Poyo kAn..

Poyo kAn..
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 2, 2010

Bicara Hati bab 57

MALAM ini suasana begitu nyaman sekali.Zahlia sedang  berehat di ruang tamu sambil menonton drama melayu.Sudah seminggu Zahlia tinggal di rumah baru pemberian Tengku Syahran.Tidak lagi menumpang di rumah Adli.Zahlia terkejut apabila diberitahu oleh Adli yang rumah itu adalah hadiah dari Tengku Syahran.
Pada mulanya Zahlia tidak mahu menerima tetapi atas desakan Adli dan Anissa, Zahlia terpaksa  akur.Itu amanah Tengku Syahran, kata mereka.Lagipun memang itulah peluangnya untuk tidak menyusahkan lagi kehidupan Adli dan Anissa.
Semasa Adli membawanya singgah di rumah dua tingkat itu, tiga hari sebelum dia berpindah, Zahlia terperanjat apabila mendapati rumah tersebut sudah lengkap dengan semua perabot dan perhiasan.Gambar-gambar perkahwinannya dengan Tengku Syahran sudah siap tergantung di dinding ruang tamu.Begitu juga di bahagian dapur, semua kabinet sudah dipenuhi dengan makanan dan kelengkapan memasak.
Kemudian dia naik ke tingkat atas.Bilik utama sudah siap berhias indah dengan katil yang sudah bercadar.Perabot dan set kerusi yang menarik tersusun megah.Di satu sudut, terhias sebuah rak khas untuk novel.Sempat Zahlia mencapai satu daripada novelnya dan menilik.Ada tertulis nama dan tandatangannya. Zahlia mengimbau semula kenangannya pada malam dia meninggalkan Villa Sakura.Seingatnya novel itu talah ditinggalkan di dalam bilik.Zahlia hanya membawa beberapa helai pakaian sahaja.
Zahlia menuju ke almari baju.Dia membuka pintu almari dan mendapati ada sedikit bajunya yang tersusun di situ.Zahlia terdiam.Dia tidak tahu bagaimana barang-barangnya itu ada di situ.
Kemudian, Zahlia melangkah ke bilik sebelah.Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, air mata Zahlia hampir luruh.Seluruh bilik itu sudah dipenuhi dengan pakaian dan alat-alat mainan kanak-kanak.
Pintu almari dibuka.Di ruang matanya penuh dengan pakaian kanak-kanak yang berlipat dan bergantungan.Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping sampul yang terselit di bawah pakaian yang berlipat.
Zahlia duduk perlahan-lahan dan mencapai sampul surat itu.

Untuk Puteri abang,
Jagalah rumah ni elok- elok.Abang serahkan segala-galanya pada Alia.Alia hanya perlu duduk, makan dan tidur.Jangan lakukan kerja yang berat-berat.Bil air, telefon dan elektrik, abang akan uruskan.Kalau Alia perlukan duit, abang dah buatkan akaun bank atas nama Alia.Kad, buku dan nombor pin abang dah letakkan dalam laci almari.
Alia mesti ingat pesan abang, jangan lakukan kerja yang berat-berat.Jaga kesihatan Alia dan baby kita.Nama Alia, abang akan daftarkan di satu klinik swasta.Abang akan kirimkan nama klinik itu nanti.
Itu sahaja dari abang.Izinkan abang pandang Alia dari jauh jika hanya itu yang mampu
abang lakukan untuk mengubat rindu.Assalamualaikum….
Rindu selalu,
Abang.

ZAHLIA tersentak apabila terasa pipinya basah.Bayangan isi surat yang dibaca seminggu yang lalu berbalam-balam hilang dari kotak ingatan.Zahlia tersedar yang dia sedang keseorangan ketika itu.Sedang bersendirian di dalam bilik yang dingin dan sejuk ditiup angin malam.
Tiba-tiba dia terasa tekaknya haus.Zahlia bangun dan melangkah perlahan-lahan ke pintu bilik dan menuruni anak tangga penuh berhati- hati.Di dapur, dia mengeluarkan sebotol air oren dari peti sejuk.Kemudian menuangnya ke dalam gelas manakala sebelah tangannya mengusap-usap perutnya dengan senyuman.
“Anak ibu haus ke?” dia bercakap seorang diri.Zahlia meletakkan gelas yang masih berbaki air oren itu di atas meja makan.
Dalam waktu yang sama Zahlia terdengar bunyi loceng berdering di luar rumah.Zahlia menoleh ke arah jam.Teringat janji Adli dan Anissa yang ingin bertamu di rumahnya malam itu.Zahlia mengukir senyuman.Segera mencapai tudung  dan melangkah ke pintu hadapan.Tanpa disengajakan, tangannya terlanggar gelas yang masih berisi air orennya tadi.Terus tertumpah air itu ke lantai.
      “Ya ALLAH!.” Zahlia bersuara.Dia mencari-cari kain buruk berdekatan.Tetapi bunyi loceng yang berkali-kali menghentikan niatnya.
Zahlia meninggalkan tumpahan air itu seketika dan melangkah ke pintu.Mencapai kunci pintu pagar dan keluar.Zahlia pelik apabila ternampak seorang lelaki sedang berdiri di luar pagar.
Zahlia memberanikan diri mendekati.
    “Ya, encik cari siapa?” soal Zahlia takut-takut.Wajah lelaki itu tidak jelas kelihatan.
   “Puan Zahlia?”
Zahlia mengangguk.
   “Encik ni?”
  “Saya…telah dihantar oleh Tengku Syahran untuk mengirimkan sesuatu kepada puan,” ujar lelaki itu.
Zahlia telan air liur.Dia terdiam sejenak.
  “Dia ada di mana?” tanya Zahlia kepada lelaki yang berdiri di luar pagar itu.
  “Syah berada jauh dari sini dan telah mengirimkan sesuatu kepada puan dan anaknya,” beritahu lelaki itu lagi.
Zahlia tersenyum kecil.Tengku Syahran masih mengingati kewujudannya.
   “Mana barangnya?” Zahlia bertanya lembut apabila mendapati tiada barang yang tersangkut di tangan lelaki itu.
   “Ohh….ada dalam kereta saya.Sekejap ya?” lelaki itu berlalu.
Zahlia cepat-cepat membuka pintu pagar.Dia menanti lelaki itu datang semula.Apabila lelaki itu sampai di hadapannya, dihulurkan sebungkus plastik kepada Zahlia.Zahlia menyambut dan sempat mengintai isi di dalamnya.Terdapat beberapa helai baju di situ.Zahlia tersenyum.
   “Terima kasih,” ujar Zahlia. Lelaki itu mengangguk.
   “Saya balik dulu.”
   “Ehh, masuklah dulu.Minum-minum,” pelawa Zahlia.
Lelaki itu nampak keberatan tetapi dia menurut.Zahlia hanya membenarkan lelaki itu duduk di luar rumah.Sementara dia masuk ke dalam membuat air.Apabila Zahlia keluar semula, dia terkejut kerana mendapati lelaki itu sudah berada di ruang tamu rumahnya.Zahlia terkesima seketika.
   “Jangan takut.Saya hanya nak tengok rumah Syah.” Lelaki itu memberitahu apabila melihat Zahlia bagaikan terperanjat.
   “Minumlah.” Zahlia pelawa.Tidak seramah tadi.
   “Nama encik ni siapa?” tanya Zahlia takut-takut.
   “Saya? Errr…panggil saya Faiz.”
   “Oh, bagaimana boleh kenal dengan Syah?”
   “Satu tempat kerja,” jawab lelaki itu acuh tak acuh. Zahlia
terdiam.Memandang lelaki itu menghirup air yang terhidang di atas meja.Dia merenung raut itu.Seperti pernah dilihatnya sebelum ini.Zahlia terus mengamati segenap wajah itu.Ada tahi lalat di tepi mata tersebut membuatkan Zahlia teringatkan seseorang.
Lelaki itu menyedari dirinya diperhatikan.Segera dia memandang ke arah Zahlia.Dahi Zahlia yang berkerut menyebabkan bibir lelaki itu mencetuskan senyuman nakal.Dia nampak Zahlia mula menjauhkan diri.
    “So,you boleh ingat I lagi?” lelaki itu mula tergelak kecil. Zahlia gugup.Faizal? Zahlia mendapati pintu rumahnya sudah tertutup rapat.Jantungnya berdegup kencang.    “  “Kau nak apa?”
    “I nakyou…you kena layan I macam suami you malam ni!” pengakuan itu menambahkan lagi getaran di hati Zahlia.Faizal sudah melangkah ingin mendekatinya.
Zahlia mula berasa cemas.Sempat dia mencapai cordless phone dan berlari ke belakang meja makan.Dia ingin menekan nombor telefon Adli.Tetapi Faizal bertindak lebih pantas.Faizal telah mencabut wayar di hujung telefon.
   “Tolonglah keluar dari sini.” Zahlia seolah-olah merayu. Faizal masih ketawa.
   “Tak mungkin.I kena rosakkan you dulu sebelum I dapat kahwin dengan Linda.”
   “Linda?”
  “Kenapa?You terkejut?”
Faizal terus ketawa.
   “Laknat kau! Sampai bila kau nak mengganggu hidup aku?” Zahlia mula menjerit- jerit.
   “Sampai kau malu nak hidup lagi.” ketawa Faizal semakin bergema lantang.
Zahlia telan air liur.Dia terperangkap di hujung dinding.Faizal dilihatnya sudah semakin hampir.Zahlia ingin melarikan diri.Tetapi tangan Faizal sempat menangkap pergelangan tangannya.Zahlia hampir terjatuh.Mujurlah dia sempat berpaut di kayu kerusi.Cepat-cepat Zahlia menolak tubuh Faizal.
Zahlia berjaya bergerak ke arah pintu.Dia ingin keluar dari situ.Gagal lagi apabila baju mengandung yang dipakai tersangkut di hujung kerusi berukir.Zahlia terjerat di situ.Dia berusaha menarik bajunya dari terus tersangkut.Malang sekali bajunya terkoyak.
Terdedahlah sebahagian dari tubuhnya.Faizal mula bernafsu.Hilang bayangan tubuh Linda.Muncul keinginan yang meluap-luap terhadap tubuh Zahlia.Faizal melangkah ke arah Zahlia.Dia menarik tubuh itu sekuat hati lantas dihempaskan ke kerusi panjang.
   “You kena layan I dulu sebelum melarikan diri,” ujar Faizal sambil mengusap paha gebu Zahlia.
Tudung di kepala sudah ditarik keluar. Zahlia semakin kuat meraung.Perasaannya berdebar-debar.Ya ALLAH…bantulah aku! Doanya dalam hati.
Zahlia mengumpul sepenuh kekuatan.Belum pun sempat Faizal naik ke kerusi itu, Zahlia sudah menendang tubuh itu.Tersungkur Faizal ke belakang sehingga terkena air panas yang terhidang di atas meja.Lelaki itu mengerang kecil.
Zahlia bangun dan berlari menjauhi ruang tamu.Dia ingin menuju ke dapur mencari
apa-apa senjata yang boleh
dijadikan penyelamat.Namun Zahlia terasa tubuhnya ditolak.Dia tergerak ke hadapan.Tidak sedar kakinya terpijak tumpahan air oren yang lupa dilap.
Zahlia tergelincir ke lantai.Tubuhnya terhempas ke bawah dan terus terbaring di situ.Zahlia menarik nafas yang semakin tidak menentu.Dia terbayang wajah Tengku Syahran yang tiba-tiba melayang di fikirannya.
Pandangannya semakin berpinar-pinar.Di waktu yang sama dia ternampak ada cahaya lampu memancar ke cermin rumahnya.Zahlia tidak mampu melawan kesakitan itu.Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup.Membiarkan dunia yang menakutkan berganti dengan suasana sunyi dan gelap.
Faizal yang menyaksikan kejadian itu seakan-akan terkejut.Entah mengapa dia menjadi begitu takut.Dia kaku berdiri memerhatikan tubuh yang sudah tidak bergerak lagi.Mati terus niatnya untuk menyentuh tubuh itu.
Faizal ternampak dua manusia yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.Faizal semakin kalut.Mula berkira-kira untuk melarikan diri.
     “Tak guna! Apa kau buat kat sini?” jerit Adli kuat sementara Anissa sudah berlari mendapatkan tubuh Zahlia yang terbaring.
Faizal cemas.Kepalanya digeleng.Tubuh Adli yang kian mendekati cuba dijauhi.Faizal berundur setapak.
    “Bukan aku yang bunuh dia.Bukan aku!! Linda yang suruh! Linda…..” jerit Faizal seperti orang gila.
Adli tersentak.
   “Linda?”
   “Jahanam kau!”
Tangan Adli ingin menangkap pergelangan tangan Faizal tetapi ditepis sekuat hati.Faizal berlari keluar.Langkahnya laju dan pantas untuk meninggalkan rumah itu.Destinasi utamanya hanyalah satu.Rumah Linda!
Adli mula menghampiri Zahlia.Anissa yang cemas sejak tadi, kelihatan pilu menangisi nasib Zahlia.
   “Abang telefon polis dulu.Lepas tu, kita bawa Alia ke hospital.” Adli berkata sambil menekan punat telefon bimbitnya.
Anissa mengangguk lemah.Cuba bertenang.Tidak lama kemudian, Zahlia sudah pun berada di dalam kereta untuk dibawa ke hospital.



KERETA Faizal sudah pun sampai di hadapan banglo mewah milik Linda.Kelam-kabut dia melangkah keluar dari kereta dan
berlari ke pintu rumah.Langkahnya
tidak teratur.Mujurlah daun pintu tidak berkunci.Segera dia memulas tombol pintu itu dan melangkah ke dalam dengan nafas yang tidak menentu.
Faizal berasa lega.Daun pintu ditutup rapat dan dikunci sepantas kilat.Keadaan rumah yang suram dan gelap juga seolah-olah memberinya peluang untuk bertenang dari situasi panik sebentar tadi.Nasib baik Adli tidak mengejarnya sehingga ke rumah itu.
Faizal mengurut dada.Bersandar di balik pintu.Kemudian dia memberanikan diri mengintai di sebalik langsir.Manalah tahu, tiba-tiba Adli muncul di situ.Faizal melilaukan pandangan.Tiada apa- apa.Akhirnya Faizal tersenyum senang.
    “Linda!” Faizal mula melaungkan nama wanita kesayangannya itu.
Kakinya melangkah sementara matanya sedang memandang tingkat atas.Tiada respons dari Linda.Faizal menghampiri anak tangga.
   “Linda!” Faizal memanggil lagi. Masih tiada respons.
   “Hisy…. ke mana pulak dia ni?” Faizal membebel seorang diri.
Kemudian Faizal mengatur langkah untuk naik ke atas.Dalam keadaan samar- samar itu, dia ternampak sesusuk tubuh terbaring di tepi tangga.
Faizal telan air liur.Dia cuba mengamati pemilik sebenar tubuh itu.Gagal kerana suasana gelap.Pantas Faizal menekan suis lampu di dinding berhampiran.Demi terpandangkan wajah pemilik tubuh itu, kaki Faizal terpaku.Tangannya menggigil ketakutan.Di pandangan matanya, tubuh Linda sedang beku dan kelihatan tompokan darah yang melekat dibeberapa bahagian pakaian Linda.
Faizal menjadi panik.Lebih hebat dari perasaan yang dirasai ketika melihat tubuh Zahlia yang terjelepok di hadapannya tadi.
    “Tak mungkin! Tak mungkin! Linda…..” Faizal menjerit kuat.
Kakinya mula melangkah ke arah Linda.Lalu diangkat dan dikendong sekuat hati.Tubuh Linda dibawa ke sofa panjang.Faizal meraung kecil.Dicium dan dipeluk tubuh itu.Berharap benar wanita itu sedar.
Tetapi Faizal kecewa.Mata Linda tertutup rapat.Malah tiada lagi nafas yang menderu.Ketika itu, Faizal dapat mendengar bunyi siren polis mula menghampiri.
Faizal masih memeluk tubuh Linda.Tidak lagi berniat untuk melarikan diri.Ketika beberapa orang polis menolak daun pintu rumah itu, Faizal hanya memandang dengan pandangan kosong.Dia seperti orang yang kehilangan akal.

No comments:

Post a Comment