran mengerjakan umrah sebelum bercuti ke Tokyo dahulu.Tidak sangka saat yang tidak pernah dihargai dahulu, seperti manis apabila dikenangi semula.
   “Puteri?”
   “Haa…ya! Puteri masih di sini.Nanti mama kirimkan salam Puteri pada Mak
Long dan keluarga mak, ya? Ikutkan hati ni rasa nak pergi jugak.Tapi,appointment tu dah dekat sangat.” Zahlia berkata.
   “Ehh, Puteri pergi  appointment.Biar mama yang uruskan hal Mak Long! Puteri
drive kereta elok-elok.Biar lambat asalkan selamat.Lepas check terus balik.” Raja Khalida berpesan.Risau dengan keadaan Zahlia yang sudah lapan bulan berbadan dua. Terdengar ketawa kecil berbunyi di hujung telefon.
   “Mama,baby ni belum nak keluar lagi,” ujar Zahlia masih ketawa.
   “Puteri jangan cakap macam tu.Kandungan ni bukannya boleh diramal sangat.Lagipun, mama tengok perut Puteri tu besarnya semacam,” ujar Raja Khalida.
   “Dahlah tu mama! Puteri tau jaga diri.Lagipun lepas appointment, Puteri nak
pergi shopping,” ujar Zahlia seperti meminta kebenaran.
   “Yalah.Elok-elok tau?”
   “Ya….Puteri tau.”
     “Okeylah…mama pergi dulu! Petang nanti mama singgah kat sana.Assalamualaikum.”
    “Waalaikumussalam.”
Talian terputus.



ZAHLIA keluar dari klinik Doktor Yusliza.Penuh hati-hati dia berjalan dengan perutnya yang sudah berusia lapan bulan.Kakinya melangkah menghala ke kereta Proton Wira yang diparkir berhampiran dengan klinik itu.
Pergerakan yang laju dan pantas sedikit demi sedikit menjadi perlahan.Zahlia
terasa bagaikan dirinya sedang diekori.Dia menghentikan langkah.Berpaling dan memerhati keadaan sekeliling.
Kemudian Zahlia melangkah semula ke kereta.Meletakkan beg tangannya di
kusyen sebelah dan menghidupkan enjin.Beberapa minit kemudian, Zahlia sudah berada di pekarangan gedung Mother House.Dia membelek-belek baju bayi yang terdapat di gedung itu.Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh.
Zahlia memilih beberapa helai pakaian dan melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran.Selepas membayar harga barang, Zahlia ingin keluar.Tetapi Zahlia terpandang buaian bayi berwarna-warni di satu sudut berhadapan dengan cermin kedai.
Zahlia melangkah ke situ sambil tangan kanannya mengusap-usap perutnya.
   “Baby nak tidur dalam buaian ni tak?” Zahlia menyoal perlahan.Ada senyuman kecil
terukir di bibirnya. Zahlia membelek-belek buaian itu.Senyuman manis masih terterap di bibir.Tetapi senyuman itu tiba-tiba menjadi kaku.Dengan sendirinya mata Zahlia menjamah sepasang mata yang sedang merenungnya di balik tiang tidak jauh dari kedai itu.
Perbuatan Zahlia terhenti.Dia ternampak lelaki itu ingin melangkah pergi.Zahlia panik apabila lelaki itu sudah bergerak meninggalkan tiang tersebut.Zahlia terus melangkah pantas keluar dari kedai itu.Dia ingin mendapatkan lelaki itu.
Sepantas manalah jalannya untuk mengejar lelaki yang bayangnya semakin jauh.Zahlia menghentikan langkahnya.Nafasnya terasa sesak.Dia mula melangkah ke sebuah kerusi kosong yang terdapat di situ.Dia duduk seketika.Penat.
Zahlia mengalihkan semula pandangan ke arah kelibat lelaki yang hilang tadi.Pandangannya tersebar berserta dengan satu perasaan hampa.Dia mula bangun dan sekali lagi membuang pandang ke tempat itu sebelum dia melangkah meninggalkan gedung itu.



TENGKU SYAHRAN menyepi diri.Dia sedang duduk di dalam kereta.Baru sekejap tadi dia berjaya melarikan diri dari terserempak dengan Zahlia.Entah apalah silapnya hari itu sehinggakan intipannya tidak mengena.
Tengku Syahran mengeluh.Rindunya saban hari telah membuatkan dia bertindak begitu.Memerhatikan gerak geri Zahlia setiap waktu.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mendapatkan tubuh Zahlia ke dalam pelukannya tetapi Tengku Syahran
segera mengingatkan keputusan Zahlia dahulu.
Tengku Syahran terpaksa redha dengan keputusan yang diambil Zahlia.Dia
tidak mahu memaksa walaupun dia yang terpaksa menanggung beban kerinduan yang teramat mencengkam dirinya.
Berita mengenai tragedi yang menimpa Zahlia dahulu masih tidak dapat dilupakan.Disebabkan itu Tengku Syahran telah mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati sepenuh masa untuk Zahlia dalam diam.Kadangkala banyak maklumat diperoleh dari Tengku Hafizah.Tengku Syahran bersyukur kerana adiknya itu sudi membantu.
Dahulu ketika pertama kali dia menelefon Villa Sakura semenjak dia meninggalkan
rumah itu, Tengku Hafizah yang menyambut panggilannya itu.Tengku Syahran mendapat tahu pelbagai cerita mengenai Zahlia dari adiknya.
Selain itu, Tengku Syahran juga telah meminta bantuan dari Tengku Hafizah untuk membawa keluar barang-barang Zahlia dan dipindahkan ke rumah baru yang kini diduduki oleh Zahlia.
Namun, peristiwa yang paling memilukan hati ialah ketika Tengku Syahran melawat
Zahlia di hospital beberapa bulan yang lalu akibat peristiwa hitam yang diberitakan kepadanya.
Dengan pertolongan Tengku Hafizah, Tengku Syahran berjaya menyusup masuk ke dalam wad di mana Zahlia ditempatkan.
Sungguh, dia bagaikan mahu menangis apabila melihat wajah lesu Zahlia yang
sedang terlena.Ingin dicapai jari-jemari halus itu.Namun, Tengku Syahran tidak berani.Takut-takut Zahlia terjaga dan menyedari kehadirannya di situ.
Setiap hari Tengku Syahran tidak lupa melawat Zahlia.Datangnya di tengah-tengah malam agar kehadirannya tidak disedari.Mujurlah Tengku Hafizah amat memahami lantas telah memberitahu Tengku Badariah dan Tengku Ismail agar gilirannya menjaga Zahlia adalah di waktu malam.
Peluang itu diambil sepenuhnya oleh Tengku Syahran.Dan yang paling penting,
rindunya terubat setelah memerhati raut yang lembut itu.
Tengku Syahran mengeluh.Kasih sayangnya pada Zahlia telah menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja.Dia seringkali berdoa agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan janganlah kejadian buruk yang menimpanya beberapa bulan yang lalu berlaku lagi.
Tengku Syahran tersedar.Sudah terlalu lama dia berada di dalam kereta.Pantas teringatkan pertemuannya dengan Tengku Hafizah sekejap lagi.Dia ingin segera menemui adiknya untuk mengetahui perkembangan semasa perihal Zahlia.Terus Tengku Syahran menghidupkan enjin.Tidak lama kemudian, Honda Preludenya bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu dan menuju ke tempat yang
dijanjikan.


No comments:

Post a Comment