“NAH, ini untuk Alia dan cucu mak.” Tengku Badariah menghulurkan sebungkus plastik yang diikat kemas kepada Zahlia.Ketika itu, mereka sedang berada di rumah Zahlia. Zahlia hanya tersenyum dan menggeleng.
“Buat apalah mak membazirkan duit.Kalau mak gunakan duit tu untuk keperluan mak sendiri kan elok.”
“Alah…apa salahnya.Alia kan menantu mak.Dah tu tak dapat pergi Mekah sama-sama pulak tu.Macam Sofea, dia dah ikut sekali.Mak pun dah ada belikan untuk dia.Nah, ambil ni Alia.”
Kali ini, barulah Zahlia menyambut huluran itu.Dia membelek-belek kandungan di dalam beg plastik sambil tersenyum.
“Terima kasih, mak,” ucap Zahlia. Tengku Badariah mengangguk.
Hari itu, Zahlia terasa hidupnya sungguh bahagia.Pagi-pagi lagi dia sudah menyiapkan diri untuk menyambut kepulangan keluarga mentuanya dari Mekah.
Lagipun, ada berita gembira yang bakal disampaikan oleh Zahlia sebentar lagi.Zahlia terasa tidak sabar.Sedaya-upaya cuba disembunyikan.Sebab itulah Zahlia beria-ia minta keluarga Tengku Badariah singgah ke rumahnya dahulu sebaik sahaja sampai di KLIA tadi.
“Kandungan kamu ni nampak dah sarat.Kamu pasti ke belum masanya?” Tengku
Badariah menyoal sambil tepat memandang perut Zahlia yang makin membesar.
Zahlia tersenyum kecil.
“Belum.Kalau ikut jangkaan doktor, lebih kurang dua atau tiga minggu lagi.Lagipun, tak ada pulakbaby ni meragam tak tentu hala.Lagi membuatkan Alia banyak bergerak adalah,” ujar Zahlia sambil mengusap-usap perutnya.Tengku Badariah cuba tersenyum.Entah mengapa rasa bersalah bertubi-tubi datang ke sanubarinya.Kasihan menantuku ini! Di saat menunggu hari yang paling bahagia, suami pula tiada di sisi,detik hati kecilnya.
Tengku Badariah mengeluh.Zahlia pelik mendengar keluhan itu.
“Maafkan mak kerana membuatkan kamu kehilangan Syah.Sumpah, mak tak sangka hati Syah begitu keras sekali sehingga enam bulan lamanya dia meninggalkan kamu.Mak rasa berdosa Alia.” Tangisan Tengku Badariah kedengaran tiba-tiba.
Zahlia kaget apabila Tengku Badariah memeluk tubuhnya.Lama dia membiarkan
pelukan itu sebelum membalasnya sepenuh hati.
“Dahlah tu mak.Alia tak apa-apa.Perkara tu pun dah lama berlaku.Mak janganlah risau.” Zahlia cuba memujuk.
“Mak rasa bersalah.Kamu tak pernah marahkan mak.Kamu buat mak rasa berdosa.Kalau anak kamu lahir nanti, di mana kita nak cari Syah? Syah ni pun satu! Merajuknya melampau- lampau.Sampai tak ingin menjenguk kamu walaupun sekali.”
Tengku Badariah sudah meleraikan pelukannya.
Zahlia mendiamkan diri.
“Maafkan mak, Alia.”
“Dahlah.Jom kita ke bawah.Mama dah siap masak agaknya.Kejap lagi, bolehlah
kita makan.” Zahlia bangun sambil menarik tangan emak mentuanya.
Ketika sampai ke ruang tamu, semua ahli keluarga sedang duduk sambil berbual.Raja Khalida sedang memasak di dapur.Atau mungkin sedang menghidangkan lauk-pauk di atas meja.
Awal-awal lagi Zahlia telah dilarang menjejakkan kaki ke dapur.Dia hanya
dipinta berehat dan duduk diam-diam.
Zahlia duduk bertentangan dengan Tengku Hafizah.Mata Tengku Hafizah
mengisyaratkan sesuatu pada Zahlia.Zahlia hanya menjungkitkan kening seolah-olah mengerti dengan isyarat itu.Zahlia menarik nafas dalam-dalam.
“Mak, ayah!Sebenarnya hari ni ada sesuatu yang Alia nak beritahu.Alia
harap mak dan ayah tak marahkan Alia kerana terburu-buru mengambil keputusan ni tanpa menunggu mak dan ayah balik dari Mekah.”
“Apa dia?” tanya Tengku Ismail seolah-olah tidak sabar.
“Sebenarnya, Alia….”
“Assalamualaikum.”
Belum pun sempat Zahlia meluahkan isi hati yang sedang berbuku di dada, kedengaran suara seorang lelaki memberi salam di luar rumah.
Suasana yang bising terus menjadi senyap.Masing-masing berpandangan sesama
sendiri.Tengku Badariah tidak menunggu lama untuk mengetahui pemilik suara itu, lantas dia berlari ke muka pintu.
Tengku Badariah terpaku.Tengku Syahran turut terpaku.Zahlia yang sejak tadi
hanya duduk di ruang tamu, turut bangun dan melangkah keluar rumah.Dia juga menjadi pemerhati di situ.
Tengku Badariah tidak dapat menahan sebak.Di tubir matanya, air jernih kian
sarat bertakung dan perlahan-lahan air mata itu gugur ke pipi.
“Mak, ampunkan Syah, mak.Ampunkan Syah!” Tengku Syahran menerpa ke
arah Tengku Badariah lalu dipeluk tubuh yang sudah berbulan-bulan ditinggalkan.
Tengku Badariah juga membalas pelukan Tengku Syahran.Kedua-duanya menangis dalam pelukan.
“Mak pun nak minta maaf dari kamu.Mak berdosa kerana bertindak kejam pada
kamu dan Alia.Maafkan mak!” Tengku Badariah menangis tersedu-sedan.
Tengku Syahran sudah merungkaikan pelukan.Pantas mendapatkan Tengku Ismail pula.
“Ayah,” sapanya sambil memeluk Tengku Ismail.
Tengku Ismail turut memeluk Tengku Syahran.Simpatinya tidak henti-henti
apabila melihat tubuh yang susut dan kurus itu.
Tengku Syahran berjumpa dengan adik-beradiknya pula.Bertanya khabar dan
kemudian barulah dia mendapatkan Zahlia yang tidak bersuara sejak tadi.
Tubuh Zahlia dirangkul kemas.Dahi Zahlia dicium lembut.Zahlia terasa jari-jemarinya disulam.Zahlia hanya membiarkan.Malah dia membalas sulaman itu agar menjadi erat.
“Mak, ayah! Kami dah ambil keputusan untuk hidup bersama,” ucap Tengku
Syahran sambil menoleh ke arah Zahlia.
Tengku Badariah memandang Tengku Ismail.
“Kalau begitu, pindahlah kembali ke Villa Sakura semula.Jangan tinggalkan
rumah itu lagi,” pinta Tengku Badariah.
“Syah rasa biarlah kami merasai hidup berdikari pulak mak.Syah nak uruskan rumah tangga Syah sendiri.Lagipun Alia dah ambil keputusan tak mahu bekerja lagi.Biarlah dia menjaga keperluan Syah dan anak kami nanti.Mak tak payahlah risau.”
“Mak tak mahu kamu dan Alia berada jauh dari mak.Kalau boleh, mak mahu semua menantu dan anak-anak mak tinggal di Villa Sakura.Sekarang, semuanya dah tinggal jauh.Kamu memang tak sayangkan mak agaknya.” Tengku Badariah merajuk.
Tengku Hakimi dan Sofea ingin ketawa melihat wajah mencuka Tengku Badariah.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana turut tersenyum.
“Mak, kami tak nak susahkan mak.Izinkanlah kami hidup sendiri.” Zahlia pula
berkata.
Tengku Badariah mengetap bibir.Termakan juga hatinya dengan pujukan menantunya.Tidak lama kemudian, bibir Tengku Badariah mengukir senyuman.Tidak lagi mahu melayani rajuk.
Sungguh haru. Cerita yg penuh suka duka dan pengajaran... Teruskan berkarya..tahniah
ReplyDeleteSungguh haru. Cerita yg penuh suka duka dan pengajaran... Teruskan berkarya..tahniah
ReplyDeleteBest larrrhhh gakkkkkkkkkkk ππππ’π’π’ππππ
ReplyDelete